Isnin, 21 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ali Rustam Akan Merasai Kejatuhannya Nanti

Posted: 21 Mar 2011 12:30 AM PDT

Ketua Menteri melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasai kejatuhannya sendiri nanti," demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustadz Abdul Ghani Abdul Rahman di sini semalam.

"Pelajaran dari kejatuhan Mubarak di Mesir, dimana sekalipun beliau menang dengan 98% di dalam pemilihan Presiden, namun apabila tiba masanya untuk ia jatuh, jatuh juga akhirnya," tambah beliau.

Ustadz Abd. Ghani berkata demikian di dalam ucapan dan tazkirahnya di Markaz PAS Bukit Rambai sempena ijtimak PAS Kawasan Tangga Batu meraikan petugas-petugas PAS di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lepas.

Pesuruhjaya PAS Melaka itu menyatakan bahawa semasa pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lalu, seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menghadapi PAS, berjuta dibelanjakan, tetapi mereka hanya dapat menyusutkan undi PAS sekadar 508 undi.

Di dalam PRK Merlimau yang lepas, calon PAS, Hj Yuhaizad Abdullah memeperolehi 2,319 undi berbanding calon PAS pada PRU 2008, Hj Jasme Tompang memperolehi 2,827 undi.

Ust Abd Ghani berlata, betapa dasyatnya UMNO BN yang telah menjadikan pengundi-pengundi seperti haiwan yang ditaburkan pelbagai habuan sewaktu pilihanraya kecil itu. Jika begitu suasana PRK tambah beliau, UMNO BN meraih kemenangan dengan membawa "nanah yang busuk" bersama mereka, sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

"Perbezaan perjuang PAS dan UMNO ialah soal dasar. Dasar perjuangan UMNO yang berteraskan kebangsaan telah banyak membawa kerosakan ke atas umat Islam di dalam negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Hj Hassan Mohd Dahan merakamkan penghargaan kepada semua petugas-petugas PAS dari kawasan Tangga Batu dan MTD Sungai Rambai yang terlibat membantu jentera PAS menyelia dan menguruskan UPU Merlimau Utara dan Merlimau Pasir.

Beliau menyarankan agar MTD-MTD dapat memikirkan untuk memantap kedudukan kewangan dan mempunyai pekerja tetap bagi melakukan kerja-kerja di peringkat DUN supaya kerja-kerja parti dapat dilakukan dengan lebih kemas dan berterusan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.


Benarkah Anwar Terlibat Lagi Dengan Skandal Seks?

Posted: 20 Mar 2011 11:35 PM PDT

Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini. -mk

Dari Blog Kickdefella


Video Adegan Seks: PAS Perlu Bincang Serius Hubungan Dengan Anwar

Pagi ini video sepanjang 10 minit telah ditayangkan kepada sekumpulan penonton terpilih. Video itu merupakan adegan seks di antara seorang individu Islam terkenal dengan seorang wanita berketurunan cina. Berita mengenai jemputan untuk menonton tayangan video tersebut mula bocor pada tengah malam tadi. Namun adalah dimaklumkan lokasi tayangan hanya dimaklumkan di saat akhir pagi ini.

Tayangan itu berlangsung jam 9 pagi hari ini disebuah lokasi mewah di ibu kota. Sehingga kini tidak diketahui siapakah yang menganjurkan tayangan tersebut dan siapakah perempuan berketurunan cina tersebut.

Blog ini akan melaporkan lebih lanjut berhubung video tersebut di dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.


Ulasan GB

GB tidak mengiyakan atau menafikan kerana belum melihat dan meneliti video berkenaan sesuai dengan anjuran Al-Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu." (QS. Al-Hujurat[49]:6)

Namun sebelum ini GB pernah mengulas di SINI.

Kita hanya mampu berdoa.


Rakyat Takkan Percaya Lagi Auta Taib Mahu Berundur

Posted: 20 Mar 2011 10:15 PM PDT

Ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen berkata beliau tidak hairan dengan pengumuan hasrat Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan ketua menteri Sarawak.

"Beliau telah membuat kenyataan sebegitu 20 tahun lepas, dan beliau masih membuatnya (pengumuman) 20 tahun kemudiannya. Saya tak tahu sama ada beliau masih akan membuat kenyataan tersebut 20 tahun kemudiannya selepas membuat kenyataan itu sekarang," kata Chong.

Katanya, bagi Taib membuat kenyataan sejurus sebelum pilihan raya negeri adalah satu petunjuk yang beliau sendiri sedar yang beliau telah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

"Tiga puluh tahun sebagai ketua menteri, sudah mencukupi. Tambahan pula, terdapat banyak soalan yang tidak terjawab mengenai harta keluarganya di dalam dan luar negara," kata Chong, yang juga setiausaha DAP Sarawak.

Katanya, kenyataan Taib tidak memberi sebarang makna dan satu-satunya cara supaya Taib benar-benar meletakkan jawatan ialah jika pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiganya dalam dewan undangan negeri, atau jika parti pemerintah kalah sekurang-kurangnya 24 daripada jumlah 71 kerusi.

"Ini akan memaksa beliau meletakkan jawatan," katanya.

"Dan beliau akan 100 peratus bersara atau meletakkan jawatan jika
pembangkang menang sekurang-kurangnya 36 kerusi untuk menumbangkan BN," tambahnya.

Chong berkata kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan meningkatkan peluang untuk Taib mengekalkan jawatannya.

"Gesaan saya kepada rakyat ialah jika anda mahu Taib berundur, beri kemenangan kepada pembangkang di sekurang-kurangnya 24 kerusi, jika pun tidak 36 kerusi, dalam pilihan raya negeri yang akan datang," tambahnya. -mk

Rumah Ghaddafi Musnah Dibedil Missil

Posted: 20 Mar 2011 09:00 PM PDT

Sebuah missil telah menghancurkan sepenuhnya bangunan kediaman pemimpin Libya Muamar Gaddafi di Tripoli, seorang wartawan AFP yang menyaksikan kejadian itu Ahad, melaporkan.

Bangunan yang berada sekitar 50 meter (165 kaki) dari kawasan tempat Gaddafi biasanya menemui para tamu itu telah rata dengan tanah.

Bangunan pemerintah itu dibedil dengan sebuah missil, kata jurucakap rasmi Libya Moussa Ibrahim pada wartawan yang dibawa ke tempat tersebut dengan sebuah bas.

Tripoli telah digoncang oleh ledakan yang sangat kuat Ahad malam, yang terdengar datang dari tempat sekitar kediaman Gaddafi.

Asap bergelombang dari kediaman dan barak di Bab el-Aziziya di selatan ibu kota Libya itu ketika senjata antipesawat menembakkan sejumlah tembakan.

Bas Dirempuh Kontena: 1 Maut 6 Parah

Posted: 20 Mar 2011 08:00 PM PDT

Bidor: "Sebaik bas kami dirempuh sebuah lori kontena dari arah belakang, saya melihat ada penumpang termasuk datuk saya dan dua kanak-kanak terpelanting selain ada yang terperosok ke bawah bas dan tersepit.

"Ketika itu saya dan ramai lagi penumpang hanya mampu menjerit dan menangis kerana terlalu cemas serta takut melihat kejadian ngeri itu," kata Nurul Najwa Roslan, 17, seorang daripada 43 mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas persiaran yang mereka naiki bersama dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Bidor, di sini, awal pagi semalam.

Kemalangan jam 4.50 pagi itu menyebabkan datuk Nurul Najwa, Sahad@Shariff Md Din, 74, terbunuh di tempat kejadian manakala sebahagian besar lagi penumpang cedera, termasuk enam daripada mereka parah dengan kebanyakannya patah kaki.

Lebih memilukan, kaki seorang daripada kanak-kanak berkenaan hancur selepas dihimpit bas ke pembahagi jalan di tepi lebuh raya. Difahamkan, kaki kanak-kanak itu terpaksa dipotong.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata Sahad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi parah. -BH


Sudah suruh pakcik lari

TAPAH - "Saya suruh pakcik lari selamatkan diri, tapi tidak sempat dan dapati pakcik sudah dihimpit bas," kata Wan Chik Mad, 48.

Dia antara 43 penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Bidor pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian pada jam 4.50 pagi itu, dia dan kebanyakan penumpang lain yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan sedang tidur.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati bas yang kami naiki ini terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

"Kami terus berusaha untuk keluar dan mendapati sepasang suami isteri sudah terbaring di luar bas akibat tercampak keluar kerana kemalangan ini," katanya ketika ditemui di Hospital Tapah.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas, Sahad @ Shariff Md Din, 74, maut di tempat kejadian, manakala enam lagi penumpang cedera parah.

Wan Chik berkata, selepas kemalangan, dia dan pakcik Sahad bersama penumpang yang lain cuba untuk membantu pasangan suami isteri yang tercampak keluar dari bas itu.

Katanya, tiba-tiba sahaja sebuah lori dari belakang bas melanggar bas berkenaan yang sudah berhenti akibat kemalangan sebelum itu menyebabkan Sahad tidak dapat mengelakkan diri.

"Saya sedih dengan kejadian yang terjadi ini kerana ia berlaku di depan mata dan saya sudah menyuruh pakcik melarikan diri, tetapi tidak sempat.

"Saya mengalami kecederaan di muka dan kami sebenarnya dari Pulau Pinang mahu ke Nilai untuk melawat dan membeli-belah di sana," katanya.

Seorang lagi mangsa, Azhar Yaakob, 34, berkata, keadaan selepas kemalangan pertama yang berlaku menyebabkan semua penumpang bas segera mahu keluar daripada bas untuk menyelamatkan diri.

"Saya turut terlena dan bas ini sebenarnya baru bergerak selepas berhenti di Hentian Rawat dan Rehat Bukit Gantang.

"Namun setibanya di tempat kejadian, kami hanya sedar apabila bas sudah berlanggar dan dalam usaha menyelamatkan diri untuk keluar daripada bas, sekali lagi bas ini dilanggar di bahagian belakang," katanya. -SH



Budak Maut Terkena Renjatan Elektrik

Posted: 20 Mar 2011 07:16 PM PDT

Kuala Lumpur: "Luluh hati saya sebaik melihat anak sulong terbujur kaku di tanah. Malah, hampir pitam apabila mendapati dia tidak bernyawa," kata Mohd Marzuki Muda, 44, bapa Muhammad Naqiuddin (gambar), 11, yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain bola di kawasan permainan di Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.

Malah, sebulan lalu seorang kanak-kanak dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika terpegang tiang itu, namun tidak mengalami kemalangan jiwa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Marzuki berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan-rakan anaknya sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menceritakan kejadian itu, Marzuki berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia mengambil kayu untuk menjauhkan anaknya dari kawasan tiang lampu itu sebelum mendapati wajah Naqiuddin seperti terbakar.

"Selepas yakin tiada arus elektrik pada tubuhnya, saya mengusap dahi Naqiuddin sebelum mendapati seluruh tubuhnya panas.

"Biarpun pemeriksaan saya mendapati Naqiuddin tidak bernyawa, saya tidak putus-putus mendoakan keselamatannya dan berharap dia dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Menurutnya, dia dengan bantuan penduduk sekitar membawa anak sulungnya ke hospital swasta berhampiran kawasan berkenaan.

"Doktor mengesahkan Naqiuddin sudah meninggal dunia apabila arus elektrik memberi kesan kepada jantungnya. Atas arahan doktor, Naqiuddin dipindahkan ke PPUM untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, anak ketiganya, Mohd Idzuddin, 4, berperangai pelik seolah-olah sesuatu perkara buruk akan berlaku apabila sering merengek untuk pulang ke kampungnya di Kampung Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu.

"Saya tidak menyangka rengekan itu menandakan kehilangannya," katanya.

Menurutnya, anaknya yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 itu sentiasa taat kepadanya dan isteri, Ros Zakaria, 30-an.

"Sebelum Naquiddin keluar rumah, dia meminta kebenaran bermain di padang, malah sempat menunaikan solat Zuhur dan Asar," katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Muhammad Naquiddin akan dikebumikan di Jerteh, Terengganu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, laporan bedah siasat mendapati punca kematian kerana renjatan elektrik.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini menanti laporan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang masih menyiasat punca kemalangan itu. -hm

Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon

Posted: 20 Mar 2011 06:24 PM PDT

Petaling Jaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan harta bernilai berbilion ringgit oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau diisytihar layak bertanding dalam piliihan raya negeri (PRN) April ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar berkata, "beliau (Taib) perlu disiasat sebelum hari penamaan calon, yang dijangka awal bulan depan."

"SPRM harus bertindak segera bagi menjalankan siasatan bagaimana Taib, yang memerintah Sarawak hampir 30 tahun, dapat mengumpul sebegitu banyak harta," katanya pada satu majlis minum petang bersama para pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang petang semalam.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan hari ini, hari penamaan calon dijangka pada 9 April dan PRN pada 16 atau 17 April ini.

Mahfuz yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, SPRM juga harus membuktikan ia tidak dikuasai oleh parti politik dan boleh bertindak dengan bebas dan adil.

Sebelum ini, Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa SPRM menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan kekayaan luar biasa membabitkan Taib, ahli keluarga dan kroninya.

Presidennya, Dato' Paul Low berkata dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa terhadap keluarga Taib itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Sarawak Report adalah di antara beberapa portal berita dan laman sesawang yang melaporkan kekayaan Taib melebihi RM4 bilion melibatkan 49 buah syarikat, yang merentangi sempadan buana da lautan, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia di samping saham-saham dalam beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Turut hadir pada majlis minum petang itu ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan bekas calon PAS di Dun Tenang, Johor, Cikgu Normala Sudirman. -FMT

Akad Nikah Di Masjid Didakwa Amalan Kristian & Yahudi

Posted: 20 Mar 2011 05:00 PM PDT

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah, kata Majlis Fatwa Perlis

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama

Masyarakat Dunia Terpegun Dengan Ketabahan Jepun

Posted: 20 Mar 2011 03:57 PM PDT

Ketabahan Jepun menghadapi tekanan tiga bencana besar sekaligus, yakni gempa bumi, tsunami, dan radiasi nuklear, memukau dunia. Reputasi antarabangsa Jepun sebagai negara kuat mendapat pujian meluas. Tak adanya jenayah rompakan sewaktu keadaan huru-hara menguatkan gambaran Jepun sebagai sebuah "bangsa beradab".

Kerajaan Jepun, terus memacu proses pemindahan dan pengagihan bantuan ke daerah bencana yang belum terjangkau sebelumnya. Seluruh kekuatan dan sumber dayanya dikerahkan maksimal ke Jepun timur laut, daerah yang terparah dilanda tsunami.

Evakuasi korban tsunami berjalan seiring dengan evakuasi ribuan warga yang terancam terpapar radiasi nuklear di Pembangkit Eelektrik Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi, utara Tokyo. Wilayah Fukushima juga termasuk salah satu daerah korban gempa dan tsunami yang terjadi pada minggu lalu.

Televisyen, media cetak, radio, dan lamanweb berita online di seluruh dunia telah menerbitkan bencana itu. Hal yang mengkagumkan dunia, seluruh kejadian serta momen dramatis dan mendebarkan dirakam televisyen Jepun detik demi detik, sejak awal gempa, datangnya tsunami, hingga air bah itu "diam".

Jepun lalu mengkabarkan drama amuk alam yang menyebabkan lebih dari 10,000 orang terkorban dan 10,000 orang yang lain hilang ke seluruh dunia. Meski sempat panik, Jepun dengan cepat bangkit, mengerahkan seluruh kekuatannya, mulai dari tentera, kapal, hingga pesawat terbang. Jumlah tentara dinaikkan dua kali lipat dari 51,000 personel menjadi 100,000 personel. Sebanyak 145 dari 170 rumah sakit di seluruh daerah bencana beroperasi penuh.

Sekalipun kelaparan dan krisis air bersih mendera jutaan orang di sepanjang ribuan kilometer pantai timur Pulau Honshu dan pulau lain di Jepun, para korban sabar dan tertib menanti pengagihan logistik. Hingga hari keempat pasca-bencana, tidak terdengar aksi rompakan dan tindakan tercela lainnya.

Associated Press melukiskan, warga Jepun tenang menghadapi persoalan yang ditimbulkan bencana. Sisi lain yang diajarkan masyarakat Jepun ialah sikap sabar meski mereka diliputi dukacita akibat kehilangan orang-orang terkasih. Mereka sabar menanti bantuan. Kerajaan boleh mampu bersikap lebih tenang untuk memfokus pada evakuasi, penyelamatan, dan distribusi logistik.

Bencana terbaru adalah bahaya radiasi nuklear akibat tiga ledakan dan kebakaran pada Pembangkit Elektrik Tenaga nuklear Fukushima Daiichi. Dari enam reaktor nuklear, empat di antaranya telah bermasalah. Jepun belajar dari kes Chernobyl dan membangun sistem PLTN-nya lebih baik. Kerajaan menjamin tak akan ada insiden Chernobyl di Jepun.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa belum mengambil langkah-langkah selama belum ada permintaan. Jepun adalah negara paling bersiap sedia di dunia (menghadapi bencana)," kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat PBB untuk Koordinasi Urusan Kemanusiaan (OCHA), kepada Reuters.

Byrs melanjutkan, "Jepun menanggapi tiga darurat sekaligus, yakni gempa, tsunami, dan ancaman nuklear, dan melakukannya dengan sangat baik."

Para blogger dan pengguna lamanweb jejaring sosial berbahasa Inggeris memuji Jepun sebagai bangsa yang tabah (stoic) dan bertanya-tanya tentang kemampuan bangsa lain, terutama di Barat, jika digoncang tiga bencana besar sekaligus. Mereka memuji Jepun adalah sebuah bangsa yang hebat, kuat, dan beretika.

Profesor Harvard University, Joseph Nye, mengatakan, bencana telah melahirkan Jepun sebagai bangsa soft power. Istilah itu diciptakannya untuk melukiskan Jepun mencapai tujuannya dengan tampil lebih menarik bagi bangsa lain.

Saat bencana dan tragedi kemanusiaan mengundang simpati dari dunia Jepun, gambaran negara yang tertimpa bencana jarang mendapat keuntungan dari bencana tersebut. Pakistan, misalnya, menerima bantuan AS dan negara lain saat dilanda banjir bandang tahun lalu. Namun, bantuan individu sangat sedikit, yang disebabkan gambaran negeri itu di mata dunia. China dan Haiti juga menghadapi kritik atas penanganan gempa bumi tahun 2008 dan 2009.

Menghadapi keperluan akan dana membangun semula skala besar, Jepun masih menimbang tawaran antarabangsa. "Meski dilanda tragedi dahsyat, peristiwa menyedihkan, ada ciri-ciri yang sangat menarik dari Jepun," kata Nye kepada AFP.

"Terlalu awal untuk meramal apakah mereka berhasil memulihkan ekonomi. Tetapi, dilihat dari jauh, rakyat Jepun memperlihatkan ketabahan saat krisis. Hal ini berbicara banyak soal Jepun di masa depan," kata Wakil Pengarah Center for Strategic and International Studies Nicholas Szechenyi. -kompas

Pendirian Nik Aziz : Jawapan Terhadap NST

Posted: 20 Mar 2011 07:45 AM PDT

Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz's Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz).

Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat.

Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia).

Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah ; bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga menggangu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya. Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita. Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh kerajaan yang menindas wanita seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana Doctor In The House itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!

Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an. Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).

Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu?

Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari (20 Mac 2011)
- Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Lelaki Pakistan Nikah Wanita Malaysia Sebab Mahu Dapatkan 'PR' & 'MyKad'

Posted: 20 Mar 2011 06:45 AM PDT

Kangar: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di selatan Thailand, dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya kad pengenalan atau MyKad agar boleh terus tinggal dan berniaga di Malaysia.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Encik Mohd Aini Atan, berkata sepanjang tahun lalu, 45 kes perkahwinan membabitkan wanita Malaysia dengan lelaki Pakistan direkodkan di selatan Thailand dengan sebahagian besarnya dilakukan di wilayah Songkhla.

Menurutnya, jumlah perkahwinan membabitkan lelaki Pakistan itu adalah yang tertinggi berbanding lelaki negara lain - iaitu sembilan melibatkan warga Bangladesh, lapan warga India dan tiga Nepal.

'Kami percaya mereka bernikah di selatan Thailand menggunakan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan dengan kami untuk tujuan pengesahan,' kata Encik Mohd Aini.

'Pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan di selatan Thailand, terutama yang melibatkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh, juga warga asing lain dari seluruh dunia.

'Ini kerana kami curiga perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapatkan PR dan MyKad,' kata beliau. -hm



Jual anak tebus hutang karpet

Hashimah, 29 dipaksa ibu untuk bernikah dengan lelaki penjual karpet bangsa Pakistan yang bernama Bakti.

Kes kali ni melibatkan si ibu yang sanggup menjual anaknya dengan menikahkan pada si tukang karpet gara-gara si ibu yang tidak dapat menjelaskan hutang karpetnya. Ibu berkenaan tidak dapat menjelaskan hutang karpet sebanyak RM3000. Dia dikatakan membeli 4 helai karpet secara ansuran bulanan sebanyak RM30.

Oleh kerana si ibu tidak dapat jelaskan hutang berkenaan maka penjual karpet berkenaan meminta syarat supaya mengahwinkan anak kepadanya untuk melangsaikan hutang. Owh begitu mudah si ibu bersetuju sanggup jual anak.

Apa jadi selepas tu? Selepas 6 bulan perkahwinan, dia ditinggalkan begitu saja tanpa berita hah! padan muka. Dalam tempoh perkahwinan tersebut banyak rahsia penipuan terbongkar antaranya suami cuba menjual karpet dengan harga sekitar RM400 kepada penduduk kampung.P adahal karpet tersebut diambil dari kawannya dengan harga RM65 sehelai sahaja. -yokboktam



Puluhan Rumah Tertimbun Akibat Ledakan Gunung Merapi

Posted: 20 Mar 2011 05:45 AM PDT

Sleman - Banjir lahar dingin Merapi yang menerjang aliran Sungai Gendol malam semalam mengakibatkan puluhan rumah warga di Kecamatan Cangkringan dan Ngemplak, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Jogyakarta tertimbun bahan vulkanik hingga setinggi satu meter.

"Dari data sementara ini ada 41 rumah yang tertimbun lahar dingin seperti di Dusun Jaranan, Guling dan Banaran di Desa Argomulyo, Kecamatan Cangkringan dan Dusun Tambakan dan Jambon di Desa Sindumartani, Kecamatan Ngemplak," kata Pelaksana Tugas Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Sleman Urip Bahagia, hari ini.

Menurutnya, puluhan rumah tersebut mengalami rosak berat akibat dihentam bahan vulkanik seperti pasir dan batu-batu Merapi yang berukuran sangat besar.

"Rumah warga tersebut mengalami kerosakan yang sangat parah sehingga tidak boleh ditempati lagi sehingga puluhan ketua keluarga terpaksa dipindahkan," katanya.

Ia menyatakan, jumlah rumah yang tenggelam bahan lahar dingin mencapai 41 unit yakni di Dusun Jaranan 22 rumah, Dusun Guling dan Banaran sembilan rumah kemudian Dusun Tambakan dan Jambon 10 rumah.

"Jumlah tersebut belum termasuk rumah yang rosak ringan, kami masih akan mengumpulkan data-data untuk rumah-rumah yang terkena kesan banjir lahar dingin tersebut," katanya.

Seperti diberitakan, hujan deras yang turun di lereng Gunung Merapi, petang semalam mengakibatkan banjir lahar dingin di aliran Sungai Gendol dan Sungai Opak di Kecamatan Cangkringan, Kabupaten Sleman hingga menyebabkan satu rumah roboh dan beberapa rumah kemasukan bahan vulkanik. Menurut Camat Cangkringan Samsul Bakri, hujan deras yang turun di lereng Merapi sejak sore mengakibatkan banjir lahar dingin dan luapan bahan vulkanik di Sungai Gendol dan Opak, selain sejumlah tanggul di aliran ke dua sungai tersebut jebol, banjir juga mengakibatkan satu rumah roboh dan beberapa rumah kemasukan bahan vulkanik.

Menurutnya, satu rumah yang roboh tersebut yakni milik warga di Dusun Guling, Desa Argomulyo, Cangkringan yang hanyut diterjang banjir lahar dingin melalui aliran Sungai Opak.

"Sedangkan rumah yang kemasukan bahan vulkanik semuanya juga di Desa Argomulyo diantaranya di Dusun Banaran sebanyak empat rumah, Dusun Jaranan tiga rumah," katanya.

Ia mengatakan, aliran banjir lahar dingin di Sungai Gendol juga mengakibatkan benteng di Dusun Besalen runtuh.

"Sedangkan aliran banjir lahar dingin di Sungai Opak selain mengakibatkan runtuhnya sejumlah benteng di sepanjang aliran sungai tersebut, juga mengakibatkan satu jembatan darurat yang sedang dibangunkan di Dusun Kliwang hanyut terbawa banjir," katanya.

Samsul mengatakan, bajir lahar dingin melalui Sungai Opak tersebut juga mengakibatkan satu rumah kemasukan bahan vulkanik.

"Bahkan pemilik rumah mengalami luka akibat bahan vulkanik yang menerjang rumahnya ternyata masih panas, namun setelah dibawa ke rumah sakit keadaannya mulai pulih," katanya.

Ia mengatakan, akibat banjir lahar dingin di dua aliran sungai berhulu Merapi tersebut ratusan warga yang berada di dekat aliran sungai dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. "Kejadian banjir lahar dingin sebelumnya, ratusan warga juga harus dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Mereka ini berpindah di tempat saudaranya dan setelah selamat mereka akan kembali lagi ke rumahnya," katanya. -republika

Pakatan Rakyat Akan Hapuskan Saman Ekor Bila Memerintah

Posted: 20 Mar 2011 04:15 AM PDT

Besut, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya. -HD

Gempa Jepun: Jumlah Korban & Hilang Dijangka Melepasi 20,000 Orang

Posted: 20 Mar 2011 03:00 AM PDT

Jumlah orang yang telah disahkan terkorban atau didaftar sebagai hilang di Jepun telah mendekati 20,000 pada hari semalam. Tapi, ada kekhuwatiran akan korban tewas yang jauh lebih tinggi akibat bencana yang memusnahkan tempat-tempat permukiman besar di pantai Pasifik di pulau Honshu utara.

Pihak Polis Jepun menyatakan 7,653 orang telah dipastikan terkorban manakala 11,746 didaftar secara rasmi sebagai hilang. Seluruhnya mencapai 19,399 korban sampai perhitungan pada pukul 23:00 waktu tempatan semalam.

Harapan untuk menemukan banyak lagi orang yang selamat di tengah puing-puing telah berkurang setelah cuaca dingin yang menggigit melanda bahagian timur laut Jepun. Cuaca dingin juga menyelimuti banyak daerah bencana dengan salji awal minggu ini.

Mangsa korban itu sekarang telah jauh melewati jumlah korban gempa berkekuatan 7.2 pada Skala Richter yang menghentam kota pelabuhan Kobe di Jepun barat pada 1995. Gempa saat itu megorbankan seramai 6,434 orang.

Gempa berkekuatan 9.0 pada Skala Richter pada 11 Mac lalu sekarang menjadi bencana alam paling ramai mengorbankan jiwa di Jepun sejak gempa Great Kanto 1923 yang telah menyebabkan lebih dari 142,000 orang maut.

Ketua Wilayah kota pantai Ishinomaki di Miyagi menyataka bahwa jumlah orang yang hilang ada kemungkinan dapat mencapai 10,000 orang. Demikian pejabat berita Jepun Kyodo melaporkan.

Badan siaran publik NHK mengatakan bahwa sekitar 10,000 orang telah hilang di kota pelabuhan Minamisanriku. Gempa dan tsunami dahsyat di Jepun itu telah menarik masyarakat antarabangsa untuk memberikan bantuan dan pertolongan. Termasuk Rusia dan Beijing yang kebelakangan terlibat perselisihan sengit dengan Jepun yang juga terancam menghadapi krisis nuklear.


Gempa bumi Jepun: Angka korban di Miyagi sahaja lepasi 15,000

TOKYO, 20 Mac — Angka korban bencana berganda gempa bumi dan tsunami Jepun dijangka melepasi 20,000 orang memandangkan wilayah Miyagi sahaja dipercayai sudah mencecah 15,000 orang.

Agensi berita Kyodo memetik polis tempatan berkata 15,000 orang kemungkinan di Miyagi, antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Maklumat minggu lalu berkata 10,000 dikhuatiri hilang di kawasan itu.

Lebih 7,000 orang sudah disahkan terbunuh dalam tragedi gempa bumi dan tsunami dalam 140 tahun sejarah Jepun


Libya: 48 Terkorban, 150 Cedera, Cina Kecam Serangan Ke Atas Libya

Posted: 20 Mar 2011 02:23 AM PDT

Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini.

Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.

Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.

Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.

Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

SEMENTARA ITU, Kementerian Luar Negeri Cina mengecam serangan udara yang dilakukan pasukan perikatan terhadap Libya, Minggu (20/03/11).

Dalam sebuah pernyataan Cina menyatakan terus mengikuti perkembangan di Libya dan menyebut serangan tersebut mengganggu hubungan antarabangsa.

Rusia juga mengeluarkan pernyataan serupa dan meminta agar ada gencatan senjata secepatnya.

Bagaimanapun pernyataan Cina tidak menyebutkan perihal gencatan senjata dan menekankan kalau Cina menghormati "kedaulatan, kemerdekaan, persatuan dan integriti kawasan Afrika Utara."

"Kami mengharapkan Libya dapat segera membangunkan kestabilan dan mencegah adanya korban orang awam akibat peningkatan konflik bersenjata," demikian isi pernyataan tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelumnya pasukan perikatan AS, Perancis dan Britain menyerang Libya dengan misil dari udara maupun laut guna mendesak pelaksanaan larangan bebas terbang dan perlindungan bagi pemberontak dari serangan pasukan Muammar Gaddafi.

Cina dan Rusia merupakan negara terkuat yang menyampaikan pendapat yang bertentangan dengan aksi militer di Libya diantara 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.

Meski demikian, keduanya tidak menghalang resolusi PBB untuk melaksanakan operasi tersebut melalui mekanisme hak veto. Keduanya hanya tidak memberikan suara ketika resolusi dijatuhkan.

Perancis dan Britain sebelumnya mendorong pelaksanaan larangan terbang dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy menulis kepada ketua pemerintahan semua anggota Dewan Keselamatan untuk mendokong tindakan tersebut.

Cina menyatakan tidak memberikan suara kerana menganggap tindakan tersebut mencampuri urusan dalam negeri negara lain.

Tiada ulasan: