Isnin, 21 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


21 Feb 2011 - Datuk T kencing 1Malaysia mcm Najib juga - mai tengok DSAI di mana

Posted: 21 Mar 2011 06:37 AM PDT

Datuk T, kalau nak buat drama, skrip mesti cantik, mesti tepat, mesti ada cerita yaang menarik untuk tarik orang tengok. Mesti buat kajian dulu.
Macam juga hang buat drama pagi tadi nak kenakan DSAI. Dah lah skrip di hotel pun aku dah tak leh nak percaya. Hang ingat senang-senang pihak hotel nak bagi hang potong segala kabel konon nya kabel kamera CCTV dalam bilik tu, tambahan pulak tu hotel 5 bintang melainkan hang tokey hotel tu. Walau hotel tak dak bintang pun tak senang-senang dia nak bagi hang buat mcm tu.
Hang kata DSAI tertinggal jam di hotel tersebut. Kenapa pula hang sendiri (sebagai Datuk)masuk dalam bilik tu nak cari, sampai habis hang punggah bilik tu. Lepas tu senang-senang hang kopak kuncinya. Lagi sekali hang pembohong. Kalau nak cari jam kenapa perlu dikopak benda tu.
Aku juga pernah beberapa kali tertinggal barang dalam bilik hotel. Pi kat reception counter bagitau kata barang tertinggal depa akan tanya 'house keeping'. Kalau ada dia bagitau ada, kalau tak dak, tak dak lah. Atau kalau nak naik pi juga bilik tu, akan ditemani oleh pekerja hotel sebab kita dah 'check out'.
Hotel tak akan benarkan hang merosakkan barang-barang depa. Hang putuskan kabel CCTV, hang pecahkan kunci ... apa kejadahnya hang buat macam tu padahal hang nak cari jam saja ...
Ni hang mai tengok DI SINI, DSAI ada di mana pada 21 Feb 2011.
Tu la aku kata lain kali sebelum buat skrip drama hang tu, hang kena buat survey dulu ....
Datuk Bodoh ... nak kelentong tapi tak reti ...

Video sidang akhbar DSAI mengenai fitnah terbaru video sex

Posted: 21 Mar 2011 05:00 AM PDT

Video sex : Taktik jahat baru BN - DSAI

Posted: 21 Mar 2011 03:38 AM PDT

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya (gambar) pada sidang media di sini petang ini. = TMI

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: