PERAKITE |
Mahathir sekadar mahu menjamin masa depan politik anaknya Posted: 08 Mar 2011 01:45 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan dalam buku 'A Doctor in the House' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan bagi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz. "Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain:Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat)". "Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Ketua Pembangkang itu. Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir itu. Ketua umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku itu, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya ketika perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia dipecat dari parti. "Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian)," kata Anwar. "Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan." kata Anwar. Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun hadir di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu. Tetapi, sebaliknya Mahathir terus melontarkan tuduhan itu di luar mahkamah, dan atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu. Selepas berundur, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama yang harus ditumpaskan. Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. |
Bahan bukti kes Anwar ditolak.. Posted: 08 Mar 2011 01:41 AM PST Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan DSAI berkata pihaknya tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggugurkan tiga barangan yang diambil dari sel tempat ketua pembangkang itu ditahan sebagai bukti. Pagi tadi, mahkamah memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. "Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya. Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima dan memerintahkan barang-barang berkenaan diketepikan. Ketiga-tiga barang berkenaan diperoleh daripada lokap bahagian jenayah berat ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008. Sehubungan keputusan itu, Yusof berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh ketika menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan