Pahang Daily Online |
- Kes Liwat II: Saksi Jude Pereira Beri Keterangan, Sesuatu Yang 'Misteri' Berlaku Kenapalah Seluar Dalam Saiful Berada Di Rumah Teman Wanitanya
- Saifuddin Abdullah Terus Di Serang Oleh Blogger Pembela Negara Hanya Kerana Hadir Dalam Satu Forum Wacana Politik Dengan Nurul Izzah Di UM
- Panas: Gobalakrishnan 'Menggemparkan' Dewan Rakyat Bila Dedahkan Beliau Yang Bayar Ansuran Dua Kereta Pengawal Peribadi Anwar Selama Ini !
Posted: 09 Mar 2011 10:36 PM PST KUALA LUMPUR, [10 Mac] - Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira (foto). Menurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau. Katanya, Saiful ada bersamanya apabila dia menunjukkan barang-barang tersebut. Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah. Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah. Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci. Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital. Beliau mengesahkan gel tersebut di mahkamah ketika ditunjukkan kepadanya Sementara itu, Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, justeru menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Katanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya. "Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod waktu malam," kata beliau. [Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannya merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya. Sesungguhnya rakyat semakin keliru dan tertanya-tanya apakah kesudahannya cerita liwat Saiful ini. Ini kerana mereka berpendapat keterangan yang bercanggah-canggah pasti akan menyebabkan kes ini semakin longgar. Soalnya kenapa daripada kes liwat bertukar menjadi oral seks, daripada kena paksa menjadi sukarela dan banyak lagi keterangan memeranjatkan berlaku sebenarnya. Paling mengejutkan ialah bagaimana seluar dalam Saiful boleh berada di rumah teman wanitanya?. Malah dicuci pula oleh teman wanitanya itu. Bukankah sekadar teman wanita sahaja, masakan boleh mencuci "seluar dalam". Jika isteri mungkin kita boleh terima. Jika inilah keadaannya, pasti sesuatu yang misteri berlaku. Atau mungkin juga Saiful turut bermalam di rumah teman wanitanya itu. Inilah yang menimbulkan kemusykilan sekarang. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah benar keputusan kes ini akan menggambarkan betapa hampirnya pilihanraya umum ke-13 nanti]. |
Posted: 09 Mar 2011 04:16 PM PST Nampaknya "Team Blogger Pembela Negara" kini semakin terdesak sebenarnya. Selepas menggasakkan dan menggesa supaya Unit Media Baru UMNO dibubarkan, kini sasaran utama mereka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Berbagai tuduhan terus dilemparkan kepada Ahli Parlimen Temerloh itu, termasuk mengatakan Saifuddin pro-mahasiswa. Ini berikutan tindakan beliau membela kumpulan terbabit termasuk insiden di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tahun lalu. Dalan kes itu beritakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara Paling panas apabila blog Panglima Perang Siber mendedahkan gambar menteri berkenaan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Padahal gambar Saifuddin itu diambil ketika beliau hadir ke "Persidangan Kebangsaan Demokrasi dan Pilihan Raya" yang diadakan pada 8 Mac 2011 lalu di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Forum yang bertajuk "Demokrasi Dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13". Selain Nurul Izzah dan Saifuddin, turut terlibat ialah Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap. Apa yang kontroversi sangat pada kehadiran Saifuddin dalam forum ini Lainlah kalau dia dan Nurul Izzah dilihat berdua di lokasi yang berbeza [Punyalah hebat team "Blogger Pembela Negara", seolah-olah merasakan apa yang didedahkan itu berpaksikan kepada kebenaran belaka. Sedangkan, mereka hanya membakar kelambu sendiri sebenarnya. Matlamat dan hala tuju mereka kini sudah pincang apabila menyerang sesama sendiri. Bagi kami, tiada salahnya menteri terbabit hadir dalam satu forum walau pun melibatkan pemimpin pembangkang. Inilah demokrasi namanya. Bukan bermakna, bermusuh di landasan politik tetapi tidak boleh berbincang secara ilmiah terhadap beberapa isu yang membabitkan mahasiswa. Pemikiran jumud team "Blogger Pembela Negara" membuktikan betapa ceteknya mentaliti dan fikiran mereka sebenarnya. Patutlah, mereka menyerang Unit Media UMNO gara-gara tidak dilayan dengan baik ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. Khabarnya mereka kecewa kebajikan ahli tidak dijaga, malah tidak mendapat imbuhan sepatutnya. Sedangkan semua itu dinikmati oleh team UBN yang kerjanya tidak sehebat kerja mereka. Inilah akibatnya bila perjuangan tidak berpaksikan kebenaran. Akhirnya mereka berbalah sesama sendiri untuk mencari kepastian. Klik di sini Saifuddin Sudah Jadi Barua Anwar Ibrahim]. |
Posted: 09 Mar 2011 03:48 PM PST KUALA LUMPUR [10 Mac] - Dewan Rakyat gamat dengan pendedahan N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) apabila diberitahu yang beliau membayar ansuran bulanan untuk dua buah kereta bagi kegunaan pengawal peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin. Sehingga kini, katanya, ansuran dua kereta itu masih dibayar olehnya tetapi beliau telah mengambil salah satu kereta tersebut selepas pejabat Ketua Pembangkang gagal mengambil tindakan sewajarnya. ''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat. ''Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti apa yang saya lakukan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing. Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). ''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya. Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan. ''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan. ''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya usahakan kebun sayur," ujarnya. [Sementara itu Gobalakrishnan juga sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini. Apa yang diperkatakan oleh beliau ini sedikit mencalarkan imej Anwar sebenarnya. Inilah kesilapan besar apabila Anwar rela mengambil Peguamnya R.Surendran menjadi Naib Presiden PKR. Sedangkan pemimpin hebat seperti Gobala tidak diberi ruang untuk berasa sebaris dengan kempimpinan PKR yang lain. Kami yakin, beliau keluar PKR atas prinsip yang ada dalam dirinya selepas melihat berbagai kepincangan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Cuma, masa yang akan menentukan apakah dia boleh bertahan atau akan bersama Kerajaan UMNO BN dalam masa terdekat ini]. |
Posted: 09 Mar 2011 02:19 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan