Rabu, 16 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pengacara TV3 pula sertai PAS

Posted: 16 Mar 2011 09:00 AM PDT


Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!

Jangan guna taktik kotor la hoi BN

Posted: 16 Mar 2011 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional diberi amaran keras untuk tidak menggunakan kekerasan termasuk memperkuda institusi polis dan tentera serta menggunakan taktik kotor menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Beliau menyifatkan Malaysia tidak ubah seperti Mesir yang ditadbir diktator Hosni Mubarak melalui tindakan menyekat kebebasan bermaklumat, termasuk antaranya ialah dengan tidak mengeluarkan permit kepada akhbar-akhbar seperti Suara Keadilan.

"Revolusi Tunisia. Mesir dan Timur Tengah tercetus akibat daripada isu sosial seperti pengangguran yang tinggi, inflasi, rasuah, kongkongan terhadap media serta kemiskinan yang teruk.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini tidak jauh bezanya dengan apa yang terjadi di Timur Tengah," kata Tian pada ucapan perbahasan menjunjung titah Diraja, di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk tidak memperbodohkan rakyat Malaysia termasuk melalui percubaan menambah pengundi pos di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat.


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak kerajaan melaksanakan Akta Gaji Minima
Dalam pada itu, Tian menuntut kerajaan untuk melaksanakan Akta Gaji Minima segera, dengan implementasinya merangkumi pekerja tempatan dan juga pekerja asing.

"Sekiranya gaji minima hanya diberikan kepada pekerja tempatan, bermakna pekerja asing tiada gaji minima.

"Ini akan menyebabkan para majikan hanya mengambil orang asing sebagai pekerja kerana kos buruh yang rendah kerana mereka tidak diliputi di bawah Akta Gaji Minima.

"Justeru, Akta yang dicadangkan tidak harus membezakan hak pekerja di negara ini. Mereka akan terbela di bawah satu undang-undang yang adil mengikut prinsip pasaran.

"Namun ia hanya menjadi janji kosong oleh Barisan Nasional, sekiranya kerajaan tidak menyediakan 'blue print' bagi persediaan pelaksanaan Akta Gaji Minima yang diuar-uarkan sebelum ini," kata Tian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9087

Cek RM1.4 juta : Gobala nak saman Saifuddin

Posted: 16 Mar 2011 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

"Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, " kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah," kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

"Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia 'berjuang'. Saya akan jumpa dia di mahkamah," katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd - KeadilanDaily

Tiada ulasan: