Ahad, 20 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KES FITNAH LIWAT - SUDAH JADI KELAM KABUT ?

Posted: 20 Mar 2011 09:00 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan

SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera./Harakahdaily

TUAH DI P.PINANG, MALANG DI JELEBU

Posted: 20 Mar 2011 10:48 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut.

Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja.

Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut.

Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih./wfauzdin.blogspot.com

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

Posted: 20 Mar 2011 03:00 AM PDT

| Mar 19, 2011

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini?

GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor./MerdekaReview

KES FITNAH LIWAT DS ANWAR - BENARKAH PENDEDAHAN PAHANG DAILY INI ?

Posted: 20 Mar 2011 12:19 AM PDT

Misteri Panas, Si Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !!

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti.

Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu.

Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?.

Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya.

Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA

Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini.

Malah, Anwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis. "DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.

Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya.

Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL

Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu.

Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan.

Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.

Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kesnya.

HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM

Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu.

Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak. Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu.


HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan

Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan.

Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya. Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat" ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini./Pahang Daily

Tiada ulasan: