SharpShooter |
- Saman Ekor - tak perlu bayar
- Gobala 1.4 juta - Kita dah lama jangka...
- Pakatan leaders maligned in Umno document
- Dah tua buatlah cara tua...
- Petanda Pilihanraya awal
- Buah dada 'pilot' diramas..
- Hei YB katak....mana mau lari haaaa..
Posted: 10 Mar 2011 01:10 AM PST Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah. "Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa. "Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam. Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan. Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009. Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. (Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.) "Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist. "Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES). Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona. "Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal. "Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya. "Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Gobala 1.4 juta - Kita dah lama jangka... Posted: 09 Mar 2011 11:22 PM PST KUALA LUMPUR: Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang? Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta. "Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini? "Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan. Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta. "Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya. Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen, didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti. "Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan. Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.Sharpshooter - Kita dah lama jangka tentang Gobala... dulu Fairus pun masuk umno katanya "saya ikhlas masuk umno setelah tiga bulan solat istiqarah...." Alasannya kerana isu Allah..." bila isu raja porno mca Chua Soi Lek menghina Islam, mana hilang suara Fairus yang kononnya hidup memperjuangkan agama, bangsa dan negara......akhirnya terbukti Fairus mampu langsaikan hutangnya keretanya sebanyak RM109,000.00 kepada kerajaan Negeri P.Pinang selepas masuk umno. Teringat kata senatak raja sesumpah....mana ada orang masuk umno ikhlas...apa dah jadi dengan 6 kotak hitam...rumah semakin besar...teringat sumpah Lokman Nor Adam tentang Ezam....sekarang hangpa berdua cium mulot pula...kah kah kah... Mengkhianati amanah rakyat kerana sedikit habuan duniawi sudah pasti rakyat tidak halalkan segala titik peluh perjuangan rakyat yang bertungkus lumus memenangkan hangpa ketika hangpa menjadi calon Pakatan Rakyat...sepatutnya jika hangpa ada maruah, hangpa letak jawatan... Sabar menanti video yang Anwar janjikan akan dedahkan tentang YB katak terima jutaan ringgit.....bila tiba masanya akan tersebar juga....harap bersabar..."game masih panjang".. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Pakatan leaders maligned in Umno document Posted: 09 Mar 2011 05:34 PM PST PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese. Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes of the Umno's division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders. "The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan," said Norazizi after lodging a police report at the district police headquarters here. Titled "Pendedahan Untuk Kesedaran" it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: "DAP Anti Islam" and the words "Ketuanan Rakyat" (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to "Ketuanan Cina". Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP" PKR's de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation. Disrespecting the King Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either. A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming. The prayer rug used by Muslims called "sejadah" has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos. Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King's speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community. Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races. The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.-FMT * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 09 Mar 2011 04:49 PM PST KOMENTAR : Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai "pengakuan" beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, "Doctor in the house". Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau? Bersandarkan buku "A doctor in the house" dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987. Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh. Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang. Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya "menggadaikan" negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF. Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya. Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997. Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir. Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain. Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu. Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara. Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat. Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya. Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988. Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya - tvs You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. 16th president of US (1809 - 1865) * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 09 Mar 2011 04:37 PM PST Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yakin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak Ahad lalu adalah petanda awal untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ini kerana, kemenangan di DUN Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka akan menjadikan BN semakin selesa dan akan menetapkan pilihan raya umum ke-13 diadakan seawal mungkin. "Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum ke-13. Gerak kerja tersusun di setiap peringkat perlu kita mulakan sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini. Dr Wan Azizah berkata kemenangan BN di kedua-dua DUN berkenaan telah dijangka selain pihaknya menyedari dua DUN Merlimau dan Kerdau adalah kubu kuat BN. Pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. Eloklah buat persediaan awal.... boleh order bendera sekarang... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 09 Mar 2011 03:54 PM PST Di antara perbicaraan kelmarin yang boleh diambil untuk Raja Lawak 2011..... Ketika ditanya oleh Pendakwa Raya Mohamed Yusof apakah alasan Mohd Saiful untuk berhenti kerja, Ibrahim berkata Mohd Saiful menyatakan dia tidak boleh melaksanakan tugasnya dan mahu menjadi juruterbang. Apa...nak Jadi PILOT? hahahaha.. mamat sialfool ni kat uniten pointer 1.0 ++ je.. syarikat mana nak bagi budak mcm ni jadi pilot.. mungkin dapat surat sokongan Kak ROS kot...kah kah kah... Karpal Singh (KS) : Kamu kata 'Cubaan rektal', ada berlaku sebarang pendarahan? DR RAZUIN RAHIMI (RR) : Ya. KS: Pada 26 Jun, ada pendarahan atau tidak? RR: Mengikut (Mohd.) Saiful, pendarahan pada kali pertama dan kedua. Mohd. Yusof kemudian mencelah bahawa pihaknya tidak mahu jawapan tersebut direkodkan tetapi Karpal bertegas hendak meneruskan soalan berkenaan. ''Kamu (Mohd. Yusof) tidak mahu (keterangan tersebut) tetapi mereka (pembelaan) inginkannya,'' kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. KS: Awak nyatakan ada pendarahan pada borang? RR: Ya. KS: Bila awak isi borang? RR: Saya isi pada 28 (Jun) KS: Jadi, ada pendarahan pada 26 Jun? RR: Tidak. KS: Tapi ada direkodkan ada pendarahan pada 28 Jun? RR: Ya. Sialfool juga mendakwa dadanya diramas oleh Anwar...agaknya sialfool ni ada buah dada sebesar gambar dibawah kot..kah kah kah... Sialfool bolehlah dinobatkan Raja Lawak 2011. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Hei YB katak....mana mau lari haaaa.. Posted: 09 Mar 2011 07:57 AM PST Sidang Parlimen kali ini digemparkan dengan pendedahan oleh YB Saifudin Nasution bahawa beliau mempunyai bukti ada YB PKR yang sudah bertukar menjadi katak sumpahan membeli sebidang tanah dengan membayar RM1.4 juta. Beliau mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti. Cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011. "Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah. Daripada 'klu' YB Saifudin seperti video di bawah ini tentang yb katak yang dimaksudkan, di antara 6 katak sumpahan di atas, rakyat sudah boleh agak siapakah yang dimaksudkan oleh YB Saifudin Nasution. Ayoyo...rahsia sudah pecah la...heeeeei yb katak....mai mau lari haa.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan