Ahad, 3 April 2011

shalehudin

shalehudin


Dua pekerja loji nuklear Jepun hilang ditemui mati

Posted: 03 Apr 2011 11:00 AM PDT

TOKYO, 3 April — Dua pekerja loji tenaga nuklear Fukushima yang hilang dalam tragedi gempa bumi dan tsunami bulan lalu ditemui mati ketika radiokatif pada kadar yang tinggi melimpah ke laut.

Kedua-dua pekerja terbabit yang berusia 21 dan 24 tahun dilaporkan hilang sejak 11 Mac. Mayat kedua-dua mereka hanya ditemui minggu lalu di kompleks tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi.

Operatornya, Tokyo Electric Power Company berkata mayat pekerja-pekerja berkenaan ditemui di aras bawah bangunan turbin reaktor No 4. Syarikat itu tidak memberitahu punca mereka mati.

Bagaimanapun laporan media berkata kedua-dua mereka menghadapi masalah kehilangan darah dan lemas.

"Sesuatu yang menyedihkan buat saya, dua pekerja muda ini cuba melindungi loji tenaga ini ketika dilanda gempa bumi dan tsunami," kata Pengerusi Tokyo Electric Power Company Tsunehisa Katsumata dalam satu kenyataan.

Kemusnahan di kompleks tenaga nuklear itu adalah paling buruk sejak krisis Chernobyl pada 1986. Jurucakap Tokyo Electric Power Company berkata, pengumuman mengenai penemuan dua mayat itu dilewatkan atas pertimbangan keluarga mereka.

Polis kebangsaan Jepun mengesahkan 12,009 orang telah terbunuh manakala 15,472 masih hilang apabila gempa bumi pada skala 9 dan tsunami yang menyusul melanda kawasan timur laut Jepun awal bulan lalu.

Warden asrama ditahan

Posted: 03 Apr 2011 09:30 AM PDT

Murid mati dipercayai dipukul, warden asrama ditahan

ALOR SETAR, 3 April — Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Laporan Bernama Online menyebut, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan kelmarin.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin.

Bila penyangak jadi pemimpin

Posted: 03 Apr 2011 06:30 AM PDT

Ketua Polis Negara kata video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen. Pengumuman KPN ni dah jadi tak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu.

Pertuduhan tanpa bukti jelas dan diakui pulak oleh mahkamah merupakan satu fitnah. Fitnah akan tetap menjadi fitnah dan mendera si mangsa tanpa berpeluang membela diri selagi tidak dibuktikan sebaliknya. Malah lebih buruk lagi bilamana instrumen yang diharapkan dapat membela rakyat tertindas dilihat seolah bersekongkol menambahkan lagi sakit bahana fitnah pada si mangsa.

Malah teknologi canggih sekarang memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki apatah lagi dalam bentuk hitam putih. Adalah amat jahat sekiranya kenyataan penguatkuasa menzahirkan lebih banyak spekulasi, seolah olah satu hukuman pada tertuduh sebelum dibuktikan bersalah. Bermakna, sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan.

Pelik sungguh negara Malaysia nih, inilah hasilnya bila penyangak diangkat sebagai pemimpin.

UMNO sarkis

Posted: 03 Apr 2011 05:00 AM PDT

Mengapa sekarang, mengapa Anwar Ibrahim?
Afif Nasri

Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan di kalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan.

Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan), kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran.

Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa.

Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara!

Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini.

Padan muka hangpa... kahkahkah...

Posted: 03 Apr 2011 03:30 AM PDT

Sumber: TT

MSO dedah taktik jahat UMNO...

Posted: 03 Apr 2011 02:00 AM PDT

Najib Jadilah PM Yang Berwibawa
Oleh Mohd Sayuti Omar

SUDAH dua minggu isu video lucah bergentayangan di seluruh negara. Semua orang sudah tahu termasuk budak-budak Tadika. Mereka terpinga-pinga dan jadi keliru tentang isu ini. Pemimpin politik negara ini ada dalam video lucah? Bingung. Saya yakin sudah ramai yang menontonya secara haram. Mereka dipanggil seorang demi seorang termasuk (mungkin) ulama?

Ini adalah satu strategi. Tayangan dibuat secara selektif dan eksklusif. Mereka yang menonton akan bercakap mengikut persepsi dan agakan mereka. Ia juga mengikut mood dan selera mereka.

Kalau mereka kebetulan membenci tokoh yang ada dalam video itu akan ditokok tambahkan. Akan diperpanjangkan mengikut selera amarahnya. Manakala kalau kebetulan yang menontonya itu bersimpati kepadanya, dia akan mendiamkan diri saja kalau benar wajah dalam video itu tokoh berkenaan. Tentu mereka akan mengurut dada dan menangis mengenangkan apa yang berlaku.

Saya juga merasakan bukan saja isu video berkenaan sudah melata ke seluruh dunia, mungkin sudah sampai ke Altartika tetapi mungkin kliknya juga sudah pun 'sedia' untuk ditayangkan secara umum. Tunggulah, tidak esok, lusa tidak lusa tahun depan ia akan ditayangkan. Pasti. Saya yakin pihak penerbit, pengedar dan pembikin hanya menunggu masa saja. Tidak timbul lagi mereka takut kerana 'permit tayangan' sudah pun diperolehi.

Saya selalu katakan ada dua kesukaan manusia, memberi tahu kepada orang ramai apa yang dia tahu dan ingin mengetahui sesuatu dan memburunya. Kalau ia ada cerita ia akan bisik atau bikinkan you tube dan sebarkan. Kalau tidak tahu, dia akan bertanya dan mengorek situ dan sini sehingga diperolehi apa yang diinginikan itu.

Hari ini sudah berbagai tafsiran ke atas video berkenaan. Masih samar siapa yang menjadi pelakunya. Tetapi yang menyebar dan mengambil tanggungjawab sudah jelas. Siapa Datuk T sudah pun jelas dan tidak usah diceritakan lagi mengenai latar belakang dan sejarahnya.

Setelah dua minggu cerita video ini sudah 'mencepuahkan' minda rakyat negara ini saya tertanya sendiri kenapa Perdana Menteri Najib Razak masih mendiamkan diri. Belum terdengar ke telinga saya ulasan dari perdana menteri mengenai isu berkenaan.

Tidak seperti isu DNA baru-baru ini Najib mendesak Anwar menyerah sample DNA kepada mahkamah. Tetapi berlainan dengan isu video lucah ini. Najib sok menjadi alim mengenai hal ini. Kenapa? Apakah mendiamkan diri juga salah satu tektik dan strategi?

Sebagai PM Najib tidak boleh duduk diam. Dia perlu bercakap dan mengulasnya. Sebab ia bukan isu personal antara seseorang dengan seseorang. Tetapi sudah menjadi isu umum. Polis pun sudah menyiasat dan mengesahkan akan ketulenan video berkenaan. Najib perlu ingat bahawa dirinya adalah hak dan kepunyaan dua entiti ataupun pihak. Satu hak Umno dan satu lagi hak rakyat. Najib mesti membelah dua jasa dan jiwanya.

Atas kapasiti presiden Umno Najib boleh melakukan apa saja untuk ahli dan penyokong parti itu. Tetapi untuk rakyat beliau kena perlakukan dengan adil dan saksama. Tindakan sebagai ahli politik kena dibezakan dengan tindakan sebagai pemimpin negara.

Apakah dengan mendiamkan diri Najib tidak mahu orang menuduh dia terlibat? Kalau itulah pendiriannya ia adalah salah besar. Apapun mengenai isu video ini kerana ia bermotifkan politik Najib tidak boleh mengelak dari memperkatakannya. Semakin dia menyepikan diri semakin orang mempersoalkan keikhlasannya.

Kalau mengikut perkembangan terbaru, kes video lucah ini semacam akan dibawa ke mahkamah. Kata Ketua Polis Negara, Ismail Omar kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara. Peguam Negara akan menentukan sam ada hendak dakwa atau tidak. Tidaklah pula saya arif siapa yang akan didakwa. Apakah orang bertanggunjawab menyebar, membikin, menonton atau watak-watak yang ada dalam video berkenaan.

Saya ingin memberi pandangan sedikit kepada Najib kalau-kalau hendak dengar. Rasanya baik beliau campur tangan mengenai isu video berkenaan. Dalam hal ini Najib yang ada kuasa penuh boleh menggunakan kuasanya. Tidak payah Najib kata dia berkecuali kerana dunia tahu sejauh mana dan sebanyak mana kuasa seorang perdana menteri. Kata Abdullah Badawi selepas menjadi PM, banyak benda yang sebelum itu dia tidak tahu, kemudian tahu.

Setelah isu ini sudah panas dan hangat, elok kalau Najib mengambil sikap menghentikan isu video berkenaan. Sama ada ia melibatkan Anwar atau tidak, wajar ia dihentikan. Alasannya perkara itu menjijikkan. Dalam perhatian saya adalah silap kalau isu ini diperpanjangkan kerana ia tidak memberi banyak manfaat kepada Najib dan politik BN sendiri. Makin dimainkan makin menimbulkan kemaharan.

Isu video itu bukan seperti filem Ali Bapa Bujang Lapok, Do Re Me, Labu Labi atau pun Ibu Mertuaku. Filem-filem itu tidak jemu ditonton kerana nilai seni dan klasiknya. Tetapi cerita video lucah ini amat menijik dan menyemakkan dan mencepuahkan minda. Apakah seorang PM seperti Najib mengizinkan perkara seperti ini?

Rasanya kalau Najib ingin tampil sebagai seorang pemimpin berwibawa, dilihat berakhlak dan mempunya integriti serta sukakan kepada kedamaian, inilah masanya. Beliau perlu berbudi dan berjasa dalam hal ini untuk dirinya sendiri. Beliau bangkit dan berkata sepatah, hentikan isu video lucah ini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa baik di dunia maupun di akhirat. Kalau Najib berani berbuat begitu darjah dan markahnya akan melonjak.

Kalau Najib bingkas berbuat demikian saya yakin penghormatan kepada beliau makin tinggi, dan darjatnya juga sebagai pemimpin tenang dan matang makin menyerlah. Saya rasa bukan saja rakyat terbanyak menyanjungi langkah Najib itu tetapi dari kalangan pembangkang juga.

Isu video lucah ini peluang untuk Najib membina imejnya. Sikap begitulah saya rasakan ia termasuk dalam ciri tranformasi hendak dilakukan Najib. Biarlah kalau orang mengatakan usaha menghentikan itu Najib sebagai penakut tetapi hakikatnya tindakan itu adalah afdal dan alua' dari sisi rakyat yang cintakan perdamaian.

Ingat dan insaflah seorang perdana menteri bukan saja menjaga kepentingannya dan kumpulannya tetapi juga memeliharaan kepentingan dan kumpulan rakyat seluruhnya. Najib akan dikenang kalau ia berani melakukan sesuatu yang diluar pemikiran mereka yang desperate. Beranikah Najib? Sesekali apa salahnya kalau kita sepakat menyusun jari membuka pintu syurga auntuk ummah kita.

Rahim Tamby Chik ni memang muka tolak rezeki laa... haha...

Posted: 03 Apr 2011 01:00 AM PDT

Kajian: Rakyat tahu Umno BN dalang video fitnah

KUALA LUMPUR: Kajian firma bebas, Mendeka Center menunjukkan majoriti rakyat percaya video fitnah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk membunuh karier politik Ketua Umum KEADILAN itu.

Berdasarkan kajian terhadap 504 responden, sebanyak 39 peratus percaya ia didalangi Umno Barisan Nasional (BN) berbanding 18 peratus menganggap parti pemerintah itu tidak terlibat. Sebanyak 38 peratus pula menyatakan mereka tidak tahu.

Dalam kajian sama, 45 peratus pasti Anwar adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 20 peratus mengatakan tidak pasti dan enam peratus enggan memberi ulasan.

Sebanyak 39 peratus juga percaya video fitnah itu muncul untuk memusnahkan karier politik Anwar manakala 24 peratus tidak pasti dan 22 peratus percaya ia bertujuan mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak, laporThe Malaysian Insider.

Hanya sembilan peratus mengatakan ia sebahagian usaha untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus menganggap ia tulen.

Seramai 51 peratus tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman itu manakala 29 peratus tidak pasti dan cuma 17 peratus percaya.

Kajian itu dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu dengan 59 peratus responden adalah Melayu, 32 peratus (Cina) dan sembilan peratus (India).- KD

Najib kena kencing di Penang... kahkahkah...

Posted: 03 Apr 2011 12:00 AM PDT

Keluar parti, Najib dibohongi dengan angka palsu

PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

"Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti," kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam. - KD

MP DAP kena tangkap

Posted: 02 Apr 2011 11:37 PM PDT

Protes Interlok: MP Teluk Intan, aktivis ditangkap


Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran ditangkap bersama seorang aktivis, MS Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) ketika mengadakan demonstrasi membantah novel Interlok.

Manogaran (dua dari kanan), dari DAP dan Arjunan (kanan sekali) tiba bersama sekumpulan kecil aktivis awal pagi ini di Kuil Subraminiyar di Batu Caves di Gombak, Selangor, untuk membantah keputusan kementerian pelajaran menjadi Interlok bacaan wajib Pelajar Tingkatan Lima yang mengambil kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM.

Polis datang dan menangkap Manogaran Arjunan sekitar waktu tengahari.- Malaysiakini

BN takkan sedar benda ni kalau rakyat tak ajar

Posted: 02 Apr 2011 11:00 PM PDT

Reaktor bocor air radioaktif

TOKYO: Air mengandungi tahap radioaktif tinggi bocor di reaktor ke-2 loji nuklear Fukushima semalam dan dikesan mengalir ke Lautan Pasifik.

Jurucakap agensi keselamatan nuklear Hidehiko Nishiyama berkata tahap radiasi di reaktor nombor dua loji nombor dua kini ialah 1,000 millisievert sejam.

Seseorang menghadapi risiko lebih tinggi menghidap barah jika terdedah dalam tempoh singkat kepada radioaktif pada paras 500 millisievert.

"Kami mendapati paras radiasi dalam air laut berhampiran loji itu semakin meningkat dan kebocoran itu mungkin satu daripada sebabnya. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkannya sehingga mengkaji keputusan ujian," katanya.

Beliau berkata, pekerja Tokyo Electric Power (TEPCO) yang mengendalikan loji itu sedang bersiap sedia untuk menimbus lubang terbabit dengan konkrit bagi menghentikan kebocoran. – AP

Asai mai saja, makan... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2011 10:31 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermesra dengan penduduk Taman Tun Sardon semasa bersarapan dengan mereka di astaka Tun Sardon dalam program sesi Tinjauan Mesra di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama

Najib tahu? Biaq betoi Anwar nih...

Posted: 02 Apr 2011 09:00 PM PDT

Berat dakwaan Siam nih... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2011 07:00 PM PDT

Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'


Hafiz Yatim
Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas," kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.

Hadi kata BN nyanyuk... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2011 05:55 PM PDT

Tiada ulasan: