Selasa, 8 Mac 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


besar kepala tak mengenang budi....padahnya bila PAS memusuhi blogger PR.....PAS bakal terlungkup di PRU 13 nanti....ameeen....!!!!

Posted: 08 Mar 2011 08:25 AM PST

Perubahan dalam mana-mana keputusan pilihanraya bergantung kepada perubahan dalam keputusan pada Saluran 3 ke atas. Ini kerana, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas biasanya lebih banyak membaca, lebih terdedah dan lebih terhubung dengan internet.

Namun, semenjak 3 tahun kebelakangan ini, PAS mengambil sikap untuk MEMUSUHI blogger-blogger yang dahulunya berkempen untuk memenangkan PAS tanpa meminta satu sen pun.

Malahan, dalam ucapan-ucapan dasar PAS dua-tiga tahun kebelakangan ini, blogger-blogger telah dimaki dan difitnah secara terbuka. Oleh kerana ia masuk dalam ucapan dasar, maksudnya dasar PAS dua tiga tahun yang lepas adalah MEMUSUHI BLOGGER-BLOGER PAKATAN RAKYAT. Itu adalah hakikat.

Hasilnya, tiada lagi kesatuan serta kerjasama sesama blogger untuk menaikkan imej serta mempromosikan kepimpinan PAS kepada masyarakat umum. Yang ada hanyalah blogger-blogger mengkritik PAS serta mengkritik UMNO.

Maka, masyarakat umum TIDAK DAPAT MELIHAT kepimpinan PAS secara terbuka. Lebih malang, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas juga tidak dapat melihat kepimpinan PAS sebagai kepimpinan mereka.

Juga, penjualan Harakah juga merosot dan disekat menjadikan kepimpinan PAS semakin terasing dari Pengundi2 Saluran 3 ke atas.

Hasilnya, apabila tiba pilihanraya kecil, PAS tertolak dengan begitu teruk sekali. Masyarakat lebih nampak Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin mereka berbanding Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Bayangkan dua tahun kebelakangan ini tiada langsung usaha dari PAS Pusat untuk merapati blogger2 Pakatan Rakyat. Malahan, blogger Aduka Taruna telah dipukul seperti penjenayah di perkarangan Masjid Rusila dengan begitu hina sekali.

APA DOSA BLOGGER KEPADA PAS?

Tidak lain hanyalah kerana mereka tidak rela kepimpinan PAS membawa PAS tidur sebantal dengan UMNO dalam gagasan yang dipanggil "Kerajaang Perpaduang".


Dek kerana sikap blogger yang menentang agenda Perpaduang, maka semua blogger Pakatan Rakyat dilayan seperti kucing kurap oleh kepimpinan PAS. Mana-mana kepimpinan PAS yang dikira OK pun tak berani nak adakan hubungan secara terbuka dengan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Ada ke patut, Muktamar yang lepas BLogger dilayan macam sampah, manakala wartawan Utusan Malaysia dilayan macam raja. Ini kerana Utusan Meloya melayan kepimpinan pro Perpaduang dengan begitu baik maka mereka diberikan layanan istimewa.

HAsilnya, setelah 2 tahun, PAS semakin terasing dari pengundi2 Melayu dalam Saluran 3 ke atas. Bukannya PAS menjadi semakin baik tapi menjadi semakin buruk.

Tapi takpa lah. Yang penting penguasaan geng Perpaduang dan geng Terengganu ke atas PAS mesti diteruskan.

Tak penting PAS menang pilihanraya atau kalah pilihanraya. Yang penting Geng PErpaduang dan Geng Terengganu terus menguasai PAS.

Nasihat saya kepada ahli-ahli PAS, teruskanlah memfitnah dan menista blogger2 seperti kami ni. Tak jadi masalaah kerana lepas ni PAS akan kalah teruk dalam pilihanraya. Bayang2 2004 sudah semakin terserlah dan semuanya kerana kebodohan dan kebongkakan geng Terengganu dan Perpaduang.

Mereka tidak sabar mengekspot kekalahan PAS Terengganu kepada seluruh PAS di Malaysia.


penyapu sial


kalau beginilah sikap pimpinan parti yang kununnya nak perjuangkan islam...alamat la....ramai yang akan boikot dengan perjuangan PAS...kalau begitu PAS pun dah tak ada beza dengan UMNO lahanat....

jadi tak payah la nak cakap pasal islam....buang tong sampah aje...sibuk nak jilat buntut UMNO...sampai sanggup nak jadi penghianat agama....pimpinan macam ini yang kita hendak ke untuk di jadikan pemimpin....pooorahhhh.....!!!!

perompak dan penyamun 1 malaysia....cakap berbunga bunga pulak.....kepala butoh la.....naikkan aje ...rakyat dah sokong UMNO/APCO/BN...depa tak marah pun....!!!!!!!

Posted: 08 Mar 2011 07:59 AM PST

Harga RON95 perlu dikaji semula




KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.

utusanmeloya

menang pilihanraya macam pondan....UMNO/BN bangga peralatkan SPR jadi babi tunggangan yang goblok....!!!

Posted: 08 Mar 2011 07:18 AM PST



Seperti mana yang telah dijangkakan, BN akan menang di kedua-dua PRK yang berlangsung serentak iaitu di DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Kedua-dua DUN tersebut sebelum ini adalah merupakan antara kubu UMNO/BN. Apa lagi apabila ianya adalah PRK.

PR bukan sahaja bertempur dengan jentera UMNO/BN tetapi berdepan dengan jentera Kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan termasuk komponen BN iaitu SPR dan PDRM. Bukan sesuatu yang luar biasa dengan kemenangan BN ini.




Tidak ada sesuatu yang membanggakan dan menimbulkan rasa teruja dengan kemenangan BN tersebut. Apa lagi setiap PRK kita berdepan dengan pelbagai taktik kotor dan jelek yang dilakukan oleh UMNO / BN yang mendapat sokongan dan bantuan khususnya daripada badan yang tidak pernah telus, tidak pernah profesional dan tidak punyai integriti seperti SPR.

SPR yang merupakan badan yang secara jelas berpihak kepada UMNO/BN. Tidak adil, tidak bebas, tidak telus dan tidak profesional demi menyelamatkan dan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN setiap kali PRK berlangsung. Sikap berat sebelah dan tidak adil oleh SPR menjadi SPR terlalu kotor dan jelek. Segala apa yang berlaku di sepanjang PRK ditutup mata dan telinga.

SPR sendiri yang bertindak mem'bull-shit'kan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 daripada dikuatkuasakan, apabila UMNO/BN melakukan gerakerja mereka. Malah menjadi badan yang mengesahkan 'bersih dan betul' tindakan UMNO/BN walaupun ianya adalah secara jelas, terbukti serta sah kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam Akta 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Perkara 10. Malah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya.

Kenyataan bodoh dan dungu yang keluar daripada seorang Pengerusi SPR yang wajib mengimplimentasikan serta menguatkuasakan dengan tegas segala peruntukan undang-undang agar sesebuah pilihan raya berjalan dengan adil, telus dan betul tanpa berpihak kepada mana-mana parti-parti politik.

UMNO/BN terus mendidik rakyat dengan taktik dan strategi yang menyeleweng dengan menganggap "UMNO/BN adalah kerajaan, kerajaan adalah UMNO/BN" dengan sokongan daripada SPR. Sedangkan UMNO/BN adalah parti politik manakala kerajaan adalah kerajaan, waima ianya kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang tidak sepatutnya dipergunakan dalam setiap kali pilihan raya.

Sesungguhnya "demokrasi tulen dan keadilan" sudah lama mati di negara Malaysia ini. Peranan SPR antara menyebabkan "demokrasi dan keadilan" tidak wujud di dalam negara ini. SPR dipalitkan dengan isu "pengundi hantu", "pengundi ragu", "berat sebelah" dan tidak dinafikan sebagai "benteng" bagi memenangkan UMNO/BN. Perjanjian Persefahaman atau MOU serta 'perjanjian sulit' antara SPR dan UMNO/BN semakin terserlah dan terbuka.

SPR menjadi dalang secara licik dan terancang menjadikan pilihan raya negara ini paling kotor dan menjijikkan. Segala bantahan, memorandum, bukti, fakta dan aduan di"bakul-sampah"kan oleh SPR. Adakala menjadi badan yang menjawab dan menafikan segala taktik kotor yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Suara-suara sumbang dan sinis juga keluar daripada SPR contohnya apabila PR menang, tidak ada pula aduan "pengundi hantu". Kenyataan dangkal, sedangkan setiap kali PRK akan dilaporkan segala kepincangan, penyelewengan, kerja kotor UMNO/BN dan termasuk kes "pengundi hantu " mahupun "pengundi ragu". walaupun dengan segala taktik dan strategi kotor dilaksanakan oleh UMNO/BN dan SPR, tetapi kekuatan rakyat telah berjaya memenangkan PR.

mufti pukimak haram sani buat fitnah...nik aziz mau jumpa...undi kafir lahanat UMNO boleh masuk syurga ke...???.....

Posted: 08 Mar 2011 06:37 AM PST

"Undi PAS Masuk Syurga" - TG Nik Aziz Mahu Temu Harussani

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.




Gambar: Poster fitnah UMNO BN tertera perkataan "Undi PAS Masuk Syurga" dengan gambar TG NikmAziz sewaktu pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau.

Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Tulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau.

"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.
Beri respon

"Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut.

Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. -mk

Tiada ulasan: