A Mum Of Three Mohd |
- Tak cukup lagi, kot??
- Alhamdulillah dan tahniah
- Jeng... Jeng.... Jeng....
- Fuiyooo.... !! Gila tu....
Posted: 02 Mar 2011 06:12 AM PST Tarikh bagi mentekedarah duit rakyat dilanjutkan sehingga 10 Mac. Kesian.... nampak sangat kerajaan terdesak, hadapkan duit rakyat untuk mengisi kantungnya yang semakin runtuk menenuhi kantung mereka yang semakin ringan. Maklumlah... dengan 2 PRK yang sedang on-going, mereka terpaksa guna banyak wang untuk tabur gula-gula serta untuk menampung kos mengelolakan dua PRK tersebut. Bukan sikit duit, banyak ooooo.... Dalam keadaan tak berduit, kerajaan masih boleh berlagak untuk membuat pelbagai janji manis atas nama pembangunan untuk memancing undi. Mau tak mau,terpaksa beb!! Dah pokai.... Duit yang dah keluar mesti diganti semula, kalau tidak.... parah. Jadi, cara paling mudah ialah dengan mentekedarah duit rakyat. Fast cash beb!! Well... kepada mereka yang banyak duit dan suka sedekah duit segera kepada kerajaan dengan begitu saja, anda bolehlah berbuat demikian sementara diskaun masih ditawarkan sampai 10 Mac ini. Lain kali, berwaspada.... jangan biarkan diri anda diperangkap dan terperangkap dengan saman-saman gilerr ini. Daripada anda sedekahkan duit itu kepada kerajaan, lebih baik anda sedekahkan untuk keluarga. Lebih afdal, gitu.... |
Posted: 02 Mar 2011 12:52 AM PST Belek... belek... akhbar arus perdana online, tapi tak nampak pun berita ini. Cer kalau berlaku pada kepada pihak mereka... pasti gempak punya!!Pasti heboh satu Malaysia, dicanang. TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi. Apa-apa pun... alhamdulillah kerana Allah SWT telah bukakan pintu hati mereka untuk bersama kita dalam menegakkan perjuangan Islam. Tahniah!!Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri. Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno. Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno. Dalam ucapan ringkas bagi mengalu-alukan penyertaan beliau, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS berharap penyertaan beliau bersama 11 ahli Umno yang lain akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25. "Beliau yang sangat berpengaruh di Jengka 25 adalah pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia," tambah Tuan Ibrahim.- Harakah Daily |
Posted: 01 Mar 2011 08:00 PM PST Surprise... Surprise...... Don't be surprise!! Siapa Lelaki Y?? Don't be terkezut!! Tanda-tanda umpan nak masuk perangkap dah semakin ketara. Cuma sekarang, para pembela sedang berusaha untuk membukti.... ada something yang tak kena dengan perangkap yang digunakan. Berjaya atau tak berjaya.... kita tunggu saja. Fuiyo... begitu bersungguh-sungguh mereka nak mendaftar masukkan Anwar, ke hotel 5 star mereka. Lepas satu perangkap ke satu perangkap digunakan. By hook or by crook , mereka nak juga Anwar jadi menghuni Hotel 5 star mereka tu. Amboi.... amboi.... Begitulah hebatnya seorang Anwar. Anwar yang digeruni. Anwar yang ditakuti. Anwar yang tak bisa bikin puak-puak sang pemerintah tidur lena. Mengingau ngeri dan mimpi buruk sepanjang masa. Isy.... isy.... isy.... Lantas... Anwar yang merupakan ancaman dan musuh nombor satu mereka mesti di'kaput'kan dan disumbat ke dalam penjara, agar mereka bebas untuk bermaharajalela. Yahooo.... Anwar tiada, Malaysia ana yang punya!! Ha... ha... ha... Komer punyer, ekk?? Yer ler tu!! Apakah perencanaan mereka akan berjaya?? Tunggu dan lihat.... Mereka merancang, namun.... perancangan Allah SWT lebih hebat lagi. |
Posted: 01 Mar 2011 05:14 PM PST Sempena PRK Kerdau, satu 'Fiesta Minta Itu Ini' telah dianjurkan oleh UMNO/BN dan dikelolakan oleh Persatuan PIBG SMK Kerdau, yang juga bertindak sebagai tuan rumah. Fuuhhh....!! Meriah sekali pesta ini, kerana sambutan yang diberikan begitu happening. Banyak warga pendidikan di Kerdau diwajibkan hadir, manakala para ibu bapa pula, tidak melepaskan peluang ini, untuk meminta itu dan ini untuk pendidikan anak-anak mereka di kawasan Kerdau. Peluang keemasan yang bukan selalu datang oi.... MP meninggal baru ia datang. Jadi... mereka merebut peluang ini tanpa banyak berfikir lagi. Ho... ho... ho... Yo... yo... yo.... Nak apa...?? Cakap!! Bilik darjah!! Okay....!! Kita bagi juga dewan, bangunan tambahan yang lengkap dengan itu dan ini. Jangan susah hati. Kerajaan akan bagi!! Fuiyo.... nak itu dan nak ini. Semuanya okay sokmo. Mintak jangan tak mintak. Jam ini.... semuanya okay. Janjinya.... akan dapat belaka. Tapi tak tahu nak kata ler, janji pancing undi ni?? Bukan sikit duit yang dijanjikan untuk adakan itu dan ini. Banyak duit oooo.... Entahkan dapat entahkan tidak. Entah-entah, habuk pun tarak. Apabila tamat PRK... tungguler pilihan raya lagi satu pulak. Tunggu ler PRU13 ke atau lepas nanti ada YB mati lagi ke?? Janji yang sama akan ditaburkan. Fiesta yang sama akan diadakan. Cuma kali nama fiesta jer yang akan digantikan. Masa tu .... 'Fiesta Pancing Undi' pulak kot. Jangan berharap sangat, jangan percaya sangat. Poket kerajaan tengah kering.... mana mereka nak cekau duit untuk tunaikan semua janji-janji tersebut. Semua sketsa tu.... setakat janji nak sedapkan hati dan nak mengecek undi jer, tak lebih daripada itu. Kalau kalau kamu nak jadi orang yang tak berotak dan berakal, undilah UMNO/BN. Tetapi.... kalau nak jadi insan cerdik yang mengunakan akal yang Allah SWT anugerahkan, undi PAS/Pakatan Rakyat. Jadi.... ketuk kepala tanya otak. Tepuk dada... apa kata hati. Semoga kamu membuat pilihan yang baik, insyaallah.... |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan