Khamis, 10 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mahathir mengaku hanya jadi pak turut semasa menjadi PM

Posted: 09 Mar 2011 08:49 PM PST


Selama ini ramai rakyat Malaysia mengagumi kepimpinan Tun Mahathir sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah. Banyak keputusan-keputusan yang dibuat olehnya dilihat sebagai keputusan yang bijak demi kebaikan negara. Namun begitu buku terbaru hasil tulisannya menggambarkan perkara sebaliknya.

Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi perdana menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai "pengakuan" beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, "A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad".

Atau, adakah Dr Mahathir berbuat demikian untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku "A doctor in the house" dan pengakuan Dr Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Gadaikan negara

Selain itu Dr Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Dr Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya "menggadaikan" negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Dr Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Dr Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Dr Mahathir adalah seorang perdana menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Selasa lalu, ketika melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Dr Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Dr Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Dr Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Dr Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya. [Malaysiakini]

ReJaM© "Dia sendiri gambarkan dia jadi pak turut, siapa tak percaya angkat jari tengah!"

Saman Ekor sudah jadi saman fitnah, saman lawak!

Posted: 09 Mar 2011 03:34 AM PST

Banyak cerita lawak yang timbul akibat dari saman ekor ni. Sebelum ini ada orang yang kena saman tak pakai tali pinggang keleder dengan nombor pendaftaran motorsikal. Bagaimana orang yang hanya memiliki motorsikal boleh disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar? [Berita Harian]

Ini pula kisah seorang Datuk berumur 85 tahun disaman kerana melebihi had laju dengan menunggang motorsikal 500 cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu [Utusan].

Inilah akibatnya apabila saman dikeluarkan tanpa pengesahan dari pemilik kenderaan yang terlibat. Maka saman ekor bertukar menjadi saman fitnah, orang yang tak buat salah pun boleh kena saman. Namun perlaksanaan saman ekor ini sudah menjadi alat bagi kerajaan untuk mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat.

Maka kerana itu kerajaan bertegas tidak mahu memansuhkan Saman Ekor (Sebut saman fitnah) ini. Lebih-lebih lagi banyak duit sudah ditabur untuk membiayai projek-projek segera di 16 PRK sejak 2008 bagi meraih undi Barisan Nasional. Maka mahu tak mahu rakyatlah yang terpaksa menanggung akibatnya.

ReJaM© "Ini bukan Satu Malaysia, tapi SAPU MALAYSIA! Rakyat didungukan Duit diutamakkan"

Menteri dan Ketua Menteri jadi pengikut Rosmah!

Posted: 09 Mar 2011 02:16 AM PST

Petikan laporan dari Malaysiakini membuktikan bahawa Rosmah Mansor, suami kepada Najib Tun Razak nampaknya benar-benar berkuasa untuk menghabiskan duit negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menjelaskan bahawa Rosmah mengetuai lawatan ke Oman, arab Saudi dan Bangladesh baru-baru ini. Apa yang lebih menghairankan Menteri Wanita, Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua Menteri sanggup mengekori bontot Rosmah [Malaysiakini]



Persoalannya di sini, siapa Rosmah ini? Apa jawatannya? Adakah jawatannya lebih besar dari Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri itu sendiri? Apa kapasiti Rosmah untuk mengetuai lawatan yang diikuti oleh Menteri-menteri? Adakah siapa sahaja boleh menghabiskan duit kerajaan untuk keluar negara?

Sejumlah RM134,317.76 wang seperti yang dilaporkan oleh Nazri Aziz telah dihabiskan untuk membiayai perjalanan Rosmah bersama pak turut-pak turutnya yang terdiri daripada Menteri-menteri dan Ketua Menteri termasuk Menteri Besar. Nampaknya jawatan Rosmah sama taraf dengan Perdana Menteri Malaysia. Jawatan apakah itu? Berapa pula gaji yang diperolehinya setiap bulan?

Ramai orang tertanya-tanya, apa masaalah Rosmah ini? Mengapa dia sering keluar di media-media malah selalu sangat menyebok di dalam hal-hal negara? Apa kena mengena dia dan pentadbiran Malaysia? Menteri-menteri yang berpuluh tu dah bangang tak pandai buat kerja ke? Rosmah ni bijak sangat ke? Perlu ke Rosmah ke hulu ke hilir masuk campur pentadbiran negara?

Negara dan Wang Negara nampaknya diperlakukan seperti hak peribadi keluarga Rosmah Mansor dan Isterinya Najib. Kalau Malaysia ini syarikat bapak Rosmah lantaklah dia nak buat apa! Ini negara bukan keluarga Rosmah yang punya! Mungkin selepas ini Ketua Polis negara pun boleh arahkan isterinya untuk bersama-sama menangkap dan menyoal siasat perompak.

ReJaM© "Malaysia semakin gila, rosmah mansur busy mengalahkan menteri..."

Tiada ulasan: