Rabu, 2 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa kata PAS tiada isu di Kerdau??

Posted: 02 Mar 2011 06:25 AM PST

Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunyalah telah menyesal membuat cabaran bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau. Kenyataan tersebut kini ternyata meleset. Sidang Akhbar semalam telah kami mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih belum menjawab apa-apa dakwaan kami.


Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri seumpama tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur yang telah pun diarah bayar oleh mahkamah. Semacam telah jatuh ditimpa tangga kerajaan Adnan Yaakob kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag'n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan.

Sidang ahkbar hari ini kami terus mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Tidak mudah menggula-gula rakyat kini, kecuali pengundi yang tidak terdedah selain dari makulmat media perdana Barisan Nasional.

Kempen kam telah membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara. Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan terdahulu dari PRK ini, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan untuk meyakinkan pengundi di Kerdau supaya menyokong calon mereka.

Buat pengetahuan semua, janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Sesungguhnya bekalan air bersih bukan sahaja tidak ada di kampung orang asli bahkan 10 kampung tradisi di pinggir sungai pun tak tergendala bekalan air bersihnya termasuk Kampung Galok, Galok Kecil, Telok Santong, Desa batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir, Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar. Najib dan Adnan buat apa selama ini. Ingatkan hanya pedalaman Sarawak dan Sabah sahaja yang tidak ada bekalan air bersih! AstaghfirulLah! Ini lah tradisi membela rakyat. Terima Kasih Umno/BN!

Justeru kerana itu, maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa "Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu".

Ya lah, dah tak buat kerja selama hari ini, mestilah segera hendak menangi hati-budi pengundi. Maka berikan sogokan mee-segera. Sampai Qiyamatlah orang Kerdau dan orang Kulau Krau bahkan Pahang di takok ini,kalau bersedia disogok dan dikelabui mata mereka dengan segala 'sogokan' rasuah ini.

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau "You help me, I help you!". Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu.

Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan "Mengakhiri Zaman Miskin". Boleh kah begitu sahaja? Mudahnya.

PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1954). Rakyat wajar memilih calon PAS bagi mengejutkan pemimpin Umno/BN dari tidur mereka yang terlalu lama. Mereka akan melutut kepada rakyat sebaik sahaja PAS menang dan rakyat akan terbela. Itu resipi mujarabnya untuk Umno/BN yakni kalahkan mereka!

Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

Adnan masih percaya PAS ketandusan modal untuk berkempen? "Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut: "Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu". Anda silap Adnan! Anda cari nahas sendiri.


by Dr. Dzul

Taib Terdesak.

Posted: 02 Mar 2011 04:51 AM PST

KUCHING: Kerana bimbang dan terdesak, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak.

Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak.


Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang.

Demikian menurut satu sumber dalaman dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini ketika menghubungi FMT hari ini.

Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini.

"Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi," kata sumber itu lagi.

Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini.

Maklumat risikan

"Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak.

"Walaupun Taib berpendapat, angin perubahan dari Semenanjung bergerak perlahan ke Sabah dan Sarawak tetapi perbezaan masa tiga tahun selepas PRU lalu tidak mustahil 'mood' yang sama telah menyusup di Sarawak," kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, bagaimanapun pada masa ini Taib masih positif bahawa BN Sarawak yang diterajuinya masih dapat mengekalkan pemerintahan di negeri itu.

"Walaupun sumber maklumat itu memaklumkan kepada beliau, BN masih mampu mengekalkan kerajaan negerinya namun ia tidak cukup untuk melegakannya.

"Sebabnya Taib juga dimaklumkan selain BN akan mengalami penyusutan majoriti undi, pembangkang juga mungkin dapat menambah beberapa kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak," katanya lagi.

Kebangkitan rakyat Arab bimbangkan Taib

Selain itu, sumber itu juga memberitahu, perkembangan mutakhir tentang kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Afrika Utara dan Timur Tengah, khususnya di Mesir dan pendakwaan beberapa bekas menteri di negara ini atas tuduhan rasuah, juga agak merisaukan Taib.

"Semenjak isu kebangkitan rakyat Mesir meletus, beliau banyak bercakap tentang bekas Presiden Mesir dan Tunisia iaitu Hosni Mubarak dan Zine el-Abidine Ben Ali dan bunyi nadanya semacam risau.

"Saya taklah cakap dia ada salah guna kuasanya atau mengamalkan rasuah sepanjang dia memerintah, tapi mungkin disebabkan ada beberapa persamaan antara mereka seperti tempoh pemerintahan yang amat panjang agaknya.

"Ditambah pula persamaan lain dengan mempunyai ramai ahli keluarga, saudara terdekat dan teman rapat yang terlibat dalam perniagaan yang berskala besar hingga jadi jutawan pun ada," tambahnya lagi.

"Selain itu pendakwaan terhadap dua bekas Menteri Pengangkutan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah juga membuatkan dia merasakan perlu untuknya terus berkuasa di negeri ini," ujar sumber itu lagi.

Ketika ditanya pihak yang memberikan maklumat risikan itu, beliau yang mendakwa telah berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak lebih sepuluh tahun enggan mendedahkannya – samada daripada Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia mahupun risikan yang dibuat oleh jentera parti BN sendiri.


Free Malaysia Today

Buku Jingga hanya umpan politik – Dr M

Posted: 02 Mar 2011 03:40 AM PST

Nampak melalut dah orang tua ni...



SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.

Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.


"Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

- Bernama

Saya pernah diupah ganggu ceramah PAS - Bob Lokman

Posted: 02 Mar 2011 02:33 AM PST



TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.


"Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

"Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf," ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti "Isabela" dan "Pada syurga di wajahmu" itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

"Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

"Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan," kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

"Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni," tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam."

Harakahdaily

Video : Anwar di Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 12:49 AM PST



Video dari Mediarakyat

Apa guna lulus Al Azhar tapi tolak Islam?’

Posted: 01 Mar 2011 11:06 PM PST

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau lebih baik dari calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

"Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.

"Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkhendakan Islam," kata Nasruddin kepada FMT ketika dihubungi hari ini.


Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas perbandingan kelulusan antara Syed Ibrahim dan Hasanuddin yang menjadi perbualan di Kerdau.

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

Mengulas lanjut perkara ini, Nasruddin berkata, dari sudut kelulusan ia tidak semestinya dari Al Azhar sahaja.

"Apa yang penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon kita (Hasanuddin)," tegas Nasruddin.

Ketua Pemuda PAS itu juga menegaskan bahawa kempen PAS khususnya yang membabitkan Pemuda berbeza sedikit bagi disesuaikan dengan suasana di Kerdau.

Menurutnya, pengundi Melayu masih mengekalkan sokongan kepada PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum 2008.

"Tidak benar mengatakan bahawa pengundi Melayu tidak lagi menyokong PAS tapi pengundi Melayu di kawasan Felda dan kampung Melayu tradisional dari dulu lagi menyokong BN," tegasnya.


Free Malaysia Today

Manusia 'Busuk Perut' berkeliaran di Merlimau..

Posted: 01 Mar 2011 10:56 PM PST



Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.


Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.


Malaysiakini

Pelancaran buku Jingga buat UMNO Penang 'ghaflah jingga'

Posted: 01 Mar 2011 09:01 PM PST



Nampaknya pemimpin UMNO Pulau Pinang pula yang ghaflah jingga atau kusut atau boleh juga dikatakan serabut denga pelancaran buku jingga ole Guan Eng baru-baru ini katanya rakyat akan lebih keliru bila membacanya.. hakikatnya beberapa agenda atau idea yang dinyatakan didalam buku tersebut telah diciplak oleh UMNO/BN..

Ghaflah jingga hingga mengeluar kenyataan yang jelas kurang bijak mengenai janji DAP untuk merobohkan pondok Tol di Sungai Nyior dan memansuhkan kutipan tol jika menang pilihan raya..


Pondok Tol yang terletak di Lebuhraya Sungai Nyior itu hakikatnya bukanlah terletak dibawah kuasa atau pentadbiran kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat iaitu UMNO/BN, dan hasil kutipan Tol tersebut bukanlah milik Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana Lebuhraya itu telah diswastakan oleh kerajaan UMNO/BN kepada kroni depa la...

Jadi kalau dah terletak dibawah bidang kuasa Pusat macam mana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang nak merobohkannya tanpa menghadapi tindakan undang-undang dari Pusat?

Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu lagi "Kalau setakat beri RM100 setahun kepada warga emas dan orang miskin, tidak perlu nak menjaja kononnya Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji pilihan rayanya.

Tak perlu menjaja pemberian RM100 tu... tapi itu jauh lebih baik dari mengumpul kembali dari warga emas itu dan disimpan didalam saku pemimpin-pemimpin UMNO tu..

Kata bodoh marah.. tapi tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang jelas bodoh atau berpura-pura bodoh.

Bikin rakyat 'ghaflah jingga'

GEORGETOWN - Buku Jingga yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kelmarin adalah sebuah risalah yang akan membuat rakyat 'ghaflah jingga' atau lebih pening dan keliru apabila membacanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, buku itu hanya sandiwara pembangkang untuk mengabui mata rakyat demi meraih sokongan sedangkan hakikatnya mereka tidak berupaya melaksanakannya.

Beliau berkata, mereka tidak perlu membuat janji baru jika menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 sedangkan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu (ke-12) pun masih banyak yang tidak dilaksanakan.

"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan buku itu kerana PR ternyata gagal menunaikan janjinya selama ini.

"Dahulu DAP janji nak robohkan plaza tol Sungai Nyior dan memansuhkan kutipan tol jika menang pilihan raya. Tetapi sampai sekarang iaitu hampir tiga tahun memerintah janji hanya tinggal janji," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam mengulas tindakan Kerajaan Negeri melancarkan Buku Jingga dan mengedarkan kira-kira 500 naskhah pada majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) di Komtar kelmarin.

Ketika melancarkannya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Pulau Pinang adalah negeri kedua yang melancarkan Buku Jingga yang memaparkan 10 perkara yang bakal dilakukan PR dalam tempoh 100 hari pertama jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Sehubungan itu, Musa mencabar Guan Eng agar menunaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya ke-12 terlebih dahulu sebelum membuat janji baru kepada rakyat.

"Kalau setakat beri RM100 setahun kepada warga emas dan orang miskin, tidak perlu nak menjaja kononnya Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji pilihan rayanya.

"Janganlah nak bohong kepada rakyat. Rakyat sudah cerdik dan akan menilai semua janji yang dibuat oleh PR. Kita tengok dalam pilihan raya umum akan datang kerana rakyat akan membuat keputusan dan penilaian sebenar," katanya.

Menurutnya, kemajuan dan pembangunan yang sedang dikecapi Pulau Pinang sekarang ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat selama ini yang tidak mengabaikannya walaupun pembangkang membuat pelbagai tuduhan palsu.

:"Kalau nak harap Kerajaan Negeri, Pulau Pinang tidak akan membangun dan pesat seperti yang dapat dilihat sekarang ini.

"Saya minta dia jawab atau senaraikan projek yang sudah dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Musa berkata tanpa bantuan Kerajaan Pusat, Pulau Pinang pasti akan mundur seperti yang boleh dilihat kepada pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik.

"Kerajaan Negeri kata ada lebih wang puluhan juta tetapi kenapa jalan yang berlubang pun tidak boleh diturap semula. Tong sampah yang rosak pun tidak boleh diganti baru.

"Jadi tak payah cakap atau nak janji benda besar sedangkan keperluan asas rakyat pun tidak mampu disediakan selama ini," katanya.

Sinar Harian

UMNO ikut perangai diktator Mesir dan Libya..

Posted: 01 Mar 2011 07:33 PM PST

MERLIMAU: Perangai mengkaya-raya anak hingga menjadi jutawan yang berlaku di kalangan diktator Mesir mahupun Libya, sudah lama berlaku di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sebahagian penduduk Merlimau yang mengikuti ceramah Anwar

Beliau berkata, penyenaraian Mokhzani Mahathir dan Nazir Razak sebagai antara anak Melayu paling kaya di Malaysia membuktikan hanya anak pimpinan tertinggi negara atau kroni Umno Barisan Nasional (BN) sahaja dilimpahi kontrak mewah.


"Siapa sangka, Saif al Islam – anak Gadaffi kaya-raya? Dulu kita tidak pernah dengar kerana medianya – 'Utusan Libya' tidak siar berita itu. Kini, semuanya terdedah dan rakyat Libya bangkit melawan. Begitu juga anak Hosni Mubarak, Gamel juga kaya raya.

"Di Malaysia, yang kaya raya siapa? Anak Mahathir, adik Najib. Masuk senarai paling kaya di Malaysia," katanya dalam ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk tempatan, sambil menambah seorang lagi ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang kroni Umno BN.

Saif adalah anak kedua dari isteri kedua Gadaffi, Safia Farkash manakala Gamel adalah anak bongsu Hosni Mubarak – dua-duanya dikatakan mengumpul kekayaan ketika bapa mereka masih berkuasa.

Mengikut kaji selidik majalah Malaysian Business, Mokhzani yang menerajui Kencana Petroleum menghimpun kekayaan RM1.6 bilion manakala Syed Mokhtar pula memiliki kekayaan RM8.84 bilion.

Nazir yang mengetuai Kumpulan CIMB melonggok kekayaaan RM145 juta turut memasuki senarai orang paling kaya di Malaysia, baru-baru ini.

Anwar berkata, Mokhzani sekalipun tergolong sebagai orang paling kaya, baru-baru ini menjadi antara tiga individu yang dikurnia kontrak minyak bernilai RM2.45 bilion.

"Mereka terlibat dalam usaha mencari gali minyak di Sudan dan Iraq," katanya yang kesal lantaran kekayaan negara hanya berlegar-legar di kalangan pimpinan Umno BN, ahli keluarga dan kroni mereka.


keadilandaily

Dokumen Bukti Hubungan Apco-Israel didedah Anwar

Posted: 01 Mar 2011 05:43 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.


"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.

Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.


Keadilan Daily

Tiada ulasan: