Selasa, 1 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Siri 02: Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau?

Posted: 01 Mar 2011 02:56 PM PST

by Dr. Dzul

Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunyalah telah menyesal membuat cabaran bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau. Kenyataan tersebut kini ternyata meleset. Sidang Akhbar semalam telah kami mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih belum menjawab apa-apa dakwaan kami.

Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri seumpama tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur yang telah pun diarah bayar oleh mahkamah. Semacam telah jatuh ditimpa tangga kerajaan Adnan Yaakob kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag'n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan.

Sidang ahkbar hari ini kami terus mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Tidak mudah menggula-gula rakyat kini, kecuali pengundi yang tidak terdedah selain dari makulmat media perdana Barisan Nasional.

Kempen kam telah membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara. Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan terdahulu dari PRK ini, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan untuk meyakinkan pengundi di Kerdau supaya menyokong calon mereka.

Buat pengetahuan semua, janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Sesungguhnya bekalan air bersih bukan sahaja tidak ada di kampung orang asli bahkan 10 kampung tradisi di pinggir sungai termasuk Kampung Galok, Galok Kecil, Telok Santong, Desa batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir, Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar. Najib dan Adnan buat apa selama ini. Ingatkan hanya pedalaman Sarawak dan Sabah sahaja yang tidak ada bekalan air bersih! AstaghfirulLah! Ini lah tradisi membela rakyat. Terima Kasih Umno/BN!

Justeru kerana itu, maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa "Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu".

Ya lah, dah tak buat kerja selama hari ini, mestilah segera hendak menangi hati-budi pengundi. Maka berikan sogokan mee-segera. Sampai Qiyamatlah orang Kerdau dan orang Kulau Krau bahkan Pahang di takok ini,kalau bersedia disogok dan dikelabui mata mereka dengan segala 'sogokan' rasuah ini.

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau "You help me, I help you!". Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu.

Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan "Mengakhiri Zaman Miskin". Boleh kah begitu sahaja?

PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1954). Rakyat wajar memilih calon PAS bagi mengejutkan pemimpin Umno/BN dari tidur mereka yang terlalu lama. Mereka akan melutut kepada rakyat sebaik sahaja PAS menang dan rakyat akan terbela. Itu resipi mujarabnya untuk Umno/BN yakni kalahkan mereka!

Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

Adnan masih percaya PAS ketandusan modal untuk berkempen? "Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut: "Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu". Anda silap Adnan! Anda cari nahas sendiri.

80 peratus Melayu bakal dapat tanah di Selangor- Yaakob Sapari

Posted: 01 Mar 2011 01:47 AM PST

SHAH ALAM: Jaminan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 100,000 permohonan tanah akan diselesai dalam masa terdekat menyaksikan 80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Menurutnya, jaminan itu juga mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah kepada rakyat.

"Dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah diberi kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut," tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Yaakob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

"Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan pemerintahan BN dahulu apabila setiap permohonan tanah perlu melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh seseorang Adun.

Sistem itu katanya, menyebabkan berlaku kepincangan kerana permohonan tanah hanya akan diluluskan sekiranya pemohon memiliki 'fahaman politik' yang sama dengan seseorang Adun tersebut.

Tambah Yaakob, kerajaan dahulu juga dilihat gagal menangani masalah tanah dengan baik, malah, bekas Menteri Besar, Dato' Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu di kawasannya sendiri di Sungai Panjang.

PKR juga dakwa BN ciplak Buku Jingga Pakatan raih undi Kerdau, Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 01:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mendakwa pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran "CESS" untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Buku Jingga Pakatan adalah tindakan populis dan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, pihaknya dimaklumkan bahawa Najib telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan semalam oleh Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno dan Menteri Pelajaran di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Menerusi Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari pertama pentadbiran kerajaan persekutuan perikatan itu dalam usaha menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

"Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan," kata Nik Nazmi.

Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula dan telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.

Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada pilihan raya umum 2008 tetapi Felda masih berhutang RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

Nik Nazmi yang Adun Serin Setia, Selangor berkata, Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa Felda Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama penempatan itu.

"Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga," katanya.

Semua aset Hosni Mubarak dirampas

Posted: 28 Feb 2011 09:00 PM PST

KAHERAH - Pihak pendakwa raya Mesir merampas semua aset bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dan keluarganya semalam.

Keluarga bekas pemimpin itu juga dilarang untuk pergi ke luar negara.

Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu selepas para penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah selama 18 hari bagi menuntut peletakan jawatannya.

Beberapa laporan yang tidak disahkan menyatakan bahawa Hosni dan keluarganya mungkin mempunyai aset berjumlah berbilion-bilion dolar.

Pada 20 Februari lalu, peguam negara Mesir sudah membekukan semua aset milik Hosni, isteri, dua anak mereka dan isteri masing-masing.

Mesir kini diperintah sebuah majlis ketenteraan.

Hampir 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah garis kemiskinan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan memperoleh pendapatan di bawah AS$2 sehari (RM6.10).

Hosni didakwa cuba untuk menutup matanya berhubung gejala rasuah yang berlaku dalam kalangan keluarganya.

Beliau memimpin Mesir hampir 29 tahun selepas Anwar Sadat mati ditembak oleh militan Islam. - Agensi

Fatwa Terbaru Dari Sheikh Sembab Di Merlimau

Posted: 28 Feb 2011 08:30 PM PST

Pembangkang suka canang berita buruk, fitnah

MERLIMAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan sikap pemimpin pembangkang yang bukan saja tidak rasional apabila enggan mengiktiraf kejayaan dan pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), malah sering menabur fitnah dan dakyah semata-mata untuk memancing undi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang juga gemar menokok tambah berita semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Katanya, dalam suasana pilihan raya kecil, pihak pembangkang langsung tidak menyentuh inisiatif kerajaan atau usaha kerajaan melonjakkan pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana pendapatan rakyat berlipat kali ganda.

siapa sheikh alim ni?
dari lulusan mana si alim ni dapat ijazah?
sudah beberapa kali sheikh ni berfatwa?
berfatwa sampai muka jadi sembab?
macam ni ke muka sheikh sebenarnya?

Apa Guna Bina Masjid Sampai 100 Juta Harganya Kalau Arahan Allah Tidak Diikut?

Posted: 28 Feb 2011 08:00 PM PST

Masjid Cina mercu keunikan syiar Islam

KUALA LUMPUR: Sebuah masjid Cina dan Kompleks Kebudayaan Islam dengan kos RM100 juta akan dibina di Jalan Davis dekat sini, serta bakal menjadi lambang syiar Islam yang universal dan mercu tanda baru di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata tapak simpanan masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu terletak di tengah kota raya dan lokasinya amat strategik sebagai tarikan utama pelancong.

"Walaupun kebanyakan masjid yang ada di negara kita tidak sehebat seperti di negara lain, saya percaya masjid Cina ini berpotensi besar untuk menarik ramai pelancong terutama yang bukan beragama Islam untuk menziarahi masjid yang mempunyai elemen kesenian unik melalui seni bina Cina.

"Bagi sesetengah umat Islam, daya tarikan ini kelihatan seperti biasa, namun bagi masyarakat lain, ia adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan mengenai Islam dan seni melalui pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada pemenang peraduan mereka bentuk Masjid MACMA dan Kompleks Kebudayaan Islam anjuran persatuan itu di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik; Presiden MACMA, Datuk Dr Mustapha Ma dan Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, C W Boon.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan anugerah khas rekaan terbaik kepada dua syarikat iaitu Zon Design Rekabina Sdn Bhd dan Ang Wen Hsia & Ang Boo Chung. Masing-masing menerima wang tunai RM30,000 dan sijil penghargaan.


kerja habiskan duit rakyat jer manusia ni! sebab tu ramai penyokong umno suka kat dia. siap mimpi peluk2 lagi haha. bik oh bik

Kanak-kanak serigala di Bangkok

Posted: 28 Feb 2011 07:30 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0301/Kosmo/Dunia/du_09.1.jpg

SUPATRA SASUPHAN

BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.

"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.

Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.

Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi

Ronaldo bakal timang anak kedua

Posted: 28 Feb 2011 07:00 PM PST

LONDON - Pemain bola sepak terkenal dari Portugal, Christiano Ronaldo mungkin akan menjadi bapa untuk kali kedua ekoran khabar angin yang menyatakan teman wanitanya, Irina Shayk kini sedang mengandung, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bintang kelab bola sepak Real Madrid berusia 26 tahun itu juga dikatakan sibuk membuat persiapan perkahwinan pada musim panas selepas dia melamar Irina pada Hari Kekasih yang lalu.

Akhbar Correio da Manha melaporkan perut Irina sudah nampak agak besar dan dia dilihat memakai cincin pertunangan.

Walaupun pasangan tersebut tidak merancang untuk mempunyai anak namun berita itu diterima dengan gembira.

Seorang rakan Ronaldo berkata: "Dia suka menjadi bapa." Ibu Ronaldo, Dolores mahu anaknya itu berkahwin di Funchal, di pulau Madeira, Portugal.

Jurucakap Ronaldo bagaimanapun enggan memberi komen terhadap khabar angin tentang perkahwinan dan kehamilan tersebut.

Ronaldo menjalin hubungan dengan Irina sejak 10 bulan lalu.

Anak bintang bola sepak itu, Cristiano Ronaldo Jr. yang dilahirkan menerusi seorang ibu tumpang dijaga oleh Dolares di Portugal.

Identiti ibu tumpang itu tidak pernah diketahui sehingga ke hari ini. - Agensi

AS rayu dunia hukum Gaddafi

Posted: 28 Feb 2011 06:30 PM PST

GENEVA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton merayu masyarakat dunia supaya menghukum pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dan rejimnya kerana kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

Hillary berkata, antara tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Gaddafi ialah membunuh askar-askar yang enggan menembak saudara sebangsa mereka.

Dia membuat rayuan tersebut ketika bercakap dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam.

Tegasnya, Gaddafi perlu meletak jawatan serta-merta tanpa penangguhan atau keganasan lanjut.

Hillary menyatakan demikian selepas menggesa sekutu-sekutu AS di Eropah supaya melaksanakan sekatan keras terhadap pentadbiran Libya.

Gesaan beliau dipersetujui EU yang melaksanakan larangan perjalanan, sekatan senjata dan pembekuan aset ke atas Libya semalam.

Jerman bagaimanapun mengemukakan usul lebih serius dengan mencadangkan sekatan ekonomi 60 hari terhadap rejim Gaddafi.

Sekatan itu bertujuan menghalang Gaddafi daripada menggunakan hasil jualan minyak negara dan pendapatan lain untuk terus menindas rakyatnya. - Agensi

La Gerakan Ada Rupanya Kat Peneng? Macam Ni Punya Nak Tibai LGE? Malu Je Beb!

Posted: 28 Feb 2011 06:15 PM PST

Guan Eng didakwa cuba laga rakyat dengan Pusat

GEORGETOWN: Dakwaan kerajaan Pulau Pinang kononnya ia dipinggirkan daripada arus pembangunan nasional adalah percubaan kerajaan negeri untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap Kerajaan Pusat.

Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering mendakwa Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat adalah taktiknya berpolitik bagi menimbulkan rasa kurang senang rakyat negeri ini.

"Guan Eng sedang cuba mewujudkan konflik antara rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negeri ini diabaikan. Ia adalah taktik politik bagi meraih sokongan orang ramai.

"Hakikatnya, Guan Eng yang kerap menimbulkan masalah apabila Kerajaan Pusat mahu membawa pembangunan ke sini menerusi pelbagai projek seperti monorel, Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan sebagainya," katanya.

Hock Nan yang juga Pengerusi GERAKAN negeri berkata demikian pada sidang media bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, semalam.

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata Guan Eng adalah seorang ketua yang tidak pandai mentadbir dan bertindak menutup kelemahannya dengan membuat dakwaan berkenaan.

"Kegagalan Guan Eng sebagai Ketua Menteri cuba dialihkan daripada perhatian rakyat Pulau Pinang dengan mengeluarkan kenyataan mengkritik Kerajaan Pusat secara berterusan," katanya.

Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Kerajaan Pusat sentiasa membantu negeri ini melalui projek pembangunan yang disalurkan menerusi enam geran yang diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.


kesian kat ko dan gerakan. macam orang dah kena stroke! tunggu masa je

‘Ada niat sebabkan kematian Aminulrasyid’

Posted: 28 Feb 2011 06:00 PM PST

SHAH ALAM: Koperal Jenain Subi yang diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen semalam dikatakan mempunyai niat menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, ketika melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun itu pada April tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian apabila melepaskan tembakan di Jalan Tarian 11/2 ketika kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 yang dipandu Aminulrasyid sudah tidak lagi agresif dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

Katanya, tiada tindakan oleh kereta dipandu Aminulrasyid membahayakan kereta peronda MPV polis yang mengejarnya, apatah lagi kereta itu memasuki kawasan perumahan dan dalam keadaan terhuyung-hayang dengan kelajuan di antara 60 dan 70 kilometer sejam.
"Sebagai anggota polis, wajar untuk tertuduh tahu bila tembakan dilepaskan dan (apabila) terkena pada sasaran, ia boleh menyebabkan kematian. Apatah lagi dalam keadaan kes ini, tembakan dilepaskan oleh senjata sub mesingan.

"Selepas mengambil kira keseluruhan kes dan penilaian maksimum, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap tertuduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan tertuduh diperintah membela diri," katanya.

Latifah turut menetapkan dua hari bermula 14 April depan untuk perbicaraan dan tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Jenain, 48, yang memakai kemeja lengan pendek berwarna merah dan berkopiah kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan, manakala ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, yang duduk di galeri awam dilihat mengesat air mata.
Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, jam

Pak Lah Kena Tipu

Posted: 28 Feb 2011 05:30 PM PST

Bekas menteri tak sangka didakwa

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0301/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg

ABDULLAH dan Kong Choy hadir pada satu sidang akhbar di Putrajaya pada Oktober 2005 ketika mereka masih dalam kerajaan.

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kong Choy, 55, dituduh menipu Abdullah bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006.

Bekas menteri itu didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Kesemua pertuduhan terhadap Kong Choy didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan tersebut.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Kong Choy membayar wang ikat jamin itu. Dia yang ditemani isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan mereka meninggalkan mahkamah pada pukul 4.35 petang.

Calon BN tak tergugat fitnah mengenai kelulusan akademik

Posted: 28 Feb 2011 05:00 PM PST

TEMERLOH: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, memutuskan untuk menunjukkan ijazah bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar miliknya bagi menutup mulut pihak menyebarkan pelbagai fitnah berkaitan kelulusan akademiknya.

Syed Ibrahim berkata, beliau tidak sedikit pun rasa tergugat apabila berita mengenai kelayakan akademiknya dipersoal dan disebarkan pihak berkenaan sebaik pengumuman pemilihannya sebagai calon BN.

Katanya, tindakan menunjukkan kelulusan akademiknya itu kepada umum bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya membuktikan kebenaran selepas pembangkang cuba mempengaruhi orang ramai dengan fitnah tidak berasas itu.

ni lawak betul la. masalahnya yang bangkitkan isu ni mb pahang sendiri. siapa yang fitnah siapa? hahahaha... lawak la ibra ni.

rugi la, kalau tunjuk semua sijil dari sekolah rendah baru gempak bunyinya kan?

Hakim bebas guru dituduh laku seks dengan pelajar

Posted: 28 Feb 2011 04:30 PM PST

PRESTON, Britain - Seorang guru balet, Sarah Pirie, 27 dibebaskan daripada tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya, Reece Washington yang berusia di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarah didakwa menjalin hubungan seks dengan Reece semasa dia berumur 15 tahun.

Dia dibebaskan selepas pihak pendakwa raya di sebuah mahkamah di sini menyatakan tiada bukti munasabah bahawa Sarah melakukan hubungan seks dengan Reece.

Pembebasan tersebut dibuat walaupun terdapat gambar yang menunjukkan guru itu berbaring bersama dengan pelajarnya itu.

Reece yang sebelum ini disifatkan sebagai penari berbakat bertemu Sarah di Akademi Tarian Clifton, Lytham St Annes, Lancashire.

Dia mendakwa gurunya itu mengajaknya menaiki keretanya, meminum alkohol dan menjalin hubungan seks dengannya pada tahun lalu.

Guru itu hanya dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 35 minggu pada bulan lalu selepas dia mengaku menculik Reece.

Kelmarin, pelajar itu mengemukakan perasaan tidak puas hati kerana pihak pendakwa raya mengabaikan gambar yang menunjukkan dia berbaring di atas katil bersama Sarah.

"Apa yang saya mahu ketahui ialah kenapa mereka (pihak pendakwa raya) tidak membenarkan juri melihat gambar itu dan bukti-bukti lain sebelum membatalkan pertuduhan. Saya bersedia memberikan bukti. Namun, saya diberitahu bahawa bukti itu tidak perlu kerana Sarah telah mengaku bersalah. Saya rasa benar-benar kecewa," kata Reece. - Agensi

Kelantan hanya mahu menang

Posted: 28 Feb 2011 04:00 PM PST

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0301/Kosmo/Sukan/su_04.1.jpg

NORSHAHRUL (kanan) akan terus menjadi taruhan Kelantan untuk memusnahkan gawang pasukan Negeri Sembilan malam ini.

KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali perlu mengatasi Negeri Sembilan malam ini jika berhasrat untuk terus menghuni tangga teratas Liga Super ketika tekanan yang diberikan oleh Perak semakin memuncak.

Hakikat tersebut disedari oleh ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu yang mengakui bahawa para pemainnya mula merasai tekanan untuk terus memacu persada liga yang kini terpaksa berkongsi mata dengan Perak.

Namun, Kelantan tetap menera- jui liga dengan kelebihan jaringan.

Menurutnya, biarpun kelebihan dilihat berpihak kepada Kelantan ketika aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, namun aksi menentang Negeri Sembilan yang berjaya mencatat kemenangan Sabtu lalu adalah tugas yang sukar.

"Mereka mempunyai jentera serangan yang cukup efektif dengan kombinasi empat penggempur utama iaitu Zaquan (Adha), Ahmad Fakhri (Shaarani), Hairuddin (Omar) dan Kuna (S. Kunalan) dan saya mahu semua pemain perta- hanan Kelantan bersedia.

"Kita juga sedang mempersiapkan penggempur kita untuk memastikan peluang yang terhidang disudahkan sebaik mungkin.

"Kita tidak boleh leka kerana kita boleh kehilangan mata," kata- nya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau agak terkilan dengan aksi pasukannya ketika menentang Kedah kerana The Red Warriors sepatutnya berjaya mengutip mata penuh, namun ketum- pulan jentera hadapan memusnahkan impian tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, beliau berpuas hati dengan corak permainan pasukannya kerana kerap mengancam Kedah melalui serangan pantas, dan bahagian tengah juga bertindak cemerlang untuk membuka peluang menjaringkan gol tetapi dihampakan penyudah yang lemah.

"Apabila pemain lain sudah bersedia membuat serangan, sepatut- nya pemain penyerang perlu cepat mencari kedudukan yang sesuai dan bijak untuk melakukan penyudah tetapi apabila itu tidak berlaku ia menyebabkan gerakan anda berakhir dengan kekecewaan.

"Bola sepak hari ini menuntut kepantasan dan kebijaksanaan. Anda tidak perlu memegang bola terlalu lama ketika berada di dalam kotak penalti.

"Jika ada peluang seperti itu, pemain perlu bijak menyudahkannya," ujarnya.

Mengulas mengenai kesebelasan yang akan diturunkan menen- tang Negeri Sembilan malam ini, Karathu berkata:

"Kita akan turunkan kesebelasan yang terbaik dan semua pemain saya bebas daripada kecederaan termasuk Zairul Fitree (Ishak) dan S. Chanturu yang sudah pulih daripada kecederaan otot ketika menentang Kedah.

"Ramzul (Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan (Talaha) akan terus mengemudi bahagian hadapan dan kedua-dua pemain ini mempunyai kepantasan untuk merobek gawang Negeri Sembilan."

Tiada ulasan: