Kerabu Bersuara ® |
- Mahathir, Tengku Li & Anwar Ibrahim
- Gara-gara cinta, 13 maut dalam sengketa antara agama
- Kitab Injil: Bukan dirampas tapi dilarang, kata KDN
- Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar
- Pelatih Pulapol mati akibat jangkitan virus ‘Adenovirus’
- DAP mahu kos projek MRT dikaji semula
- Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur jenayah kes calon MPP UM hilang
- Megat Junid peroleh rakannya projek ‘jambatan bengkok’, kata pengawal peribadi
- JAWI diminta masukkan soal larangan beli CD, DVD cetak rompak dalam khutbah Jumaat
- Apa kerja sebenarnya Pengerusi SPR, Aziz Mohd Yusof ni ...
- FRU ganggu program ‘Walk For Justice’ di Water Front Kuching
- Dua pegawai SPRM soal siasat Teoh tiada kuasa
- Hubungan PAS dan DAP : Satu Penjelasan
- Reseptif Kepada Kritikan, Mantapkan Strategi Pakatan Rakyat
- Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000
- Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah
- PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda
- Hubungan PAS-DAP: Umno umpama ‘paku dulang paku serpih’, kata Pemuda
- Selangor jamin kuota hartanah Bumiputera
- Suami Isteri Diculik Khamis Lepas Berjaya Melarikan Diri
- Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah
- Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis
- Flom? Tak Da Kata Nazri
- Sebutan tuntutan fasakh RM400 juta menantu Taib Mahmud 24 Mac
- Rais harap Nik Aziz lebih realistik
Mahathir, Tengku Li & Anwar Ibrahim Posted: 09 Mar 2011 03:00 PM PST tak genera tidur. kuasa ditangan rakyat, jatuh Najib kerana Mahathir? Daktor Dalam Rumah menceritakan, Empat orang gadis 'ditipai' oleh Anwar Ibrahim yang dibawa oleh seorang India bernama Balla tapi gadis tersebut takut untuk menjadi saksi dalam pembicaraan manakala yang tak kena 'tibai' pula sanggup jadi saksi dan menjelajah negara menuduh Anwar Ibrahim 'tibai' Kakak iparnya pula. Ini cerita 'tibai' perempuan, tapi tidak diberitahu 'tibai' ikut depan atau ikut belakang dan bukan cerita biasa sepertimana apa yang didakwa oleh Siful yang botol air, berus gigi dan tuala Good Morning Sir telah tidak diterima oleh mahkamah sebagai barang bukti. Siapa empat gadis yang dikatakan oleh Doktor Dalam Rumah tidak ada siapa yang tahu kecualilah Tun Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia orang yang beruntung dapat menatap wajah-wajah gadis yang mengaku telah 'ditutuh' oleh Anwar Ibrahim boleh jadi ikut cara depan & belakang. Ganpam Pak?. Tibai itu ikut depan, Tutuh itu ikut belakang. Tun Mahathir tidak akan berhenti mengaibkan Anwar Ibrahim, bencinya tidak kepalang,kerja memalukan Anwar Ibrahim berulang-ulang sehingga sekarang. Boleh jadi Mahathir mudah lupa bahawa Anwar Ibrahim ada anak dan cucu dan Mahathir akan berhenti bercakap untuk memalu dan mengaibkan Anwar Ibrahim setelah mulutnya bisu, matanya buta serta tangan dan kaki putus tak dapat membaca dan menulis lagi ataupun telah terpisah antara roh dan jasad. Maka balaci-balaci Mahathir (pinjam kata-kata Ibrahim Ali) akan mencanangkan khutbah Doktor Dalam Rumah kepada umum, bersorak menceritakan keaiban Anuar Ibrahim, menghina Wan Azizah dan Izzah serta anak dan cucu Anwar Ibrahim. Apakah masyakarat Melayu yang tahu hukum agama Islam boleh berdiam diri apabila anak bininya diaib dan dimalukan oleh orang lain, dayus dan bacullah Melayu dan Islam itu sekiranya membiarkan orang mengaibkan keluarga mereka. Tapi sayang disebuah negara Islam seperti Malaysia Kerajaannya membiar dan menyokong apabila ada orang yang mengaku Melayu dan Islam mendabik dada mengaibkan sesama penganut Ugama Islam. Walau bagaimana pun Anwar Ibrahim kena terima hakikat bahawa di Malaysia ini orang yang berkuasa boleh buat apa yang mereka suka dan kerana Anwar Ibrahim sudah tak ada kuasa maka sebab itulah beliau dihina sebegitu rupa. Cuba lihat nanti apabila Anwar Ibrahim berkuasa, beranikah mereka-mereka yang mendabik dada hari ini membuat cerita untuk mengaibkan beliau, akan ujud lagikah balaci-balaci seperti kata Ibrahim Ali akan mempertahankan perkara yang tidak benar sama ada dari pihak Kerajaan ataupun pembangkang. Doktor Dalam Rumah (DDR) juga memperlekehkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah kerana Tengku Li adalah orang Kelantan yang sudah menjadi rahsia umum bahawa DDR tidak suka kepada orang Kelantan yang tidak menjadi balacinya. Ingatkah disatu masa dulu semasa DDR menjadi Perdana Menteri telah mengajukan supaya rakyat negeri lain hendaklah mengatasi rakyat Kelantan dalam jawatan pentadbiran kerajaan terutamanya dalam jawatan tinggi perkhidmatan awam. Dihinanya orang kelantan. DDR mengatakan bahawa Tengku Li tak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, satu alasan yang menudung kerakusannya untuk terus menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia. Mana ada riak bahawa DDR akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain, cuba perhatikan tingkah laku DDR semasa menjadi Perdana Menteri, apa terjadi kepada Timbalan Perdana Menteri bermula dari Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan terakhirnya Anwar Ibrahim. Oleh kerana DDR itu orang cerdik, apabila merasa bahawa saat-saat kejatuhan mula tiba barulah DDR berundur dan diberi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tapi untuk mengekalkan rekodnya sebagai Perdana Menteri yang paling lama, Tun Abdullah ditikam dari belakang pada mulanya tapi oleh kerana tikaman DDR dari belakang tidak menjadi kerana dipertahankan oleh Khairy Jamaluddin terhadap Tun Abdullah maka DDR tikam pula dari depan yang menyebabkan Tun Abdullah terpaksa mengalah dan Khairy jadi mangsanya. Adakah keikhlasan DDR untuk memberi ruang kepada Tengku Li bagi dinobatkan sebagai Perdana Menteri, jauh panggang dari api, contoh kelasik ialah bagaimana usaha Ibrahim Ali untuk membawa Tengku Razaleigh dalam barisan kepimpinan UMNO Malaysia diera DDR tidak kesampian oleh kerana sebenarnya DDR tidak suka kepada Tengku Razaliegh. Merekodkan dalam sebuah buku terhadap keaipan orang lain dan memperlekehkan orang lain adalah jelas untuk tidak berterima kasih kepada orang-orang yang membantu DDR sehingga dapat menjadi Perdana Menteri yang paling lama di Malaysia. Bagaimana dengan jasa-jasa Tengku Abdul Rahman, Tun Husein Onn yang mati tidak sebagai ahli UMNO. Bagaimana jasa-jasa orang yang bertugas di Ibu Pejabat UMNO BARU sewaktu UMNO diharamkan juga tidak direkodkan sebagai sebuah sejarah. Nak tahu hati budi DDR sebenarnya nantilah apabila Dato' Seri Najib membina JAMBATAN BENGKOK dari Johor ke Temasek (Singapura) barulah dapat diukur apakah benar benar berjurus orangnya DDR itu. Atau bengkok seperti bengkoknya Jambatan Bengkok. http://newkk.blogspot.com/2011/03/mahathir-tengku-li-anwar-ibrahim.html |
Gara-gara cinta, 13 maut dalam sengketa antara agama Posted: 09 Mar 2011 02:30 PM PST KAHERAH 10 Feb. – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 140 lagi cedera dalam persengketaan antara penganut Islam dan Kristian di ibu negara Mesir ini, semalam. Penduduk Islam dilaporkan membakar sebuah gereja di Kaherah ekoran ketegangan yang tercetus akibat skandal percintaan antara dua penganut agama itu yang mengakibatkan berlaku pergaduhan ganas di kalangan pasangan keluarga itu. Menurut pegawai, kesemua mangsa yang terbunuh akibat mengalami kecederaan tembakan. – Agensi |
Kitab Injil: Bukan dirampas tapi dilarang, kata KDN Posted: 09 Mar 2011 02:13 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia. Menurut KDN dalam satu kenyataan hari ini, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat KDN. Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan. Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan. Semalam, Setiausaha Agung NECF Sam Ang mendakwa bahawa KDN telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya. – Bernama |
Ahli Parlimen Jerman prihatin kes Fitnah II dan penggantungan Anwar Posted: 09 Mar 2011 02:00 PM PST Anwar dikunjungi sembilan Ahli Parlimen Jerman yang prihatin dengan kes Fitnah II dan penggantungannya sebagai Ketua Pembangkang. KUALA LUMPUR: Delegasi Ahli Parlimen Jerman hari ini menyatakan keprihatinan mereka terhadap kes Fitnah II dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar dari menghadiri sidang Parlimen. Bercakap kepada KeadilanDaily, Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, mereka juga mahu Ketua Pembangkang itu diberi lebih ruang dalam media tempatan. "Mereka menyatakan keprihatinan terhadap kedua-dua kes itu, selain berpendapat Anwar seharusnya mempunyai ruang di dalam media. "Mereka menyatakan komitmen untuk berpihak kepada kebebasan dan demokrasi. Anwar pula menegaskan, KEADILAN komited meneruskan agenda demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan hak secara demokratik," katanya. Anwar menerima kunjungan sembilan Ahli Parlimen Jerman di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, bagi mengetahui perkembangan kes Fitnah II dan kisah sebenar penggantungan Ketua Pembangkang itu. Mereka diketuai Dr Thomas Gambke dari The Green Party bersama Holger Ortel (Social Democratic Party), Stephan Thomae (Free Democratic Party) dan Elisabeth Winkelmeier-Becker (Christian Democratic Union/Christian Social Union). Sebahagian adalah antara Ahli Parlimen yang menguasai kerajaan manakala sebahagian lagi pembangkang di negara berkenaan. Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber. Yusmadi berkata, butir perbincangan turut menjurus kepada masa depan Pakatan Rakyat di Malaysia, khususnya peranan KEADILAN dalam senario politik Malaysia. "Delegasi itu turut bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya, menambah pertemuan berlangsung sekitar sejam bermula jam 5 petang. |
Pelatih Pulapol mati akibat jangkitan virus ‘Adenovirus’ Posted: 09 Mar 2011 09:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Seorang pelatih konstabel lelaki meninggal dunia malam tadi setelah mengalami jangkitan virus 'Adenovirus' yang telah berlaku di kalangan pelatih-pelatih di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) sejak Jumaat lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pelatih yang berumur 21 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu meninggal dunia kira-kira 8.30 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Kini dua lagi pelatih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan dan 28 lagi sedang dirawat di wad biasa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil tindakan-tindakan perlu untuk menangani keadaan itu. "Saya ingin menegaskan bahawa PDRM telah dan akan mengambil semua langkah perlu dan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam menangani masalah jangkitan virus ini," katanya. Ismail berkata semua kegiatan latihan digantung sementara sehingga mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kesesuaian untuk meneruskan latihan asas. "Seramai 226 orang pelatih telah diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, manakala selebihnya telah ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga," katanya. Katanya Bilik Gerakan Khas di pusat berkenaan telah dibuka untuk menyelaras dan mengendali hal tersebut. "Perkembangan keadaan akan dimaklumkan oleh Komandan Pulapol kepada ahli keluarga dan orang ramai dari masa ke semasa. Ahli keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-26882009," katanya. Selain itu, maklumat juga boleh diperoleh menerusi laman sosial facebook PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia dan juga laman web rasmi PDRM di www.rmp.gov.my. Terdapat seramai 1,945 pelatih yang mengikuti Latihan Asas Kepolisan dalam dua kategori iaitu Inspektor (993) dan Konstabel (952) selain terdapat 854 kakitangan yang bertugas di pusat terbabit. Sementara itu dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelatih berkenaan meninggal dunia selepas mengalami gejala serupa Influenza (ILI). Beliau mula mengalami ILI pada 15 Feb lalu dan telah mendapatkan rawatan di HKL pada 28 Februari. Menurut Liow pelatih itu kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Sabtu lalu dan meninggal dunia pada 8.30 malam tadi akibat komplikasi 'Community Acquired Pneumonia with Multiorgan Failure'. Liow berkata selain pelatih itu, 28 orang lagi telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan dua kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 kes lagi ditempatkan di wad biasa. "Seramai 182 orang pelatih lagi kini diasingkan di Pulapol menjadikan kesemuanya sehingga malam semalam seramai 210 orang mengalami gejala ILI," katanya. Menurut Liow hasil siasatan mendapati terdapat jangkitan Adenovirus di kalangan pelatih di PULAPOL daripada hasil ujian sampel calitan tekak ke atas pelatih yang diasingkan. "Daripada 20 sampel yang diambil, keputusan makmal menunjukkan 18 daripadanya positif serangan Adenovirus," katanya. Beliau berkata Adenovirus mengakibatkan jangkitan pada pernafasan, cirit-birit dan sejenis radang di bahagian putih mata pesakit serta ia pernah dilaporkan menyerang di institusi tentera di Amerika Syarikat (AS). "Lazimnya, ia menyebabkan jangkitan ringan tetapi kejadian komplikasi dan kematian pernah dilaporkan di Atlanta, AS," katanya. Liow berkata jangkitan mula-mula dikesan apabila tiga pelatih Pulapol mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur kerana gejala ILI. "Langkah kawalan dan pencegahan terhadap serangan virus itu akan diteruskan setiap hari kepada pelatih yang berada di pusat latihan itu," kata Liow. – Bernama |
DAP mahu kos projek MRT dikaji semula Posted: 09 Mar 2011 09:00 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac — DAP hari ini meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Pemandu Projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang meneliti semula pelaksanaan projek itu berikutan kosnya didakwa mencecah RM53 bilion. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata parti itu tidak membantah usaha kerajaan melaksanakan Projek MRT itu, tetapi penelitian semula perlu bagi memastikan tidak berlaku ketirisan wang rakyat dan mahu ia dijalankan secara tender terbuka. "Kami mahu pelaksanaan projek ini dijalankan secara berhemah kerana ia membabitkan wang rakyat. "Anggaran perbelanjaan baru sebanyak RM53 bilion seperti dilaporkan institusi penyelidikan dalam akhbar hari ini adalah amat tinggi . . . jika berlaku ketirisan sebanyak satu peratus pun, ia membabitkan wang rakyat yang banyak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. —Bernama |
Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur jenayah kes calon MPP UM hilang Posted: 09 Mar 2011 08:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac — Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini hari ini. Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Feb lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi. Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi. Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Feb itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang. Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik. Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. — Bernama |
Megat Junid peroleh rakannya projek ‘jambatan bengkok’, kata pengawal peribadi Posted: 09 Mar 2011 08:00 AM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai "jambatan bengkok" 13 tahun lalu. Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998. "Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay. "Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor," kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini. Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai "keluarganya" manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif. "Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu," kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000. Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu. Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka. Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar. Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu. Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea pembinaan "jambatan bengkok" digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. |
JAWI diminta masukkan soal larangan beli CD, DVD cetak rompak dalam khutbah Jumaat Posted: 09 Mar 2011 07:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diminta memasukkan soal larangan membeli cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah dalam khutbah solat Jumaat bagi mendidik msayarakat dalam soal itu. Ketua Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri Noor Aziah Abdullah berkata perkara itu telah dibincangkan dengan JAWI dan besar kemungkinan ia akan dilaksanakan bulan depan. Beliau berkata adat dalam perniagaan, jika tiada permintaan, maka tiadalah bekalannya. "Maka salah satu caranya untuk mendidik masyarakat ialah menerusi khutbah Jumaat ... jika kita menolak barangan ini, maka tiadalah bekalan di kedai atau premis lain dan sekaligus dapat mengurangkan aktiviti jualan barangan itu sama ada secara tertutup atau berleluasa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata selain itu, pihaknya juga bekerjasama dengan persatuan penganut agama lain dalam memberikan pendedahan supaya membeli CD, VCD dan DVD yang tulen dan tidak menyokong industri cetak rompak serta lucah. Noor Aziah berkata selain pendekatan dengan badan agama, pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dengan memberikan ceramah dan motivasi kepada pelajar tentang aktiviti cetak rompak dan lucah ini. "Kanak-kanak jika tidak dibendung akan rosak fikiran mereka dan apabila mereka membesar kelak akan membawa kepada jenayah lain seperti pembuangan bayi," katanya. Katanya bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak 46,098 keping CD, VCD dan DVD tanpa perakuan sah dan 2,092 VCD dan DVD lucah dirampas. "Sepanjang tempoh tahun lepas, sebanyak 472,806 rampasan bagi barangan yang sama dicatatkan dan rampasan dilakukan di empat kawasan panas di bandaraya ini melibatkan Dang Wangi, Sentul, Brickfields dan Cheras," katanya. – Bernama |
Apa kerja sebenarnya Pengerusi SPR, Aziz Mohd Yusof ni ... Posted: 09 Mar 2011 07:30 AM PST Petikan Facebook Ahmad Lutfi Othman Pengerusi SPR, Abd Aziz Mohd Yusof buat hal lagi. Katanya, tempoh kempen praya Sarawak mungkin dipendekkan berbanding 12 hari pada tahun 2006. Saya terkejut dengan alasannya, iaitu kempen yang lebih lama dikhuatiri mengundang amalan politik tidak sihat, antaranya provokasi. "Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka ....," kata Aziz. Pelik sungguh SPR ini. Baginya seolah-olah pengundi atau rakyat Malaysia seperti budak-budak hingusan yang begitu manja, mesti dibelai dan dikurung dalam bilik sahaja. Sedangkan BN Sarawak sudah mula berkempen sejak setahun lalu. Lagipun geografi Sarawak yang menyukarkan perhubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain memerlukan masa lebih lama untuk setiap parti atauy calon menjelaskan misi dan visi mereka. Saya akan ulas lebih lanjut dalam artikel nanti. Aziz juga salahkan pendekatan kempen parti-parti pembangkang dari Semenanjung semasa pilihan raya kecil Sibu dulu. Juga dia bangkitkan hal provokasi sentimen rakyat Mesir, Tunisia dan Libya dalam kempen di Merlimau dan Kerdau. Apa ni Tan Sri? Selesaikan dulu kerja-kerja yang masih belum beres dan berat sebelah dalam pengendalian praya di negara ini. Alasan Aziz itu memang benar-benar bengong! Tugas SPR hanya untuk memastikan proses pilihan raya berjalan adil, telus dan bebas buat semua rakyat. Seperti kata Dr Abu Hassan Hasbullah: " SPR bukan diktator baru yang menjadi pemerintah bagi negara ini. SPR telah menjadi terlalu biadap terhadap demokrasi, perlembagaan dan negara." |
FRU ganggu program ‘Walk For Justice’ di Water Front Kuching Posted: 09 Mar 2011 07:00 AM PST SARAWAK: Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bersama ratusan anggota mengganggu program 'Walk For Justice' anjuran Wanita KEADILAN Sarawak bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100 pada 8 Mac lalu, kata Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Nurhanim Mokhsen. "Program dirancang sudah lama dan kami memohon permit dua minggu sebelum program berlangsung pada 8 Mac di Water Front Kuching. Malangnya, permit tidak diberi. "Sebaliknya, kami 'disambut' dengan trak FRU bersama ratusan polis yang lengkap dengan perisai, belantan dan cota," katanya kepada Keadilandaily. Beliau berkata, program bertujuan menyemarakkan kesedaran rakyat mengenai hak wanita, bermula seawal 8.30 pagi sebelum polis kira-kira dua jam kemudian, mengancam supaya ia ditamatkan serta-merta. "Bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sarawak yang berani hadir ke program termasuklah kaum lelaki dan berharap momentum kesedaran terus meningkat," katanya. Ratusan rakyat pelbagai kaum dari seluruh Sarawak hadir memeriahkan sambutan itu dengan berjalan kaki sejauh 100 meter dan melepaskan 100 belon ke udara. Jarak 100 meter dan bilangan 100 belon adalah simbol 100 Tahun Hari Wanita Sedunia. Turut serta ialah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin dan pimpinan KEADILAN negeri. |
Dua pegawai SPRM soal siasat Teoh tiada kuasa Posted: 09 Mar 2011 06:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat mana-mana saksi termasuk Teoh. Perkara itu timbul apabila peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam mempersoalkan tindakan Mohd Ashraf dan pegawai SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya Arman Alias menyoal siasat Teoh sedangkan mereka tiada kuasa untuk berbuat demikian mengikut Seksyen 30(8), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Edmund turut memaklumkan Mohd Ashraf pernah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM dan mengakui tidak mengetahui hasil siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa aduan itu terhadapnya. Ketika disoal Edmund, apakah perasaannya jika hasil siasatan itu mendapati beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat Teoh, Mohd Ashraf berkata: "Saya rasa saya ada kuasa untuk menyoalnya." Saksi ke-20 dalam prosiding siasatan suruhanjaya itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Edmund bahawa Seksyen 30(8) akta tersebut memperuntukkan pegawai pemeriksa perlu merekodkan kenyataan bertulis semasa soal siasat dilakukan. Mohd Ashraf tidak bersetuju bahawa tindakannya tidak merekodkan kenyataan secara bertulis itu dianggap menyalahi undang-undang. Kepada soalan Edmund apakah tindakan Mohd Ashraf hari ini sekiranya jawatankuasa aduan itu menyatakan beliau dan Arman tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat saksi seperti Teoh tetapi majikan (SPRM) yang mengarahkannya berbuat demikian, Mohd Ashraf berkata: "Kalau hari ini, saya tidak akan buat (soal saksi) dengan arahan majikan sekiranya saya tidak mempunyai kuasa berbuat demikian." Saksi itu turut memaklumkan bahawa terdapat aduan dibuat terhadapnya yang didakwa menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat saksi ataupun suspek tetapi beliau tidak ingat berapa aduan yang dibuat terhadapnya. Jawapan Mohd Ashraf itu kemudiannya mendapat reaksi daripada pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang menyoal sama ada beliau tidak ingat ataupun sengaja buat-buat tidak ingat. "Kamu katakan kamu tidak ingat, tetapi boleh kami (suruhanjaya) beri ingatan kepada kamu berapa kali aduan itu dibuat atau kamu dengan sukarela ingin memberitahu kami... saya rasa ada 9 aduan dibuat terhadap kamu," katanya. Mohd Ashraf menjawab:"Saya tidak ingat." Di awal prosiding, Mohd Ashraf memberitahu tindakannya tidak pulang ke rumah selepas selesai menyoal siasat Teoh pada 12.40 pagi, 16 Julai 2009 adalah kerana tempat parkir kereta di rumahnya penuh. Oleh itu beliau membuat keputusan untuk berehat di dalam biliknya di pejabat SPRM. "Saya tinggal di rumah flat di Seksyen 7, Shah Alam dan kebiasaannya parkir kereta memang penuh. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur di pejabat sebelum pulang ke rumah dalam pukul 5 pagi. "Kebiasaannya antara pukul 5 pagi hingga 7 pagi, kawasan parkir kereta lengang kerana semua penghuni flat pergi kerja," katanya. Sementara itu, Foong turut mengarahkan pegawai penyiasat untuk membuat pemeriksaan ke kawasan perumahan di Seksyen 7 untuk melihat sama ada parkir kereta di flat itu penuh ataupun tidak seperti dakwaan Mohd Ashraf. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Selain Foong, Suruhanjaya Siasatan itu turut dianggotai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka' berhubung kes itu. – Bernama |
Hubungan PAS dan DAP : Satu Penjelasan Posted: 09 Mar 2011 06:00 AM PST oleh Nasrudin Hassan 1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS. 2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini. 3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil. 4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang. 5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang. 6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ]. 7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman: * Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw : شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali . Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193 Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing . * Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka . Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya . Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya. Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya . 8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi : Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya. Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami. Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu. 9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab : ضربني و بكى شتمني واشتكى Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu . Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga. 10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? : * Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA. * UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan. * Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain ? rasa macam nak sambung siri penjelasan ini.... tengoklah macam mana ... Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Reseptif Kepada Kritikan, Mantapkan Strategi Pakatan Rakyat Posted: 09 Mar 2011 05:45 AM PST Oleh Muhd Faris Mohd Zaini Berlalunya PRK Kerdau dan Merlimau, sudah 3 PRK terus-menerus PAS gagal untuk memenanginya. Tidak bermakna PAS gagal kerana jumlah undi PAS turut meningkat dalam 2 PRK tersebut, cuma gagal untuk menang, jadi ianya masih tetap dianggap gagal oleh pejuang kebenaran yang perlu menawan untuk menegakkan Islam. Jika kita lihat keputusan dan mengkaji pula kaedah dan strategi yang digunakan oleh PAS, jelas UMNO tidak segagah yang disangka (mengharapkan jentera dan agensi kerajaan malah duit rakyat berjuta-juta yang disalahguna untuk peruntukan 'mee segera' di sana) tapi kelemahan strategi PAS yang kelihatan. Sudah sampai masanya PAS Pusat merombak semula jentera pilihan rayanya dan melantik 'team baru' menggantikan team yang ada. Team yang ada merupakan team yang sudah hilang taringnya dan daya saing malah gagal menghadapi cabaran-cabaran di zaman dunia teknologi dan pantas ini. Buktinya, jentera PAS belum ada team perang saraf yang berstrategik malah juga dikatakan 'dingin' dengan bloggers-bloggers Pro Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Ini sangat merugikan pihak kita sebenarnya. Sedangkan pihak BN yang diakui mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh telah mempunyai team-team perang saraf yang mereka sendiri memberi upah yang agak lumayan. Pendekatan berbaik-baik dengan bloggers-bloggers Pro Barisan Nasional pula umpama suatu kelebihan buat mereka. Perang media alternatif lebih dikuasai pihak BN buat masa sekarang, berbanding ketika mana tsunami politik melanda rakyat pada tahun 2008 yang lalu. Team pilihan raya kita pula masih berada di kalangan orang lama yang agak terhad dengan idea-idea baru, dengan sasaran pengundi baru pula yang mahukan pembaharuan dalam usaha untuk memikat hati mereka. Jentera dari pelbagai peringkat perlu di'tamrin'kan dengan kursus-kursus dan strategi menghadapi pilihan raya, terutama berkaitan perang saraf dan gerak kerja yang berkesan untuk menawan hati rakyat. Petikan-petikan analisis yang saya 'kepilkan' dalam blog saya ini, buat tatapan dan muhasabah untuk pembaca sekalian. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, namun untuk membuka minda kita, dalam proses penambahbaikan dan menjadikannya sebagai suatu kritikan membina bagi pihak yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Sebagai contoh di Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah Pilihan Raya hendak membuat laporan polis oleh kerana organisasi pilihan rayanya dibolosi oleh 'mata-mata' dari UMNO. Sebenarnya intip-mengintip ni adalah aktiviti biasa dalam strategi perang dan gerak saraf, namun perkara berkenaan pun belum dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kita. Jika pejabat pilihan raya PAS boleh dibolosi oleh musuh bermakna sistem keselamatan bilik pilihan raya PAS tidak cekap dan tidak sistematik. Tidak cukup ampuh untuk menangkis susupan susuk tubuh dari pihak musuh. Inilah contoh betapa kurang strategiknya jentera pilihan raya PAS dalam menghadapi pilihan raya seumpama ini. Sekiranya PAS Pusat tidak mengatasi masalah ini, berkemungkinan besar dalam PRU ke13 akan datang, PAS akan kehilangan banyak kerusi kelak. Jangankan menambah kerusi, kerusi yang ada dalam genggaman pun kemungkinan akan terlepas ke tangan pihak lawan. Kita melihat kerusi yang majoriti Melayu pun bukan boleh dijadikan taruhan atau kawasan target untuk dimenangi, maka ia menjadi satu amaran bermakna buat pihak PR. Pimpinan PR perlu sedar segera dari lamunan ini, sebelum ianya menjadi barah dan rakyat melihat pimpinan PR tidak mahu berubah, maka rakyat yang akan berubah angin dari meneruskan tsunami PRU 2008 yang lalu. Saya melihat, tidaklah sampai perlu menukar Presiden PAS dan pucuk pimpinannya dalam masa terdekat seperti mana cadangan 'Tulang Besi' seorang blogger PR di alam maya, namun cukuplah dahulu merombak dan 'review' semula jentera pilihan raya PAS itu sendiri. Mungkin juga 'review' jawatan-jawatan penting yang dirasakan perlu bagi menerajui cita-cita PR ke Putrajaya. Kemudian buat kerja rumah tentang strategi pilihan raya secara efektif. Perkasakan jentera penerangan hingga ke akar umbi. Ianya sangat-sangat penting untuk mendepani pihak BN yang semakin menghargai bloggers-bloggers dan suara anak muda kini. Kita perlu mendengar luahan dan rasa orang bawahan dan jangan melihat dari atas semata-mata, kerana sikap tersebut akan memakan diri sendiri. Suara ahli dari akar umbi penting bagi mengetahui realiti yang berlaku di peringkat akar umbi parti. Perpecahan dalam PKR pun dilihat berlaku dek kerana egonya pucuk pimpinan yang mengabaikan suara ahli bawahan. Kritikan membina ahli hanya dilihat sebagai melukut di tepi gantang. Imej PKR misalnya sudah tercemar di kalangan sebahagian rakyat, jadi elakkan PR membincangkan isu-isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat menggunakan media. Bincang secara dalaman berkaitan isu-isu sensitif. PAS perlu meraih semula undi Melayu yang semakin 'lari' kepada UMNO, PKR perlu membersihkan imej mereka sedikit demi sedikit dengan menaikkan imej PR di Selangor misalnya. Kenyataan Timbalan Pres. PKR, Azmin Ali untuk perebutan kerusi di Sarawak, sangat merugikan PR. SNAP perlu didekati untuk menguatkan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan BN di Sarawak. SNAP lebih lama dari PKR sendiri di sana. Mantapkan PKR sendiri dahulu sebelum menunjukkan gaya angkuh seperti itu. DAP dan SNAP lebih kuat dari PKR di Sarawak. Bincang terlebih dahulu, sebelum keluarkan kenyataan tidak cerdik di media, yang pasti akan dimanipulasikan berhari-hari oleh media BN. Sekarang ini, paling utama juga, isu-isu berkaitan anak muda dan kepentingan rakyat perlu diperhebatkan oleh PR, gunakan isu yang BN dilihat membebankan rakyat dan menyalahgunakan duit rakyat seperti saman ekor, saman trafik, pelaksanaan GST, kenaikan harga barang dan minyak petrol, kutipan tol, penyelewengan PKFZ dan sebagainya. Bukti Buku Jingga boleh dilaksanakan secara berperingkat perlu dimaksimumkan PAS, DAP dan PKR di negeri-negeri PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua parti PR perlu berganding bahu memperkukuhkan kepercayaan rakyat di negeri-negeri PR sebelum meraih kepercayaan rakyat Malaysia umumnya untuk menawan hati rakyat dalam PRU 13 nanti. Antara perkara yang paling penting juga, PR perlu mengabaikan provokasi isu oleh pihak BN untuk melambatkan gerak kerja PR sendiri. Banyak isu sengaja ditimbulkan BN untuk merencatkan gerak kerja dan fokus isu PR sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah dalam menangani gerak kerja perang saraf dari pihak lawan. Selain itu,saya amat bersetuju BERSIH 2 perlu dilancarkan segera untuk memastikan sistem pilihan raya yang ada bukan menjadi padang yang tidak rata sebagai medan demokrasi di negara kita. Cukuplah segala agensi kerajaan menjadi kuda tunggangan pihak mereka, jangan pula kuasa rakyat untuk menuntut keadilan SPR diabaikan. Jika tidak, tiada guna menggunakan pilihan raya kecuali menggunakan medan jalan raya seperti mana di Tunisia dan Mesir. Fikir-fikirkanlah. Muhd Faris Mohd Zaini ismiefa_ris@yahoo.com http://faris-zaini.blogspot.com |
Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000 Posted: 09 Mar 2011 05:30 AM PST Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini. Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan. Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan. Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan. Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi. Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi. Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia. Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan. Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan. |
Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah Posted: 09 Mar 2011 05:15 AM PST Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan? Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia. Firman Allah SWT : وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ Yang bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat 31. Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang amat dahsyat di hadapan Allah SWT. Salahkah bergembira? Jawabnya tidak salah. Sesiapa yang diberikan nikmat oleh Allah SWT berhak untuk bergembira dan begitu juga sebaliknya. Namun kegembiraan dan kesedihan di dunia bukanlah suatu yang hakiki di sisi Allah SWT. Bahkan beleklah sejarah perjuangan Rasulullah SAW, di Mekah baginda ditolak selama 13 tahun sekalipun sebelum dilantik menjadi nabi, baginda diiktiraf sebagai seorang yang jujur (al-Amin). Sedih pilu perjuangan yang dilalui oleh baginda tercermin melalui doanya sewaktu kembali dari Thaif : اللهم انى اشكو اليك ضعف قوتى و قلة حيلتى و هوانى على الناس انت رب المستضعفين Yang bermaksud : Ya Allah, aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatan aku, dan betapa kurangnya kepandaian aku berhujah, dan betapa hinanya aku pada pandangan mata manusia, Engkaulah Tuhan golongan yang ditindas. Doa ini tidak akan diungkapkan oleh lidah suci baginda kecuali dalam keadaan baginda dirundung kesedihan dan kekecewaan. Jika sedih dan kecewa pun pernah melanda Rasulullah SAW, apatah lagi pendokong Islam pada hari ini. Sesungguhnya pada kekalahan, kesedihan dan kekecewaan inilah tersimpannya ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT. Apa yang penting, asas hidup ialah Islam. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Lihatlah penulis buku The Satanic Verse, Salman Rushdie yang diberikan gelaran terhormat oleh Barat sebagai Sir, sedangkan penghormatan itu diberikan kerana tindakannya mengina Islam. Adakah bernilai gelaran itu di sisi Allah? Jawabnya tidak. Demikian juga kemenangan, jika diperolehi dengan cara khianat, langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT. Di Kerdau dan Merlimau, PAS telah kalah. Ia perlu diakui. Namun, penipuan dan fitnah serta penggunaan jentera kerajaan secara besar-besaran juga perlu diakui telah dilakukan oleh UMNO. Saya diserang bertubi-tubi tanpa diberikan peluang yang sama untuk membela diri. Kalau di dalam akhbar, serangan ke atas saya diletakkan di muka hadapan manakala jawapan saya disudutkan di hujung muka surat dalam. Pengarah pilihanraya kami di Kerdau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dituduh membeli tanah dari peneroka Felda sedangkan tuduhan itu merupakan satu fitnah, dan ia ternafi sebelumpun tenggelamnya matahari pada hari yang sama. Adakah penafian itu disiarkan sebagaimana fitnah itu disiarkan? Jawabnya tidak. Atas nama kebebasan demokrasi pincang, itulah senjata yang ada pada UMNO pada hari ini. Utusan Malaysia (8 Mac 2011) melalui Senyum Kambingnya melabelkan saya tidak dapat menerima kekalahan. Sebagaimana namanya, demikianlah tahap pemikirannya. Saya hanya mahu menyatakan ayat yang telah diungkapkan oleh tukang-tukang sihir Firaun yang beriman kepada Nabi Musa tatkala diancam bunuh oleh Firaun : فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا Yang bermaksud : Maka buatlah keputusan apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. – Surah Thaha, 72. |
PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda Posted: 09 Mar 2011 05:00 AM PST Khairil Abdul Rahim Sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau diketahui, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekalahan di pihaknya memang telah dijangkakan kerana hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia. Bayangkan, pemimpin BN turun bergentayangan dengan kapasiti sebagai menteri, menteri besar, timbalan menteri, pengarah jabatan dan sebagainya berkempen dan mengeluarkan peruntukan masing-masing melalui pelbagai program mendekati penduduk. Jentera Umno daripada seluruh negara juga sudah tentu tersuntik semangat luar biasa kerana ini merupakan PRK pertama di negeri perdana menteri. Sehinggalah warga Kerdau menjadi 'tuan' dalam tempoh masa 10 hari dan semua mereka mendapat 'ang pau' di atas pelbagai nama daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, orang kurang upaya hinggalah kepada warga emas, usahawan dan petani. Jumlah sebenar wang yang dibelanjakan BN tidak diketahui namun Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kerdau, Ahmad Mohd Yaman, berkata daripada sumber yang diperolehinya setiap keluarga mendapat tidak kurang daripada RM450 hingga RM2,000. Itu belum masuk lagi dengan kenduri besar dan jamuan sepanjang masa, kos perbelanjaan petugas, pelbagai projek segera dan penempatan anggota polis yang berjumlah besar di empat lokasi. Di pihak PAS pula, Kerdau bukan dikelaskan sebagai 'dun tumpuan' kerana sejarah keputusan pilihan raya. Justeru jenteranya tidak sekuat Jengka, iaitu satu lagi dun dalam parlimen Kuala Krau. Malah keputusan PRU dahulu Kerdau berada di 'ranking' ketiga selepas Jenderak. Sebab itu terdengar juga rungutan daripada pembantu dari luar Pahang berkenaan kurangnya tenaga pembantu tempatan. Setiausaha MTD Kerdau, Sharuddin Saleh, mengakui PAS mempunyi 11 cawangannya dalan Dun berkenaan tetapi lima daripadanya tidak aktif. Bagaimanapun terdapat 1,200 ahli dan 'hardcore' PAS di situ. Notis penetapan tarikh PRK Kerdau pula agak singkat bagi persediaan PAS apabila serentak dengan Merlimau. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 21 Januari 2011 sedangkan Adun Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal pada 12 Februari. Dari segi calon, pandangan pemerhati PAS mempunyai kelebihan kerana sepanjang kempen tidak ada isu peribadi yang dibangkitkan. Berbeza dengan calon Umno, pada peringkat awal kempen kelihatan terkial-kial mempertahankan diri termasuk terpaksa memanggil media untuk menunjukkan kelulusan ijazahnya. Akan tetapi setelah beberapa hari kempen berjalan, dengan pelbagai usaha dan inisiatif bertindak pihak BN menyebabkan akhirnya pengundi tidak lagi melihat kriteria calon bahkan memilih parti iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang. Akibatnya pada PRK ini PAS mengalami kemerosotan sebanyak 184 undi atau 7 % berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008. Pada PRU tersebut calon PAS yang sama, Hassanuddin Salim mendapat undi sebanyak 2,520. Tetapi pada PRK ini undi beliau susut kepada 2,336. Jika pada PRU 2008 calon BN mendapat undi sebanyak 4,135, kini calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060. Ini menunjukkan BN mendapat pertambahan undi sebanyak 925 atau peningkatan 22.4%. Sekali gus majoriti kekalahan PAS daripada 1,615 pada 2008 melebar kepada 2,724. Faktor peningkatan undi BN juga dibantu dengan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di sini iaitu 83%. Jika pada PRU lalu jumlah keluar mengundi ialah 6,777, jumlah keluar mengundi kali ini ialah 7,445. Undi popular PAS jatuh dari 37 % (2008) kepada hanya 31 %. Keputusan ini mengakibatkan PAS kalah di semua 13 unit peti undi (UPU), malah di semua saluran dan undi pos. Tiga belas UPU dalam Kerdau Rumpun Makmur, Jengka 25, Jengka 22, batu Sawar, Jengka 23, Kuala tekal, Pulau Pasir Mandi, Kerai, Lipat Kajang, Desa Murni, Kerdau, Kuala Kerdau, Teluk Sentang dan 51 undi pos. Undi PAS di Felda meningkat, undi Cina menurun Pada PRU 2008 PAS menang di UPU Teluk Sentang dengan kelebihan 5 undi. Tetapi kali ini PAS tewas di situ dengan kekurangan 71 undi. Undi kaum Cina yang dulunya banyak membantu kepada peningkatan PAS turut merosot. Jumlah pengundi Cina hanya 461 orang atau 5.12% dan kebanyakannya tertumpu di UPU Kerdau. Keputusan menunjukkan PAS hanya memperolehi 261 undi sedangkan BN mendapat 428. Ini bermakna PAS tewas di situ dengan majoriti 212 undi atau kemerosotan sebanyak 24 %. Pada PRU lepas PAS hanya tewas 37 undi. Namun yang menakjubkan ialah PAS mendapat peningkatan undi di semua UPU Felda iaitu Jengka 22, 23, dan 25. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri turun menjanjikan habuan wang SES RM13,000, MPOB RM4,000 kepada peneroka dan lot tanah kediaman. Di Jengka 22 PAS menokok 62 undi atau kenaikan 28.2 %, di Jengka 23 naik 30 undi (8 %) dan di Jengka 25 yang dianggap kubu Umno paling kebal di Felda, juga meningkat dua undi atau 5 %. Peningkatan ini dipercayai hasil gerak gempur Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan kerja keras Biro Felda PKR. Jika dalam PRK ini peneroka dikepung dan diasak tetapi PAS boleh membuat peningkatan undi, ini bermakna PAS boleh menawan kawasan berkenaan andainya gerak kerja dilakukan berterusan. Terdapat satu lagi peti undi kampung tradisional yang mengalami peningkatan undi. Jika pada 2008 PAS hanya dapat 94 kini meningkat kepada 108 iaitu naik 14 undi. Walau bagaimanapun tetap tewas dengan majoriti 36 undi. Jika diukur dari segi kekuatan dan potensi, hanya tiga UPU yang melepasi paras 40 % iaitu Kuala Kerdau (44 %), Pulau Pasir Mandi (43 %) dan Teluk Sentang (43 %). Dua UPU dianggap sangat lemah iaitu Jengka 25 (12 %) dan Kerai (13 %). Kerai ialah peti undi Orang Asli. Permasalahan setempat gagal dibangkit Seperti kata Tuan Ibrahim, PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Perlu diakui, jentera PAS sememangnya lemah terutama melibatkan penerangan dan gerak saraf (PGS). PAS masih bergantung kepada medium ceramah umum dalam penyampaian maklumat. Tidak dinafikan ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa sehingga terpaksa 'melepaskan' Ummi Hafilda, Ibrahim Ali, Mohd Nor Deris dan M. Daud Kilau untuk mengganggu ceramah PAS. Namun dipercayai pengundi sebenar tidak ramai yang hadir kerana disibukkan dengan pelbagai program menteri. Lagipun penduduk Kerdau kurang termakan dengan isu nasional dan antarabangsa. Di sinilah terletaknya kelompangan jentera PGS PAS kerana gagal memanupulasi isu-isu tempatan yang menjadi kudis selama ini. Contohnya, telah lama terdengar rungutan penduduk mengenai agihan saham Felcra Kerdau yang dikatakan tidak adil. Isu yang menyentuh terus penduduk Kerdau ini hampir tidak kedengaran langsung dibangkitkan. Begitu juga dengan isu tanah kampung untuk generasi kedua yang telah lama dijanjikan, masalah bekalan air paip di deretan kampung yang tidak pernah selesai selama 20 tahun, ketakutan penduduk dengan binaan projek kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, kegagalan projek nangka madu di Kampung Gunung Senyum dan banyak lagi. Menurut pemerhati, isu yang amat berkesan yang berjaya meracuni pengundi Melayu kampung ialah isu perkauman 'PAS jadi alat DAP'. Isu ini dimainkan bersungguh-sungguh tanpa ditangkis oleh PGS PAS. Kenapa tidak, umpamanya, dicetak risalah yang memuatkan pengakuan Karpal Singh sanggup menerima negara Islam? Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian, PAS kalah di semua saluran 2 dan 3 iaitu saluran pengundi muda. Senario ini amat bahaya kerana orang muda sifat asalnya ialah 'anti-establishment'. Namun ia tidak berlaku dalam PRK ini. Akhirnya, ada yang berkata Kerdau tidak mustahil diambil semula oleh PAS dalam PRU akan datang jika gerak kerja tidak terhenti. Ini berdasarkan PRK Ijok pada 2007 di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tewas kepada calon BN K. Parthiban. Tetapi pada PRU 2008 Khalid menang dengan bergaya. Sama ada pengundi Kerdau menyamai ciri-ciri yang serupa dengan pengundi Ijok, itu hanya boleh dijawap oleh mereka sendiri. Namun begitu ada yang mahu PAS menilai semula penyertaan parti itu dalam mana-mana PRK berdasarkan penggunaan berleluasa agensi kerajaan, premis awam dan media oleh BN. Bagi mereka, jika didapati kawasan tersebut dalam PRU pun sukar untuk dimenangi tidak usahlah bertanding. Hujah mereka, kekalahan berturut-turut PAS dalam siri PRK dikhuatiri sedikit sebanyak melemahkan moral pekerja parti dan memburukkan imej di mata umum. |
Hubungan PAS-DAP: Umno umpama ‘paku dulang paku serpih’, kata Pemuda Posted: 09 Mar 2011 04:45 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Dewan Pemuda PAS menyifatkan Umno bertindak "macam paku dulang paku serpih" kerana terus mempersoalkan hubungan parti Islam itu dan DAP sedangkan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan (gambar) berkata, dalam mempertikaikan hubungan dan kerjasama kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, Umno juga bertindak sebagai "paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga." PAS dengan kerjasama DAP dan PKR menjalin kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-12 sebelum membentuk ikatan bersama Pakatan Rakyat. Kerjasama itu membawa kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, yang dipimpin PAS sejak 1990. "Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," kata beliau dalam kenyataannya hari ini. Sehubungan itu soal beliau, siapa yang sebenarnya menjadi alat dan boneka dalam kerjasama seumpama itu. "Bukankah Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasional?" katanya dengan merujuk kepada beberapa perkembangan sejauh mana Umno bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu khususnya Cina. Katanya, sekian lama Umno bertanding di kerusi Parlimen Raub, Pahang akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya Umno terpaksa gadaikannya kepada MCA. Selain itu kata beliau, Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti itu. "Lebih tiga penggal pilihan raya, Umno yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya menambah kerusi di negeri-negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?" katanya. Nasrudin berkata kelihatan Umno dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS. "Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan 'sepanduk' mereka bahawa 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'. "Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini," katanya. Kata Nasrudin, beliau tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini. Namun katanya, ia bukanlah faktor besar dan sebenar, justeru unjuran undi sokong yang diperoleh oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam, sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, Nasrudin berkata, beliau mahub seluruh rakyat khasnya umat Islam mengkaji kebijakan Nabi Muhammad s.a.w bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliah. "Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu." |
Selangor jamin kuota hartanah Bumiputera Posted: 09 Mar 2011 04:30 AM PST SHAH ALAM: Kepentingan masyarakat Bumiputera tetap terpelihara walaupun kerajaan Selangor melaksanakan sistem pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera, kata Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad. "Mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera yang diumum kerajaan Selangor tidak akan menggadai kepentingan masyarakat Bumiputera," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu. Ini kerana, Iskandar berkata, pemaju yang mahu berbuat demikian perlu memohon kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang perlu memaklumkan pemaju dalam masa tujuh hari bekerja bagi setiap permohonan. "Ini hanya dilakukan jika pemaju masih tidak boleh menjual kuota Bumiputera enam bulan selepas mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan dan mesti mendapat kelulusan satu jawatankuasa khas," kata Iskandar dalam kenyataan media, hari ini. Pelepasan kuota hartanah bumiputera sebelum ini diputar belit media TV3 dengan mendakwa kerajaan Selangor 'menghapuskan kuota perumahan Bumiputera'. Iskandar berkata, Jawatankuasa itu akan dipengerusikan beliau sendiri selaku Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan dan akan memberi keputusan dalam masa 14 hari bekerja. Beliau berkata, pemaju tidak boleh menjual kuota Bumiputera sewenang-wenangnya kerana perlu merujuk kepada kerajaan negeri manakala pelepasan automatik hanya diberi jika kerajaan negeri gagal memberi maklum balas mengikut tempoh. "Pelepasan secara automatik untuk kuota Bumiputera boleh diberi apabila kemajuan projek di tapak sampai ke tahap 50 peratus, 75 peratus dan 100 peratus. "Pelepasan untuk tahap 50 peratus adalah 20 peratus, tahap 75 peratus adalah 30 peratus dan tahap 100 peratus adalah 30 peratus, semuanya dari baki kuota. Katanya, mekanisme itu ditetapkan selepas perbincangan menyeluruh dengan pihak berkaitan, antaranya golongan Bumiputera, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, ahli akademik dan individu tersohor dilakukan. |
Suami Isteri Diculik Khamis Lepas Berjaya Melarikan Diri Posted: 09 Mar 2011 04:15 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dan isterinya yang diculik pada Khamis lepas di hadapan rumah mereka di Sunway Kinrara, berjaya melepaskan diri dua hari kemudian. Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd Razak Elias berkata pasangan berkenaan, masing-masing berumur 51 dan 46 tahun, diculik pada pukul 11.55 malam Khamis ketika baru balik dari makan malam oleh dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Balai Polis Shah Alam. Kedua-dua lelaki terbabit mendakwa mereka perlu membawa suami isteri itu ke Balai Polis Shah Alam bagi tujuan siasatan dan tapisan keselamatan, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Selasa. Beliau berkata mangsa yang mempercayai kata-kata suspek itu terus memasuki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam setelah diarahkan, namun secara tiba-tiba mata mereka ditutup manakala tangan pula digari. "Selepas itu, suspek merampas wang dan semua barang berharga mangsa sebelum membawa mereka ke sebuah pondok kecil di kawasan terpencil di Kundang, Gombak," katanya. Abd Razak berkata semasa dalam kurungan, suami isteri itu didera serta dipukul selain dipaksa menyerahkan nombor pin kad ATM di mana suspek telah mengeluarkan semua wang sebanyak RM2,000 daripada akaun mangsa. Malah suspek turut menghubungi seorang rakan niaga mangsa untuk meminta wang tebusan sebanyak RM15,000, katanya. Beliau berkata kedua-dua mangsa digari tangan dan kaki, dan gari kaki turut digarikan kepada rantai yang dipasang pemberat yang diperbuat daripada simen. Bagaimanapun, kata Abd Razak, pada pukul 1 tengah hari Sabtu lepas, gari di kaki ahli perniagaan itu terbuka sendiri dan ini memberi peluang kepadanya untuk membuka gari isterinya sebelum kedua-dua mereka melarikan untuk mendapatkan pertolongan. Orang ramai yang menjumpai mereka di kawasan tersebut telah membawa pasangan suami isteri itu ke Balai Polis Kundang, Gombak untuk membuat laporan, katanya. Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kecederaan di beberapa bahagian badan akibat didera dan dipukul. Abd Razak berkata hasil maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berumur 74 tahun yang juga pengamal perubatan tradisional di rumahnya yang terletak berhampiran dengan pondok tempat mangsa dikurung. "Kita percaya lelaki tersebut adalah rakan subahat dalam jenayah itu dan gerakan mengesan kedua-dua suspek dan seorang lagi rakan jenayah sedang giat dilakukan," katanya. Abd Razak turut menegaskan kes ini tiada kaitan dengan sebarang agenda politik memandangkan ada dakwaan mengatakan salah seorang mangsa culik tersebut aktif dalam politik di kawasan Serdang. Difahamkan laporan polis telah dibuat oleh seorang anak mangsa yang berumur 21 tahun sehari selepas kehilangan ibu bapanya. -BERNAMA |
Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah Posted: 09 Mar 2011 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu 'tugas' Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri. "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau," lapor Malaysiakini. Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan. Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan. Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini. Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan. Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan. Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan. Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi. |
Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis Posted: 09 Mar 2011 03:30 AM PST SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah. Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh perkauman. "Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman. Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya menjauhi amalan ini," kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum. Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum. Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat DAP, Lim Kit Siang berbunyi, "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!". Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik kotor di kalangan penyokong parti. "Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita," katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media selepas laporan itu dibuat. "Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong. "Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam perkara yang mengingkari titah Agong," kata Nor Azizi. Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu. "Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan dan keamanan negara. "Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk menimbulkan kebencian rakyat," kata Taufek. |
Posted: 09 Mar 2011 03:00 AM PST Nazri: Unit Wanita Pertama tidak wujud di JPM KUALA LUMPUR, 9 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul. "Telah dinyatakan sebelum ini bahawa tidak ada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus untuk isteri Perdana Menteri. "Oleh yang demikian tidak timbul elemen-elemen kos tambahan dan kakitangan yang menguruskan isteri Perdana Menteri kerana mereka adalah kakitangan kepada Perdana Menteri," katanya ketika menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011. Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan pegawai-pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Mohamed Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri. Ini termasuk memudahkan kerja-kerja pentadbiran dan surat menyurat bagi mengelolakan jemputan rasmi yang diterima dari luar dan dalam negara, katanya. — Bernamaf |
Sebutan tuntutan fasakh RM400 juta menantu Taib Mahmud 24 Mac Posted: 09 Mar 2011 02:30 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac — Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib. Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir di No. 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di sini, pada 28 Februari lalu. Bagaimanapun, defendan yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini. "Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya. "Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah," kata Rafie. Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu. "Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan," kata hakim itu. Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itu dalam masa terdekat. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rafie memberitahu, Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001. Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya. Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi. Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu. Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit. Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18. — Bernama |
Rais harap Nik Aziz lebih realistik Posted: 09 Mar 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian. Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lepas, adalah tidak relevan. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula. "Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah." Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing. "Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais. Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan