Selasa, 8 Mac 2011

Addin

Addin


Be End Di Ramal Hilang Kerusi Di Sarawak

Posted: 08 Mar 2011 06:00 PM PST

Pakar dan penganalisa politik negeri Sarawak, Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin hari ini member analisa awal bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangkakan kekal berkuasa di negeri itu jika diadakan pilihanraya negeri bagi Dewan Negeri Sarawak. Namun begitu, Shaharuddin yakin bahawa jumlah kerusi yang dipunyai oleh BN Sarawak hari ini akan berkurangan.
Beliau menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) mampu merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan negeri Sarawak yang kebanyakannya adalah kerusi-kerusi mempunyai majoriti pengundi Cina dan yang ditandingi oleh parti SUPP bagi pihak BN dan DAP bagi pihak PR. Shaharuddin yang juga pensyarah Sains Politik di UITM berkata demikian semasa membentangkan.kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Daripada 15 kerusi berkenaan adalah kerusi SUPP yang dilihat masih pro-DAP berdasarkan trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu yang dilihat berterusan.

Selain dari itu, BN Sarawak dilihat akan gagal merampas kembali tujuh kerusi yang kini dimiliki oleh DAP dan PKR semasa pilihan raya negeri 2006. Bukan itu sahaja beberapa kerusi lain yang nampak memberikan tentangan hebat antara BN dan PR ialah kerusi-kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam.

Dewan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan BN menguasai 63 kerusi darinya.Setakat hari ini, DAP dilihat mampu terus untuk kekal menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa dan PKR pula terus menduduki kerusi Padungan. Manakala bagi kerusi Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kini telah pun keluar parti itu bagi menyertai ke Parti Cinta Malaysia (PCM).

Menurut Shaharudin lagi, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar atas) mula memberi kesan. Antaranya ialah isu pengganti Taib sendiri yang mungkin memberi padah kepada BN jika tidak dijawab dengan baik.

Malah, semasa PRK Sibu pada tahun lepas, di mata pengundi Cina, Taib dilihat sebagai satu liabiliti dan isu ini akan berterusan di dalam pilihanraya negeri nanti. Mengulas tentang kerusi milik kaum bumiputera Islam dan Melayu pula, Shaharudin tidak menolak tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB boleh tumbang kepada Pakatan. Kerusi-kerusi yang dimaksudkan itu ialah Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.

Ini merujuk kepada keputusan pilihanraya negeri yang lepas apabila kerusi-kerusi berkenaan hanya mencatatkan kemenangan PBB-BN dengan majority yang kurang dari 1,000 undi. Tambah Shaharuddin lagi, isu dinasti Taib yang memerintah lebih 30 tahun telah menjadi duri dalam daging kepada BN.

Beliau juga menunjukkan satu slide yang mempamerkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu yang akan terus dimainkan nanti. Beliau turut menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April./KL-Today

(Video) Dr. Abu Hassan : 'PRK Hanya Pesta Bersifat Tempatan, Be eNd Tidak Usah Berbangga'

Posted: 08 Mar 2011 07:20 AM PST

SHAH ALAM, 8 MAC -  Pensyarah Jabatan Kanan Pengajian Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau hanyalah sebuah 'pesta di peringkat tempatan' yang tidak harus dibanggakan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, pertambahan majoriti untuk kedua-dua kubu kuat BN itu adalah sesuatu yang lazim apabila jumlah pemilih baru yang didaftarkan juga meningkat berbanding 2008. Namun menurut beliau, senario itu sama sekali tidak memberikan petunjuk secara total berhubung trend pengundian rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. 

" Keputusan PRK bukan petunjuk untuk pilihan raya akan datang. Ia hanyalah sebuah pesta demokrasi di peringkat tempatan. Peningkatan undi BN sudah dijangka. Bagaimanapun, peratusan undi hampir sama dengan tahun sebelumnya dan tiada perbezaan ketara. Kemungkinan pengundi tempatan tidak menerima maklumat yang jelas dan bergantung kepada kempen sahaja. Mereka didorong situasi semasa," katanya.

Di DUN Merlimau, calon BN semalam berjaya menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS Yuhaizad Abdullah. Manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat majoriti 2,724 mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim.

" Kalau kita lihat pada 2008 dan kita bandingkan pada hari ini, kita dapati pertambahan pemilih sekitar 1,000 lebih namun kita harus melihat kepada peratusan. Peratusannya hampir sama. Ini bermaksud tidak ada perubahan yang begitu ketara yang membolehkan satu pernyataan dibuat bahawa Barisan Nasional berada di standard yang lebih baik berbanding 2008 kerana pertambahan pemilih itu," katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk menyusun strategi yang lebih mantap dari segi teknikal dan kepimpinan untuk mengimbangi kestabilan kerajaan Umno-BN. Ujarnya, sikap rakyat yang mudah termakan janji-janji politik Umno-BN juga menjadi faktor utama yang mendorong kepada peningkatan undi. 

"Pola kepercayaan politik ini terbahagi kepada tiga iaitu pola kepercayaan politik pendaerahan, yang sudah pasti bergantung kepada situasi semasa, dapat kemudahan baru, didongengkan dengan janji ajaib di masa hadapan. Ini tidak melibatkan kepercayaan di peringkat nasional. PRK bagaikan sebuah pesta sahaja. Siapa yang punyai lagu lebih baik, yang punya material lebih baik maka dia akan menang," katanya.

Namun katanya, kehendak dan keinginan rakyat secara keseluruhannya hanya dapat dilihat pada pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Setakat ini walaupun BN menang di beberapa kawasan pilihanraya kecil yang diadakan kebelakangan ini, namun hakikat, parti itu baru sahaja berjaya menyamakan kedudukannya dengan Pakatan Rakyat yang turut memperoleh 8 kemenangan pada pilihanraya kecil sepanjang 2008-2011./Tvs News

Tiada ulasan: