Muslimeen United |
- Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang TG Nik Aziz
- Judi: Muhyiddin persenda Islam
- Jom boikot bayar saman ekor seluruh negara.
- Serangan udara tentera gaddafi terus meningkat..
- Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar
- SPR Bacul..Undi POS Bertambah Di Kawasan PR..??
- Katak mana yang beli tanah RM1.5 juta ni?
Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang TG Nik Aziz Posted: 09 Mar 2011 12:02 AM PST Lagi pemimpin Umno 'serang' TG Nik Aziz Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno. Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat. Katanya, kecenderungan TG Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat. Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008. Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas". Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah. Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini. "Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya. BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk
Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah). Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan. Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN. Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya. -GB |
Judi: Muhyiddin persenda Islam Posted: 08 Mar 2011 11:49 PM PST
Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan. Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri. Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian. Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi. Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak. "Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar. "Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji. "Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan," katanya di sini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam. Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat. "Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI. "Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini," katanya. Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya'kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular. -Hrkh |
Jom boikot bayar saman ekor seluruh negara. Posted: 08 Mar 2011 06:52 PM PST Bagaimana kalau diadakan suatu demontrasi besar-besaran membantah 'saman ekor', dan kalau perlu diadakan kempen 'boikot bayar saman ekor' di seluruh negara. Hal perlu diadakan, dan yang layak menerajuinya adalah Pakatan Rakyat beserta NGO-NGO. Demikian dinyatakan editor weblog Ibnu Hasyim di sini , demi menyambut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beranikah Pakatan Rakyat menganjurkannya? Ini merupakan satu cabaran kepada Ketua Dewan Pemuda PAS memandangkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sendiri menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor (Kase).Begitu juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang turut menyeru agar protes saman ekor ini disemarakan. Lihat di sini Menurut statistik Idris, terdapat 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam.Jumlah tersebut amat besar dan sekiranya Pakatan Rakyat dapat menggerakan 10% sahaja daripada jumlah mereka yang disenarai hitamkan itu untuk buat protes secara aman dijalanraya, sudah barang tentu akan menggentarkan Menteri Dalam Negeri , Hishamudin Hussien! Tapi, maaf cakaplah, saya sangat optimis bahawa rakyat Malaysia belum sampai tahap keberaniannya sebagaimana pejuang-pejuang di negara-negara Arab yang bangkit menentang kezaliman pemimpin mereka di Mesir, di Libya dan lain-lain. Kita telah banyak kali mengalaminya melalui demonstrasi jalanan setelah sekian kali. Kena water cannon dan bom asap sikit, kita semua habis bertempiaran lari meninggalkan kawan!Sebab itu Umno/BN masih terus dapat berkuasa. |
Serangan udara tentera gaddafi terus meningkat.. Posted: 08 Mar 2011 02:35 PM PST An airforce jet drops a bomb near Libyan rebel fighters on the outskirts of the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. Anti-Gadhafi fighters drive a vehicle forward as smoke rises following an air strike by pro-Libyan leader Moammar Gadhafi warplanes that attacked a highway leading to the town of Ras Lanouf, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. Libyan fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi fire their weapons at a Libyan airforce fighter jet flying overhead at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. Anti-Gaddafi fighters run after an air strike in the eastern city of Ras Lanuf March 8, 2011. Libyan warplanes struck at rebel forces behind the war's eastern frontlines on Tuesday, stepping up the government offensive to roll back their early gains in the insurrection against Muammar Gaddafi. An anti-Gadhafi fighters gives V sign as he stands in a crater at a house that attacked by an air strike by pro-Gadhafi warplanes, in the town of Ras Lanouf, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. Anti-Gaddafi fighters rush towards a house hit by an air strike in the eastern city of Ras Lanuf March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least four air strikes on the rebel-held town in the east on Tuesday as the two sides in the insurrection against Muammar Gaddafi faced off across a new front line close to major oil export terminals. Anti-Gaddafi fighters survey the damage after an airstrike near the eastern city of Ras Lanuf March 8, 2011. Libyan warplanes struck at rebel forces behind the war's eastern frontlines on Tuesday, stepping up the government offensive to roll back their early gains in the insurrection against Muammar Gaddafi. Libyan fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi fire their weapons at a Libyan airforce fighter jet flying overhead at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. Libyan fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi load ammunition into an anti-aircraft machine-gun as Libyan airforce fighter jets fly overhead at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. Anti-Libyan Leader Moammar Gadhafi fighters prepare anti-aircraft munitions, in the town of Ras Lanouf, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. Anti-Gadhafi fighters takes to the ground following an air strike attack by pro-Libyan leader Moammar Gadhafi warplanes, at the town of Ras Lanouf, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. An anti-Gadhafi fighters fires his anti-aircraft machine gun against pro-Libyan leader Moammar Gadhafi warplanes, in the town of Ras Lanouf, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. A Libyan fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi scans the horizon at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. A Libyan fighter opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi carries a box of ammunition for anti-aircraft machine-guns at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011. An anti-Libyan leader Moammar Gadhafi rebel fires in the air in the Ras Lanouf town, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. An anti-Libyan Leader Moammar Gadhafi rebel holds his RPG launcher and drinks water, as he and other rebels block the road at an advance check point between Ras Lanouf and Bin-Jawad towns, eastern Libya, Tuesday, March 8, 2011. Libyan warplanes launched at least three new airstrikes Tuesday near rebel positions in the oil port of Ras Lanouf, keeping up a counteroffensive to prevent the opposition from advancing toward leader Moammar Gadhafi's stronghold in the capital Tripoli. A Libyan fighter guards the Mausoleum of Libyan leader of the resistance movement and national hero Omar al Mukhtar on March 8, 2011 in Suluq, some 55 kms south-east of Benghazi, as heavy shelling was heard on the front line of the Libyan rebels' fight against forces loyal to Moamer Kadhafi, west of the rebel-held oil town of Ras Lanuf. Serangan Udara Tentera Gaddafi ke atas kubu pejuang terus MeningkatGaddafi forces escalate airstrikesForces loyal to the embattled Libyan ruler Muammar Gaddafi have launched more airstrikes on strategically important areas held by revolutionary forces. Gaddafi warplanes dropped missiles on the residential areas in the eastern port of Ras Lanuf. There are also reports of tank fire and fierce battles between opposition forces and Gaddafi loyalists in the city of Zawiyah. Government troops, in the mean time, surrounded the southern town of Zintan, but revolutionary forces are still in control. Two hotels housing reporters have come under bomb attacks in Benghazi. The liberated east of the country is now settling and moving forward despite fierce battles between revolutionary and pro-regime forces in some cities, a Press TV correspondent reported. On the international front, Britain and France are stepping up their efforts to put in place a no-fly zone over Libya. A UN resolution is being drafted to be debated by NATO defense ministers on Thursday. In the meantime two members of the revolutionary leadership are to speak to the members of the European Parliament on the developments in Libya later on Tuesday. Moreover, revolutionary council has rejected an offer from Gaddafi and his associates to negotiate an exit strategy. "We are not negotiating with someone who spilled Libyan blood and continues to do so. Why would we trust the guy today?" Reuters quoted the council's spokesman Mustafa Gheriani as saying. The 30-member body was established in the eastern city of Benghazi by revolutionary forces following the liberation of several eastern cities. The revolutionary council, headed by Libya's former justice minister Mustafa Abdel Jalil, who was among the first high-profile Libyan figures to defect from the Gaddafi regime following the brutal crackdown on opposition protesters, plans to lead the country to an election. |
Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar Posted: 08 Mar 2011 02:31 PM PST Satu kebakaran besar berlaku di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada Selasa lepas. Kebakaran itu membuatkan jamaah umrah di Masjidilharam yang sedang melakukan tawaf dan sa'i menjadi panik. Kebakaran tersebut telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, satu sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan orang ramai telah dikeluarkan dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari usaha untuk mencegah api dari merebak. Beberapa saksi menyatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari bangunan. Menurut laporan awal, api bermula di ruang generator. Namun elektrik kembali menyala setelah api berjaya dipadamkan. Leftenan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, menyatakan pihaknya menghantar pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan mangsa luka atau cedera serius yang lain. Penyelidikan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca kebakaran berlaku, katanya. Perusahaan Elktrik Saudi juga menghantar lima pasukan untuk mengatasi masalah itu. |
SPR Bacul..Undi POS Bertambah Di Kawasan PR..?? Posted: 08 Mar 2011 02:30 PM PST Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul kekeliruan wujud campur tangan pihak tertentu sehingga menyebabkan status pengundi awam didaftarkan sebagai pengundi pos. "SPR perlu memberikan jawapan kepada persoalan ini kerana ia menunjukkan seolah-olah ada dalang yang ditugaskan menyusun dan merancang strategi ini secara terperinci," katanya di Lobi Parlimen pada Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan berkata perkara itu berlaku disebabkan wujudnya kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri tentera untuk mendaftar sebagai pengundi pos. Saifuddin turut merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai mengenai pertambahan hampir 6,000 pengundi pos di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor. Bukan itu sahaja, beliau mendakwa di Parlimen Ketereh, Kelantan juga berlaku pertambahan sebanyak 449 pengundi pos berdaftar dengan menggunakan alamat Kem 16 Desa Pahlawan di Kota Baru, Kelantan. "Bukti itu dikukuhkan lagi dengan penerimaan bantahan oleh PAS kawasan itu dalam satu pendengaran awam yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Keterah pada 18 Januari lalu. "Anehnya, semua pengundi pos adalah wanita dan mereka tidak tahu bahawa namanya telah ditukar daripada pengundi awam menjadi pengundi pos malah selepas bantahan dibuat, kesemuanya tidak membuat sebarang rayuan,"katanya. Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kejayaan membuktikan kesemua 449 pengundi tidak mengisi borang A, iaitu borang perpindahan yang wajib diisi untuk menukar status atau menukar kawasan mengukuhkan lagi dakwaan terdapat dalang di sebalik isu berkenaan. "Jika borang itu tidak diisi, bagaimana nama mereka boleh berada dalam senarai pengundi pos? Apakah mekanisme penerimaan yang dibuat oleh SPR? "Disebabkan perkara itu, PAS Ketereh terpaksa membuat semakan manual dan membayar RM10 bagi setiap nama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4,490,"katanya. Sehubungan itu, Saifuddin menggesa SPR memberikan menjelaskan dan menyelidik secara terperinci individu yang menjadi dalang kepada tindakan itu. |
Katak mana yang beli tanah RM1.5 juta ni? Posted: 08 Mar 2011 02:26 PM PST KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta. Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan