Jumaat, 11 Mac 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


KEGANASAN POLIS BOLEH MENCETUSKAN REVOLUSI RAKYAT

Posted: 11 Mar 2011 11:31 AM PST






Mendengar "khutbah" polis bahawa beberapa ceramah Pas didakwa tidak ada permit di Kerdau amat menyakitkan hati dan telinga. Dalam waktu kempen yang hanya seminggu panjangnya mengapakah isu permit ceramah terus menerus didendang.

Kita merasa kesal kerana sehingga kini pihak polis masih tidak mahu menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman. Tindakan pihak polis menangkap dan menganggu perhimpunan aman kaum india di ibu kota baru-baru ini menunjukkan sikap polis terhadap perhimpunan aman masih tidak berubah. Bagi polis perhimpunan khususnya dari rakyat yang tidak menyokong BN adalah satu kesalahan tanpa mengira ianya aman atau tidak. Zikir polis adalah apa sahaja perhimpunan tanpa permit adalah haram maka halal bagi polis untuk mengganggu dan bertindak ganas ke atas ahli-ahli perhimpunan tersebut.

Polis di negara ini amat "allergic" dengan mana-mana perhimpunan rakyat . Meskipun sudah banyak kali pihak polis kalah di dalam perbicaraan di mahkamah yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram sikap polis dan peguam negara tidak pernah berubah. Polis akan terus mengganas dan menangkap mana-mana orang yang terlibat dengan perhimpunan dan pihak peguam negara akan terus mendakwa mereka yang ditangkap.

Untuk polis dan BN kita ingin mengingatkan bahawa revolusi yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini dan telah berjaya di Tunisia dan Mesir setakat ini adalah hasil dari perhimpuan haram mengikut definisi polis di negara ini. Hanya dengan perhimpunan haram itulah kerajaan haram di Tunisia dan Mesir berjaya diguligkan. Jika Kerajaan di bawah BN terlalu benci dengan perhimpunan haram kita ingin lihat sama ada Malaysia akan terus mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan baru di Tunisia dan di Mesir yang lahir dari satu perhimpunan haram !

Kita sering mengingatkan BN jika kamu masih terus menerus menutup pintu demokrasi kamu hakikatnya sedang membuka pintu demonstrasi dan jika kamu terus menerus menekan demokrasi tidak mustahil akan munculnya satu revolusi.

Ramai mungkin tidak sedar antara faktor kuat yang mendorong dan mempercepatkan lagi revolusi rakyat di negara-negara Arab khususnya di Tunisia dan Mesir adalah faktor keganasan polis ( police brutality ). Dengan wujudnya teknologi IT yang terkini isu polis bertindak ganas ke atas rakyat mudah tersebar luas dan berjaya mencetuskan gelombang rakyat .

Majalah The Times yang terbaru melaporkan di Mesir sebagai contoh seorang pelajar Universiti ,Kamel dari Delta Nile menceritakan bagaimana beliau terjatuh dari kereta api di stesyen dan terbaring di landasan kereta api tersebut dan pihak polis telah datang ke tempat beliau terbaring. Beliau amat terkejut apabila pihak polis yang diharapkan akan menolongnya sebaliknya telah bertindak ganas dengan memukul beliau . Beliau bukan sahaja merasa sakit tetapi merasa amat terhina dengan tindakan polis tersebut. Beliau menyebar luas apa yang terjadi kepada beliau di alam maya melalui blog beliau

Kemudiannya dalam musim panas berlaku lagi kes keganasan polis yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat internet ( online community ) . Di Iskandariyyah seorang ahli perniagaan muda , Khaled Said telah dipukul sehingga mati oleh pihak polis. Tragedi itu melahirkan Facebook yang bertajuk " We Are All Khaled Said" ( " Kita Semua Adalah Khaled Said" ) yang dikendalikan oleh seorang pentadbir yang tidak bernama.

Kamel yang sebelum ini dipukul polis di landasan kereta api turut serta dalam Kumpulan Facebook tersebut dan menjadi salah seorang perancangnya yang utama. Hanya pada 7 Februari 2011 barulah Kamel mengetahui bahawa pentadbir Facebook yang tidak bernama tersebut adalah Wael Ghonim , eksekutif Google yang menjadi hero rakyat dalam perhimpunan di Dataran Tahrir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak.

Kamel dam Wael Ghonim adalah dua anak muda yang menjadi pencetus perhimpunan besar-besaran dan bersejarah pada 25 Januari di Dataran Tahrir .Keganasan polis telah memberikan mereka satu kekuatan baru untuk meminta rakyat Mesir turun ke jalan raya menggulingkan rejim Mubarak.

Keganasan polis wanita ke atas Mohammad Bouazizi sehingga membuatkan beliau membakar dirinya menjadi pencetus revolusi Jasmine di Tunisia.

Di Malaysia keganasan polis juga berlaku dalam skala yang amat besar. Yang rakyat tahu seperti kes Kugan dan adik Aminurrasyid adalah kerana ianya didedahkan di msia massa. Kes kematian adik Aminurasyid yang dibunuh oleh polis tidak melahirkan Facebook " KITA SEMUA ADALAH AMINURRASYID" namun kita percaya akan muncul wira-wira baru jika pihak polis masih terus tidak berubah.

Mungkin bagi BN keganasan polis bukan satu isu yang mereka perlu takuti . Ya, ia mungkin bukan satu isu pada masa ini tetapi apa jaminan ia tidak akan menjadi isu besar di masa hadapan. Adakah BN ingat kaum muda di negara ini yang saban hari terdedah dengan internet , facebook dan twitter hanya melihat apa yang berlaku dan tidak merasa apa-apa.

Jika itu yang Najib dan BN fikirkan kita juga ingin menyatakan itu jugalah yang difikirkan oleh rejim Zine el Abidine Ben Ali dan rejim Mubarak ke atas anak-anak muda di Tunisia dan Mesir. Sebelum revolusi di Tunisa dan Mesir berlaku anak-anak muda arab di sana dianggap oleh rejim –rejim diktator tersebut sebagai generasi yang hilang arah.

Seorang Profesor Sains Politik di Universiti Cairo, Hassan Nafaa menyatakan " jika kamu katakan beberapa tahun lalu bahawa pelajar-pelajar saya adalah bertanggungjawab ke atas pertukaran rejim di Mesir saya akan hanya ketawa ,,tetapi tidak sekarang."" Hassan yang menamakan generasi muda di Mesir itu sebagai "Generasi Internet" atau "Generasi Facebook' menyatakan " budak-budak muda ini telah melakukan banyak perkara daripada apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam masa 30 tahun."

Revolusi di negara-negara Arab memberi satu signal kepada kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia ini bahawa jangan perkecilkan kuasa rakyat. Hanya kerana kamu lama berkuasa dan terus menang dalam pilihanraya dan dalam masa yang sama masih terus mencengkam rakyat dengan pelbagai polisi dan undang-undang yang draconian jangan kamu ingat kamu tidak diperhatikan oleh rakyat.

Di Tunisa pemuda-pemuda yang menentang Ben Ali bukanlah pemuda-pemuda yang melaungkan ayat-ayat Al-Quran sebaliknya mereka adalah generasi Rap yang bangkit menentang rejim Ben Ali dengan senikata lagu rap yang ditulis oleh ElGeneral " Lihat apa yang berlaku Mr Presiden/ rakyat mati, rakyat makan sampah/ lihatlah Mr Presiden , aku bercakap tanpa takut, meskipun aku tahu aku akan dilanda masalah/ lihatlah Mr Presiden aku menyaksikan ketidakadilan di mana-mana."


MOHAMED HANIPA MAIDIN

saifol peliwat..!!!....bapak hang ajaq ka....buat lawak JURASIC PARK kat mahkamah kanggaroo....!!!

Posted: 11 Mar 2011 11:11 AM PST

KES LIWAT - SAIFUL ENGGAN ULAS BEBERAPA DNA DI KELILING DUBURNYA



Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.


Malaysiakini

sudah pasti UMNO-APCO-BN yang biayai penghianatan keling pariah ini terhadap PKR....!!!!

Posted: 11 Mar 2011 10:53 AM PST

GOBALA TERIMA CEK BAGI KELUAR PKR



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di gesa menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba. Ini merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu di mana keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan.

Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd bernilai RM1,401,250,00.

Bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR.

Jadi kita  menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas 'bertanya khabar' keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang 'bermurah hati' menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh?

Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini,...

Gobalakrishnan juga pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain.

Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR.

Namun , Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mula tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan.

Sebelum ini PKR  mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR.

Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka.

Persoalannya ialah jika ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapa agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini?

Dan kalau 'nilai' ahli Parlimen Padang Serai sejumlah tersebut, berapa pula habuan yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru dan Nibong Tebal, 'rakyat hakim terbaik'...

Sementara itu, ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam  juga  terkejut dengan kemampuan Gobalakrishnan membayar hutangnya dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Saya terkejut dengan kemampuan Gobala. Saya yakin semua yang keluar parti itu dibeli dan seharusnya SPRM menyiasat bagaimana mereka ini boleh menjadi senang secara tiba-tiba," katanya.

Tiada ulasan: