Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah Lebih Teruk Dari Leila dan Suzanne - Chegubard
- Hanya Rosmah tahu dia penipu atau tidak
- Pengundi pos besar-besaran di Perak, tertinggi di kawasan Zambry
- Jangan ditipu Najib lagi..
- UMNO/BN meniru lagi..
- PAS janji hapus saman ekor jika memerintah
- Tuduhan Liwat : ‘DNA lelaki Y’ itu DNA Anwar?
- Rakyat Libya sayang saya - Gaddafi
- Pakej tukar suami isteri? Apa nak jadi nie??
- Adnan Yaakob! Hutang RM2.17Billion ni bukan isu kah?
- Alahai.. Dah enam kali kena tipu, nak percaya lagi ke?
Rosmah Lebih Teruk Dari Leila dan Suzanne - Chegubard Posted: 01 Mar 2011 04:17 AM PST SHAH ALAM 1 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yakin bahawa terdapat persamaan yang jelas di atara Malaysia dengan negara Timur Tengah, Tunisia dan Mesir. Menurut beliau, karektor isteri perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang mahu berperanan dalam tampuk pemerintahan, tidak ada bezanya dengan isteri Ben Ali dan Hosni Mubarak. " Mereka ada Leila, kita ada Rosmah yang saling tak tumpah, sama dari segi pembaziran dan kesombongannya. Mereka juga menghina ulama di Tunisia, Ben Ali menyebut dengan jelas, dalam bulan puasa, siapa yang berpuasa akan mengganggu produktiviti negara. " Sama juga di Malaysia, perdana menteri pernah menyebut untuk memotong peruntukan sekolah agama rakyat kerana kononnya tidak melahirkan anak Malaysia yang berdaya saing dari segi sains dan teknologi. Kononnya belajar agama ini ketinggalan zaman,"kata Chegurbard kepada Tv Selangor. Malah menurut Chegubard, jika dibandingkan dengan Leila Trabelsi dengan Rosmah, isteri perdana menteri Malaysia itu katanya jauh lebih teruk. "Kalau nak dibezakan Rosmah dan Leila, Rosmah jauh lebih teruk daripada Leila. "Saya rasa (Rosmah) lebih daripada itu, sebab Leila tak ada pejabat di dalam pejabat presiden. Tetapi Rosmah Mansor ada pejabat di Jabatan Perdana Menteri dan ada bajet khusus kepada beliau untuk dibazirkan bagi memenuhi kehendak dia. Pergi ke luar negara, membazir dan duduk di sebuah hotel satu malam RM100 ribu, dia tak boleh jawab. Balik baik guna nama tuhan, biar Allah tentukan. Ini salah guna agama,"katanya. Chegubard menambah, melalui Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM, beliau akan terus menyuntik kesedaran rakyat Malaysia terhadap perkara ini. "Rakyat wajib membuka mata tentang perkara ini. Ini kerana Rosmah sudah melampau sehingga boleh wakil negara bincang bagi pihak negara, Rosmah terlibat dalam pembelian senjata, Rosmah segala-galanya. Ini bukan setakat merisikokan ekonomi negara tetapi keselamatan dan keadaan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar. "Kita dari dulu pernah ada, Tun Rahah, Tun Siti Hasmah, mereka juga isteri PM, berada di sisi PM, tetapi rakyat, pembangkang tidak menyerang mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi Rosmah sudah melampau sangat dengan membazirkan wang negara dan meletakkan negara dalam keadaan risiko,"tambahnya lagi. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir sehingga menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu. Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah. Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila. Suzanne katanya hanyalah seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya. Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat. Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion US Dolar hasil 'rompakan' mereka. Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu. Tv Selangor |
Hanya Rosmah tahu dia penipu atau tidak Posted: 01 Mar 2011 02:20 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan "Rosmah: I don't look like a liar, do I? " dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat. Katanya, secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan. "Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya lagi, pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab. Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu. Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak "Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi. Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak. "Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana 'istimewa' ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya," katanya. Harakahdaily |
Pengundi pos besar-besaran di Perak, tertinggi di kawasan Zambry Posted: 01 Mar 2011 12:12 AM PST PETALING JAYA: Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak, Chang Ming Kai mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri Umno di negeri itu pada tahun lalu. Menurut Ming Kai, kemasukan pengundi Pos yang paling besar dicatatkan di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato Seri dr Zambry Abdul Kadir yang telah menerima kemasukan 5669 pengundi pos. "Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor. DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya ketika sidang media mingguan di Ibu Pejabat KEADILAN pagi tadi. Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberi tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS pada pilihan raya umum lalu. Pada 2010, katanya, sebanyak 248 pengundi pos dikesan masuk ke Dun Sg. Rapat. Katanya lagi, beliau khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu. "Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya Keadilandaily |
Posted: 01 Mar 2011 12:06 AM PST PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan Tantawi meminta pengundi Kerdau tidak terpedaya dengan janji-janji pembangunan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Bila ada pilihan raya mereka datang dengan helikopter, tabur janji pembangunan bernilai berpuluh juta dan ratusan juta. "Adakah janji-janji ini boleh mempengaruhi rakyat Kerdau? Jawabannya mungkin sebahagiannya boleh terpengaruh. "Rakyat Kerdau sudah lama menanti pembangunan kerana diabaikan oleh BN (Barisan Nasional). Rakyat bergantung kepada kerajaan negeri dan mereka seronok apabila janji dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. "Di Manek Urai, di Galas mereka juga berjanji. Apa jadi dengan janji jambatan di Manek Urai?," tanya Nasaruddin. Beliau merujuk kepada lawatan Najib dan Muhyiddin berkempen membantu calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad menghadapi calon PAS Hasanuddin Salim dalam pilihan raya kecil Kerdau ini. Najib melawat kawasan Felda di Kerdau Ahad lalu, manakala Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan guru di Kerdau hari ini. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Ada projek tidak dilaksanakan Nasaruddin menambah, rakyat Kerdau tahu ada projek di tempat mereka sehingga sekarang tidak dilaksanakan walaupun BN berjanji setiap kali pilihan raya. "Jadi….. perlukah rakyat Kerdau terpedaya sekali lagi?" katanya. Beliau berkata, pelakon Bob Lokman kini menjadi permata baru bagi PAS untuk mendapatkan sokongan di kalangan pengundi muda. Pemuda PAS mengatur dua hari program untuk Bob Lokman berkempen di Kerdau. "Beliau ada peminat sendiri dan beliau juga menunjukkan kesungguhan membantu PAS memenangi pilihan raya kecil ini," katanya. Bob Lokman menyertai PAS minggu lalu setelah menyerahkan borang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Free Malaysia Today |
Posted: 28 Feb 2011 11:19 PM PST Aku rasa macam nak pos kat Najib saja buku jingga yang aku simpan tu.. biar dia tiru semua sekali apa yang ada dalam buku tu.. Tawaran Baru pendidik diumum BN tiru Buku Jingga Pakatan, dakwa PAS Oleh Syed Mu'az Syed Putra JASIN, 1 Mac — PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan mengumumkan anugerah "Tawaran Baru" bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang majlis penyampaiannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam. Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, anugerah "Tawaran Baru" itu sebenarnya bertujuan untuk menarik sokongan warga pendidik dalam negara menjelang pilihan raya umum ke-13. "Pengumuman ini dibuat sebagai langkah untuk menarik sokongan warga pendidik di negara ini, khususnya sempena pilihan raya kecil Merlimau dan pilihan raya umum akan datang. "Sedikit kelainan dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat ialah melibatkan hampir 500,000 guru sedangkan janji kerajaan BN hanya melibatkan sebahagian kecil komuniti guru-guru," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini. Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta di mana skim baru iitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara. Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang. Dalam satu program penganugerahan yang diadakan di Merlimau semalam, seramai 586 pengetua menerima RM7,500 seorang. Menurut Idris, keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk menarik sokongan warga pendidik di negara ini, khususnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Katanya, Muhyiddin adalah orang yang paling lantang mengkritik program 100 Hari Pakatan Rakyat dengan mengatakan ia akan memberikan implikasi terhadap kewangan negara. "Sedikit kelainan dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat ialah melibatkan hampir 500,000 guru, sedangkan janji kerajaan BN hanya melibatkan sebahagian kecil komuniti guru-guru. "Rakyat akan beruntung sekiranya parti kerajaan mempunyai saingan yang kuat dalam politik. Maka sudah semestinya mereka akan mengikut rentak saingan mereka, contohnya anugerah kepada guru besar," kata Idris. Pada sidang media itu juga, Idris meminta agar BN menghentikan segala usaha untuk mencipta provokasi termasuk perbuatan khianat yang dilakukan. Semalam sebuah pentas berdekatan bilik gerakan DAP yang dibina untuk satu program pada 4 Mac ini telah dibakar dan pada lewat pagi tadi cermin kereta seorang penduduk pula dipecahkan apabila diletakkan di dihadapan bilik gerakan DAP di pekan Merlimau di sini. Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripada keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian. Selain itu, pagi ini PAS pula mengesan kain rentang yang tertulis "Undi PAS Masuk Syurga" dan "PAS Melaka Fahaman Pluralisme Agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang didakwa dilakukan BN. Kesemua empat kain rentang itu didapati tergantung di Permatang Serai dan dihadapan politeknik Merlimau di sini. "Kita kesan kain rentang ini digantung pagi tadi dan saya minta agar BN jangan buat kerja ini lagi dan bertanding dalam bentuk yang sihat. "Kita sudah turunkan semua kain rentang ini dan kita percaya ia dilakukan untuk menakutkan pengundi-pengundi di Merlimau," kata Idris. Kata Idris, kain rentang itu adalah satu perbuatan khianat yang dilakukan BN untuk menjatuhkan imej PAS. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari mengingatkan BN agar menghentikan "politik samseng" semasa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang sudah masuk hari keempat hari ini. "Kita minta BN hentikan politik samseng, sebelum ini pentas DAP dibakar, malam tadi kereta pula kena. "Politik (samseng) ini digunakan BN untuk menakutkan-nakutkan pengundi-pengundi, kita minta BN hentikan sebelum PAS ambil tindakan sendiri," katanya. Kata beliau, polis harus tegas dalam perkara ini dan jangan mengamalkan sikap berat sebelah dalam perkara ini. "Saya minta pihak polis tegas, BN juga perlu hentikan provokasi ini. "Provokasi ini tak untungkan sesiapa pun, kalau buat samseng atau ugut apa faedahnya kepada rakyat?" kata Adly sambil menambah, PAS tidak akan membalas terhadap provokasi yang dicipta BN. "Kita masih boleh bersabar tapi sampai bila? Jadi kita minta supaya ia dihentikan," tambah Adly. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. The Malaysian Insider |
PAS janji hapus saman ekor jika memerintah Posted: 28 Feb 2011 11:11 PM PST PETALING JAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihan raya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya rakannya dalam Pakatan (PKR-DAP) akan bersetuju dengan tawaran untuk menyelesaikan masalah saman ekor tersebut. Menurut Abdul Hadi, PAS berpendirian tegas bahawa pelaksanaan saman ekor bukan kaedah terbaik untuk mendidik rakyat agar memandu secara berhemah. "Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan media kepada FMT hari ini. Katanya melalui Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE) dijalankan sejak beberapa bulan lalu, PAS terus mendesak agar dihapuskan saman ekor itu. Namun kerajaan seolah-olah tidak memandang berat perkara itu, sebaliknya pula mengetatkan akta berkaitan JPJ dan menswastakan beberapa aspek saman. "Tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. "Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan," katanya. KASE telah dilancarkan pada 17 Februari lalu dan kempen itu telah giat dijalankan sejak Ogos tahun lalu dengan pengedaran risalah dan siri jelajah penerangan kepada orang ramai. KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS turut membuat kutipan 1 juta tandatangan dan penyerahan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah saman ekor tersebut. Free Malaysia Today |
Tuduhan Liwat : ‘DNA lelaki Y’ itu DNA Anwar? Posted: 28 Feb 2011 09:00 PM PST Sebelum itu, ini pesanan dari DS Wan Azizah yang disampaikan melalui wakilnya dalam Mesyuarat Cabang Permatang Pauh baru-baru ini, pesannya beliau meminta agar sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan PR agar mengadakan solat hajat dan berdoa agar kes ini digugurkan kerana apa yang jelas sekarang ialah pihak pendakwaan akan menggunakan apa saja cara bagi merealisasikan hasrat seseorang atau pihak tertentu untuk meletakkan Anwar kedalam penjara semula.. KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah 2 hari ini dijangka menyaksikan pihak pendakwa akan berusaha mengaitkan sampel DNA lelaki Y adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampel DNA itu diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala yang mengaitkan ia dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini, namun pihak pendakwa tidak mendedahkan dari mana sampel itu diambil. Hari ini mahkamah memanggil beberapa lagi saksi pendakwa termasuk Pegawai Siasatan kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman. Dalam sesi soal balas yang dilakukan pihak peguam bela setakat ini, pertanyaan terhadap Yahya menjurus kepada penahanan Anwar ketika dilokap Bukit Aman pada 16 Julai 2008, di mana kemungkinan DNA Anwar diambil pada masa itu. Mahkamah turut diberitahu keadaan lokap yang sangat menyedihkan, termasuk keadaan tandas yang kotor- menyebabkan peguam Anwar, Karpal Singh menyifatkan keadaan itu tidak ubah seperti 'kandang haiwan'. DSP Yahya juga memberitahu Anwar tidak dibekalkan dengan sebiji bantal meskipun tertuduh itu ada mengadu mengalami sakit belakang. Lebih mengejutkan DSP Yahya sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi arahan penahanan Anwar. Perbicaraan di mahkamah kini sedang berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45 petang dengan DSP Yahya menyambung keterangannya. Berikut kronologi perbicaraan setakat ini: 9.15 pagi – Perbicaraan bermula. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami tiba di mahkamah. 9.16 pagi – Jurufoto dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Lans Korporal Hasri bin Hassan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa. Berusia 32 tahun, Hasri mula bertugas dengan Polis DiRaja Malaysia sejak Mac 2001. 9.20 pagi – Beliau mengecam 14 keping gambar yang diambil dalam lokap antaranya lokasi dalam sel lokap, berus gigi, tuala putih 'Good Morning' serta sehelai bulu. 9.27 pagi – En Amidon Adnan, 60 tahun, bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman dipanggil memberi keterangan. Menurutnya, sepanjang bertugas bersama pasukan polis sejak 1976, beliau sudah memberi keterangan di mahkamah tidak kurang daripada 900 kali. 9.35 pagi – Menurutnya, beliau 'merampas sehelai bulu dari unit 11-5-1 Desa Damanasara, sebidang karpet sutera China dan sehelai selimut duvet berjenama 'Pasaya' dari unit 11-5-2. 10.11 pagi – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah permohonan Pendakwaraya untuk menjadikan 'sehelai bulu yang dirampas daripada lokap' di IPK KL sebagai bahan bukti. Karpal mahu perbicaraan dalam perbicaraan jika pendakwaraya mahu meneruskan usaha itu. Hakim Zabidin menolak permohonan pendakwa raya menjadikan bahan tersebut sebagai bukti sebaliknya ia ditandakan sebagai ID sahaja, dan akan ditentukan kemudian jika pendakwaraya masih mahu menjadikannya sebagai bahan bukti. 10.13 pagi – Inspektor pelatih di Makmal Forensik PDRM Bukit Aman, Inspektor Nor Ayuni Mohd Fuad, memberi keterangan di kandang saksi. Nor Ayuni adalah sebahagian daripada pasukan yang membantu Anidon (bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik PDRM Bukit Aman). 10.33 – Nor Ayuni selesai memberi keterangan. Mahkamah ditangguhkan ke jam 11 pagi. 11.09 pagi – Mahkamah bersidang semula. Pegawai Siasatan Kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman dipanggil memberi keterangan. 11.10 pagi – Dr Badrul Amin tiba di galeri awam mahkamah. 11.15 pagi – DSP Yahya memberi keterangan dengan merujuk buku lawatan lokap D9 yang terletak di Tingkat 7, IPK KL Bukit Aman. 11.16 pagi – Karpal Singh membantah permohonan DPP Noordin Hassan untuk menjadikan buku lawatan lokap tersebut sebagai bukti kerana pasukan peguambela tidak menerima salinan fotokopi mukasurat yang tercatit waktu DSP Yahya melakukan lawatan rutin beliau ke lokap tersebut 11.19 pagi- Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kelana Jaya tiba di galeri awam. 11.25 pagi – Menurut DSP Yahya, berdasarkan buku lawatan lokap itu, Anwar dibawa ke lokap tersebut pada jam 11.05 malam 16 Julai 2008. Anwar dibawa dari Bilik Mesyuarat D9 sebelum menghabiskan satu malam di lokap pada 16 Julai 2008. Anwar dibenarkan membawa sebotol air mineral bersamanya atas budi bicara DSP Yahya. 11.33 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar dibebas pada jam 8 pagi 17 Julai 2008. 11.43 pagi – Menurut DSP Yahya, lokap yang menempatkan Anwar mempunyai CCTV tetapi ia tidak berfungsi. Menurutnya lagi, sewaktu ia berfungsi, ia digunakan untuk memerhatikan polis yang mengawal lokap. 11.47 pagi – Sewaktu pemeriksaan balas, Karpal menarik perhatian Yahya kepada gambar keadaan lokap yang dirakam pihak polis. Menurut Karpal, lokap tersebut tidak ubah seperti kandang haiwan. Namun, menurut DSP Yahya, ia memenuhi standard sama yang digunapakai di seluruh negara. Lebih memeranjatkan adalah apabila DSP Yahya membuat pengakuan bahawa beliau tidak pasti siapa yang mengarahkan penangkapan Anwar dilakukan. "Saya tak pasti siapa arahkan Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam lokap," "Saya tak tahu tapi (peguambela) boleh periksa dengan pegawai penyiasat," kata DSP Yahya. 11.51 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar juga tidak dibekalkan bantal walaupun beliau ada mengadu kepada polis yang beliau mengalami sakit tulang belakang. 11.56 pagi – Hadirin di mahkamah tergelak kecil apabila DSP Yahya yang sebelum ini menyatakan tandas di lokap 'nampak kotor tapi bersih' menukar kenyataannya kepada 'nampaknya kurang bersih' apabila Karpal meminta beliau memberikan pendapatnya tentang keadaan tandas tersebut 'dengan ikhlas'. 11.59 pagi – Mahkamah ditangguhkan ke jam 2.45 petang. Keadilandaily |
Rakyat Libya sayang saya - Gaddafi Posted: 28 Feb 2011 07:17 PM PST TRIPOLI, 1 Mac — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menafikan adanya pergolakan politik menentang beliau meskipun laporan-laporan sebelum ini menunjukkan negara itu turut berhadapan dengan kebangkitan rakyat. "Tidak ada demonstrasi sama sekali di jalan-jalan. Adakah anda melihat adanya demonstrasi?" kata Muammar menjawab soalan wartawan BBC. Kebangkitan rakyat di negara jirannya di sebelah timur berakhir dengan tumbangnya Presiden Hosni Mubarak dua minggu lalu. Apabila wartawan BBC memaklumkan bahawa dia ada menyaksikan tunjuk perasaan misalnya di Zawiyah kelmarin, Muammar memberitahu, rakyatnya menyayangi beliau dan sanggup bermati demi melindunginya. "Mereka tidak menentang kami. Tiada siapa yang menentang kami. Menentang buat apa? "Sebab saya bukan seorang presiden. Mereka sayang saya. Kesemua rakyat bersama saya, mereka cintai saya. Mereka akan mati untuk mempertahankan saya, rakyat saya," katanya lagi. Pada masa yang sama, beliau yang memerintah Libya sejak 41 tahun lalu ketawa berhubung soalan agar meninggalkan negaranya. Kata Muammar, beliau merasakan dirinya telah dikhianati oleh pemimpin-pemimpin antarabangsa yang mendesak agar berundur segera. "Sudah tentu ia satu pengkhianatan. Mereka tidak ada moral. Selain itu, jika mereka mahu saya berhenti, mengapa perlu saya letak jawatan? Saya bukan raja." Duta Amerika Syarikat ke PBB Susan Rice berkata temu bual itu menunjukkan Muammar cuba memperdaya dan tidak berupaya untuk memimpin Libya. Terdahulu menteri-menteri luar sedunia mengecam serangan kerajaan Muammar ke atas rakyatnya sendiri dan Kesatuan Eropah pula mengenakan sekatan termasuk embargo senjata, membekukan aset dan larangan perjalanan ke atas Muammar dan sekutunya. The Malaysian Insider |
Pakej tukar suami isteri? Apa nak jadi nie?? Posted: 28 Feb 2011 05:39 PM PST JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai 'swinger' anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya. Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka. Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an. Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon. Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka. "Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah. "Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu," katanya. Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu. Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini. "Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu. "Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu. "Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan," katanya ketika ditemui Harian Metro. Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka. Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia. "Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat. "Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah," katanya. myMetro |
Adnan Yaakob! Hutang RM2.17Billion ni bukan isu kah? Posted: 28 Feb 2011 09:40 AM PST 24 Februari lepas, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang kawasan Kerdau dengan sombongnya berkata tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang. "Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya. Sepenuhnya sila baca di SINI. Tak ada isu besar konon.. kalau begitu cuba jelaskan mengapa Kerajaan Negeri Pahang yang dikepalai oleh beliau berhutang sehingga RM2.17 Billion sahaja ini.. Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau, Nan? By Dr. Dzul Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakub, samada sememang dalam penafian atau memang tidak tahu. Tetapi penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada pengundi Kerdau khususnya dan seluruh rakyat Pahang amnya. Penulisan besiri ini bertujuan untuk menyanggah dakwaan Menteri Besar Pahang ini. Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdau ini untuk memperagakan atau 'showcase' segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja sudah disempurnakan dan rakyat sudah diberi khidmat yang cemerlang, apa perlu sibuk untuk mengumumkan projek-projek 'mee-segera' termasuk yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Ini kali pertama dalam sejarah politik mutakhir negara ini, seorang PM turun pada hari pertama dalam satu PRK. Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menanggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir. Jumlahnya terus meningkat setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop dan aspek pembangunan dan pengurusan. Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah.."Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana….." Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek, samada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari'ah Negeri Pahang. "Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. " diulangi pada setiap laporan audit yang dibuat. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri Pahang ini. Cukup mengecewakan dan menga'ibkan rakyat Pahang.. Tak ada isu kata Adnan! Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta apabila empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik. Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengarahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang 'touch'nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi mewawarkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi untuk bankrap kerana hutangnya jauh melampaui KDNKnya. Ketirisan dan kebocoran terus tidak dapat ditangani. Siri ini akan mendedahkan sebanyak yang boleh dalam tempoh kempen ini. Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah 'Pertanggungjawaban Awam". PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semasa GLCs negeri sebagaimana yang akan dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Selangor. Berdasarkan secebs pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan kemaslahatan seluruh rakyat negeri Pahang amnya. Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai keterlibatan dan pendedahan dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa 'Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang 'profesional' dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri? Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara 'semak-imbang' pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah kepimpinan Umno/BN. |
Alahai.. Dah enam kali kena tipu, nak percaya lagi ke? Posted: 28 Feb 2011 09:02 AM PST TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu. Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu. Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu. Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu. Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN). PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap. Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi. Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah. ''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah. "Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk," katanya. Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara. Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal. Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir 'berkubur' apabila projek berkenaan terus terbengkalai. "Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan", luahnya dengan nada kecewa. "Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' . "Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya. Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan. "Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya", katanya lagi. Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan