RAKYAT MARHAEN |
- 49 NGO desak UM batalkan tuduhan terhadap Tiong Yih
- Video Seks: Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Datuk 'T'
- Perniagaan video seks akan berjaya
- Video Seks, Baik Tuan, Fitnah Dah Tersedia Tuan!!
- Kes Video Seks: Rakyat Kesal Sikap "Double Standard" Polis
- PRN Sarawak: Pemuda Pakatan keluar manifesto bersama
- UM gantung seorang pemimpin MPP, bekas calon
- NIAT mula kempen pulangkan novel Interlok tanda protes
- Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
- Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim
- I feel better now, says Shazryl, after handing sex video, watch to police
- Hello.... Anwar is not you.
- Pulau Jerejak suit: BN praises Guan Eng
- Mengapa Daging Babi Haram?
- Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor
- Revolusi Rakyat : Syria pula kian bergolak
- PKR Cabang Jerantut mendapat suntikan baru
- Pejuang kebenaran, keadilan sentiasa diuji dengan fitnah – Dr Siddiq Fadhil
- Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar..ha..ha...Senatak berbunyi..!!!
- Tidak Mustahil Malaysia Jejak Kebangkitan Rakyat Arab, Jika Demokrasi Terus Diperlekeh
- Kejayaan Serang "Parti Keadilan Rakyat" (PKR),
- Kerajaan tolak guna dakwat kekal
- Video Lucah : Empat Kamera Tapi Muka Pelakon Tak Jelas.
- Video seks: Rahim Thamby Chik tindak kerana balas dendam, kata Anwar
- Rahim disoal siasat lima jam, video seks diserah Bukit Aman
49 NGO desak UM batalkan tuduhan terhadap Tiong Yih Posted: 24 Mar 2011 09:36 PM PDT Kami mengecam tindakan pihak Universiti Malaya (UM) menggantung tugas dua orang wakil pelajar dengan alasan yang tidak munasabah kerana pihak UM sekali lagi menggunakan kuasa mutlak yang diperuntukkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ini jelas menunjukkan pihak universiti telah mengetepikan demokrasi kampus dan hak asasi pelajar. Pada pendapat kami, tindakan pihak UM menggantung tugas dua orang wakil pelajar ini adalah tidak berasas. Kes ini telah membuktikan bahawa pihak universiti sanggup menggunakan apa jua cara untuk menyekat suara pelajar serta melemahkan barisan Pro-Mahasiswa kerana alasan sijil cuti sakit palsu dan penglibatan wakil pelajar dalam siasatan polis telah digunakan untuk menggantung tugas dua orang wakil pelajar yang dipilih menerusi pilihanraya kampus yang lalu. Tiong Yih (gambar kanan) telah menghantar sijil cuti sakit untuk menjelaskan ketidakhadiran beliau pada kursus sebelum hari penamaan calon, tetapi malangnya sijil tersebut kini dijadikan alasan penggantungan tugas beliau walaupun tidak terdapat bukti bahawa sijil itu adalah palsu. Masturah Abu Bakar dan kawannya merupakan orang yang membuat laporan polis, bukannnya orang yang didakwa ataupun disabitkan kesalahan. Dengan hanya memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, Masturah dikatakan terbabit dalam siasatan polis dan perlu digantungkan tugas sebagai wakil pelajar. "Sekiranya seorang wakil pelajar dirompak dan seterusnya membuat laporan polis, adakah beliau harus digantung tugas sewaktu siasatan masih dijalankan? Pihak universiti bukan sahaja tidak berusaha untuk meningkatkan keselamatan terhadap calon-calon sewaktu pilihanraya kampus dijalankan, malah menggantung tugas wakil pelajar dengan alasan yang tidak munasabah." Seterusnya, pihak UPM telah membatalkan kelayakan 11 calon Pro-Mahasiswa dan menyebabkan beberapa pelajar dan pegawai tercedera. Situasi yang serupa berlaku apabila pihak UM dengan alasan yang tidak munasabah juga menggantungkan kelayakan dua orang wakil pelajar UM. Jelas, hal ini menunjukkan bahawa pihak universiti sering menakutkan pelajar dalam pilihan raya kampus, memihak kepada calon Pro-Universiti, malah menggunakan AUKU untuk membuat tuduhan kepada calon terpilih. Kami mendesak agar pihak UM agar membatalkan prosiding dan perbicaraan terhadap Tiong Yih yang akan diadakan pada hari Khamis dan seterusnya memulihkan status Tiong Yih sebagai wakil pelajar dengan segera. Kami juga meminta pihak universiti agar berhenti menggunakan AUKU untuk menuduh dan menakutkan pelajar yang tidak bersependapat dengan pihak universiti. Selain itu, kami membantah prosiding yang tidak selaras dengan prinsip demokrasi dan yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. "Pihak universiti mempunyai kuasa mutlak untuk sama ada mengarah, menyiasat mahupun membuat keputusan dalam sebarang tuduhan di bawah AUKU, hal ini telah membolehkan pihak universiti menuduh dan merampas hak mahasiswa dengan sewenang-wenangnya." Meskipun AUKU telah dipinda, namun masih terdapat banyak pelajar yang menjadi mangsa kepada akta yang zalim ini sejak dua tahun ini. Kes penganjur pertandingan debat UM dan kes UKM 4 telah menunjukkan bahawa pihak universiti masih gemar menggunakan AUKU sebagai gigi taring untuk menyekat hak pelajar walaupun AUKU telah dipinda. Oleh yang demikian, kami tegas dengan pendirian berdiri teguh dengan pendirian kami untuk memansuhkan AUKU agar penyalahgunaan kuasa pihak universiti dapat dihentikan. Sekali lagi, kami ingin meminta pihak UM untuk membatalkan segala tududan ke atas Tiong Yih supaya menarik balik arahan kepada Tiong Yih yang memintanya menghadiri prosiding serta menghormati warga kampus UM yang telah mengundi kepada saudara Tiong Yih dan Masturah dalam pilihanraya kampus yang lepas. Selama ini, UM melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang berani untuk mempertahankan kebebasan dan hak asasi manusia, kami berharap UM dapat menghentikan segala tindakan yang menyekat hak pelajar untuk menjadi satu teladan demokrasi yang baik kepada universiti-universiti yang lain. Kenyataan oleh Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), disokong 1. Perak Young Graduate Association 2. UMANY ALUMNI 3. Solidariti Mahasiswa Malaysia,SMM 4. KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN,KAMI 5. Gabungan Anak Muda dan Pelajar, GAMP 6. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG 7. Student Progressive Front USM 8. Gerakan Mahasiswa Maju UPM 9. Student Progressive Front UUM 10. Student Progressive Front New Era Colledge 11. Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej 12. New Era College Alumni Association 13. Jaringan Rakyat Tertindas,JERIT 14. Persatuan Bahasa Tiong Hua USM 15. UTM Chinese Student Council 16. Writers' Alliance for Media Independence,WAMI 17. 528 Media Action Group 18. Sembang-sembang Forum 19. Monsoons group 20. Persatuan Prihantin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor, PRIHATIN 21. SUARAM JB 22. Persatuan Alumni Han Chiang Pulau Pinang 23. Persatuan Bekas Murid-Murid Han Chiang Seberang Perai 24. Persekutuan Alumni Han Chiang Malaysia 25. Kong Min School Old Pupils Association 26. Persatuan Kawan Karib Pulau Pinang 27. Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor 28. Gabungan Murid-Murid Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Perak 29. Ipoh Mini Oasis Library 30. Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Menengah Shen Jai 31. Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Menengah Shen Jai 32. Persatuan Kawan Karib Perak 33. Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall 34. Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall 35. Seng Cheong Society Malacca 36. Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Yu Hua Kajang Sel.(Bahagian Pemuda) 37. Persatuan Fui Chiu W.P dan Selangor (Bahagian Pemuda) 38. Persatuan Foochow Selangor & K.L.(Bahagian Pemuda) 39. Youth section of The Selangor & K.L. Nan Ann Association 40. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien WP & S'gor 41. Persatuan Shing An Selangor & W/P (Bahagian Pemuda 42. Bahagian Belia Persatuan Hopo K.L. 43. Persatuan Kwang Tung Rawang (Bahagian Pemuda) 44. Persatuan Wui Leng Selangor & K.L(Bahagian Pemuda 45. Bhg Pemuda Persatuan Alumni Sekolah Serdang Bharu 46. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS) 47. Pusat Komunikasi Masyarakat( KOMAS) 48. Community Action Network (CAN) 49. Malaysian Against Death Penalty and Torture | ||
Video Seks: Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Datuk 'T' Posted: 24 Mar 2011 09:31 PM PDT Oleh ramziredang "Beberapa minggu yang lepas ada seorang tua yang hampir nyanyuk menulis sebuah buku yang bertajuk Doktor Kutty Dalam Rumah. Dalam buku tersebut dia mencerita kisah si pulan yang dibekalkan perempuan untuk seks. Lakarannya tentang buku tersebut semacam ada tak kena dengan suasana sekarang. . Seolah olah Hikayat Merong Mahawangsa sedang hebat diiklankan sebelum tayangan sebenar bermula. Relatifnya doktor kutty dengan sipulan dan juga datuk T dengan sipulan, semacam cerita hindustan yang berbelit tetapi kita dah tahu jalan ceritanya. Begitu juga relatifnya datuk T dengan doktor kuttySaya tidak fikir Najib sebodoh ini mahu mengeksploitasi taktik murahan ini demi survival politiknya. Najib sudah ada Liwat II sebagai senjata. Semua tahu tuduhan liwat II sudah hampir menyerlahkan episod terakhir. Penonton juga sudah mengetahui samada penamat cerita ini, sudah ada seperti yang diskripkan. Malah isu seperti DNA pun sudah dapat diagak jalan ceritanya. Isu video seks pada pandangan saya hanyalah serampang dua mata. Memburukkan Anwar dan pada masa yang sama memendekkan hayat Najib dalam politik. Jika diperhatikan tiga orang yang menggelarkan diri mereka datuk T, kita sudah hampir pasti siapakah bos mereka. Malah pada kali ini, pembacaan skrip oleh pelakun lain ,seperti Zul pelacur kulim agak caca marba. Seperti juga Zahrain mulut busuk. Sekejab gitu sekejab gini. Seolah mereka tidak diberitahu, seperti lazimnya perancangan yang dilakukan oleh UMNO. Tidakkan kita tahu biasanya jika ada kes seperti ini, ulasan mereka akan selari? Dengan ulasan yang caca marba inilah menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dengan video. Cuma Najib diberitahu kemudian. Tanpa Najib menyangka isu ini sebenarnya juga digunakan oleh mereka untuk memendekkan hayat Najib ditakhta teratas. Mereka ingin memalukan Najib secara halus. Kononnya ingin menolong Najib untuk mendapatkan perpindahan wakil rakyat PKR. Sebenarnya ada seseorang yang menyimpan dendam yang sangat dalam di dalam dirinya. Kerana dulu dia menyangka orang akan menyokong dirinya selamanya. Tetapi tanpa disangka dia terpaksa mencebikkan bibirnya menangis dan mempertontonkan mukanya yang kerepot di mata penonton TV kerana dipaksa turun pentas lakonannya. Nyatalah dia bukan sahaja doktor in d house,also actor in d house and so so. Percayalah orang sepertinya tidak akan duduk diam selamanya walaupun dengan partinya sendiri. Perhatikan ucapan ucapannya kebelakangan ini, berlagak sebagai perdana menteri. Kata orang tua, melihat riak di air,sudah tahu jantan betinanya. Mungkin dia sedang tersenyum sendiri, melihat jeratnya memakan dua mangsa " | ||
Perniagaan video seks akan berjaya Posted: 24 Mar 2011 09:24 PM PDT Oleh Aspan Alias Pengendap bilik tidur dan mengintai orang berkelamin merupakan penyakit yang begitu sebati terutamanya di kampong-kampong dahulu kala. Mungkin penyakit itu sudah tidak lagi menjadi kebiasaan di zaman morden sekarang ini. Dulu-dulunya kegiatan mengendap itu merupakan perkara biasa tetapi ianya hanya menjadi mainan nakal anak-anak muda sahaja. Ramai pasangan yang baru berkahwin menjadi mangsa pengendap ini tetapi ianya tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat kerana mereka bertindak mengendap itu hanyalah untuk suka-suka sahaja. Itu hanyalah merupakan 'practical jokes' yang biasa. Tetapi kalau diceritakan kepada orang muda-muda bawah empat puluhan ianya merupakan cerita dongeng kerana di zaman mereka ini penyakit ini sudah lama berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Tetapi budaya mengintai ini tidak hilang secara total kerana mungkin penyakit ini ada bersama orang Melayu walaupun budaya itu sudah lama tiada. Di zaman morden ini mengintai bilek tidur dan mengintip orang berkelamin itu sudah menjadi satu kegiatan penting di dalam politik dan lebih jauh lagi ianya sudah menjadi alat untuk perniagaan. Kejayaan mengintai dan mengintip orang berkelamin terutamanya musuh politik pengintai itu, boleh menjadi modal perniagaan dan jika berjaya melakukannya dengan baik dan boleh pula membantu orang atasan atau kelompok yang berkuasa, kejayaan itu besar kemungkinan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Kalau dahulu kegiatan mengintai ini hanya untuk suka-suka sahaja, di zaman sekarang mengintai ini boleh mendatangkan faedah kewangan serta taraf sosial kepada pengintai-pengintai ini. Cerita yang terakhir yang kita semua mendengar ialah tentang pengintaian yang dilakukan keatas seorang pemimpin yang di katakan sebagai pemimpin pembangkang negara. Tetapi sekarang ini zaman modern; mengintai ini dilakukan dengan mengambil video sekali dan orang yang tidak mengintai boleh melihatnya melalui video yang di ambil oleh pengintai-pengintai ini. Jika ada peluang saya juga ingin melihat tayangan itu tanpa bersusah payah untuk mengintai. Rahim ini pernah berkawan dengan saya dan jika beliau sudi, saya juga ingin memohon dari beliau untuk mendapat kebenaran melihat tayangan dan adengan seks oleh pemimpin pembangkang itu. Sekarang saya sudah tahu di mana hendak mendapatkan video lucah. Kalau Rahim tidak ada, kita pergi berjumpa Eskay dan jika kedua-duanya tidak ada mungkin kita boleh tempah dari Shuib Lazim. Kalau Dato T ini berjaya untuk membuktikan tuduhan mereka saya sangat berkeyakinan akan ramailah yang akan menjadi egen untuk mengedarkan video ini dan saya tidak tahu berapa peratus kah 'margin' yang akan diterima oleh agen-egen pengedar ini. Mungkin kah perniagaan 'multi-level ini akan mampu menyaingi Amway? Kita tidak tahu lagi. Dulu perniagaan ini dilakukan oleh orang-orang bawahan sekarang perniagaan ini sudah dilakukan oleh orang-orang besar yang bergelar dan bernama. Mungkin hasil dari perniagaan ini boleh menambah sedikit sebanyak pencen yang mereka sedang terima sekarang ini. Nampaknya kegiatan ini mugkin boleh menjadi elemen yang akan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di umumkan oleh pucuk pimpinan kita. | ||
Video Seks, Baik Tuan, Fitnah Dah Tersedia Tuan!! Posted: 24 Mar 2011 09:22 PM PDT Isu Anwar timbul, Ezam pun timbul namun kebiasaannya terlewat sedikit, dua tiga hari selepas sesuatu isu, mencari idea. Dia menunggu arahan bos dan akan berkata baik tuan, saya sedia tuan, fitnah dah tersedia tuan!! Ezam berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran. "Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya. "Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," itulah kata-katanya. Ezam menjalakan tugas dengan baik sebaik upah yang beliau terima, takkan upahnya bagus tetapi kerjanya tak bagus, nanti ditarik semula upah dari bos, kasihan!! Bercakaplah biar sedap sesedap rasa supaya cakap kita lebih dipercayai... | ||
Kes Video Seks: Rakyat Kesal Sikap "Double Standard" Polis Posted: 24 Mar 2011 09:20 PM PDT Rakaman asal video seks, jam tangan diserah pada polis Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini. Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu. Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan. "Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi. Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai. "Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya. Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu. "Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting. "Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi. Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan. "Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan. Anwar paksa letak jawatan Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka. Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya. "Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan). "Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya. Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam. Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut. Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok. Sebelum ini, pegawai khas Rahim – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian. Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam. Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. Ulasan GB Rakyat kini mempertikaikan sikap DOUBLE STANDARD Polis di dalam menangani kes ini. Kenapa di dalam ke Anwar Ibrahim, beliau awal-awal sudah dilokapkan, sedangkan di dalam kes di atas "Datuk T" mendapat layanan VIP dan istimewa daripada PDRM? Rahim siap boleh bagi komen dan jawab soalan wartawan lagi selepas dari menemui polis. Berikut ialah komen-komen daripada Datuk Halik Zaman dan lain-lain yang mengekori artikel di Malaysiakini tersebut.
Kita ingin menyatakan dengan tegas berkali-kali bahawa rakyat tidak benci polis dan tiada siapa menghasut rakyat untuk membenci polis. Apa yang berlaku ialah tindakan polis sendiri yang menyebabkan rakyat membenci mereka. Malah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat membantu polis mengembalikan imej polis di samping meletakkan identiti polis di tempatnya yang lebih abadi. PDRM perlu kembali bertindak sebagai sebuah badan yang adil, telus, bebas berkecuali dan berintegriti. Apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat biasa seperti GB? Hanya mampu mengangkat tangan merayu kepada Allah s.w.t. supaya mengembalikan keadilan di dalam negara ini dan menghukum Datuk T berkenaan termasuk kepada mana-mana polis yang JELAS DAN NYATA bertindak secara tidak adil itu. | ||
PRN Sarawak: Pemuda Pakatan keluar manifesto bersama Posted: 24 Mar 2011 09:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti. Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata perkara itu dicapai pada pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP pada 23 Mac lalu di Kuching. "Kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihan raya Negeri yang dijadualkan pada 16 April ini," ujarnya. Sehubungan itu, katanya Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac inidi bandar. Menurutnya, wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut. Beliau juga memaklumkan DPPP baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Sarawak. Azman mengetuai lawatan itu dengan Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat. Katanya, pada 22 Mac, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda. "Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya," katanya. Beliau menambah, DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihan raya Sarawak. "Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak," ujarnya. | ||
UM gantung seorang pemimpin MPP, bekas calon Posted: 24 Mar 2011 09:14 PM PDT Daripada dua pelajar itu, seorang telah memenangi kerusi umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM manakala seorang lagi bertanding di peringkat fakulti tetapi gagal. Yang Dipertua MPPUM Mohd Syahid Mohd Zaini ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kedua-dua mereka dikenakan hukuman itu semalam atas alasan mengemukakan surat sakit yang tidak sahih selepas gagal menghadiri bengkel pilihan raya kampus yang diadakan menjelang pemilihan kampus. Kedua-dua pelajar terbabit adalah penuntut tahun kedua dengan masing-masing menuntut di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera. Usaha The Malaysian Insider menghubungi kedua-dua pelajar masih belum berhasil. Selain dikenakan hukuman gantung satu semester, mereka juga diberi amaran dan didenda RM200. "Kami difahamkan pengurusan mengambil tindakan atas alasan tindakan mereka telah memalukan universiti, kerana memalsukan dokumen," katanya. Mohd Syahid berkata pihaknya terkejut kerana tindakan itu hanya diambil sekarang, kira-kira sebulan selepas pemilihan kampus. "Kami sebenarnya terkejut kerana mengapa tindakan tidak diambil semasa kempen, semasa pemilihan tetapi hanya sekarang, ada yang tidak kena... tindakan diambil kerana ada pihak yang membuat aduan," katanya lagi. Mohd Syahid berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, kedua-dua menggunakan sijil sakit yang sah daripada klinik swasta. "Dalam kes pelajar, wakil MPP, saya dimaklumkan doktor yang awalnya mengeluarkan sijil sakit juga mengesahkan dia sakit, tetapi kemudian mengubah pendirian," kata Mohd Syahid. "Memang wakil MPP itu datang masa bengkel tetapi telah balik ke rumah kerana kurang sihat, dan telah memberikan sijil sakit kepada universiti, yang diperoleh dari klinik swasta," katanya. "Sedangkan (bekas) calon peringkat fakulti pula telah balik ke rumah kerana ibunya sakit, dan dia pun dikatakan kurang sihat dan kemudian mengemukakan sijil sakit," kata Mohd Syahid. Justeru kata beliau, pihaknya akan membuat pendirian mengenai isu tersebut pada petang ini. MPPUM adalah antara pemilihan kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar Pro Mahasiswa pada pilihan raya kali ini. | ||
NIAT mula kempen pulangkan novel Interlok tanda protes Posted: 24 Mar 2011 08:33 PM PDT Kempen itu dimulakan hari ini, sehari selepas kerajaan bersetuju dengan dapatan Pane Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Pengerusinya Datuk Thasleem Mohamad Ibrahim Al-Haj berkata, langkah itu diambil sebagai "protes" kerana Kementerian Pelajaran masih berpegang teguh mahu mengekalkan Interlok sebagai buku teks sastera tingkatan lima sekolah. "Kempen ini dimulakan esok (hari ini)... langkah susulan kami, kami tetap mahukan novel ini ditarik balik daripada digunakan sebagai bahan buku teks sastera. "Kami masih berpendirian bahawa novel ini tidak sesuai digunakan sebagai buku teks di sekolah, kami tidak berubah dalam pendirian kami . . . kami sudah memaklumkan ahli-ahli dalam NGO ini supaya memulakan tindakan ini mulai esok (hari ini)," kata Thasleem Mohamad ketika ditemui selepas mesyuarat NIAT di sini malam tadi. "Pelajar sebagai golongan kanak-kanak ada hak untuk menolak bahan-bahan bacaan yang bertentangan dengan nilai dan kepercayaan mereka, kami mendapati kandungan novel ini bertentangan dengan nilai-nilai dan kepercayaan kita sebagai masyarakat Malaysia. Buku ini akan memusnahkan integrasi sesama bangsa dan 1 Malaysia," kata beliau lagi. "Saya tidak perlu membaca sesuatu yang bertentangan dengan nilai saya," kata Thasleem Mohamad. Sebelum ini, NIAT menyifatkan langkah Putrajaya menjadikan novel Interlok sebagai buku teks sastera tingkatan lima sebagai "menggadai" masa depan pelajar. NIAT mendakwa terdapat banyak elemen dalam Interlok, novel tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain boleh menyumbang kepada pergaduhan dan perpecahan kaum. Oleh itu, NIAT meminta Kementerian Pelajaran menarik segera penggunaan novel Interlok yang digunakan di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Sekitar 180,000 murid dari zon tersebut menggunakan novel itu. Kata Thasleem Mohamad, sudah ada kes di mana murid sudah memulangkan novel tersebut kepada sekolah. "Memang sudah ada kejadian di Kuala Kubu Baru, jadi kami yakin ia akan diperluaskan di sekolah-sekolah lain di Zon 2 melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan," katanya lagi. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Muhyiddin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali." "Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya. Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. Muhyiddin menambah daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan "errata" di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India. Selepas kenyataan Muhyiddin semalam, tiga wakil kaum India dalam panel bebas novel Interlok mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Timbalan Perdana Menteri ada memberi jaminan kelmarin bahawa "kesemua 105 pindaan" termasuk kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara menyentuh sensitiviti kaum India akan dilaksanakan. Kesemua pindaan itu diperakukan oleh panel bebas secara konsensus pada 4 Mac lalu. "Pindaan itu akan dilakukan dalam tiga bentuk iaitu gugur atau ganti frasa atau perkataan yang salah atau silap; errata iaitu senarai pembetulan fakta dan kesilapan suntingan; dan glosari sedia ada ditambah bagi memperjelaskan beberapa huraian dan konsep," kata kenyataan mereka yang disiarkan menerusi blog salah seorang wakil berkenaan, Uthaya Sankar SB. Dua wakil yang lain ialah Dr N. S. Rajendran dan G. Krishnabahawan. Wakil kaum India dalam panel itu akan mengadakan sidang media di ibu negara pagi ini. | ||
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda Posted: 24 Mar 2011 06:49 PM PDT Oleh: zharifjenn "Sambungan dari Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Di Sorok Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu. Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian. Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut: "Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga."Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak. Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka. Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat. Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu. Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia. Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir. Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri. Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama. Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan. Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya. Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,"Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar. Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa. Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, 'pertolongan' itu tidak mungkin 'melampaui' permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu? Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …" | ||
Posted: 24 Mar 2011 06:33 PM PDT Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim. Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus yang paling digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara. Tindakan tindakan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha.... Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Malaysia... haha... Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan oleh Datuk "T" yang diketuai oleh si Rahim Thamby Chik. Insyaallah, rakyat akan terbuka mata kerana rakyat mengenali siapa Rahim Thamby Chik yang menuduh dan siapa Anwar sebagai tertuduh. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim... Tahniah Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN... Shalehudin | ||
I feel better now, says Shazryl, after handing sex video, watch to police Posted: 24 Mar 2011 06:27 PM PDT Former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik and businessman Shazryl Eskay have surrendered to the police a video tape that they allege shows Opposition Leader Anwar Ibrahim cavorting with a female prostitute. They also handed over an Omega watch that they insist belonged to Anwar. "I feel better now. I feel the burden is gone. It is over now. This is what he (Anwar) wanted when he lodged the police report," Shazryl told Malaysia Chronicle. He and Rahim were questioned by the police for nearly 4 ½ hours. He insisted he had no ulterior motive but to tell "everyone the truth". "You must be fair to me. The lies have gone on long enough. You know, it is not easy for someone like me to come out and do such a thing. I am not a politician or a big shot," Shazryl said. "But because Anwar lodged the report, we decided to give our full co-operation to the police. We have given the police everything and it is up to them now to investigate. Let the forensics determine if the tape is real or not. The truth will come out." Criminal intimidation At a press conference held on Wednesday, Shazryl and Rahim said they and Perkasa treasurer Shuib Lazim were the masterminds behind the screening of the sex video to journalists on Monday. Their aim had been to pressure Anwar and PKR president Wan Azizah to resign with a week. News of a "top opposition politician" caught red-handed in a sex act had startled the nation, already fed up with a string of sexually-charged political scandals. On Tuesday, Anwar lodged a police report condemning the tape as a "scurrilous attack" and politically motivated to tarnish him. He urged the police to investigate the perpetrators behind the tape. He also accused Prime Minister Najib Razak and Home Minister Hishammuddin Hussein of being involved. On Thursday, following Wednesday's confession by Shazryl and Rahim, several Pakatan Rakyat MPs also lodged police reports claiming criminal intimidation against Anwar and PKR president Wan Azizah. They also urged the police to confiscate the tape and investigate the trio as it is a crime in Malaysia to keep pornographic material. Screening of pornography is punishable with up to 5 years in jail. Even Shuib says it was not Anwar Shazryl and Rahim made their confession only after PKR MP for Sungai Petani Johari Abdul had exposed them. Johari had revealed that Shuib, who is his uncle, had taken him to a hotel where the other two men had shown him the tape. After watching the tape, Johari said Rahim tried to entice him to quit PKR with offers of financial security. Johari also said it was "100 per cent confirmed" the man in the tape was not Anwar as the Opposition Leader was darker skinned, while the man in the tape also had a much larger paunch and buttocks. The PKR MP also told reporters on Thursday that Shuib was not part of the Datuk T trio, and that Shuib too did not agree the man in the tape was Anwar. "When the screening was done and we were leaving, I gave him a hug in the hotel lift. And he told me, 'Uncle, too, does not believe that it is Anwar in the tape'," said Johari. But Shazryl disbelieved this. "Are you sure Johari said this? What does he mean Shuib doesn't think it was Anwar in the tape. How can this be?" Shazryl laughed. Shuib is due to give his statement to the police on Friday. He was the one who paid for the expenses of the screening which took place at swanky Carcosa Seri Negara hotel. Rahim, the chairman of Risda, made the booking through his staff. | ||
Posted: 24 Mar 2011 06:24 PM PDT Apa hal pulak apek porno dari MCA ini merepek nyuruh Anwar letak jawatan. "Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek. Petikan dari sini Hello apek, dalam lu punya kes... itu olang dalam itu video porno, butut-butut lu maa. Obvious... pelakon dalam wayang porno itu Chua Soi Lek. Tak boleh nak deny-deny dah. Close up ke... tak close up ke... sah, Dr Chua Soi Lek ialah pelakonnya. Tak boleh nak kencing-kencing orang dah. It's obsolutely YOU!! Tapi, dalam kes Anwar.... menurut kata mereka yang dah tengok wayang porno tu, ada keraguan tentang siapa sebenarnya pelakon porno itu. Tak ada close up shot dan shotnya pulak tak sharp tapi blurry... Jadi itu mungkin pelakon upahan yang diupah. Aha.... pelakon yang mempunyai mirip rupa Anwar but physically ada kesangsian. Kalau bukan Anwar.... how do you expect him to mengaku yang itu dia. Itu bodoh namanya. Anwar sudah.... alah bisa tegal biasa.Ini bukan kali pertama dia dianiaya dan difitnah. And knowing Anwar.... dia akan tetap lawan sebarang fitnah terhadap dirinya. Dia tidak akan mengalah. Lawan tetap lawan!! Sebab itu apek oi.... jangan bikin lu punya dili nampak boloh. Presiden MCA cakapmacamolang boloh... malu maa. Tengok itu wayang lulu maa, baru lu komen dan kasi nasihat sama olang. Haiyaaa... itu pun olang mahu kasi tau ka?? Otak mana pigi?? Taluk sama lutut ka?? Isy.... malas aku nak layan bebanyak kerenah puak-puak bangang ni. Kekadang tu, bukannya mereka bangang, tetapi... oleh sebab nak tunjuk yang mereka tu sekepala, maka terpaksa ler membangangkan diri. Well.... bangang jugalah namanya tu!! Tak gitu....?? Mampuih pi la.... | ||
Pulau Jerejak suit: BN praises Guan Eng Posted: 24 Mar 2011 06:19 PM PDT Chief Minister Lim Guan Eng gets a pat on the back from state BN for making the right decision to recover losses. State BN working committee chairman Teng Hock Nan hailed Chief Minister Lim Guan Eng's decision to sue Tropical Island Resort (TIR) Sdn Bhd to recover RM10.6 million in land premium arrears over the earmarked 32.3-hectare project site in the resort island. Pulau Jerejak is located just off the main island's south-easterly coastline. Teng commended Lim for heeding BN's call to sue anyone deemed responsible for any wrongdoing pertaining to the estimated RM220 million "back to nature" Pulau Jerejak project. "Lim has taken the right approach," said Teng, the state Gerakan chairman. On Wednesday, Lim announced that the state government would file a suit against TIR to recover the outstanding sum. TIR is a company jointly owned by Penang Development Corporation (PDC – 49%) and Urban Development Authority (UDA – 51%). PDC has invested 45% of the RM31.5 million capital investment for the Pulau Jerejak project, which was to be carried out in four phases. The first two phases – clearing the project site and constructing a resort hotel – have been completed. But the previous Barisan Nasional government could not complete the final two phases after it lost in the last general election. Lim has said that the project undertaken by the previous administration had incurred a deficit of RM30 million. The DAP-led Pakatan Rakyat state government has printed about 150,000 flyers to inform the people on the losses and urged the previous administration to return the money. 'Childish politics' It listed the RM30 million deficit to RM10.6 million in unpaid land premiums to the Penang land administrator, RM15.44 million in investment cost, and a RM3.6 million unsettled loan from TIR. Lim has also challenged BN to sue the state government if he was not telling the truth over the Pulau Jerejak fiasco. Teng on Tuesday has called on Lim to take appropriate action to recover the outstanding sum from the developer and on anyone responsible for any wrongdoing. Penang BN has chided Lim for abusing his position and using public funds to print the flyers. BN information chief Musa Syeikh Fadzir rebuked Lim for playing "childish politics" and challenging BN to sue the state government. Teng said Lim had finally "done the right thing", rather than wasting public funds to print and distribute leaflets to misinform the people with half truths. He chided Lim's government for openly demanding the previous BN administration helmed by former chief minister Koh Tsu Koon to pay up for the so-called loss of RM30 million. He said that a check at the Registrar of Companies showed TIR had only suffered book value losses of RM18.5 million while PDC, RM9 million pertaining to the project as of December 2009. "It's only book losses, not actual losses," he explained, noting that the state government still owned the development site land vis-a-vis PDC. The land value was RM47.6 million in 2001 and he said its value now would surely have gone up three- to four-fold. "It was futile politicking solely aimed at tarnishing BN and Koh's image and credibility. "Lim should have taken the right recourse in the first instance, instead of finding fault and going after the wrong target which he had done many times previously," said Teng. Nonetheless, he insisted that Gerakan and BN would continue to play a constructive role to monitor the performance of the state government without fear or favour. | ||
Posted: 24 Mar 2011 06:18 PM PDT Oleh: zharifjenn "Sudah lama kita mengetahui bahwa daging babi itu diharamkan dalam agama Islam. Seperti perintah-perintah Allah swt lainnya, waktu itu mungkin kita hanya tahu bahwa itu salah satu larangan dalam ajaran Islam. Lantas, sebenarnya mengapakah daging babi itu diharamkan sedemikian rupa? Islam telah melarang segala macam darah. Analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu senyawa kimia yang bisa berbahaya bagi kesehatan manusia. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air seni. Maka dari itu, tidak heran jika Islam sangat menghargai metode prosedur khusus dalam penyembelihan hewan. Sseorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat irisan memotong urat nadi leher hewan, sembari membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Hal ini menyebabkan kematian hewan karena kehabisan darah dari tubuh, bukannya karena cedera pada organ vitalnya. Jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirusak, hewan tersebut dapat meninggal seketika dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging hewan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun; hanya pada masa kini lah, para ahli makanan baru menyadari akan hal ini. Nah, ternyata, dalam hal ini tidak banyak yang tahu jika babi sebenarnya tidak dapat disembelih di leher karena mereka tidak memiliki leher; sesuai dengan anatomi alamiahnya? Muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi konsumsi manusia, tentu Allah swt akan merancang hewan ini dengan memiliki leher. Namun diluar itu semua, semua orang tentu betul mengenai efek-efek berbahaya dari komsumsi babi, dalam bentuk apapun, baik itu pork chops, ham, atau bacon. Ilmu kedokteran mengetahui bahwa ada resiko besar atas banyak macam penyakit. Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya. Sangat penting untuk diperhatikan bahwa sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya. Jadi tidak heran, jika daging babi itu berbahaya untuk dikonsumsi. Islam mengharamkan umatnya memakan dan memegang babi tapi umat islam dilarang menganiaya babi seperti dalam video di link ini sumber + video" | ||
Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor Posted: 24 Mar 2011 06:15 PM PDT .JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan. "Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi. "Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya ketika dihubungi, semalam. Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal. "Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal," katanya. Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin. "Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ. "Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka," katanya ketika dihubungi. Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan. Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera. "Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera. "Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam," katanya. Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan. "Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial," katanya. -hm
| ||
Revolusi Rakyat : Syria pula kian bergolak Posted: 24 Mar 2011 06:11 PM PDT NICOSIA - Lebih 100 orang terbunuh selepas anggota-anggota polis bersenjata melepaskan tembakan ke sekumpulan penunjuk perasaan di bandar Daraa, selatan Syria kelmarin, menurut beberapa saksi dan aktivis hak asasi manusia semalam. Aktivis hak asasi manusia di Daraa, Ayman al-Asswad berkata, anggota-anggota keselamatan menggunakan peluru hidup ketika menembak ke arah para penunjuk perasaan di bandar yang terletak 120 kilometer ke selatan Damsyik. "Angka kematian sudah pasti melebihi 100 orang dan penduduk di bandar ini memerlukan masa selama seminggu untuk mengebumikan para syuhada mereka," katanya yang dihubungi melalui telefon di sini semalam. Seorang lagi aktivis meletakkan angka kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 150 kematian. Namun, perkara berbeza dilapor oleh pihak berkuasa Syria apabila hanya 10 orang sahaja yang mati. Bandar Daraa yang mempunyai penduduk seramai 75,000 orang telah menjadi kubu kuat tunjuk perasaan antipmerintah sejak 18 Mac lalu. Sementara itu, ribuan orang menjerit kebebasan di bandar ini semasa majlis pengebumian sembilan orang penunjuk perasaan antipemerintah diadakan. Tindakan para penunjuk perasaan itu membantah pemerintahan yang dipimpin oleh Parti Baath yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Syiah di Iran. Bandar ini dihuni oleh ramai penduduk berfahaman Sunah. Amerika Syarikat turut mengutuk pembunuhan di bandar ini. Ekoran tunjuk perasaan itu, Syria akan membuat beberapa keputusan penting. Pengumuman itu dibuat oleh seorang penasihat kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas tunjuk perasaan antipmerintah berlaku sejak seminggu lalu. Para penunjuk perasaan itu mahu Bashar meletakkan jawatan. Tuntutan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia pada Januari lalu dan Hosni Mubarak mengikut jejak sama di Mesir akibat kebangkitan rakyat. Bashar menjadi presiden pada 2002 bagi menggantikan bapanya yang meninggal dunia, Hafez al-Assad. - Agensi | ||
PKR Cabang Jerantut mendapat suntikan baru Posted: 24 Mar 2011 06:10 PM PDT Setelah memperolehi pengesahan jelas bahawa Mohd Nor Jaafar, Ketua PKR Cabang Jerantut sedang membelot perjuangan parti dengan pelbagai tindakannya mempromosi Parti KITA dengan mengedarkan borang-borang menyertai Parti KITA kepada anggota-anggota PKR di Jerantut dan menjemput pimpinan PKR untuk menyertai Parti KITA, dan pengesahan darinya sendiri bahawa beliau sudah keluar parti dan menyertai Parti KITA, maka seramai lebih 40 orang aktivis Parti Keadilan Jerantut daripada berbagai Ranting telah mengadakan pertemuan di Rumah Sdr Rosli Ahmad, di Felda Kota Gelanggi 2 dan mengambil keputusan-keputusan berikut: 1. Sdr Rosli Ahmad, selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Jerantut mengambil alih pimpinan PKR Cabang Jerantut sebagai Pemangku Ketua dan secara otomatik duduk sebagai Anggota Jawatankuasa Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang; 2. Semua ranting di Cabang Jerantut akan diaktifkan bermula pada 29hb Mac 2011 bilamana semua Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Jerantut dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa di Ranting Bukit Dinding, Jerantut. Dibawah pimpinan Mohd Nor Jaafar dulu PKR Cabang Jeranntut tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan; 3. PKR Cabang Jerantut akan memfokuskan gerak kerja parti di kawasan DUN Damak iaitu kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam Pilihanraya Umum yang lalu; 4. Jentera PKR Jerantut untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang sedang disusun dengan sekurang-kurangnya 100 orang tenaga akan menyertai Kursus Pilihanraya dan kursus PACA dan kursus ini akan dilaksanakan oleh PKR Negeri Pahang dibawah kelolaan Sdr Zaidi Ahmad; 5. Semua ranting di Jerantut akan mengikuti satu arahan kerja iaitu mengadakan mesyuarat ranting-ranting dan perlu diselesaikan sebelum berakhir bulan April 2011 bertujuan memperkemaskan jentera diperingkat Ranting, memperbesarkan sekup organisasi dan keanggotaan parti; 6. Ceramah-ceramah kelompok akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu di semua pekan dan kampong khususnya di DUN Damak; 7. Gerak kerja menambahkan Ranting dan keanggotaan parti akan dilancarkan bermula 29hb Mac 2011, dan satu ceramah kelompok akan diadakan pada 29hb Mac 2011 dengan para penceramah jemputan terdiri daripada Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said, penyelaras gerak kerja PKR Cabang Jerantut dan Sdr Rosli Ahmad selaku Pemangku Ketua PKR Cabang Jerantut. 8. Beberapa buah ranting baru akan ditubuhkan dalam minggu kedua bulan April termasuklah di Felda Jengka 12, Felda Jengka 9 dan diperkampongan tradisional di dalam DUN Damak. 9. Satu ceramah secara besar-besaran akan diadakan di minggu ketiga bulan April 2011 melibatkan pimpinan PKR dari Pusat. | ||
Pejuang kebenaran, keadilan sentiasa diuji dengan fitnah – Dr Siddiq Fadhil Posted: 24 Mar 2011 05:56 PM PDT Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan. "Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. "Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa. "Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi," katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar. Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi Selain Dr Siddiq selaku bekas Presiden ketiga, hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir. Anwar, selepas melepasi laluan berliku dalam kes Fintah I pada 1998, kini berdepan dengan kes Fitnah II yang bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu. Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini. "Ia sebahagian dari kehidupan pejuang. Nabi Muhammad saw juga menghadapi pelbagai rencam kesulitan dengan masyarakat, tetapi mujurnya baginda sentiasa didampingi sahabat setia, yang percayakan kebenaran dibawanya. "Kita sebagai pejuang harus sanggup menghadapi kesusahan terutamanya dalam konspirasi Fitnah sebegini," katanya. | ||
Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar..ha..ha...Senatak berbunyi..!!! Posted: 24 Mar 2011 05:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Mac — Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara. "Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara. "Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. "Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya. Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita. Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. — Bernama | ||
Tidak Mustahil Malaysia Jejak Kebangkitan Rakyat Arab, Jika Demokrasi Terus Diperlekeh Posted: 24 Mar 2011 11:12 AM PDT Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyatakan betapa rakyat Malaysia khususnya anak muda menginginkan kestabilan politik namun kerap dicabuli oleh pemerintah Kerajaan Pusat Umno Barisan Nasioal. Beliau turut menjawab amaran Perdana Menteeri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kepada gagasan Pakatan Rakyat agar tidak menghasut rakyat bangkit menentang pemerintah mereka. "Hakikatnya paling penting adalah kestabilan politik. Ini yang harus ada jaminan. Pengajaran yang didapati dari Arab apa dia? Kestabilan politik demokrasi dan kebebasan perlu berlaku selari. Najib dan Muhyiddin beri amaran kepada semua pihak pembangkang jangan hasut rakyat bangkit seperti di Arab. Prasyarat nak jadi seperti Arab dan rakyat bangkit bukan kita. Prasyaratnya ialah rejim," tegas Badrul. Beliau menyatakan demikian di Forum Kebangkitan Rakyat Arab anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini. Lebih 300 hadirin memenuhi ruang Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi mendengar pandangan panel- panel yang terdiri dari Badrul, Pakar Perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Aktivis Masyarakat Hishammudin Rais dan Choo Chon Kai. Fenomena kebangkitan rakyat Arab di Mesir, Libya, Algeria Bahrain dan pelbagai negara lagi mendapat tumpuan dunia apabila satu demi satu kerajaan konvensional yang diasaskan bekas penjajah kolonial masing- masing. Hishammudin Rais mendakwa hal ini sebenarnya berpunca kontradiksi dan pergeseran antara rakyat yang mahu merampas kembali sumber kekayaan negara mereka yang hanya dinikmati golongan tertentu. "Semua hal ini dilahirkan oleh British bila mereka menemui minyak di negara-negara berkenaan. Kontradiksi Utama di sini ialah warga Arab di Mesir, Libya, dan lain-lain bangkit nak kawal sendiri hasil ekonomi tapi tak dibenarkan," ujar Aziz. Bagaimana? Dulu masa perjuangan Parti Komunis Malaya nak tubuhkan Republik Rakyat di Malaysia, British naikkan United Malays National Organization. Cara yang sama digunakan di negara ini naikkan 'keluarga pemerintah' untuk kuasai minyak dari Maghribi, ke Tunisia dan lain-lain. Perubahan ambil masa tapi hakikatnya sama;" terang Hisham. Menurut Aziz Bari, rakyat tidak perlu takut dengan amaran dan retorik Kerajaan Pusat bahawa kebangkitan rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Aziz dalam kesimpulannya dengan serius menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah hak rakyat dan tak perlu ditakuti kerana ia boleh diubah. "Saya tak taksub dengan perlembagaan. Saya berpendapat kalau rakyat tak suka perlembagaan itu, dia boleh buang. Perlembagaan bukan suatu benda yang sakral, ia boleh ditukar kalau kita rasakan ia perlu dirakyatkan," kata Aziz Bari. | ||
Kejayaan Serang "Parti Keadilan Rakyat" (PKR), Posted: 24 Mar 2011 11:09 AM PDT
| ||
Kerajaan tolak guna dakwat kekal Posted: 24 Mar 2011 11:07 AM PDT
| ||
Video Lucah : Empat Kamera Tapi Muka Pelakon Tak Jelas. Posted: 24 Mar 2011 11:06 AM PDT | ||
Video seks: Rahim Thamby Chik tindak kerana balas dendam, kata Anwar Posted: 24 Mar 2011 10:40 AM PDT "Pembabitan Tamby Chik mengingatkan saya dengan kes lama, berkaitan dengan tuduhan rogol dan kes di mana kertas siasatan ditandatangani oleh (Peguam Negara Tan Sri) Gani Patail bahawa beliau terlibat dalam satu kes rasuah," kata Anwar. "Beliau melakukan ini kerana mahu membalas dendam," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Pada 1994, Abdul Rahim dikenakan tuduhan berkaitan kes rogol melibatkan pelajar bawah umur. Meskipun kes itu digugurkan kemudian, tetapi ia telah menjejaskan kerjaya politiknya. Anwar juga mendakwa pihak polis melindungi Abdul Rahim dan rakannya, yang menggambarkan wujud konspirasi berhubung video seks. "Mereka dilindungi oleh Cawangan Khas. Mengapa polis melindungi mereka? Dalam kes ini, kerana mereka adalah pemimpin Umno, polis diarah melindungi mereka," katanya. "Saya pernah mengatakan ini dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri bahawa mereka terlibat, tetapi mereka melindungi pemimpin-pemimpin Umno," kata Anwar. Semalam, Abdul Rahim mengakui bahawa beliau dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim terlibat dalam pendedahan video seks berkenaan. | ||
Rahim disoal siasat lima jam, video seks diserah Bukit Aman Posted: 24 Mar 2011 10:36 AM PDT Rakaman video itu diserahkan selepas Abdul Rahim memberikan kenyataan di Bukit Aman. Bekas ketua menteri Melaka itu (gambar) berkata, beliau menyerahkan salinan asal video seks agar mereka dapat menentukan ketulenannya. "(Video) itu boleh diperiksa oleh pakar forensik untuk melihat sama ada ia direka atau sebaliknya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. "Kita boleh panggil pakar-pakar, malah dari FBI (Biro Siasatan Persekutuan) di Amerika, untuk menentukan ketulenan video," kata beliau ketua Pemuda Umno ini. Rahim berkata beliau berharap polis boleh mempercepatkan siasatan memandangkan ia penting bagi rakyat Malaysia mengetahui "aktor" dalam video itu. Katanya, beliau juga menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa milik Anwar, bagi membuktikan identiti lelaki yang sebenar. "Meskipun (Anwar) tidak mengaku (memiliki jam tangan), pakar forensik boleh menentukan sama ada jam tangan sebagai bahan bukti penting," katanya. Rahim disoal siasat selama lima jam sejak 5 petang tadi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan