Pulakdah! |
- Setuju Dengan Tun Mahathir, Hidup Mahathir!!
- Pertahanan Cameroon Paling Layak Sekat Safee
- Kenapa Pasangan Ini Bernikah Melalui Panggilan Video Skype?
Setuju Dengan Tun Mahathir, Hidup Mahathir!! Posted: 09 Mar 2011 11:36 AM PST Rakyat Malaysia Harus Mempunyai Semangat Juang Pertahan Negara KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah. Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di sini Selasa. ************************************************************ Masalah bagai kebanyakan pembaca Malaysia Today adalah bahawa mereka akan tidak bersetuju dengan segala yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan walaupun benar. Dan dalam masa yang sama, mereka akan bersetuju dengan segala yang dikatakan pemimpin pembangkang walaupun mereka salah. Kita mestilah bersetuju jika pendapatnya betul - atau tidak bersetuju jika tidak betul, barulah kita tidak menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. Lihat apa yang Dr Mahathir katakan di atas: Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya. Oke, sebelum anda merasa lebih keliru dan 'berbelit-belit', berhenti, tarik nafas dalam-dalam, dan lihat apa maksud Dr Mahathir. Dan cuba cari apa yang salah dengan apa yang dikatakannya? Apa yang dia katakan adalah benar. Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya. Sekarang, apa pula maksud Dr Mahathir tentang 'musuh negara'? Mari saya senaraikannya, tidak perlu mengikut urutan keutamaan. Senarai paling atas sekali adalah ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka, korup, dan mencuri wang pembayar cukai dengan susah payah. Majoriti mereka ini berada di dalam Barisan Nasional dan beberapa diantaranya di dalam Pakatan Rakyat. Orang-orang ini boleh digolongkan sebagai 'Musuh Nombor Satu' yang kita perlu tentang untuk mempertahankan Malaysia. Oleh kerana itu kita perlu menendang mereka keluar pada pilihan raya akan datang. Dan untuk melakukannya kita perlu mendaftar sebagai pemilih dan memastikan bahawa kita keluar untuk mengundi. Senarai saya yang seterusnya ialah pegawai kerajaan / kakitangan awam korup, termasuklah Menteri. Mereka menghabiskan banyak wang negara, wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kemudahan pendidikan, jalan, dan yang lainnya. Sekolah, hospital dan perumahan bagi masyarakat miskin boleh dibina dengan berbilion-bilion wang negara yang telah dibazirkan selama 35 tahun terakhir sejak pertengahan 1970-an. Malaysia telah memperoleh dan menghabiskan lebih kurang RM2,000 bilion sejak pertengahan 1970-an. Dua trilion ringgit itu adalah duit KITA. Ketiga dalam senarai saya adalah kumpulan fanatik, rasis, pengamal ajaran agama yang 'aneh' kerana tiada toleransi agama kepada agama lain, warga Malaysia yang menilai orang lain dengan piawaian 'sesat' mereka, orang-orang munafik yang mengutuk orang lain tetapi sebenarnya syaitan yang menyamar sebagai malaikat, hanya mereka yang tahu jalan ke syurga dan neraka. Keempat mereka yang BANYAK cakap, mereka yang mengatakan pelbagai hal yang buruk tentang kerajaan tetapi tidak melakukan tugas mereka untuk mengubah kerajaan. Anda boleh jumpa ramai daripada golongan mabuk ini di Long Bar, Selangor Club. Berbuih mulut mereka berkhutbah kepada anda tentang apa yang salah dalam negara tetapi tidak pernah mengundi seumur hidup mereka. Bahkan beberapa diantara mereka tidak berdaftar sebagai pemilih. Kelima adalah golongan mereka yang bersetuju bahawa negara ini akan hancur dan musnah tetapi mereka masih tetap memilih kerajaan yang mereka kutuk kerana atas alasan cari makan. Beberapa orang ini berpendapat bahawa lebih baik mereka menyokong iblis yang mereka kenal daripada malaikat yang mereka tidak tahu. Mereka mengatakan bahawa sekurang-kurangnya dengan kerajaan korup kita boleh mendapatkan sesuatu dengan membayar 'di bawah meja'. Kesimpulannya, rasuah tidak akan dapat dilakukan jika ada kerajaan yang bersih. Keenam dalam senarai saya adalah hakim yang memberikan kehakiman berdasarkan apa yang baik untuk kerjaya mereka dan untuk memastikan 'kenaikan pangkat' mereka tidak terhalang dan mereka tidak akan dihantar ke dalam 'peti sejuk'. Hakim-hakim ini akan melakukan apa yang tuan politik mereka inginkan dan bukan apa yang undang-undang tetapkan. Ketujuh adalah pegawai polis korup yang melayani tuan politik mereka, melindungi dunia 'bawah tanah', membunuh 'penjenayah yang mereka tidak boleh dapatkan cukup bukti untuk perbicaraan', dan masukkan semua orang yang menentang kerajaan ke dalam penjara di atas tuduhan palsu. Kelapan adalah Suruhanjaya Pemilihan Raya (SPR) yang memastikan Barisan Nasional tidak akan dikalahkan dengan menjalankan pilihan raya yang penuh penipuan. Kesembilan adalah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang memastikan semua ahli politik Barisan Nasional korup terlepas daripada hukuman, malah mereka memalsukan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan menghumban mereka ke penjara. Kesepuluh adalah editor dari media elektronik dan media cetak aliran perdana yang mengubah stesen TV radio / dan surat khabar menjadi alat propaganda parti yang berkuasa. Ada banyak lagi 'musuh' dalam negara ini seperti BTN, VC di universiti dan sebagainya, yang semua ini amat merugikan negara. Namun demikian, sepuluh senarai utama di atas adalah musuh Malaysia seperti yang Dr Mahathir katakan untuk kita lawan. Jadi, kenapa kita tidak bersetuju dengan Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan adalah sangat benar dan kalau ia mengatakan sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengannya. Kita harus mempertahankan Malaysia melawan musuh negara. Dan ada banyak musuh yang perlu kita kalahkan. Seperti Dr Mahathir berkata: rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah. Hidup Mahathir! |
Pertahanan Cameroon Paling Layak Sekat Safee Posted: 08 Mar 2011 10:24 PM PST BANDUNG - Pemain pertahanan yang berasal dari Cameroon Abanda Herman dianggap paling layak untuk menyekat pergerakan penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Malaysia Safee Sali pada pertemuan di Persib Bandung, Stadium Singaperbangsa, Karawang, Sabtu ini (12/3/2011). Menurut Pengurus Viking Persib Club, Yana 'Bool', secara kualitinya Abanda mampu menyerap serangan penyerang seperti Safee. Apatah lagi Abanda juga dibantu oleh pemain pertahanan lain, seperti Maman Abdurahman dan Nova Arianto. "Saya rasa, Abanda Herman dapat mengawal Safee Sali, apalagi permain Safee Sali kan sebenarnya biasa-biasa saja. Jadi tak perlu terlalu dikhawatirkan," ujar Yana seperti yang dilaporkan oleh INILAH.COM, Rabu (9/3/2011). Dengan kualiti pemain pertahanan yang hampir sempurna, menurut Yana, pasukan dari Bandung akan dengan mudah menghalang serangan-serangan pasukan Pelita Jaya yang terkenal dengan gelaran The Young Guns tersebut. "Satu lagi yang perlu diwaspadai, adalah jangan terlalu mengamalkan perangkap off side, kerana Safee Sali merupakan pemain yang mampu berlari kencang," tambahnya. Yana turut mengingatkan agar pemain pertahanan Persib jang terlalu fokus pada satu orang, Safee Sali saja. Pemain lain harus turut diberikan perhatian. Ini kerana Pelita masih mempunyai pemain-pemain berkualiti yang lain selain Safee, seperti Juan Martinez. "Jelas, pemain lain juga harus dikawal ketat. Takut jika pertahanan kita bukan dibolosi dari Safee Sali, tapi dari penyerang lainya," katanya. |
Kenapa Pasangan Ini Bernikah Melalui Panggilan Video Skype? Posted: 08 Mar 2011 06:49 PM PST Gara-gara calon pengantin lelaki sakit ketika tetamu undangan sudah datang malah sejauh dari Korea Selatan, maka majlis pernikahan tetap dijalankan. Namun kerana pasangan ini terpisah dalam jarak sejauh 11 kilometer maka mereka terpaksa menikah melalui Skype. Pasangan pengantin Samuel Kim dan Helen O menikah dan mengatakan,"Ya aku sedia menikah denganmu," di depan layar komputer dan disaksikan kira-kira 500 tetamu undangan dan ahli keluarga di Fullerton, California Selatan, Amerika Syarikat (AS). Para tetamu menonton melalui layar besar ketika pasangan warga Korea yang berusia 27 tahun berdiri sendirian dari tempat masing-masing. Helen berada di Gereja Ministries dan Kim berada di RS UCI Medical Center di Orange County. "Helen sayang, aku minta maaf tak dapat berjalan menuju ke altar denganmu namun ia hanyalah sehari. Kita akan hidup bersama selamanya. Saya berjanji untuk menjadi suami yang sempurna untuk membalas semua kebaikanmu," katanya. Kim pada mulanya ingin menunda pernikahan mereka kerana mengalami jangkitan paru-paru, namun tunangnya Helen, tetap mahu agar pernikahan mereka diteruskan. Lima juru kamera merakam acara majlis ini dalam dua layar yang terpisah, Kim melihat melalui laptop di biliknya yang dipenuhi oleh bunga yang disediakan jururawat. Skype adalah khidmat panggilan video percuma dan juga merupakan satu dari perkhidmatan yang ketika ini memiliki ramai pengguna. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan