WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- Penahanan Peserta Demo AMK Bukti Polis Pilih Kasih
- DIBENCI, NAMUN KU MERINDUINYA....
- DNA - KETUA AMK SUDAH BERSUARA
- MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ?
Penahanan Peserta Demo AMK Bukti Polis Pilih Kasih Posted: 16 Mar 2011 10:46 PM PDT Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih. Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil. Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar. "Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan. Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau. Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan. Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran. Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. |
DIBENCI, NAMUN KU MERINDUINYA.... Posted: 16 Mar 2011 12:12 PM PDT HARI ini aku menyambut Hari Ulangtahun Yang Ke 45. Alhamdulillah, aku masih diberi ruang di muka bumi ini untuk terus melakukan yang terbaik dan aku pohon pertunjuk dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat teman-teman yang mengingati dan memberikan ucapan serta doa di hari ulangtahun ku ini melalui FaceBook dan SMS. Teristimewa buat isteri tersayang yang awal-awal lagi mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada ku. Semoga kita terus diberi pertunjuk oleh Allah di dalam mengharungi masa-masa yang akan datang. Tidak pernah terlintas untuk menjadi penulis blog amatur seperti sekarang kerana aku bukannya dididik sebagai penulis. Mungkin kerana sejak usia remaja lagi aku berminat mengikuti perkembangan politik tanahair dan suasana politik yang semakin mencabar membuatkan aku ingin turut menyumbangkan sesuatu. Aku tiada kebolehan atau bakat lain untuk memberikan sumbangan, sekadar coretan kosong yang tidak semua orang menyukainya. Itu lumrah. Aku tidak terlepas dari dikatakan sebagai Penulis Upahan, dimaki dan dihamun kerana penulisan di blog ini. Itu juga lumrah bagi sesiapa pun sebagai Penulis, apatah lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi sepertri aku. Apa yang penting, aku ingin sampaikan apa yang aku rasa betul pada diri aku sendiri. Tiada paksaan untuk sesiapa menerimanya. Aku bersedia berkongsi pandangan dan bersedia juga untuk menjawab hujah selagi ada kemampuan. Di sepanjang usia ini, mustahil aku tidak melalui suasana pahit dan manis. Namun, aku bersyukur kerana masih punyai kekuatan untuk menghadapi semuanya itu. Penulis bodoh seperti aku umpama orang yang bercinta. Ada ketikanya kita mencintai seseorang, tetapi cinta kita ditolak. Biarpun ditolak, kerinduan tetap membara. Penulis juga begitu, ada ketikanya penulisan kita dikritik dan dimaki hamun, namun aku tetap merindui penulisan ini. Mudah-mudahan aku terus tabah, dan aku mengharapkan doa kelian untuk aku terus menulis..../wfauzdin.blogspot.com |
DNA - KETUA AMK SUDAH BERSUARA Posted: 16 Mar 2011 03:00 AM PDT Kenyataan Media Ketua AMK 16 Mac 2011 Paksaan Untuk Menyerahkan DNA, pencabulan terhadap prinsip utama Undang-Undang. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang yang bermotifkan politik jahat dan khianat. Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti ! Dalam kes DSAI, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam dakwaan penuduh. Apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas DSAI ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. DSAI dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa. Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas DSAI. Percanggahan fakta sedari awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes ini langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, di tambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam. Tindakan pihak pendakwaan ini sekaligus bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948: "Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him." Pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan di dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa DSAI menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN. AMK dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk DSAI tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah. AMK yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) |
MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ? Posted: 16 Mar 2011 01:04 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu. PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian. Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan