Khamis, 24 Mac 2011

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


Mari Kita Lancarkan Kempen"Say no to Nuclear"

Posted: 24 Mar 2011 08:28 PM PDT

LOJI NUKLEAR TETAP AKAN DIBINA DI MALAYSIA



Cengkeram dah ambik, nak buat macamana...



Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. - Mkini

Sungguh-sungguh Maximus Ongkili nak yakinkan rakyat yang logi tu tak bahaya. Siap bagitau takrif berdasarkan piawai IAEA lagi.
Siap bagitau yang logi tu bukan macam Loji Asian Rare Earth (ARE) milik Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh yang katanya menyebabkan 6 orang kena lukimia sebelum diarahkan tutup.

Yang menambahkan kita mushkilnya, pasai apa pulak perlu bagi pelepasan cukai, sampai 12 tahun pulak tu. Dah la logi tu memang tinggi risiko, patutnya kerajaan kenakan bon jaminan tapi jadi terpaling hanjap pulak, cukai pun tak mau kutip.

Sebenarnya, kerajaan bersungguh-sungguh nak jugak bina logi tu bukan pasai apa. Sebabnya aku yakin semenjak dua menjak ni, pelaburan asing ke Pahang sangat rendah. Kalau tak percaya hanpa boleh semak.

Pasai tu la Pahang sanggup terima logi yang tempat lain takmau terima. Pasai tu la sampai sanggup bagi pelepasan cukai sampai 12 tahun.

Bila tengok angka pelaburan asing, ada la pertambahan RM700juta. Pasai tu ja sebenarnya. Kalau betui pasai nak tambah peluang pekerjaan, berapa sangat peluang pekerjaan kat logi tu. Pulak tu, sanggup kerajaan biar rakyat Pahang kerja kat tempat yang berisiko tinggi macam tu.

Lagi satu, cuba semak betul-betul Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, tentu punya ada kroni kat belakang syarikat tu. Depa bukan peduli dengan nasib rakyat, lagi pun, lagi pun mungkin lepas ni Pahang orang lain pulak perintah. Selagi boleh kaut, takkan puak-puak bermazhab Umno ni nak biar.

Lagi pun, bangunan dah mula buat dah pun, tentu punya paling kurang cengkeram dah dapat. Kalau berenti projek tu sapa nak bayar balik? - cenangau.blogspot

ZULKIFLI NOORDIN DAPAT GELARAN "DATUK"

Posted: 24 Mar 2011 06:11 AM PDT



Aku dah tahu kenapa zulkifli nordin asyik muncul dalam buletin utama di tv3 beberapa hari ini. Jawapan nya ada di bawah ;



Siapalah yang suggest ke sultan pahang untuk berikan gelaran "datuk" kepada dia? Menteri besar pahang ke? Perdana menteri kita yang dari pahang tue ke? Entah. Lue fikir sendiri. Apa pun artikel ini bukan menghina sultan ya. So jangan nak salah faham sesuka hati.

Dia kalau ikut rekod, mana ada jasa pun. Lainlah m.nasir dan ramli ms. Mereka dah lama berkecimpung dalam bidang masing2, dah bertahun2. Memang nampak ada juga kelayakkan nya.. yang si zul neh? Entah.. lue fikir sendiri larh!! Heh

Ameno : Katak pun dapat datuk. Hebat!

Note: Kah..kah..kah..kah.. perangai pun macam budak-budak.. memang patut pun dapat gelaran datuk. Kan memang dah lumrah manusia ni kalau dah jadi datuk dia akan nyanyuk.. bila dia dah nyanyuk dia akan mula berperangai kebudak-budakan semula.. Kah..kah..kah..kah.. tak payah buat jasa pun dah dapat gelaran "datuk".. Kutuk anwar lebih-lebih sikit zol.. kot-kot lepas ni najib bagi jadi timbalan perdana menteri ke.. Kah..kah..kah..kah..


MESTI BACA!! ZOL KULIM TAK BERANI BILA DICABAR BERDEBAT


Heh. Kesian aku dengan yb neh. Aku dah guna segala kesopanan dan kesantunan untuk ajak dia masuk kbsb untuk berdebat bagi mempertahankan hujah dia atas dua perkara ;

1. Berhujah bagi membuktikan sang pelaku seks adalah 110% "dia" seperti yang dia sebutkan dalam berita malam tadi.

2. Berhujah membuktikan bahawa kepimpinan ulama pas meminta dsai serahkan dna ataupun kepimpinan ulama pas akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim.

Fitnah berat tue. Satu dia tuduh orang berzina. Satu dia tuduh pemimpin tertinggi pas atas sesuatu perkara yang mereka tak pernah buat. Dan di bawah ini adalah hasil perbualan aku dengan dia. Aku fikir bila dia tuduh dsai asyik belit situ belit sana mestilah dia bukan kaki pembelit. Tapi rupanya tuduhan dia tue jatuh ke atas dirinya sendiri. Cukup tak sangka. Inilah yb yang ada di antara korang pernah undi. Heh










Sila klik pada image untuk besarkan

Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma nak berbincang dengan yb neh secara berdepan dan berterus terang je tapi dah nasib badan le yb neh asyik mengelak je.. dia yang takmo berdiskusi dengan anak-anak muda zaman sekarang.. payahlah macam neh ada kemudahan teknologi tapi dia taknak gunakan untuk menyelami isi ahti rakyat macam mana? Lepas tue nak suruh kita percaya cakap dia?

Apa pun terima kasih la yb sebab menunjukkan sikap sendiri.. ha ha ha.. lawak siottt..

Ameno : Perasan tak dia tak menafikan pun yang dia fitnah dsai dan pas dalam ayat di atas tue? Heh.
- amenoworld


Tiada ulasan: