Muslimeen United |
- Gempa Bumi 8.9 Gegar Jepun, Tsunami 6 Meter
- Mudah lupa jadikan Dr M sebagai ‘a spin doctor’
- Saman Ekor: DAP Cadang Heret Kerajaan Ke Mahkamah
- Bukan Khalid saja yang masih rasa 'jengkel' dengan pelantikan Khusrin
- Polis akui rekod keterangan dari Rosmah, Najib
- 'BN Kedah gila talak'
- Najib Semakin Keterlaluan Seolah Ajak Rakyat Ke Jalanraya
- Pertempuran Sengit Pejuang dan tentera Gaddafi di Ras Lanuf dan Zawiyah
- Menjelag PGU2; Isu-isu besar yang belum terjawab
Gempa Bumi 8.9 Gegar Jepun, Tsunami 6 Meter Posted: 11 Mar 2011 06:01 AM PST
Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8. Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini. Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami. Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki). Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia. Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup. Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami. Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK. Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama. Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai. Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi. |
Mudah lupa jadikan Dr M sebagai ‘a spin doctor’ Posted: 11 Mar 2011 05:59 AM PST KLANG: Segala tohmahan dalam buku terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak perlu dilayan kerana ia penuh putar belit, mengelirukan dan banyak percanggahan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang itu juga menganggap Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, adalah seorang yang mudah lupa. "Sekarang dia 'tet tet tet,' (cakap banyak). Dia pun tak berapa ingat, banyak dia tarak ingat. Sekarang dia ingat pula, esok tanya balik, dia (jawab): 'Saya lupa…'" kata Anwar dengan mengajuk kata-kata Mahathir. Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di Majlis Ceramah Sambutan Tiga Tahun Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Taman Sri Andalas di sini, malam tadi. Pelbagai lapisan kaum hadir mendengar ucapan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat bermula jam 9 malam. Jalan raya sesak dengan kehadiran rakyat manakala banyak khemah makanan dan buku didirikan. Kerajaan Selangor turut membuka gerai mempromosi program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) bertujuan membantu rakyat mengurangkan paras kemiskinan sekali gus membantu rakyat miskin bandar berdikari. Selain Anwar, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Seri Muda, Suhaimi Shafie; Ahli Parlimen Kota Raja, Mariah Mahmud; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Pandamaran, Ronnie Liu turut berucap. Azmin pula ketika menyentuh penerbitan buku itu menggelar memoir berkenaan sepatutnya berjudul 'A Spin Doctor in the House' lantaran kandungannya penuh putar belit, mengelirukan dan bercanggah. - keadilan daily |
Saman Ekor: DAP Cadang Heret Kerajaan Ke Mahkamah Posted: 11 Mar 2011 12:36 AM PST Manjung – DAP Perak akan membawa isu saman ekor ke mahkamah jika gagal diselesaikan selepas tempoh lanjut berakhir semalam. Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau menjuruskan perkara itu kepada kesilapan saman ekor ke atas beberapa individu yang tidak pernah melakukan kesalahan sepertimana notis tawaran kompaun saman ekor. Menurutnya, perkara itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang mengatakan seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah. "Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini. "Ada banyak kes yang diadukan termasuk kepada saya sendiri apabila individu berkenaan jelas tidak melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor," katanya kelmarin. Koo Ham berkata, beliau mendapat aduan dua kes terbaru di mana melibatkan seorang guru apabila tarikh dan masa yang dinyatakan dalam notis berkenaan adalah waktu beliau berada di sekolah dan sedang mengajar. Satu kes lagi, berkenaan kesilapan jenis kenderaan iaitu nombor pendaftaran kenderaan yang di saman didaftarkan ke atas kereta, bukan motosikal sepertimana dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor. "Kita telah menghantar surat kepada polis meminta supaya notis tawaran kompaun saman ekor yang silap dikeluarkan ini dibatalkan, tetapi polis enggan berbuat demikian. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersatu hati menentang sikap kerajaan berhubung isu saman ekor. -SH
|
Bukan Khalid saja yang masih rasa 'jengkel' dengan pelantikan Khusrin Posted: 11 Mar 2011 12:34 AM PST Malaysiakini melaporkan: Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Khalid mengakui bahawa beliau masih berasa jengkel dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri. Kesian jugak aku bila baca berita atas tu. Bersungguh-sungguh Khusrin buat kerja, dah berapa bulan dah, tapi MB boleh kata masih jengkil dengan dia. Tak patut sungguh Khalid ni. Kata tu pulak kepada wartawan, habih bukan setakat satu Selangor tapi satu dunia tau. Tapi, bila fikir balik, memang patut pun Khalid buat macam tu. Sekurang-kurangnya sebagai peringatan kepada Khusrin, jangan sekali-kali lagi jadi 'si anjing Umno' pasai 'boss' dia sekarang adalah MB Selangor dan gerak-geri dia sentiasa diperhatikan. Dalam masa yang sama jugak, Khalid secara tak langsung mengingatkan kepada Umno, yang tindakan depa yang sangat tak bermoral tu tak senang-senang boleh dilupakan. Aku nak cadangkan selepas ni, Exco Selangor yang ramai tu pulak sekali sekala, buat kenyataan macam ni. Tak perlu la buat kenyataan yang sarcastik sangat, cukup sekadar untuk bagi signal yang depa masih tak boleh nak mempercayai Khusrin 100%, depa masih ada prejudis kepada Khusrin. Biar Khusrin sentiasa berasa tak senang duduk, biar dia rasa dia sentiasa diperhatikan. Cenangau Daunkari |
Polis akui rekod keterangan dari Rosmah, Najib Posted: 11 Mar 2011 12:20 AM PST Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu. Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu. Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008? Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang. Karpal: Siapa? Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ... Karpal: Datuk Mumtaz? Jude: Ya. Karpal: Bagaimana dengan Najib? Jude: Ada. Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah? Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa. Karpal: Tadi, awak kata ada! Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008. -M'kini |
Posted: 10 Mar 2011 04:48 PM PST KOTA SARANG SEMUT - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkan segala tohmahan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri sejak pilihan raya umum (PRU) yang lalu sebagai 'gila talak'. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, di sebalik keupayaan Kerajaan Negeri PR memerintah Kedah mengatasi jangkaan UMNO dan BN, barisan pembangkang masih memandang rendah kerajaan pimpinannya dan berlagak seperti pemerintah. Menurutnya, dakwaan Kerajaan Negeri gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu juga tidak benar kerana tindakan penurunan cukai tanah, perbelanjaan wang Kerajaan Negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan UMNO dan BN sebelum ini. "Dulu UMNO dan BN dengan angkuhnya mengatakan PR tidak akan memerintah lebih tiga bulan, tapi sekarang usia Kerajaan Negeri sudah tiga tahun. "Dulu UMNO dan BN kata pertumbuhan ekonomi negara Kedah tidak akan melebihi 2.5 peratus. Namun, pencapaian ekonomi negeri membanggakan dan antara empat negeri terbaik di Malaysia. Sekiranya mereka menilai pencapaian kami hanya 2.5 peratus, saya anggap pencapaian mereka hanya 1.5 peratus semata-mata," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Buku Jingga peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, semalam. Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa; Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik dan barisan Jawatankuasa Pas, PKR dan DAP negeri. Azizan berkata, Kerajaan Pusat juga bersandiwara untuk menunjukkan kononnya mereka bersikap prihatin terhadap rakyat apabila pada mulanya sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir daripada krisis negara itu sebelum ini. Bagaimanapun, mereka bertindak menghantar semula pelajar itu ke Mesir dalam masa sebulan, malah mengecualikan pembiayaan tambang ke atas pelajar yang tinggal di negeri pembangkang. "Bila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak di Mesir, mereka cepat-cepat membawa pulang pelajar kita, kononnya bimbang atas keselamatan mereka. "Bila hendak dihantar pulang semula, mereka serahkan beban itu kepada kita. Tapi tidak mengapa, Kerajaan Negeri tidak ada masalah menanggung pembiayaan tambang penerbangan pulang ke Mesir berserta wang poket RM500 kerana wang sebanyak RM2.5 juta yang digunakan adalah wang rakyat," katanya. Azizan berkata, UMNO dan BN turut disifatkannya lebih teruk daripada Jepun kerana mengkritik apa jua pelaksanaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat secara konsisten tanpa memikirkan kerelevanan tindakan itu. "Sebelum ini, bila tarif air dinaikkan 10 sen, banyak orang termasuk pemimpin UMNO dan BN yang beria-ria mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Wisma Darulaman, kononnya Kerajaan Negeri berlaku zalim. "Kini mereka mula protes tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bayaran bil walaupun Pos Malaysia bertindak menaikkan upah perkhidmatan daripada 70 sen kepada 90 sen bermula bulan ini. "Atas dasar keprihatinan tidak mahu membebankan rakyat, kami menghentikan khidmat Pos Malaysia. Saya hendak tanya, adakah UMNO dan BN ada kepentingan dengan Pos Malaysia sehingga beria-ria menghentam Kerajaan Negeri?" katanya. Ditanya dakwaan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cukai pintu di pekan kecil setiap daerah dalam masa terdekat, Azizan menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat. |
Najib Semakin Keterlaluan Seolah Ajak Rakyat Ke Jalanraya Posted: 10 Mar 2011 02:21 PM PST Pilihanraya: Najib keterlaluan, seolah ajak rakyat ke jalan raya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya. Sehubungan itu, Badan Bertindak Demokrasi PAS dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II menuntut pihak pemerintah supaya mengadakan pilihanraya yang adil di negara ini. Pengerusi Badan Bertindak Demokrasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, Perdana Menteri perlu menilai kembali segala tindakan yang telah dilakukannya dalam perjalanan pilihanraya di negara ini agak benar-benar berada pada landasan demokrasi. Menurut beliau, tujuan tuntutan pilihanraya yang adil dibuat supaya setiap keputusan pilihanraya akan dapat diterima oleh seluruh rakyat negara ini. Katanya, namun keadaan hari ini berada di sebaliknya. Setiap keputusan pilihan raya amat meragukan semua pihak terutama pembangkang kerana ia dijalankan tanpa keadilan. "Pihak Umno BN yang memerintah bukan sahaja mempergunakan segala jentera kerajaan dengan sewenang-wenengnya, tetapi juga turut mengawal dan memaksa SPR supaya memihak kepada Umno BN dalam pelbagai aspek," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Disebabkan keadaan itu, menurut beliau, hak-hak pihak pembangkang dinafikan sama sekali oleh pihak pemerintah dalam perjalanan pilihanraya di negara ini sama ada pada pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil. "Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN. "Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Menyentuh tentang perjalanan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi yang turut memperlihatkan beberapa peraturan baru diperkenalkan SPR, beliau mengatakan kesemua itu jelas menunjukkan sikap SPR yang tidak profesional dan adil dalam melaksanakan perjalanan pilihanraya di negara ini. Menerusi peraturan baru itu, SPR akan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja. Antara alasan yang diberikan pula termasuklah disebabkan kebimbangan SPR dengan kemungkinan tindakan provokasi oleh pihak pembangkang yang jelas tidak masuk akal. "Dalam kita menuntut supaya tempoh kempen dipanjangkan kepada 3 minggu, SPR pula membuat peraturan baru seperti itu. Ini jelas memperlihatkan sikap perlawanan SPR dengan pembangkang, pada hal tuntutan kita itu adalah untuk keadilan dalam pilihanraya. "Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula. "Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan," katanya. Dengan itu juga, tegasnya, bagaimana rakyat boleh bertahan yang tentunya akan memaksa rakyat berpilihanraya ke jalan-jalan raya nanti seperti yang telah berlaku di Mesir dan Libya. Turut hadir pada sidang media itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Syed Azman Syed Mohd Nawawi dan calon PAS Dun Merlimau yang baru lalu, Yuhaizad Abdullah. -HD |
Pertempuran Sengit Pejuang dan tentera Gaddafi di Ras Lanuf dan Zawiyah Posted: 10 Mar 2011 02:20 PM PST Shrapnels fly through the air as a tank shell explodes near Libyan rebel fighters defending their last position against Moamer Kadhafi's loyalist forces at the north-central key Libyan oil town of Ras Lanuf on March 10, 2011. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Rebel fighters advance on the frontline as rebel Katusha rockets fly overhead towards government positions on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government forces loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. Rockets are fired from rebels positions in Sidra, 10 kilometres (six miles) further west of Ras Lanuf, on March 10, 2011, as fighting in eastern Libya has killed at least 400 people and wounded 2,000 since February 17, medics there said. Rockets are fired from rebels positions in Sidra, 10 kilometres (six miles) further west of Ras Lanuf, on March 10, 2011, as fighting in eastern Libya has killed at least 400 people and wounded 2,000 since February 17, medics there said. Libyan fighters launch a rocket towards a position held by forces loyal to leader Colonel Gaddafi outside the town of Ras Lanuf. Opposition forces are relying on rocket and grenade launchers and anti-aircraft guns welded to pick-up trucks against Gaddafi's tanks and aircraft. A Libyan rebel fighter run for cover as shells explode nearby during a battle with forces loyal to leader Moamer Kadhafi, just few kilometers outside the oil town of Ras Lanuf on March 9, 2011. Libyan fighters run for cover as shells explode nearby during clashes with forces loyal to Colonel Gaddafi, outside the oil town of Ras Lanuf. Although the town is still in rebel hands, it is coming under bombardment from the air, and an important oil facility was hit yesterday. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Libyan rebels fire Katusha rockets at government troops on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi westward towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Libyan rebels pause to pray before a battle with government troops on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: A Libyan rebel soldier is carried into a hospital after being injured while fighting government troops on the frontline on March 9, 2011 in Ras Lanuf, Libya. The rebels battled government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi, pushing them back towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Libyan rebels advance during a battle with government troops as a facility burns on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: A rebel fighter carries of load of rocket propelled grenades while advancing on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government forces loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Wounded Libyan rebel soldiers are brought to a hospital after being injured fighting government troops on the frontline on March 9, 2011 in Ras Lanuf, Libya. The rebels battled government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi, pushing them back towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: Libyan rebels take cover while battling government troops on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels repulsed a government offensive on Ras Lanuf and pushed back troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. RAS LANUF, LIBYA – MARCH 09: A Libyan rebel fires on a government jet as a natural gas facility burns on the frontline on March 9, 2011 near Ras Lanuf, Libya. The rebels pushed back government troops loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi towards Ben Jawat. Libyan rebel fighters run for cover as shells explode nearby during a battle with forces loyal to leader Moamer Kadhafi, just few kilometers outside the oil town of Ras Lanuf on March 10, 2011. The battle of Ras Lanuf…Libya oil town under fresh airstrikesLibyan ruler Muammar Gaddafi's forces have launched fresh airstrikes on Libya's oil town of Ras Lanuf, hitting a building packed with medics in the center of the port city. Two shells hit the center of Ras Lanuf on Thursday. A building packed with medics was hit in the attack, AFP reported. Fighter jets appeared to target positions held by the opposition forces in the desert east of the city. Fierce fighting continues in Libyan town of Zawiyah as forces loyal to the regime launch air and ground assaults on opposition forces. This comes a day after warplanes struck Ras Lanuf and another oil port near As Sidra. It is yet unclear whether there have been any casualties or damage. According to medics, at least 400 have been killed and over 2,000 others injured in eastern Libya since February 17, 2011. Revolutionary forces are in control of several cities across the country, including Benghazi, Ajdabiyah, Brega, Ras Lanuf and Misratah. -PressTV |
Menjelag PGU2; Isu-isu besar yang belum terjawab Posted: 10 Mar 2011 02:18 PM PST - Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan