Kerabu Bersuara ® |
- Isu agama, tanah tak selesai selagi Umno berkuasa – Anwar
- Hot! Ku Li calls Dr M a ‘political liar’
- Gempa bumi Jepun: 59 maut, tsunami 10m dan loji gas bakar
- ‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya
- Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian
- Gempa Terburuk Dalam 140 Tahun Di Jepun
- Jangan cakap besar, kata Awang Tengah kepada Anwar
- Gempa bumi 8.9 gegar Jepun, timur laut dilanda tsunami 6 meter
- Istiqamah dalam perjuangan
- Fitnah II: Jude Pereira sahkan penglibatan Najib
- Alamat di Sabak Bernam, mengundi di Sepang?
- Kronologi: Pegawai penyiasat beri keterangan
- Bekas PM Britain sokong kempen anti-Taib
- Pendakwa mahu mahkamah paksa Anwar bekal sampel DNA
- Apa Motif Saiful Jumpa Rosmah Untuk Mengaku Di Liwat?
- Jet Libya bedil bandar minyak
- Penghargaan buat muslimat
- Libya: Mapim kesal Malaysia masih berdiam diri
- Himpunan Bersih 2 awal Jun jika tiada jaminan pilihan raya bersih
Isu agama, tanah tak selesai selagi Umno berkuasa – Anwar Posted: 11 Mar 2011 02:37 PM PST KOTA KINABALU: Selagi Umno Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa, jangan harap isu agama dan tanah adat di Sabah dapat diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu berkata isu tanah adat tidak pernah selesai sepanjang pentadbiran kerajaan Umno BN, seolah-olah negara masih diperintah penjajah. "Di Malaysia, bicara soal tanah macam berada bawah penjajah. Yang nak rebut tanah ini, apa dia? Kita ini diperintah oleh siapa? Yang susah sangat, yang kita minta ini, tanah orangkah? Kita mintak tanah kerajaan? Tidak. "Kita hanya nak pertahan hak kita dan tanah kita. Itu pun bergelut setengah mati," katanya pada ceramah perdana di Karamunsing di sini, malam tadi, sempena program forum Tanah Adat: Isu, Polisi dan Cabaran di Sabah. Program lawatan itu juga bersempena Konvensyen Sabah hari ini. Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh, Ahli Majlis Presiden Sabah dan pimpinan KEADILAN negeri. Anwar menerima sembilan memorandum daripada wakil-wakil orang Asal dari seluruh Sabah. Dalam majlis itu, Anwar turut menerima sembilan memorandum daripada wakil-wakil orang Asal dari seluruh Sabah. "Soal tanah tak boleh diselesai oleh satu kaum. Soal pentadbiran bersih tak boleh dijamin oleh satu kaum," kata Anwar lagi, merujuk kepada Umno yang kerap memainkan sentimen Melayu bagi meraih sokongan politik. Dalam pada itu, Anwar berkata, Umno kerap menggunakan sentimen keagamaan apabila mencetuskan isu penggunaan nama Allah dan terbaru, pengharaman kitab Injil yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Justeru, beliau mengingatkan semua kaum di Sabah supaya bersatu dan tidak terpedaya dengan strategi Umno yang sentiasa mewujudkan sengketa dan syak wasangka antara satu sama lain. Beliau juga meminta rakyat beragama Islam berhati-hati dalam menangani isu penggunaan nama Allah, malah turut mengulangi fatwa ulama terkenal dunia, Dr Sheikh Yusuf Al Qaradawi. "Saya jumpa dia (Qaradawi) di Qatar. Saya tanya dia, dia jawab, apa masalahnya? Dia hairan. Dia jawab, Muhammad itu rasul kita, bapanya nama Abdullah, Muhammad menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Maknanya, 70 tahun, 80 tahun sebelum itu, orang Arab sebelum Islam sudah mengguna nama Allah. Macam mana kita nak sekat? "Saya nak sebut isu nama Allah ini supaya clear. Mengapa kita pertikai yang Umno dan BN tak dapat selesai. Jangan nak selesai soal besar lain, soal ini pun dia tak dapat selesai. "Isu agama, kamu (Umno BN) tak boleh selesai, Kamu ingat isu tanah boleh selesai? Justeru, kawan-kawan kena fikir, nombor satu – tukar Umno BN," kata Anwar. |
Hot! Ku Li calls Dr M a ‘political liar’ Posted: 11 Mar 2011 07:35 AM PST By Leslie Lau Executive Editor KUALA LUMPUR, March 11 — Tengku Razaleigh Hamzah said tonight that as Allah was his witness, he had never engaged in vote buying as alleged by Tun Dr Mahathir Mohamad in the latter's autobiography out earlier this week. The veteran Umno leader also accused his old foe Dr Mahathir of engaging in "political lying" in his recollection of what transpired during the contentious 1987 party polls. "I never steal. I never cheat," he said in Ipoh tonight when launching an unrelated book. "Again, I am accused of bringing the party to court. I am also alleged to be involved in money politics during the 1987 party contest. I do not have that sort of money. I have no cronies. In fact, I am against money politics. As Allah is my witness, I have not done all those things. Yet I have always been returned every time I stood in Gua Musang." Dr Mahathir had written in his book that Tengku Razaleigh would have become prime minister if he was more patient. The former prime minister also accused the Team B faction led by the Kelantan prince of a dirty campaign to unseat him as president in the fractious Umno elections of 1987, resulting in the High Court declaring Umno illegal. "Had Tengku Razaleigh been more patient, he would probably have taken Tun Musa (Hitam)'s place as deputy prime minister and eventually become prime minister," Dr Mahathir wrote in his book titled "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad". Malaysia's longest-serving prime minister claimed in the book that Tengku Razaleigh's Team B had resorted to money politics in the campaign. "We also heard that Team B spent about RM20 million on their campaign, with most of the money provided by Tengku Razaleigh himself," he wrote. "Voting had to be halted halfway for members to attend Friday congregational prayers, but Team B supporters used the interval to campaign. They were seen following targeted delegates to their hotels, even into the toilet, and I was told that a lot of money changed hands," he said of the party polls that took place on April 24, 1987. "They also circulated a photograph of me with a Chinese lady who they alleged was my Singaporean wife. In fact, she was the wife of an old university classmate, and the picture had been taken at their daughter's wedding," he added. Responding tonight, Tengku Razaleigh also mocked Dr Mahathir's book, calling it comedic. "Political lying comes through the media and sometimes by writing so-called books of memoirs. One book was recently launched under a pseudo title called 'Doctor in The House'. "I say 'pseudo' because it is a copycat title of a famous British comedy film of the 1950s based on a novel by Richard Gordon. Perhaps it was deliberate, as it does reflect some comedianship, apart from political lying. The 'Doctor in The House' makes allegations against me which are not new," said Tengku Razaleigh. In the aftermath of the 1987 Umno elections, Tengku Razaleigh was not willing to accept defeat and challenged the results in court on the grounds that 53 Umno branches were not properly registered. High Court judge Tan Sri Harun Hashim eventually dismissed the suit but ruled that the existence of unregistered branches meant that Umno itself was an illegal party. In 1988, Dr Mahathir registered a new party, Umno Baru, that exists up to now, although it is now simply known as Umno. |
Gempa bumi Jepun: 59 maut, tsunami 10m dan loji gas bakar Posted: 11 Mar 2011 06:00 AM PST Tsunami melanda kawasan bandar pelabuhan Kamaishi di Japan hari ini. — Foto Reuters TOKYO, 11 Mac — Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 59 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan "kemusnahan besar" di bahagian timur laut Jepun. Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami. "Saya amat takut dan saya masih bimbang," kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini. "Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini," kata beliau. Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar. Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan. Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu. Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. Gempa bumi pada skala 8.9 ini turut menyebabkan kematiandi Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik. Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia. Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru. Beberapa gegaran susulan juga dialami di Jepun. Tsunami yang disaksikan hari ini adalah paling buruk selepas Disember 2004. Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam. Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup. "(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung," kata broker kapal. "Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan," katanya lagi. Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula. Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga. "Saya amat takut dan saya masih bimbang," kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini. "Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini," kata beliau. Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar. Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan. Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu. Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. — Reuters |
‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya Posted: 11 Mar 2011 05:30 AM PST KUALA LUMPUR: Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak. "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini. Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian. Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol. Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah. Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka. Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah. "Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara. Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan. |
Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian Posted: 11 Mar 2011 05:18 AM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 11 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah berat dan ia perlu dibuktikan bagi mengelakkan kekeliruan. Menurut Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia itu amat berat dan ia perlu dibuktikan bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam. "Abim memandang berat kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tiada pengharaman dibuat ke atas kitab Injil dalam bahasa Malaysia, kita juga memandang serius kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia yang turut mendakwa Perdana Menteri telah menjanjikan pengedaran kitab-kitab tersebut di Sabah dan Sarawak secara bebas. "Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi di negara ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara, dalam konteks ini, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia dalam negara ini sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan. Justeru, Mohamad Raimi berkata pihaknya menuntut penjelasan Najib dalam perkara itu. "Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia ini amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan. "Dalam hal ini, Abim menuntut penjelasan terbuka Perdana Menteri mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yang ingin dijayakan kerajaan selama ini," katanya. Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysian Biskop Ng Moon Hing berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak. Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu "Alkitab" sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang. Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat. Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka. Menurut Mohd Raimi, pihaknya berpendapat kebebasan beragama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara. "Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati. "Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara merupakan teras keharmonian serta kestabilan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya. Tambah beliau, sebarang kekeliruan serta percanggahan yang wujud harus diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama. "Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melangkaui mana-mana autoriti dalam negara dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing terutamanya dalam isu-isu yang sensitif sebegini," katanya. |
Gempa Terburuk Dalam 140 Tahun Di Jepun Posted: 11 Mar 2011 04:00 AM PST 22 maut gempa bumi, tsunami landa Jepun TOKYO, 11 Mac — Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun, yang melanda timur laut Jepun tengah hari tadi (waktu Malaysia), meragut 22 nyawa setakat dan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri. Gempa bumi pada skala 8.9 ini menyebabkan seorang terbunuh di Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik. Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia. Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru. Gegaran susulan juga dialami. Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam. Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup. "(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung," kata broker kapal. "Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan," katanya lagi. Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula. Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga. — Reuters |
Jangan cakap besar, kata Awang Tengah kepada Anwar Posted: 11 Mar 2011 03:30 AM PST SARIKEI, 11 Mac — Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang. Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah berkata ''impian September 16, 2008'' Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal. "Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang," katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat sini hari ini. Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu. Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah. — Bernama |
Gempa bumi 8.9 gegar Jepun, timur laut dilanda tsunami 6 meter Posted: 11 Mar 2011 03:00 AM PST TOKYO, 11 Mac — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8. Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini. Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami. Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki). Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia. Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup. Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami. Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK. Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama. Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai. Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi. |
Posted: 11 Mar 2011 02:30 AM PST Oleh Abu Firdaus Saya kenal seorang penyokong PAS. Kita panggil dia Ahmad, tetapi ini bukan nama sebenarnya. Ini kisah sebahagian daripada hidupnya. Menurutnya dia mula mengetahui mengenai PAS ketika dia masih bersekolah menengah rendah pada tahun 70-an. Tetapi masa itu PAS berada dalam Barisan Nasional. Ketika itu Yang Dipertua PAS, Datuk Asri Muda adalah Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, yang maknanya turut menjaga hal;-hal berkaitan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) yang sekarang dienali sebagai Felda Oleh kerana Ahmad tinggal di Johor, maka sudah tentu kampungnya adalah pendokong kuat Umno. Semua sanak saudaranya terdiri daripada ahli-ahli UMNO belaka. Mereka tidak kenal parti politik lain. Dalam kampung itu hanya ada Umno dan MCA. Dulu kapal layar, dan kemudian menjadi dacing. Perikatan dan Barisan Nasional sentiasa menang di kampungnya. Sebagai pelajar sekolah, ia berminat juga untuk mengetahui mengenai politik. Tentang negara dan bangsa. Baginya hanya Umno parti untuk orang Melayu. Ahmad berasa pelik bagaimana ada orang Melayu yang menyokong parti lain selain daripada Umno. Mengapa perlu ada PAS kalau Umno sudah cukup mampu mewakili orang Melayu. Namun begitu pertama kali dia dengar ucapan Datuk Asri sebagai menteri melalui radio, dia berasa tertarik. Sedap juga ucapan Datuk Asri, dengan menggunakan bahasa seperti Bahasa Indonesia. Mungkin kerana Datuk Asri dibesarkan ketika pejuang-pejuang kemerdekaan tanah Melayu terpengaruh dengan cara pidato nasionalis Indonesia seperti Sukarno. Baginya, pidato Datuk Asri nampak lebih hebat daripada mentyeri-menteri lain termasuk Perdana Menteri sendiri, iaitu Tun Razak yang lebih bersahaja. Kemudian beliau berasa ada perubahan berlaku pada kerajaan sejak PAS menyertai Barisan Nasional. Dia tidak ingat dari siapa sumbernya tetapi dia tahu terdapat dua perkembangan yang merupakan hasil daripada cadangan PAS. Pertama, ialah RTM melalui radio dan televisyen menyiarkan laungan azan setiap kali masuk waktu solat. Kedua, perubahan lambang palang merah di klinik dan hospital daripada palang merah kepada bulan sabit merah. Selain itu, Persatuan Palang Merah Malaysia juga bertukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah. Satu lagi, ada orang kata Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juga atas cadangan daripada PAS. Malah PAS melantik seorang ulama muda, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ahli lembaga pengarah YADIM. Ketika PAS dalam BN, cawangan-cawangan PAS baru ditubuhkan di merata tempat yang sebelum ini sukar untuk parti itu masuk, termasuklah di Felda. Begituilah ada orang beritahu Ahmad. Maka dalam perarakan Hari Kabangsaan pada tahun 1974 di bandar tempat kampungnya berada, buat pertama kali Ahmad melihat orang-orang PAS. Dalam perarakan itu, parti-parti komponen BN telah menyediakan kontinjennya. Maka nampaklah sepasukan orang PAS turut berbaris. Para Muslimat PAS memakai tudung ikat putih dan baju kurung putih serta kain hijau. Pada zaman itu, wanita UMNO tidak bertudung. Ahmad melihat orang PAS ini memagang ebndera mereka, merah putih dengan bulatan hijau di penjurunya. Ketika berbaris, mereka turut menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sama dengan ahli-ahli komponen BN yang lain. Apa bezanya PAS dengan Umno? Fakir Ahmad. Beliau belum terdetak untuk menyokong PAS. Cuma dengan kehadiran PAS, orang Melayu mempunyai alternatif untuk memilih parti lain. Makannya jika berasakan tidak selesa dengan Umno, maka untuk aktif politik, sertai saja Pas. Bagaimanapun, kawan-kawannya kata Pas ini parti pantai timur. Satu hari Ahmad membaca buku bertajuk Di Mana Letaknya Negara Islam? Karya H Hasjmy, seorang ulama Aceh. Buku itu menyentap fikirannya dengan kesedaran bahaw di dunia hari ini, iaitu pada 70-an, tidak ada satupun negara yang boleh dianggap negara Islam. Beliau diberitahu bahawa Arab Saudi melaksanakan hukum potong tangan dan pancung. Tetapi hatinya tidak dapat menerimanya kerana bukanlah itu menjadi ukuran negara Islam. Pelaksanaan syariah da;lam erti kata mewujudkan sebuah negara kebajikan, berilmu dan bermaruah, barulah dikatakan sebagai negara Islam. Jika sistem bernegara mengamalkan diskriminasi dan dikuasi elit, maka adakah ia boleh dinamakan negara Islam. Ini menjadi perbahasan dalam benaknya. Semasa dia menjadi seorang pelajar di universiti pada tahun 80-an, timbullah apa yang disebut sebagai gerakan dakwah. Persatuan Mahasiswa universitinya dikuasai oleh Persatuan Mahasiwa Islam yang didapatinya mempunyai hubungan rapat dengan ABIM yang ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Pada satu hari PMI menganjurkan ceramah oleh seorang pemimpin PAS, Nakhaie Ahmad yang ketika itu ahli parlimen Baling. Inilah kali pertama Ahmad menghadiri ceramah politik, dan pertama kali melihat seorang pemimpin PAS. Setelah ceramahnya itu, seorang pemimpin PMI menghulur dua buku kecil. Pertama, manifesto PAS. Kedua, ucapan dasar Datuk Asri. Pada masa itu PAS sudah terkeluar daripada BN dan menjadi pembangkang. Ahmad menyatakan bahawa beliau berasa agak takut menerima risalah-risalah itu kerana ia bersifat pembangkang. Walaupun ia tertarik dengan PAS tetapi hatinya masih belum terbuka lagi untuk menyertai parti itu. Setahun kemudian barulah Ahmad terbuka hati untuk menyokong PAS. Ketika itu, Datuk Asri pun sudah keluar parti. Empat tahun kemudian barulah dia menjadi ahli parti. Namun begitu, walaupun Ahmad pernah mencuba menjadi aktivis parti, dengan menyertai cawangan tetapi ia dapati kesanggupannya hanya setakat menjadi ahli dan penyokong. Hingga ke hari ini, beliau masih menyokong dan mengundi PAS. Di kampungnya kini sudah pun wujud cawangan PAS. Sementara calon PAS juga pernah bertanding di kawasannya. Ahmad tahu banyak kawan-kawannya yang telah meninggalkan perjuangan parti, sama ada sudah tidak menyokong atau menyeberang ke Umno. Tetapi baginya, dia tetap bersama dengan PAS dan istiqamahnya tidak tergugat seinci pun |
Fitnah II: Jude Pereira sahkan penglibatan Najib Posted: 11 Mar 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini digemparkan dengan pengakuan pegawai penyiasat Fitnah II, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku. Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes Fitnah II yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas. "Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara," kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful. Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur. Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam kes Fitnah II ini. Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor. Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan Fitnah II hari ini. "Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?" tanya Karpal. "Saya ada bertemu beberapa orang," jawab Jude teragak-agak. "Siapa?" tanya Karpal lagi. "Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…" "Datuk Mumtaz?" potong Karpal. "Ya," jawab Jude. "Ada jumpa Najib?" tanya Karpal lagi. "Ya," jawab Jude. "Ada rakam kenyataan Rosmah?" tanya Karpal. "Ada ..tetapi saya perlu periksa," jawab Jude. "Tadi awak cakap 'ya'.." tekan Karpal. "Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah," jawab Jude. Superintendan Jude Pereira, selaku pegawai penyiasat kes ini adalah saksi pendakwa terakhir dalam kes Fitnah II. Beliau merupakan salah seorang daripada 24 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa bagi membantu kes mereka. Tidak ubah seperti tahun 1998, kes Fitnah II ini adalah satu lagi cubaan mensabitkan Anwar dengan dakwaan liwat. Anwar dituduh liwat sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima kerusi pada pilihan raya umum 2008. |
Alamat di Sabak Bernam, mengundi di Sepang? Posted: 11 Mar 2011 01:30 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 1,088 pengundi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat di Sabak Bernam dipindahkan secara senyap-senyap ke tempat lain termasuk kawasan sejauh Sepang, kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Bahrom. Beliau berkata, perbuatan sedemikian dikesan sejak Januari lalu dipercayai sebagai sebahagian strategi politik jahat Umno Barisan Nasional (BN) dengan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, beliau sudah tiga kali menemui SPR mengadu hal berkenaan tapi tiada alasan kukuh diberi, apatah lagi tindakan dilakukan bagi membetulkan semula keadaan. "Walaupun 1,088 pengundi Sabak Bernam dipindahkan ke kawasan lain, kita dapati jumlah pengundi tidak berkurangan kerana pengundi di kalangan pro-Pakatan dari kawasan lain pula dipindahkan ke Sabak Bernam. "Ini bertujuan untuk menyusahkan pengundi yang sokong Pakatan. Kalau 1,000 penyokong Pakatan menetap di Sabak Bernam tetapi diarah mengundi di Sepang, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mengundi kerana tempat mengundi terlalu jauh. "Ini akan menjejaskan undi untuk Pakatan. Ini permainan Umno BN untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bantuan SPR. Namun, perbuatan ini tak ubah seperti memperbodoh-bodohkan pengundi," katanya kepada KeadilanDaily. Sehubungan itu, beliau meminta semua pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya membuat semakan kawasan mengundi dan membuat bantahan jika mereka ditukar kawasan mengundi tanpa alasan munasabah. "Ini penting bagi mengelakkan suasana kelam kabut pada hari pengundian," katanya. |
Kronologi: Pegawai penyiasat beri keterangan Posted: 11 Mar 2011 01:00 AM PST KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II hari ini diteruskan dengan pegawai penyiasat Superintendan Jude Blacious Pereira memberi keterangan dengan disoal kedua-dua pihak, pendakwa dan peguam bela. 9.09am: Mahkamah mula bersidang. 9.11am: Pegawai penyiasat Superintendan Jude Blacious Pereira disoal balas DPP Yusoff. Menurut Jude, beliau meminta Anwar menyerah diri pada 16 Julai 2008 dan ia dilakukan menerusi satu surat yang difaks kepada Sankara. Surat itu difaks ke pejabat Sankara pada 15 Julai 2008 pada jam 1.05pm. Surat difaks itu dijadikan bukti di mahkamah. 9.18am: Jude berkata beliau merupakan pegawai penyiasat selama hampir 20 tahun sebelum berada di Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan. Beliau pernah memberi keterangan dalam satu siasatan Suhakam sebelum ini. 9.20am: Menurutnya, dia merupakan pegawai yang bertanggungjawab menghalang lima peguam yang ditahan kerana mengadakan 'candle light vigil' di luar balai polis. Beliau memberi keterangan tersebut pada siasatan Suhakam tahun lepas. 9.22am: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah tiba di galeri awam. 9.23am: Jude berkata dalam siasatan tersebut keterangannya tidak diterima kerana terdapat 'sedikit percanggahan'. Karpal: 'Sedikit percanggahan'? Saya tidak mahu mengugut awak tetapi adakah ia percanggahan serius? Pereira: Ya. Karpal: Jangan menipu apabila sudah mengangkat sumpah sebagai saksi. 9.26am: Karpal bertanya apakah dapatan daripada siasatan tersebut. Hakim Zabidin mencelah. Beliau mahu tahu kerelevanan soalan itu. Karpal berkata ia penting untuk membuktikan kewibawaan saksi. 9.28am: Karpal meminta Jude membaca hasil siasatan tersebut. Pereira: DSP Jude Pereira dalam siasatan tersebut memberikan keterangan yang tidak boleh diterima sebagai benar dan beliau mengalami 'langkauan ingatan'. Karpal mahu laporan Suhakam itu ditanda sebagai bukti di mahkamah. Yusof membantah. Laporan itu ditanda sebagai ID. 9.32am: Jude mengaku tiada waran tangkap diberikan kepada Anwar sewaktu beliau ditahan. Walaupun begitu, waran tangkap tersebut ada, kata Jude. 9.36am: Karpal bertanya jika Jude tahu peraturan yang tidak membenarkan saksi disoalsiasat selepas jam 6 petang. 9.39am: Karpal bertanya kepada Jude jika beliau tahu bahawa orang yang ditahan tak boleh disoalsiasat antara jam enam petang sehingga enam pagi kerana ia merupakan masa rehat mereka. Jude berkata, beliau faham. Karpal bertanya mengapa Anwar tidak dibiarkan berehat dalam lokap seperti ditetapkan peraturan lokap. Jude berkata ia kerana pada masa itu Anwar masih belum lagi dilokap. 9.47am: Jude menafikan kenyataan Karpal yang beliau tidak mematuhi peraturan lokap. Menurutnya, beliau pernah cuba memberi notis kepada Anwar pada 12 Julai namun gagal berbuat demikian. Menurut Jude lagi, peguam Anwar memberitahu Anwar tidak dapat memberi keterangan kerana pada 15 Julai kerana beliau berada di Pulau Pinang. 9.52am: Karpal bertanyakan asas penahanan Anwar pada 17 Julai kerana Sankara sudah pun memberi jaminan Anwar akan hadir memberi keterangan. Jude berkata adalah lebih baik untuk beliau memohon waran tangkap sehari sebelum tangkapan dibuat. |
Bekas PM Britain sokong kempen anti-Taib Posted: 11 Mar 2011 12:15 AM PST Oleh Shanon Teoh KUALA LUMPUR, 11 Mac — Bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Menulis dalam akhbar The Independent semalam, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita." Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah. Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. "Dia sibuk membesarkan keluarganya, dan tidak memburu pendedahan besar selanjutnya. Tetapi, apabila dia menyelidik komuniti di mana dia dibesarkan, dia terkejut apabila mengetahui jenayah alam sekitar paling besar dalam era kita," kata Brown. Katanya, adik iparnya diganggu setiap kali melawat Malaysia dan dimaklumkan bahawa dia disenaraihitamkan. "Dia juga ada menerima ugutan bunuh," tulis Brown. Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai. "Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya. Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan. Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Taib. Akhir bulan lalu, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak beroperasi dari Melaka, bukannya di London, sebagaimana disangkakan. "Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai," kata beliau. Laporan London Evening Standard beberapa hari sebelum itu menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London. Akhbar tabloid itu mendedahkan, Rewcastle juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari. Menurut akhbar itu, Rewcastle dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini. Rewcastle, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas." Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km. Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun. Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya. |
Pendakwa mahu mahkamah paksa Anwar bekal sampel DNA Posted: 10 Mar 2011 11:52 PM PST Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, 11 Mac — Mahkamah Tinggi diminta memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyediakan sampel DNA bagi membantu perbicaraan kes liwat kedua yang dihadapinya sekarang. Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata mahkamah boleh berbuat demikian di bawah Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan. "Jadi untuk mencari kebenaran, harus mendapatkan bukti fakta yang sebenar ... sama ada DNA yang didapati dalam dubur Saiful adalah milik Datuk Seri Anwar," kata Yusof di Mahkamah Tinggi hari ini. |
Apa Motif Saiful Jumpa Rosmah Untuk Mengaku Di Liwat? Posted: 10 Mar 2011 08:20 PM PST Polis: Saiful temui isteri Najib, dakwa diliwat Anwar Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, 11 Mac — Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut pegawai penyiasat polis hari ini. DSP Jude Pereira berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008. Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri. "Anda mengambil keterangan daripada Datin Rosmah?" soal peguam utama Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. "Ya, pada 17 Julai 2008," jawab Jude |
Posted: 10 Mar 2011 06:00 PM PST TUNIS - Sumber pemberontak Libya semalam menyatakan tentera yang setia kepada diktator Muammar Gaddafi membedil sejumlah roket dari beberapa kapal tangki ke arah kedudukan mereka di bandar pelabuhan Ras Lanuf. "Saya melihat sendiri ia berlaku. Kapal-kapal tangki membedil peluru roket ke arah bandar ini (Ras Lanuf)," kata seorang anggota pemberontak, Salem Magrebi. "Beberapa pesawat turut menggugurkan bom manakala roket turut dibedil dari darat," tambahnya. Salem berkata, dia bercakap menerusi telefon dari sebuah kawasan perumahan di bandar berkenaan. "Saya melihat beberapa mayat terbaring di jalan raya," ujarnya. Perkembangan tersebut berlaku selepas tentera Gaddafi melancarkan penggeboman terbaru ke atas Ras Lanuf semalam. Bom dan peluru berpandu meledak beberapa kilometer dari loji penapisan minyak Ras Lanuf dan hampir mengenai bangunan syarikat penapisan minyak Emiriyah Arab Bersatu. Serangan balas oleh tentera yang setia kepada Gaddafi itu telah mengekang kemaraan tentera pemberontak di pesisir pantai timur Libya yang mana mereka terpaksa berundur dari bandar Bin Jawad selepas menerima tentangan sengit. Dalam pertempuran yang berlaku sejak 15 Februari lalu bagi menuntut peletakan jawatan Gaddafi sebagai pemimpin, seramai 400 orang dilaporkan telah terbunuh. Kebangkitan rakyat Libya itu didorong oleh kejayaan para penunjuk perasaan di Mesir dan Tunisia yang mengakibatkan para pemimpin di kedua-dua negara terpaksa meletakkan jawatan. Gaddafi yang berkuasa hampir 42 tahun dilaporkan gagal untuk memerintah dengan baik negara tersebut sebaliknya membazirkan wang negara dengan sesuka hatinya. - Agensi |
Posted: 10 Mar 2011 05:30 PM PST Huzir Sulaiman Tak dapat dinafikan sumbangan muslimat amat bermakna dan 'significant' dalam gerak kerja jemaah. Dalam banyak PRK, dapat dilihat kegigihan dan kesungguhan mereka melalui banyak cabaran dan mehnah yang sesetengah dari kita tertanya-tanya bagaimana majoriti daripada mereka yang berumur atau lanjut usia mampu melalui ujian tersebut tanpa penat lelah dan putus asa. Satu semangat dan komitmen tinggi yang sesekali membuatkan saya, seorang lelaki tersipu malu kerana tidak sehebat mereka. Malah kehadiran mereka di PRK khususnya boleh dilihat menguasai majoriti pejuang di lapangan. Kualiti kerja juga dilihat begitu tinggi seiring dengan tanggapan majoriti masyarakat umum bahawa hasil kerja wanita sememangnya selalu tinggi dan bersifat konsisten kerana sifat semulajadi mereka yang teliti dalam apa jua urusan yang diceburi, dari urusan rumahtangga sehinggalah ke dalam urusan negara. Terbukti di kebanyakan negara, wanita dipilih sebagai ketua negara seperti Khaleda Zia di Bangladesh, Michelle Bachelet di Chile, Tarja Halonen di Finland, Angela Merkel di Jerman dan ramai lagi. Sejarah Islam mencatatkan nama-nama yang masyur seperti Khadijah binti Khuwalid, Fatimah Az Zahra, Nusaibah Binti Ka'ab, Sumayyah Binti Khubbat, Ummu Khalthum Binti 'Uqbah dan ramai lagi. Tambahan pula, tenaga kerja yang memacu ekonomi negara tidak juga ketinggalan hampir dikuasai mereka dengan peratusan 46.4 peratus dan dijangkakan akan menyaingi tenaga kerja lelaki menjelang 2015 dengan kadar peratusan anggaran di sekitar 55 peratus. Peranan wanita khususnya penggerak jemaah di kalangan muslimat tidak dinafikan kini merupakan aset dan sumber utama di dalam mana-mana parti politik malah telah dibuktikan ketika di PRK Kerdau khususnya ketika berhadapan dengan pengundi, celaan, penghinaan dan sebagainya khususnya daripada pihak Barisan Nasional dihadapi dengan tenang dan sabar, satu hakikat kekuatan jiwa yang tidak ada atau lemah pada sebahagian lelaki atau muslimin. Keberanian mereka mengharungi ladang getah dan bukit tanpa perlindungan keselamatan merupakan contoh yang amat relevan bahawa wanita muslimah dalam gerakan jemaah khususnya di dalam Pakatan Rakyat kini memiliki jiwa yang terbukti kental malah berani berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman, terbukti jelas amat digeruni pihak lawan dan dihormati pihak kawan. Namun, sejauh mana kekuatan itu dapat diwarisi oleh barisan wanita atau muslimat muda sudah mula dipersoalkan kerana pemerhatian secara langsung dalam banyak PRK, membuktikan perbezaan ketara nisbah antara mereka yang muda dan sudah berusia. Andaian ketika ini bahawa perbezaan tersebut bukanlah kerana perbezaan tahap ilmu atau pengalaman di antara mereka yang menjadi sebab utama mengekang penglibatan secara langsung di lapangan tetapi hanyalah semata-mata kerana kurangnya komitmen kesan langsung dari kurangnya usaha tarbiyyah pada muslimah muda zaman ini berbanding dahulu. Suatu cabaran yang pasti akan menggugat mana-mana gerakan jemaah Islam khususnya jika permasalahan tersebut tidak diatasi dengan segera terutama ketika menjelangnya Pilihanraya Umum yang ke-13. Cikgu Normala Sudirman merintis jalan pengorbanan itu untuk bersama-sama hidup dan mati demi Islam, merintis jalan dakwah yang cukup pedih untuk dilalui dan dikuti oleh kalangan mereka yang seusia dan lebih muda darinya seharusnya menjadi teladan dan idola kepada semua khususnya wanita atau muslimah muda untuk berlumba-lumba manabur bakti di lapangan Insya Allah. |
Libya: Mapim kesal Malaysia masih berdiam diri Posted: 10 Mar 2011 05:00 PM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 11 Mac: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri dan tidak mengambil inisiatif untuk membantu dan bersuara agar krisis di Libya dapat diselesaikan bagi mengelakkan pertumbuhan darah berterusan. Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sepatutnya negara-negara umat Islam seperti Malaysia mengambil inisiatif untuk berperanan menggerakkan proses perundingan dan penyelesaian segera kepada krisis yang berlaku di Libya. Sehubungan itu, katanya Mapim menggesa kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya. "Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC, Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Mapim, tambahnya menggesa misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah, Ras Lanuf, Brega, Benghazi dan di sempadan Tunisia dan Mesir di mana ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan sementara menunggu krisis reda. Mapim juga, jelasnya mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC , PBB, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku. "Mapim menggesa sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri," ujarnya. Beliau turut mengumumkan bahawa suatu kutipan derma untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Libya sedang dilancarkan dan delegasi khas juga akan dihantar untuk menyalur bantuan tersebut sesegera mungkin. Katanya lagi, ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gaddafi dan tenteranya sekarang semakin runcing dan kini memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya. Katanya, laporan serangan tentera Gaddafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera terutama di kalangan rakyat awam. Menurutnya, jika dunia membiarkan kuasa Barat terutama Amerika bertindak, keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq. Amerika, ujarnya tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai polis dunia dengan cara melancarkan operasi militeri ke Libya. Beliau menambah, serangan oleh Amerika sekali lagi akan menjadi prisiden untuk negara adikuasa itu melakukan kehendaknya secara unilateral tanpa mendengar suara masyarakat antarabangsa yang lain. Katanya, Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat untuk menyekat Gaddafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri. Menurutnya, Mapim merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya. Katanya lagi, ketegangan di Libya kini telah menyebabkan pihak kuasa Barat terutama Amerika dan British sudah melancarkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan serta menyebabkan Libya berada di ambang perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut. |
Himpunan Bersih 2 awal Jun jika tiada jaminan pilihan raya bersih Posted: 10 Mar 2011 04:34 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 11 Mac — Himpunan Bersih 2 diadakan Jun ini jika pentadbiran Najib gagal memenuhi tiga tuntutan utama dan melakukan transformasi ke arah sistem pilihan raya adil dan telus, kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi. Nasrudin memberitahu, pihaknya memberi tempoh sehingga 1 Mei ini untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) memenuhi tiga tuntutan utama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi termasuk menghapuskan undi pos, membenarkan parti politik untuk akses media elektronik dan media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus bertindak sebagai "orang tengah" yang adil dan telus. "Kita mahu tiga tuntutan utama ini dipenuhi dan kita mahu satu komitmen daripada kerajaan agar undi pos ini dihapuskan ... ini yang kita buat sejak dulu tapi sehingga kini masih tiada perubahan dan kita mahukan undi pos ini dihapuskan secara keseluruhan kerana ia sudah tidak relevan lagi. "Kita juga mahu komiten kerajaan supaya parti politik diberi ruang untuk akses media sama ada media elektronik atau media arus perdana kerana apa yang berlaku sekarang ia dikuasai Umno-BN, jadi kita desak supaya semua parti politik diberi peluang untuk bercakap termasuk dalam televisyen. "Yang ketiga kita minta agar SPR benar-benar jadi orang tengah bukan jadi orang yang berlagak jadi orang tengah tapi cenderung bagi memastikan kemenangan pihak yang lain, kita mahu SPR betul-betul telus dan adil," katanya kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, kerajaan pimpinan Najib perlu melakukan perubahan untuk menjamin satu pilihan raya yang adil terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13. "Ia tiga perkara utama yang kita minta, kita mahu supaya ada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 dan kita harap ia akan jadi satu demokrasi yang sama rata bagi parti politik yang bertanding nanti. "Ini kerana sehingga hari ini kita tidak berpuas hati kerana bersaing atas padang yang tidak sama rata, sebagai contoh media yang mana BN menguasai semuanya tapi bagi kita (Pakatan Rakyat) hanya menggunakan cara manual iaitu melalui ceramah-ceramah dan penyebaran risalah tapi BN boleh gunakan media elektronik dan media arus perdana," katanya. Tambah, Nasrudin sekiranya kerajaan BN gagal memberikan komitmen untuk melakukan perubahan sehingga 1 Mei ini, Himpunan Bersih 2 akan digerakkan. "Kita bagi tempoh sampai 1 Mei ini, andai mereka (kerajaan BN) gagal beri komitmen untuk membuat perubahan maka kita akan bangkit membantah secara aman sebagai langkah untuk menyedarkan mereka. "Kalau kerajaan adalah kerajaan yang demokratik, maka tiada sebab mereka tak boleh memenuhi permintaan kita ini, ini adalah tuntutan normal yang menetapi prinsip demokrasi dan sekiranya kerajaan enggan melakukan perubahan ini bermakna kerajaan memperlekehkan hak rakyat," katanya. Jelas beliau, kerajaan perlu memenuhi ketiga-tiga tuntutan tersebut sekiranya tidak mahu Himpunan Bersih 2 diadakan. "Kerajaan perlu penuhi ketiga-tiga tuntutan kita ini, kalau salah satu tidak dipenuhi kita tetap akan gerakkan Himpunan Bersih 2. "Permintaan kita ini bukan sukar, hanya untuk keadilan dan mewujudkan ruang untuk semua parti pada pilihan raya umum ke-13," katanya. Himpunan Bersih 2 turut akan melibatkan kerjasama Pakatan Rakyat, katanya lagi. Parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan himpunan seumpama itu pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan