Khamis, 10 Mac 2011

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Buku fitnah terbaru laris di jual

Posted: 09 Mar 2011 01:27 PM PST

Nampak orang lebih suka membeli buku fitnah, dulu dia kata penulis cari keuntungan dengan buat fitnah termasuk mengatakan Prof. Sahnon Ahmad. Sekarang Ustaf Fahdzil kata dia lihat apa yang dia lakukan pada diri sendiri.

5,000 naskhah Memoir Dr. Mahathir terjual pada hari pertama

KUALA LUMPUR 9 Mac - Buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan begitu hangat apabila 5,000 naskhah buku itu terjual pada hari pertama ia dilancarkan, semalam.


Pengurus Besar MPH Group Publishing Sdn. Bhd., Ivy Tan memberitahu, pihaknya yakin perasaan teruja dan ingin tahu orang ramai tentang kisah hidup dan pengalaman bekas Perdana Menteri itu membuatkan buku memoir yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mendapat sambutan seperti itu.

"Kami mungkin akan membuat cetakan kedua dalam masa terdekat. Mungkin dicetak pada bulan depan, namun jumlah naskah cetakan seterusnya itu masih belum ditentukan lagi.

"Semua MPH Bookstore membuat tambahan tempahan bagi buku itu dan begitu juga dengan kedai buku yang lain di seluruh negara. Gudang kami juga tidak mempunyai bekalan buku yang cukup untuk diagihkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Buku terbitan MPH setebal 800 halaman berharga RM100 senaskhah yang dilancarkan sendiri oleh Dr. Mahathir semalam itu, membawa pembaca menyelusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui oleh anggota keluarganya dan segelintir orang luar.

Dr. Mahathir menyatakan buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

MPH telah mencetak 50,000 naskhah untuk edaran pertama dan buku itu boleh didapati di kesemua cawangan MPH Bookstore dan juga kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara.

Ivy berkata, pembelian secara dalam talian juga menyaksikan lebih 300 naskhah telah terjual kepada pembeli dari luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, India Singapura, Thailand dan Indonesia.

Tambahan RM4b subsidi minyak - kerana buku Jingga?

Posted: 09 Mar 2011 01:21 PM PST

Kerana cuba untuk menyaingi apa yang terdapat di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. Bulan ini masih belum ada kenaikan harga minya untuk Ron97 sedang sebelum ini beriya sangat kata harga minyak itu ikut pasaran dunia. Kita ditipu bulat-bulat oleh pimpinan UMNO/BN.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan dijangka menambah RM4 bilion lagi untuk subsidi minyak tahun ini sekiranya harga pasaran minyak mentah global kekal tinggi melepasi paras AS$100 (RM302) setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tambahan tersebut terpaksa dibuat sekiranya negara tidak menyelaraskan semula harga minyak petrol (RON95) dan diesel.

"Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu.

"Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, kerajaan amat komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras enam peratus pada tahun ini walaupun bakal berhadapan beberapa cabaran.

Menurutnya, antara cabaran itu termasuk pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding 2010, pengurangan permintaan eksport Malaysia terutama ke atas produk pembuatan dan peningkatan harga minyak mentah global serta komoditi.

"Peningkatan harga minyak mentah dan komoditi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia bergerak perlahan. Kerajaan akan pantau perkembangan ini dengan sangat teliti dan akan mengambil apa jua langkah yang perlu.

"Antara langkah yang akan kerajaan ambil seperti menggerakkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta memastikan permintaan domestik terus berada pada tahap yang kukuh," jelas beliau.

Tiada ulasan: