Ahad, 3 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Banyak makan serabai, Koh nafi PM kata yakin tawan P Pinang lak dah

Posted: 03 Apr 2011 12:51 AM PDT

Nampak gayanya, TS Koh Tsu Koon mendahulu DS Najib Razak dengan membantu memperbetulkan salahlapor Bernama, agensi yang seketika dilabelkan sebagai tak bernama lagi oleh KM Lim Guan Eng.

Benarlah, Bernama semakin tak bernama dengan melaporkan fakta-fakta yang salah, malahan sembrono je membuat laporan sesedap rasa seumpama Utusan Malaysia juga.

Namun itukan berita nasional, agensi berita yang sepatutnya hebat daripada segi laporannya tetapi kerapkali membuat laporan sseedap hati wartawannya.

Apapun tabik pada Koh yang gah menafikan bahawa Perdana Menteri sendiri tidak mengatakan keyakinannya bahawa BN akan merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Jelaslah, semalam kenapa Perdana Menteri dihidangkan serabai di pasar Gelugor.

Koh berkata perdana menteri tidak mengeluarkan kata-kata seperti yang dilaporkan itu.

Ertinya tak yakin apapun boleh tawan semula P Pinang.

"PM amat berhati-hati dengan apa yang dikatakannya. Beliau berkata dia melawat lima kawasan (di Pulau Pinang dan) orang ramai memberikan sambutan hangat. Jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang merampas beberapa kerusi.

"Tetapi beliau tidak sebut menawan negeri ini kerana perkara itu memerlukan penilaian lanjut. Mungkin Bernama salah melaporkan (kenyataan perdana menteri), kata Koh hari inii.

Bernama semalam melaporkan Najib yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

najib penang visit visit to balik pulauKah, kah...Koh berkata kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah dalam laporannya.

Menurutnya, ketika mengiringi Najib dalam lawatan semalam, beliau menerima SMS daripada akhbar lain dan ditunjukkannya kepada Najib yang kemudian menafikan laporan itu.

Ditanya sama ada Gerakan mempunyai rancangan menawan Pulau Pinang, bekas ketua menteri negeri itu berkata "Terlalu awal bagi membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang.

"Jika kita bercakap mengenai menawan semula Pulau Pinang sekarang sedangkan kita belum memenangi sebarang kerusi, kita nampak semacam bongkak," katanya.

Nak bercakap aper.. memang takda harapan.. berapa kerat sangat yang hadir majlis PM.









Jangan lupa, Sarawak banyak BUAYA

Posted: 02 Apr 2011 08:37 PM PDT



Sarawak memang diketahui umum mempunyai banyak buaya. Maka berhati-hatilah sesaper yang berkempen di sana takut nanti dibaham reptilia itu. Ya lah anda nanti banyak mengguna jalan air bergerak ke sana sini.

Namun: "Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah,." kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Malangnya, Sarawak juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada di Kuching.
Gurauan Lim itu mencuit hati lebih 500 hadirin gelak besar setelah reptilia yang kerap membaham manusia di sungai-sungai di Sarawak itu dikatkan dengan pemimpin kerajaan yang korup.

"Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya.

Buaya memang banyak menyusuri sungai-sungai di Sarawak, malahan ada yang besar dan unggul dan telah berabad lamanya menguasai persada Sarawak.


Kan dah lompat ramai2..

Posted: 02 Apr 2011 06:30 PM PDT


Betoi.. betoi kan. Ada gerombolan PKR melompat di akhir lawatan DS Najib Razak ke Pulau Mutiara, semalam.


Mak oooi ramainyer katak melompat kat Penang. Maklumlah musim hujan. Sakan sungguh. Seramai 3,226 anggota PKR Pulau Pinang, majoritinya masyarakat India dilaporkan isytihar melompat parti.


M. Nyanasegaran anggota PKR yang telah dipecat menjadi ketua menyerahkan borang melompat parti itu kepada PM semasa majlis perasmian Karnival Kebudayaan India 1 Malaysia di Pisa.

Pahtu, Najib pun terus kata, Penang akan tumbang pada PRU 13 ke tangan Umno BN.


Betul jugak ya, sebab kira-kira kali ni paling ramai melompat keluar PKR harus katup terus PKR dan lumpuh Pakatan Rakyat P Pinang. Mungkin KM LGE pun dah deman mendengar berita ni....


Najib mungkin kurang arif budaya rakyat P Pinang.... hu hu hu

Tiada ulasan: