Isnin, 21 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO SEKS - NAJIB BELUM KATA, `LEMBU KULIM' SUDAH TAHU SIAPA TERLIBAT

Posted: 21 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

GEMPAR dengan video Seks di Seri Carcosa. Tayangan Perdana secara percuma dan dijemput para wartawan untuk menyaksikannya. Bertepatan dengan pembubaran Dun Sarawak, tiba-tiba muncul video seks ini seperti mana kisah seorang pemuda yang tidak mencuci duburnya beberapa hari yang bersumpah laknat di dalam masjid menjelang Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh dahulu.

Sumpah laknat pemuda yang kini bergelar`haji' yang pernah seluar dalamnya didapati berada di rumah seorang wanita itu mungkin kebetulan dengan Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh, dan video seks yang didedahkan oleh Mr `T' itu pun mungkin kebetulan juga dengan pembubaran Dun Sarawak. Di zaman Najib memang banyak yang terjadi secara `kebetulan', bahkan peruntukan serta projek-projek banyak dicurahkan kebetulan dengan Pilihanraya Kecil.

Seorang lelaki dari Kulim yang digelar `firaun besar' dan saya namakan di sini sebagai Mr `Z' telah mengeluarkan kenyataan di TV 3 Suku dan akhbar pencacai Utusan Meloya berkaitan video seks seperti yang didedahkan oleh Mr `T'. Mr Z menyebut beliau percaya melebihi 100 peratus bahawa memang pemimpin pembangkang ternama itu terlibat dengan skandal di dalam video berkenaan. Tidak pula beliau nyatakan samada beliau sudah menonton atau tidak video tersebut. Itu tidak penting, kerana kita tahu Mr Z ini kalau dia bermimpi bahawa tokoh pembangkang yang amat dibencinya itu melakukan `projek' dengan bini dia sekali pun, Mr Z pasti percaya bahawa mimpinya itu benar-benar berlaku. Kerana apa? Sebab Mr Z terlalu busuk hatinya dan dendamnya terhadap tokoh pembangkang tersebut.

Sebelum ini ramai yang menghormati Mr Z bukan kerana kewarakan atau alimnya dia di dalam ugama, tetapi semata-mata kerana dia adalah salah seorang pejuang yang bersama-sama rakyat untuk menjatuhkan rejim sekutu Apco. Itu dulu, kini Mr Z dari Kulim ini telah pun berselimut dengan sekutu Apco setelah diterajang keluar dari PKR. Kelebihan Mr Z ini adalah berbohong. Beliau sendiri pernah mengaku bahawa sepanjang beliau berada di dalam PKR beliau selalu berbohong kununnya atas arahan bosnya dulu. Ertinya, sepanjang beliau berada di dalam PKR, beliau menjadi lembu dicucuk hidung. Sekarang pun, beliau masih lembu cuma tuannya berbeza, kali ini tuannya lebih kaya raya, maklumlah sekutu Apco. Perut Mr Z sentiasa berisi sekarang setelah bersama puak sekutu Apco itu.

Perangai suka berbohong memang tidak boleh diubah oleh Mr Z, mungkin dia dilahirkan memang untuk menjadi `lembu yang suka berbohong'. Sebagai contoh, dia pernah menulis menghentam ahli DAP kununnya menentang Azan di sebuah masjid. Sebenarnya yang berlaku bukan ahli DAP tetapi kes tersebut melibatkan ahli MCA. Itu satu contoh betapa Mr Z ini akan menulis atau bercakap tanpa menyiasat terlebih dahulu dan tidak menggunakan otaknya. Benarlah kata orang, otak lembu memang tidak boleh berfikir. Begitulah juga dengan kes video seks yang terbaru ini. Samada beliau sudah menonton atau tidak, Mr Z terus menuduh musuh ketatnya itu terlibat. Beliau terpaksa tonjolkan sifat lembu kepada tuannya.

Percayalah, orang Kulim Bandar Baru tidak mahu `lembu bodoh' lagi. Tunggulah saat dan waktunya lembu bodoh ini dikorbankan walaupun nanti tiada siapa yang mahu memakan dagingnya kerana lembu ini busuk berbau bangkai luar dan dalam./wfauzdin.blogspot.com

`TSUNAMI' DI SERI CARCOSA, SEKUTU APCO SILAP LANGKAH LAGI

Posted: 21 Mar 2011 10:58 AM PDT

Kenapa tiba2 TUDUH? Persoalannya siapa yg bagi LESEN BESAR kat DATUK T utk buat Tayangan Perdana BLUE FILM kat dlm sebuah Hotel Ternama mcm SERI CARCOSA NEGARA. Soalnya, Kenapa ADENGAN ini dilepaskan?.

Kenapa JIKA Pemimpin yg diperkatakan LETAK JAWATAN video itu tidak akan diedarkan? Knapa DIA tak SERAHKAN kpd POLIS & Laporkan kpd JABATAN AGAMA ISLAM.. Nampak sgt KONSPIRASI nih !

Paling MEMALUKAN... Adakan DATUK T kata Pemimpin tu tertinggal JAM then suruh dia ambil, lepas tu di cari punya cari terjumpa CCTV.. Paling LUCU Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

DATUK T mendakwa beliau mahu pihak media menonton video klip itu dan memberikan pemimpin berkenaan seminggu untuk meletak jawatan, jika tidak mahu klip video itu dihebahkan kepada orang ramai. Rakaman yang dipertontonkan kepada ahli media diambil daripada beberapa sudut. Sebelum membenarkan wartawan menonton video itu, Datuk T mewajibkan mereka menyerahkan semua alat- alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai JUBAH atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik untuk menonton video itu. KOT YER pun DATUK T.. SAPA yg BENARKAN tayang FILM BLUE... Kerajaan dan terbuka ker.. BOleh benarkan BLUE FILM kat HOTEL?. Kenapa POLIS x ambik tindakan kat Datuk T?... AUTA BETUL LAR.. Malu.. Malu...

Kalau mcm ni GAYAnya, Nampak sgt sekutu Apco sudah tau SKRIP LIWAT II itu TIDAK RELEVAN sebenarnya. Makanya terpaksalah bukak SKRIP BARU... Dengan SKRIP baru ini JUGA .. maka CMK YAKIN mana2 pihak yg dulunya dah mula TAK SUKA kat ANWAR dan SYOK kat NAJIB.. Kini PASTI akan BERTAMBAH SIMPATI kpd nasib ANWAR IBRAHIM... Mereka tersilap LANGKAH bila BUKAK ISU ini menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak... Akhirnya sekutu Apco pasti akan ditolak RAKYAT sebab mereka BOSAN dan MALU dgn CERITA SEKS tajaan mereka bagi tujuan Menjatuhkan MUSUH POLITIK masing2.

Masing2 kena TERIMA TAKDIR skrg BAHAWA kes2 yg melibatkan ANWAR IBRAHIM itu sebenarnya MEMANG satu KONSPIRASI JAHAT utk menjatuhkan maruah dan karier politik beliau. Inilah akibat dari kesilapan kerana mengikut nasihat APCO sebenarnya. Kini mereka pasti terima padah dalam Pilihanraya Umum akan datang. TSUNAMI yg melanda JEPUN baru2 ini pasti akan berlaku lagi dlm PRU13 ini.. Bersedialah SEMUA mulai sekarang !!!

Sumber: Petikan dari FB CMK (Sedikit Edit)

SUMPAH SI PENDERHAKA BOLEH DIPERCAYAI ?

Posted: 21 Mar 2011 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ANWAR mahu jadikan Malaysia sebuah Negara Republik? Otak yang waras mana mahu percaya cerita ini? Tetapi itulah yang dijaja oleh mak cik Ummi sewaktu berceramah di Besut baru-baru ini.

Saya rasa sudah bermacam-macam tuduhan dan gelaran diberikan kepada Anwar semenjak beliau dipecat dari kabinet dan Umno. Dari fitnah moral, pengkhianat negara, pengkhianat Melayu, Pro Cina, ejen Amerika, pluralisme dan macam-macam lagi dan terkini Anwar dikatakan mahu mewujudkan Negara Republik. Siapa yang bercakap? Mak cik Ummi yang bapanya tidak mengaku anak itu yang bercakap begitu. Melucukan, mak cik ummi menjadikan `roh' sebagai saksi atas dakwaannya itu. Beliau mendakwa bapanya tahu perkara itu setelah diberitahu oleh abangnya Azmin. Harus diingat, bapa azmin (bapa Ummi ?) telah meninggal dunia dan tidak boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi tersebut.

Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu. "Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Ceramah mak cik Ummi tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.

Saksi yang masih hidup hanyalah Azmin, dan Azmin sahaja yang boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi itu. Nampaknya mak cik Ummi belajar dari Tun Mahathir dua perkara; Pertama, berani menuduh tapi tidak berani bercakap di dalam mahkamah. Kedua, menjadikan `roh' (orang mati) sebagai saksi. Dulu Mahathir kata dia mempunyai banyak bukti tentang salah laku Anwar, tapi bila di sapina hadir ke mahkamah Mahathir tidak datang. Mak cik Ummi pun telah hadir ke mahkamah dulu dalam kes fitnah liwat 1, tetapi tidak timbul langsung cerita-cerita yang beliau jaja sekarang. Mahathir kaitkan yang sudah meninggal di dalam bukunya tentang pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mak cik Ummi pula kaitkan insan yang telah meninggal di dalam dakwaan terbarunya tentang penubuhan Negara republik. Apa beza mak cik Ummi dengan Mahathir?

Hakikatnya, puak mereka amat terdesak untuk membunuh karier Anwar kerana dengan membunuh karier Anwar sahaja sekutu Apco ini akan terus menipu dan mencekik darah rakyat. Amat malang bagi kita yang masih gagal untuk menggunakan akal yang Allah kurniakan ini bagi menilai sesuatu isu. Tidak menghairankan jika ada yang berani bersumpah apatah lagi yang bersumpah itu berani menderhaka kepada bapanya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

TINDAKAN TERDESAK - PEGUAM ANWAR

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


Liwat II: Keputusan arah Anwar serah DNA

Rabu Mac 21, 11

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Rabu ini keputusan terhadap permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.

Peguambela utama, Karpal Singh berkata Akta Keterangan belum dipinda bagi mewajibkan pemberian sampel DNA. Justeru, apa yang cuba dilakukan oleh pihak pendakwaan adalah supaya mahkamah mengambil alih tugas mengubal undang-undang.Menurut hakim beliau jelas tidak boleh membuat keputusan hari ini dan menangguhkan perbicaraan hingga Rabu depan.Sebelum ini, perbicaraan yang bersambung semula hari ini dengan Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.


NONE

Mereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

"Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

"Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana," katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE"Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

"Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang," katanya./Malaysiakini

VIDEO SEKS ANWAR ?

Posted: 20 Mar 2011 11:38 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau./Harakahdaily

Tiada ulasan: