Senyum Tangis Sendu |
Kenapa Tiada Model Nokia C4 Dalam Pasaran Malaysia? Posted: 10 Mar 2011 12:45 AM PST Nokia C1 Nokia C2 Nokia C3 Bom C4 Nokia C5 Nokia C6 Nokia C7 Di Malaysia, sudah banyak model telefon jenama telah keluar di pasaran. Pelbagai model dan jenama termasuklah Nokia, Sony Ericson, dan banyak lagi sehinggakan tiap-tiap bulan ada sahaja model baru yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar. Kita fokus kepada telefon yang berjenama Nokia. Nokia merupakan satu jenama yang berada di dalm kelasnya tersendiri dengan moto "Connecting People". Ciri-ciri aplikasi pada telefon berjenama Nokia ini sesuai untuk semua golongan dari kecil sehingga dewasa. Bukanlah untuk dipromosi supaya membeli telefon berjenama Nokia ini. Pengguna berhak memilih telefon bimbit yang mereka suka dan mereka minati. Cuma di sini kita cuba "explore" akan keluaran model telefon Nokia dari siri C1, C2, C3, C5, C6 dan yang paling terkini adalah model C7. Dipasaran juga aku meninjau mencari telefon Nokia siri C juga tetapi bukan siri C seperti yang disenaraikan di atas tetapi Nokia siri C4. Merata-rata dan aku ronda tidak ditemui model Nokia siri C4 ini. Adakah Nokia siri C4 ini tidak akan diwujudkan atau dijual di Malaysia? Bermula dari Nokia siri C1, C2, C3, C5, C6 dan C7, ada satu langkauan siri antar C3 dan C5. Di manakah model Nokia C4? Adakah pihak pengeluar Nokia sengaja tidak mengeluarkan model C4 memandangkan C4 merupakan "alphanumerical" sensitif di Malaysia. Kemungkinan juga C4 ini telah dibeli untuk di daftarkan atas nama sejenis bahan letupan yang telah digunakan untuk meletupkan badan wanita Mongolia. Semua itu masih lagi dalam perancangan pihak Nokia untuk mengeluarkan model Nokia siri C4. Sama-sama kita tunggu kehadiran model Nokia C4 ini. Bagaimanakah rupa telefon ini? Adakah seperti dengan bahan letupan C4 atau sama seperti telefon Nokia siri C yang lain dan perbezaannya boleh letupkan manusia. |
Dialah MP Yang Dibeli RM1.4 juta Posted: 09 Mar 2011 06:16 PM PST Tahukah anda dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti? Bagi cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011. Satu salinan perjanjian MP tersebut dengan tuan tanah itu dibuat pada Mei 2010 yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas. Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011. Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila. Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000. Dalam perjanjian itu juga, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli. Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya telah dibuktikan dengan dua keping salinan cek itu. Adakah Ali Parlimen itu Gobala? Kita tunggu dan lihat siapakah yang menerima dua keping cek berjumlah RM1.4 juta masing-masing RM700,000 setiap sekeping cek. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan