Selasa, 8 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Fakta Ukuran Kelamin Lelaki & Wanita

Posted: 08 Mar 2011 08:26 AM PST


Laman web porno di internet selalu menyebabkan punca info yanh salah kepada orang ramai tentang ukuran kelamin atau organ seks yang sebenarnya. Berikut adalah fakta-fakta tentang ukuran kelamin lelaki dan wanita.

Beberapa angka  menarik tentang ukuran organ seks manusia baik wanita mahupun lelaki seperti dilaporkan Medindia dan Womenhealth pada Selasa (8/3/2011), adalah:

Organ kelamin lelaki

1. Zakar ketika ereksi
Ukuran purata zakar ketika ereksi adalah di antara 5 hingga 7 inci (12.7-17.8 cm) dengan sudut tegak 15 darjah secara horizontal menghadap ke atas.

2. Zakar ketika relaksi  atau rehat
Ukuran purata zakar ketika relaksi (tidak ereksi) adalah antara 3 hingga 5 inci (7.6-12.7 cm) mengarah ke bawah.

3. Ukuran testis
Ukuran purata testis (buah zakar) adalah 5 x 2 x 3 cm atau panjang 5 cm, lebar 2 cm dan diameter (tinggi) 3 cm. Biasanya testis kiri tergantung lebih rendah daripada testis kanan sehingga kelihatan lebih besar.

Organ kelamin wanita

1. Kedalaman vagina normal
Ketika tidak terangsang secara seksual,kebanyakan wanita memiliki vagina dengan kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) dengan diameter 0.8 inci (2 cm).

2. Kedalaman vagina ketika terangsang
Ketika mengalami rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan pangkal rahim (serviks) dan rahim naik, sehingga saluran vagina mengalami regangan dan kedalamannya menjadi sekitar 4-7 inci (10-17 cm) dengan diameter 2.5 inci (6.35 cm).

3. Sudut vagina
Letak sudut pada vagina ketika hubungan kelamin sepadan dengan sudut organ lelaki (zakar) dan terletak pada 45 darjah.

4. Selaput dara
Ukuran selaput dara sangat tipis, purata tebal selaput dara adalah 0.05-0.10 inci (0.127-0.25 cm).

5. pH vagina
pH vagina normal adalah antara 4 hingga 5, sedangkan pH bagi urine 5.5 hingga 6.5.

6. Klitoris
Panjang purata total klitoris adalah 1 inci (2.5 cm) dan bahagian yang menonjol keluar panjangnya 0.2 inci (0.5 cm). Hal ini sepadan dengan zakar yang penuh dengan saraf-saraf.

Ejakulasi dan orgasma
Panjang purata sperma adalah 4 mikron
Purata kepekatan sperma adalah 20 juta sperma per mililiter
Purata jumlah sperma per ejakulasi adalah 300-500 juta sperma
Seumur hidup seorang lelaki mempunyai purata jumlah sperma 1,2 triliun
Purata kelajuan ejakulasi ialah 28 mil per jam atau 45 km/jam
Purata isipadu ejakulasi ialah 4 ml atau hampir satu sudu teh
Setelah masuk ke dalam vagina, 4 mikron sperma hanya memerlukan 5 minit untuk menyeberangi 6 inci (15.2 cm) pangkal rahim.
Masa purata orgasma bagi lelaki ialah 3-5 saat sedangkan bagi wanita lebih lama sedikit iaitu 5 hingga 8 saat.

5 Pemain Pertahanan Sedia Kawal Safee

Posted: 07 Mar 2011 11:29 PM PST

BANDUNG - Kehadiran Safee Sali di Pelita Jaya, Karawang dilihat menjadi perhatian serius kubu Persib Bandung, malah jurulatih Daniel Roekito bakal menyiapkan 'Benteng' yang ditugaskan khusus untuk mengawal Safee pada perlawanan menentang Persib Bandung, Sabtu (12/3/2011).

Namun, Daniel belum mahu menyebutkan siapa yang bakal diberikan tugas tersebut. Selepas selesai sesi latihan pemain, Rabu (9/3/2011) petang baru Daniel akan umumkan siapa saja pemain yang bakal disiapkan untuk mengawal penyerang Malaysia tersebut.



"Siapa bentengnya, besok saja. Yang pasti saya sudah punya 5 pemain belakang yang matang," kata Daniel ditemui selepas latihan di Stadium Siliwangi Bandung, Selasa (8/3/2011).

Sebelum itu Daniel mengaku hantaran dan kawalan bola tepat sangat berbahaya jika diterima bekas penyerang Selangor FC itu.

"Secara berpasukan tentu saja kami sudah siap. Tadi saya sempat bergurau dengan pemain. Kalau mereka punya sapi (Safee), kami akan menyiapkan benteng," gurau Daniel sambil tersenyum.

Namun, menurut Daniel, bukan hanya Safee yang berbahaya. Ia melihat semua pemain Pelita Jaya berpotensi merobek pertahanan Maung Bandung. Oleh kerana itu Daniel tidak akan mengarahkan pemain pertahanan untuk terus mengawal Safee.

"Semua pemain Pelita Jaya khususnya pemain asingnya tetap harus kita waspada. Simulasi pertahanan akan terus kami matangkan sebelum perlawanan dengan Pelita Jaya," katanya.

Heboh Cicak Kepala Dua (Siapa Geli Jangan Tengok)

Posted: 07 Mar 2011 05:55 PM PST


Penduduk di Desa Jenggolo, digemparkan dengan penemuan salah seorang penduduk di situ dengan seekor cicak yang berkepala dua, pada hari Ahad lalu (06/03/2011).

Berdasarkan laporan beritajatim.com, penemuan cicak yang aneh itu, ditemui di rumah Nafsiah (52). Kerana penemuan aneh itu penduduk di sekitar kampung mula membanjiri rumah Nafsiah.

Penemuan cicak berkepala dua itu ketika nenek kepada 6 cucu tersebut keluar dari rumah pagi semalam. Ketika membuka pintu rumahnya, ia terkejut melihat seekor cicak yang pada alang pintu rumahnya. Kerana melihat keanehan pada cicak tersebut, nenek Nafsiah kemudian menunjukan cicak itu kepada penduduk kampung. "Saat awal melihat cicak ini, saya sendiri juga tidak percaya. Tapi, setelah saya perhatikan dengan teliti, memang seperti inilah kondisinya," jelas Nafsiah.

Jika dilihat bentuk dari cicak tersebut, ia tidak jauh berbeza dari cicak-cicak yang lain secara umum. Bezanya cicak yang ditemui di rumah Nafsiah ini memiliki dua kepala tubuhnya satu dan kakinya empat.

Kerana bentuknya yang aneh, cicak ini disimpan oleh Nafsiah ke dalam sebuah bekas plastik. "Supaya tidak mati, saya beri makan cicak ini dengan nyamuk. Soalnya, cicak ini juga masih kecil seperti baru saja dilahirkan,".

Selain memberi makan, Nafsiah juga ingin menjaga cicak uniknya itu supaya lebih membesar dengan cara mencarikan cicak kecil lain untuk menemani cicak tersebut. "Pokoknya saya ingin rawat. Tidak akan saya jual. Semoga saja, bisa tetap bertahan sampai tumbuh besar," tambahnya lagi.



Tiada ulasan: