WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful
- Video Lucah : Empat Kamera, Tapi Muka Pelakon Tak Jelas
- Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah
- Konspirasi Ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi
- Chegu Bard Sahkan Video Lucah Rekayasa, RTC Pembohong
- Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam
- Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T?
- Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam
Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful Posted: 24 Mar 2011 08:26 AM PDT Ditulis oleh shuaib ayob 24/03/2011 Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.
|
Video Lucah : Empat Kamera, Tapi Muka Pelakon Tak Jelas Posted: 24 Mar 2011 08:25 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak
PETALING JAYA 24 MAC : Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hari ini mendedahkan video lucah "Datuk T" sepanjang 21 minit tidak jelas menunjukkan wajah pelaku lelaki sungguhpun dirakam menerusi lensa empat kamera yang di pasang di bilik hotel berkenaan. Sebaliknya apa yang jelas hanyalah tubuh badan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks pada 21 Febuari lalu. "Last sekali dah habis masa tu dia hadap kamera tapi dia tunduk dan bangkit. Masa tu nampak badan tapi tak nampak muka. Tapi minda kita dah tentukan nak cari Anwar contohnya kalau cerita dalam bilik ni ada hantu, tak nampak, tapi siling tiba-tiba jatuh kita kata sah memang ada hantu. Kerana minda kita nak pastikan," kata beliau dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini. Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengakui beliau , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yng mengelar diri mereka sebagai Datuk T mengaku bertanggungjawab terhadap video berkenaan. Johari adalah Ahli Parlimen PKR yang pertama menonton video itu pada Isnin lalu. Beliau semalam menolak fitnah Rahim dan Eskay bahawa video itu kononnya jelas merakamkan Datuk Seri Anwar sebagai mengadakan hubungan seks. Hari ini Johari menyatakan secara terperinchi kenapa dakwaan itu fitnah semata-mata. Beliau berkata dakwaan bahawa video itu jelas menunjukan kehadiran Anwar adalah rekayasa manakala kenyataan Eskay bahawa rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga amat mencurigakan. "Dia kata dia bimbang sangat-sangat kalau Pihak Berkuasa Thailand akan mengambil kesempatan untuk ugut Anwar. Bila saya tanya Hotel di mana dia kata di KL. Maknanya semua ini afterthought. lepas dengar PC saya semalam mereka reka cerita," terang Johari. Menurut Johari lagi, sidang media 'Datuk T' semalam menimbulkan lebih banyak persoalan dari menjawab kemusykilan umum, contohnya kenapa Hotel Carcosa di pilih untuk menayangkan video itu kepada wartawan. . "Kenapa buat di Carcosa Sri Negara dengan sekuriti ketat seolah-olah sedang tunjukkan sebuah formula senjata nuklear yang takut didedahkan kepada negara asing, sedangkan nak tengok video sahaja. maksudnya ada motif" sindir beliau. Johari berkata beliau yakin Rahim Thamby Chik menerima restu pucuk pimpinan tertinggi Umno kerana orang yang hendak di fitnah adalah seorang tokoh politik. . "Samada ada arahan di atas saya tak tahu tapi mengenali Tan Sri, saya yakin ada arahan dari seseorang. Sebab yang dia nak 'frame' Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Pak Ali Nasi Lemak. Cakap pasal Anwar mesti ada implikasi politik di Malaysia dan rantau asia. Ia makan kos banyak. Jadi mesti sekurang-kurangnya dia dah berbincang dengan pemimpin tinggi UMNO yang lain. |
Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah Posted: 24 Mar 2011 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.
|
Konspirasi Ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi Posted: 24 Mar 2011 03:22 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz 24/03/2011 Share KUALA LUMPUR 24 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti. Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan. Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.
|
Chegu Bard Sahkan Video Lucah Rekayasa, RTC Pembohong Posted: 24 Mar 2011 03:19 AM PDT
KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu bergelar Datuk T. Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu-isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam. Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dipelawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu. Beliau menonton video itu dua kali bersama Rahim dan Eskay serta seorang lagi yang tidak dikenali. "Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," kata Badrul. Badrul menegaskan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil memberi penjelasan kerana nyata "ini permainan politik kotor kea rah menyelamatkan Umno menjelang pilihanraya yang semakin hampir." Badrul dilihat antara pemimpin muda yang berwibawa walaupun tidak sehaluan dalam beberapa isu dengan kepimpinan PKR. Pada sidang akhbarnya petang tadi, Badrul turut mendedahkan bahawa Rahim memberikan kenyataan berbeza-beza dalam tempoh 24 jam lalu. Pada sidang media semalam, Rahim menjual dirinya sebagai terlibat secara langsung dalam video itu. Namun , beliau memberitahu Badrul sehari sebelum itu beliau belum melihat rakaman berkenaan kerana baru pulang dari luar negara. "Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mac 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan (Eskay). Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menontonnya," kata Badrul. Beliau kemudian diminta untuk membawa salinan video berkenaan untuk ditunjukkan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail supaya Presiden PKR itu dan Anwar berundur dari politik. " Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah (Eskay) meminta untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," jelas beliau. Badrul berkata dakwaan Rahim Thamby Chik kononnya Datuk T merujuk kepada beliau sendiri, Eskay dan Bendahari Perkara Shuaib Lazim mencurigakan. Dalam pertemuan tersebut (di Hotel Shangri-La) Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim pun memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay. Badrul percaya selain ketiga-tiga individu yang menggelar diri Datuk T, video lucah yang direkayasa itu sebenarnya membabitkan lebih ramai orang dan "mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond." Beliau juga berkata nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput beliau dan rakannya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Badrul bagaimanapun tidak mengulas lanjut. "Adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga mempunyai kepentingan dalam pembekalan baja ke Risda dari selatan Thailand," tanya Badrul. Rahim adalah Pengerusi Risda yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak pada Jun tahun lalu. "Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
|
Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam Posted: 24 Mar 2011 01:10 AM PDT Ditulis oleh shuaib ayob 24/03/2011 Share KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
|
Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T? Posted: 24 Mar 2011 01:07 AM PDT Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T? 24/03/2011 Share
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berjumpa dengan ketiga-tiga individu yang mendalangi video seks fitnah sebelum mereka tampil mengakui bertanggungjawab atas rakaman itu semalam, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Nik Nadzmi Nik Ahmad. Pertemuan antara Najib, Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Shuaib Lazim dikatakan berlangsung di Bangunan Parlimen petang semalam. Ia menguatkan hujah bahawa penyiaran video fitnah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan konspirasi politik tertinggi Umno, kata Nik Nadzmi. "PKR dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam," kata beliau. "Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas," tambah beliau. Seperkara lagi yang menguatkan wujudnya konspirasi berkenaan adalah ketangkasan pertubuhan bukan kerajaan upahan Umno seperti Pekida mengadakan tunjuk perasaan menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rakaman itu. Tuntutan itu dibuat walaupun Rahim dan juak-juaknya belum pun menuntut penubuhan badan itu. Mereka hanya berbuat demikian selang beberapa jam setelah PKR membongkar identiti mereka sebagai dalang di sebalik rakaman lucah fitnah itu. Nik Nadzmi menegaskan keengganan kerajaan bertindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit, hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa sekali lagi ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, seperti mana yang berlaku pada tahun 1998. "Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,' kata Nik Nadzmi. Dalam pada itu pengakuan Datuk Eskay bahawa dia turut dirakam dalam video seks fitnah hanya menguatkan hujah bahawa ahli perniagaan itu sendiri terbabit dalam rakaman berkenaan dan bukannya "menjumpai" video itu di sebuah hotel, kata NIk Nazmi. "Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato' Eskay sendiri," kata beliau . "Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungei Petani) semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman," kata Nik Nadzmi. Datuk Johari yang menyaksikan video itu Isnin lalu memberitahu wartawan, beliau yakin 100 peratus orang yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina bukan Datuk Seri Anwar. Selain faktor paras bentuk badan (termasuk perut) yang tidak menyerupai Anwar, Johari juga merujuk kepada "pelakon" video yang mirip muka Anwar memasuki bilik berkenaan ketika ketika peralatan rakaman video itu di pasang oleh seorang lelaki lain. Semalam, Eskay mengakui beliau sendiri muncul dalam rakaman itu untuk menguatkan dakwaannya bahawa video itu tidak diolah dalam apa bentuk jua. Namun pengakuan Datuk Eskay itu menimbulkan keraguan besar kepada jalan cerita asalnya iaitu beliau kononnya disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut, tambah beliau . "Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal," kata Nik Nadzmi.
|
Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam Posted: 24 Mar 2011 01:06 AM PDT KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan