Selasa, 1 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Pemain Bola Bakal Dihukum Kerana Sepak Burung

Posted: 01 Mar 2011 11:32 AM PST



Seorang pemain bola sepak Panama bakal menghadapi hukuman berat setelah menendang seekor burung hantu yang cedera ketika pertandingan.


Rakaman Video menunjukkan burung itu terkena bola, menyebabkan pengadil menghentikan permainan semasa perlawanan bola sepak di Colombia di antara Pereira dan Atletico Junior.

Ketika pengadil dan pemain membincangkan apa yang harus dilakukan, Moreno, pemain pertahanan Pereira kelihatan tidak sabar di atas permainan yang tertunda - menendang burung itu keluar dari padang bola dengan kaki kirinya.

"Pemain itu harus dihukum kerana perbuatannya, ia satu tindakan kejam yang tidak boleh diterima," menurut Ramón Jesurum, Presiden Liga Colombia.

Dia menambahkan bahawa kes ini akan dibawa ke dalam mesyuarat sebelum tindakan disiplin diambil.

Penyokong Atlético Junior meneriakkan "pembunuh" kepada pemain Panama itu. Moreno juga ditegur oleh pasukan lawan dan ia meminta maaf setelah tamat pertandingan, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian.

"Saya meminta maaf kepada para peminat, itu bukan niat saya," katanya, ketika ia meninggalkan stadium sambil dikawal oleh wartawan dan polisi.

Media Colombia bagaimanapun memaklumkan bahawa burung hantu telah diselamatkan oleh staf dan dibawa kepada doktor haiwan. Keadaannya dilaporkan agak serius.

Lelaki Y = Anwar Ibrahim, Sebelah Kaki Anwar Sudah Di Penjara

Posted: 01 Mar 2011 04:50 AM PST

Seorang pegawai Polis telah memberi keterangan bahawa DNA pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim pada barang-barang itu sama dengan DNA air mani pada lelaki yang telah mengaku diliwat oleh Anwar.

Anwar menghadapi hukuman hingga 20 tahun di dalam penjara jika disabitkan bersalah kerana melakukan liwat dengan bekas pembantunya itu. Pihak pendakwaan cuba mengaitkan Anwar dengan DNA yang dijumpai pada pembantunya.


Seorang ahli kimia kerajaan memberi keterangan minggu lalu bahawa sampel mani itu mengandungi profil DNA seorang lelaki yang dikenali sebagai lelaki 'Y'. Beliau berkata DNA lelaki 'Y' juga telah didapati juga pada sebatang berus gigi, tuala dan botol air yang diperolehi oleh polis daripada sel penjara tempat Anwar Ibrahim ditahan pada malam tarikh 16 Julai 2008.


Sumber : AP & Malaysiakini

Rakyat Kena Saman Ekor, Yang Ini Tak Nak Saman Ke?

Posted: 01 Mar 2011 12:39 AM PST

TEMERLOH, 1 Mac -- Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim (depan kanan) yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menunggang motorsikal bersama sekumpulan anggota Pemuda Umno Kerdau ketika menyertai program ziarah penduduk kampung Kuala Kerdau di sini, hari ini.



Program menziarahi penduduk itu adalah bagi mendekatkan anggota Pemuda Umno dengan penduduk kampung. Pada 6 Mac 2011 penduduk DUN Kerdau akan menghadapi pilihanraya kecil berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Sumber : Bernama


Ingat lagi dialog Datuk Nikah Kahwin dalam cerita Musang Berjanggut. "Ini undang-undang Kanda yang bikin, itu semua boleh padam". : Author Faethal

"Logo Olimpik 2012 London Rasis " Iran

Posted: 28 Feb 2011 11:22 PM PST

TEHERAN, Iran - Iran menentang penggunaa logo untuk Sukan Olimpik 2012 London kerana ia adalah rasis kerana menyerupai kata "Zion" dan memberi amaran untuk memboikot sukan itu.

Setiausaha Jeneral Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran berkata Iran telah menghantar surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Jacques Rogge. Surat tersebut mendakwa logo 2012menyerupai perkataan "Zion", salah satu istilah di dalam Injil yang merujuk kepada bandar Jerusalem.



Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Iran, IRNA Isnin, Setiausaha Agung Bahram Afsharzadeh mengatakan bahawa kandungan surat itu adalah  mendesak negara-negara Islam yang lain untuk menentang penggunaan "logo rasis."

"Tidak ada keraguan lagi bahawa kecuaian isu ini daripada pihak anda boleh mempengaruhi penyertaan negara-negara lain dalam sukan ini, khususnya Iran yang sangat komitmen terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip," isi kandungan surat itu.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad telah menyeru untuk menghancurkan Israel dan mempersoalkan kebenaran sejarah Holocaust. Atlet Iran juga menolak untuk bertanding melawan Israel.

Logo London menunjukkan angka "2012" dengan empat nombor bergerigi dan hingga kini banyak dikritik berkaitan rekabentuknya. IOC mengatakan ada menerima surat tersebut dan akan bersama-sama dengan penyelenggara London untuk menolak aduan Iran.

"Tanggapan kami adalah sebagai berikut: London 2012 logo merupakan angka 2012, tidak ada (maksud) yang lain," katanya.

Jawatankuasa London mengatakan rekabentuk ini dilancarkan pada 2007 selepas diuji dan konsultasi.

"Kami terkejut mengapa aduan ini dibuat sekarang," kata panitia.



"Rakyat Libya Mencintai Ku", Muammar Gaddafi

Posted: 28 Feb 2011 05:50 PM PST

Christiane Amanpour menjadi antara yang pertama dari Amerika Syarikat membuat temuramah dengan pemimpin Libya Muammar Gaddafi pada Isnin (28/2/2011).

Amanpour bersama-sama Times of London dan BBC dalam temuramah yang pertama kali diadakan selepas bermulanya pemberontakan di Libya.

Muammar Gaddafi mengatakan kepada BBC beliau amat yakin rakyat Libia masih menyokongnya.

Pemimpin Libia Muammar Gaddafi mengatakan kepada BBC dia dicintai oleh semua rakyatnya dan menyangkal adanya aksi protes di Tripoli.

1.jpg (570×238)

Kolonel Gaddafi mengatakan rakyatnya bersedia mati untuk melindungi dirinya.

Ia tertawa ketika menyangkal dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Libya dan dia merasa dikhianati kepada para pemimpin dunia yang mendesaknya berundur.

Sebelum itu para pemimpin dunia mengecam serangannya terhadap penduduk awam Libya. Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyarankan supaya Kolonel Gaddafi harus "berundur sekarang".

Tiada ulasan: