Rabu, 16 Mac 2011

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Dr Mahathir cadang Malaysia beli bahan nuklear dari Israel kerana murah untuk tujuan loji nuklear perubatan(terlates dari berita harian)

Posted: 16 Mar 2011 07:55 PM PDT

sila baca berita harian hari ini punya woooooooo

bezakan berita2 di bawah ini...

bg aku..ini lah gaya keleng bercakap..sekejap setuju sekejap idak..yg mana ni ooi?

Nasional

Malaysia belum bersedia bina loji nuklear


2011/03/17

CYBERJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear.

Malah, katanya, ketika pentadbirannya, Kabinet pernah membuat keputusan memberi tumpuan kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro, manakala nuklear bukan satu
pilihan kerajaan ketika itu. "Masih banyak yang kita belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif, kita akan hilang kawalan ke atasnya dan kita juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi.

"Selain itu, kita juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan," katanya selepas merasmikan Bangunan Lestari Kumpulan Emkay, di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, negara juga pernah mempunyai 'pengalaman buruk' mengenai nuklear, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Saya tidak pasti sama ada orang ramai menyedari perkara ini atau tidak tetapi kita sudah ada 'pengalaman buruk' dengan nuklear...kita tidak tahu bagaimana hendak menghapuskan bahan nuklear itu," katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.

Difahamkan, Malaysia sedang menimbang tiga jenis teknologi reaktor nuklear daripada tujuh negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan China, untuk membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad, dilaporkan berkata, teknologi reaktor nuklear terbabit ialah teknologi reaktor air tertekan (PWR), reaktor air berat (PHWR) dan reaktor air didihan (BWR).

Mutakhir

Dr Mahathir setuju loji nuklear hanya untuk tujuan perubatan


2010/05/14

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata secara peribadi beliau menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia kecuali untuk tujuan perubatan.

"Secara peribadi, saya membantah pembinaan loji nuklear atau sebarang perkara yang melibatkan nuklear kecuali untuk kegunaan perubatan kerana saintis masih belum memahami kuasa bahan nuklear," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata keputusan tersebut perlu dibuat dengan teliti kerana sekiranya uranium atau bahan berkaitannya telah diaktifkan ia sukar untuk dihentikan dan akan menimbulkan masalah pengurusan sisa nuklear di seluruh dunia.

Tiada ulasan: