Senyum Tangis Sendu |
BN Kantoi Mereka Punyai Pencapaian Merosot Posted: 01 Mar 2011 08:17 AM PST Mana perginya slogan mengencing rakyat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh BN ketika slogan tersebut dilancarkan. Sekarang BN tahu bahawa pencapaian mereka semakin merosot semenjak kehadiran pilihan raya yang bertubi-tubi akibat kematian ADUN kawasan masing-masing. Cuma ADUN yang belum mati adalah ADUN dari negeri Perlis. Rakyat di Perlis tertunggu-tunggu siapakah ADUN mereka yang akan mati selepas ini kerana projek pembangunan belum dilaksanakan di negeri pengeluar gula terbesar itu. Kematian ADUN sangat penting memandangkan kehadiran projek mee segera akan datang berduyung-duyung selepas wakil rakyat mati. Ini menandakan sambutan kematian wakil rakyat lebih didahulukan oleh BN seperti yang berlaku di Merlimau. Slogan barunya juga membuktikan bahawa BN tidak yakin untuk membawa perubahan kerana sistem perlembagaan negara telah dirogol oleh UMNO/BN. Apakah pencapaian yang diperolehi semenjak ditadbir oleh Najib Razak? Selepas ini, untuk merencanakan hasrat BN maka kita harus berdoa untuk kematian wakil rakyat supaya tema "Rakyat Didahulukan" dapat diterjemahkan dalam mencapai cita-cita yang diimpikan oleh BN. Sebab itulah di Tenang dan Merlimau mahupun Kerdau, "Pencapaian Diutamakan" tidak lagi wujud dan yang tinggal "Rakyat Didahulukan" |
Kita Lihat Video Kerajaan Ali Rustam Ini Posted: 28 Feb 2011 03:25 PM PST Video di atas menjelaskan bagaimana kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang dikepalai oleh Ali Rustam telah membazirkan wang rakyat iaitu RM300 juta. Pembaziran ini dikatakan atas dasar pembangunan tetapi pembangunan yang macam mana dimaksudkan oleh Ali Rustam? Pembaziran dan pengkhianatan terhadap wang rakyat adalah semata-mata untuk pelancongan dan bukannya untuk rakyat. Rakyat hanya dapat melihat sahaja projek-projek yang di bina oleh BN tetapi sebaliknya tidak dapat kemudahan dari pembangunan tersebut. UMNO paling suka bila menyebut perkataan melayu. Bak kata pepatah melayu "Banyak Projek, Rakyat Terpinggir". Sampai bila mereka mahu menipu rakyat? Adakah sehingga kematian baru ada projek untuk rakyat. Kalau macam itulah caranya, kita menyeru rakyat untuk kematian adun masing-masing kerana dengan cara ini rakyat akan mendapat segala-galanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan