MIMPI SENJA |
- Pemimpin utama pembangkang beraksi sex dengan wanita tak dikenali
- DNA : Dakwa Najib ke Mahkamah - Karpal
- Kenapa baru sekarang Najib tawarkan DNAnya, kenapa tidak 3 tahun dulu?
- Video : Keganasan polis Bahrain = FRU Malaysia
- Pemberontakan Libya : Video terbaru
- Libya edar senjata kepada lebih 1 juta penduduk
- Surat rayuan terbuka : Pemalsuan DNA DSAI -
- Ketahui 'Tomahawk' - Digunakan oleh tentera bersekutu serang Libya pagi tadi
Pemimpin utama pembangkang beraksi sex dengan wanita tak dikenali Posted: 20 Mar 2011 10:01 PM PDT Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat. Wartawan yang telah menyaksi video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti itu mendakwa ianya klip video palsu. KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.
Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur. Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini. Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan. Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T. Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini. Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'. Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan. Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan. "Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya. "Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci. "Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi. Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan. Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat. Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil. Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir. Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu. - mStar STONE: syok juga dengar cerita PEMBOHONG Datuk T ni ... hehehe
|
DNA : Dakwa Najib ke Mahkamah - Karpal Posted: 20 Mar 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hendaklah didakwa atas tuduhan menghina mahkamah, kata ketua pasukan peguam bela perbicaraan Fitnah II, Karpal Singh. Menurut Karpal, tuntutan itu berikutan campur tangan Datuk Seri Najib Razak kerana memberi komen berkaitan kes ini dengan meminta Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau. Karpal membuat permohonan tersebut semasa membentangkan hujah balasnya bagi menolak permohonan pendakwa minggu lepas untuk mahkamah menyemak semula penolakan tiga barang sebagai bukti termasuk permohonan mereka yang mahu Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah hanya berpura-pura tidak mendengar permohonan Karpal dan meminta Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden untuk memberikan hujah balasnya terhadap pembentangan Karpal pagi ini. Menurut Mohd Yusof, DNA adalah elemen paling hampir dengan cap jari manusia yang unik. Atas alasan itulah katanya, pendakwa raya memohon mahkamah untuk mengarahkan Anwar memberikan DNA beliau. Karpal membalas kenyataan Mohd Yusof dan berkata bahawa Akta Bukti belum lagi dipinda untuk memasukkan DNA sebagai salah satu perkara yang boleh didapatkan di mahkamah tanpa izin tertuduh. Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak dapat memberikan keputusan hari ini dan hanya akan berbuat demikian Rabu ini. "Amat jelas saya tidak dapat memberikan keputusan hari ini. Saya memerlukan masa untuk meneliti perkara ini. "Jika peguam bela berpendapat piahk anda mempunyai kes, anda boleh memfailkannya kepada unit pengurusan di mahkamah," kata Mohamad Zabidin. Terdahulu, Karpal berkata, peguam bela tidak mempertikaikan bahawa keputusan bicara-dalam-perbicaraan boleh disemak semula. Namun, katanya dakwaan Anwar bahawa beliau ditahan secara tidak sah tidak pula dicabar pendakwa raya sebelum ini. "Seksyen 62 Akta Bukti tidak memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan mana-mana tertuduh menyerahkan sampel DNA mereka," kata Karpal. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9419
|
Kenapa baru sekarang Najib tawarkan DNAnya, kenapa tidak 3 tahun dulu? Posted: 20 Mar 2011 07:50 PM PDT Apakah kuasa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II. Berucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya. Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu. Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya. Ketika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya. Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang. Sambutan hambar Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan! Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi? Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah. Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998. Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar. Ketakutan doktor Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar. Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai "ketelusan" proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu. Berbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar. Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal. Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful. Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu. Bayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu. Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya? Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim. - mkini |
Video : Keganasan polis Bahrain = FRU Malaysia Posted: 20 Mar 2011 07:06 PM PDT Soldiers and riot police expelled hundreds of protesters from a landmark square in Bahrain's capital on Wednesday, using tear gas and armoured vehicles to try to subdue the growing movement challenging the 200-year-old monarchy. At least five people were killed as clashes flared across the kingdom, according to witnesses and officials. The unrest that began last month has increasingly showed signs of a sectarian showdown: The country's Sunni leaders are desperate to hold power, and majority Shiites are calling for an end to their dynasty. Wednesday's assault was launched at dawn in Pearl Square, the centre of the uprising inspired by revolts in Egypt and Tunisia. |
Pemberontakan Libya : Video terbaru Posted: 20 Mar 2011 08:28 AM PDT |
Libya edar senjata kepada lebih 1 juta penduduk Posted: 20 Mar 2011 06:36 AM PDT ALGIERS, March 20 — Kerajaan Libya hari ini telah mula mengedarkan senjata api kepada lebih 1 juta rakyat nya. Agensi berita Jana memetik sumber-sumber dari Kementerian Pertahanan Libya sebagai berkata mereka menjangkakan operasi ini akan tamat dalam jangka masa satu jam lagi bagi membekalkan senjata api kepada lebih 1 juta rakyatnya, lelaki dan perempuan — Reuters |
Surat rayuan terbuka : Pemalsuan DNA DSAI - Posted: 20 Mar 2011 03:28 AM PDT Mat Zain bin Ibrahim, Kepada; Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun, Peguam Cara Negara Malaysia, (Solicitor General of Malaysia) Jabatan Peguam Negara, Block C3,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62152 Putrajaya. YBhg.Datuk, Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998. Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat. 2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga. 2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut. 2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama. 3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu; 3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan; 3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu. 3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang. 4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang. - seterusnya |
Ketahui 'Tomahawk' - Digunakan oleh tentera bersekutu serang Libya pagi tadi Posted: 19 Mar 2011 11:29 PM PDT BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya, awal pagi tadi. Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat Kontraktor Pengeluar: Hughes Missile Systems Co., Tucson, Arizona, Amerika Syarikat. Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter) Berat: 2,650 pound (1192.5 kg); 3,200 pound (1440 kg) dengan pelancar kuasa. Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm) Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter) Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km) (Kalau dok kt JB senang-senang jer dia boleh tembak Bkt Kayu Hitam) Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM Tarikh pembuatan: 1983 Kos: AS$500,000 seunit Jumlah keseluruhan pengeluaran: 4,170 unit |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan