Rabu, 2 Mac 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO TERNYATA YG SITUNGGANGI OLEH MCA...

Posted: 02 Mar 2011 09:02 AM PST



Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.
"Dakwaan ke atas (Tan Sri) Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas (Tun) Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?
"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.
Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.
"Dalam kes Kong Choy, nampak lebih jelas lagi trend terkini Umno yang menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) atas semua kelemahan parti itu.
"Asal ada kelemahan dan kesalahan Umno, Abdullah dipersalahkan.
"Memang benar Abdullah Perdana Menteri ketika Kong Choy didakwa menipu. Tetapi Najib sebagai timbalannya ketika itu dan para menteri Umno lain buat apa?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.
Kalau Najib dan para menteri Umno lain menyatakan mereka tidak tahu Abdullah ditipu, mereka tidak bertanggungjawab kerana membiarkan Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bertindak sesuka hatinya, kata Mahfuz.
Kalau mereka tahu dan membiarkan Abdullah ditipu, katanya lagi, mereka sebenarnya bersyubhat melakukan penipuan.
"Yang jelas, sama ada yang menipu atau ditipu, kedua-kedua pihak tidak layak memerintah negara ini. Yang menipu jahat dan yang kena tipu pula bodoh dan jahat.
"Yang ditipu juga jahat kerana tetap gila kuasa walaupun bodoh dan mudah ditipu," kata Mahfuz.
Ketika rakyat di negara-negara lain bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka, beliau menyifatkan amat malang bagi negara ini jika rakyat terus membiarkan orang-orang jahat dan bodoh menjadi pemerintah.
Isnin lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.
Pada 29 Julai tahun lalu, Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

DEDAH STRATEGI TERLALU AWAL BAHAYAKAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 02 Mar 2011 06:22 AM PST

SHAH ALAM, 2 Mac: Pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Demikian kata Pengarah Komunikasi PKR yang juga Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya.

Semalam Tan Sri Muhyidin Yassin terus menerus menuduh pelaksanaan buku Jingga akan memufliskan negara.

Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," kata Nik Nazmi.

Harakahdaily difahamkan, Jasa yang terletak di bawah Kementerian Penerangan juga menganjurkan diskusi khas mengenai Buku Jingga. Turut dijemput adalah pemimpin Perkasa iaitu, Dr Zubir.

Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan.
Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula. Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.

Bayaran sebanyak RM5000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi Felda masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

Pakatan telah mengumumkan bahawa Felda Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan ketiga Felda.

Malang sekali, kata Nik Nazmi, ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga," katanya.

POLIS TRAFIC MANA? SAMMANLA CALON UMNO NI DAH ADA BUKTI MA..

Posted: 02 Mar 2011 01:11 AM PST


USAHA UMNO UNTUK MENANG DI PERAK KETERLALUAN?

Posted: 01 Mar 2011 10:51 PM PST

Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

chan ming kai @ zeng min kai 02Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (kanan) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry (bawah, kiri) memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

NONEKerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

pertambahan undi pos di perakSebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan.

FATWA PAS YG SESAT

Posted: 01 Mar 2011 09:34 PM PST

March 02, 2011
Salahuddin Ayub.
JASIN, 2 Mac — PAS menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "tidak layak" untuk membuat keputusan bahawa fatwa dikeluarkan parti Islam itu, yang seringkali menjadi tumpuan ketika pilihan raya, adalah songsang. Sambil mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nika Mat, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihak yang layak untuk membuat keputusan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Muhyiddin yang hanya Timbalan Perdana Menteri.
Isu fatwa juga mendapat perhatian ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang Januari lalu.
"Kita perlu membuat penyelarasan tetap dalam perkara-perkara penting terutamanya yang melibatkan agama, Nik Aziz adalah seorang yang berautoriti untuk mengeluarkan pandangan dan memberikan respons berkaitan agama Islam.
"Mungkin kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz selama ini tidak selari dengan Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, sekiranya Muhyiddin merasakan pandangan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi PAS itu tidak betul, beliau perlu membawa perkara tersebut ke Majlis Fatwa Kebangsaan bukan membuat keputusan sendiri.
"Kalau Muhyiddin rasa tak betul, beliau boleh buat penyelarasan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, sebenarnya ia harus dijawab secara intelektual termasuk ulama dan juga mereka yang pakar (dalam hal agama).
"Jadi percanggahan pendapat yang wujud ini harus dijawab secara lebih baik dan intelektual oleh ulama dan mungkin juga Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menuduh PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa songsang untuk mengelirukan akidah orang Islam selain mahu mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Kelmarin Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno mendakwa, orang Islam tidak memerlukan sebarang fatwa baru apatah lagi fatwa songsang dikeluarkan PAS terutamanya Nik Aziz.
Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.
Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.
Terlebih dahulu dalam sidang media yang diadakan, Salahuddin meminta agar jentera pilihan raya Umno-BN tidak melakukan keganasan termasuk membuat provokasi ketika parti Islam itu mengadakan program.
Semenjak kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau bermula Sabtu lalu, PAS-Pakatan Rakyat mendakwa diganggu oleh jentera pilihan raya Umno-BN yang menyaksikan beberapa insiden berlaku termasuk pentas DAP terbakar, cermin kereta pecah dan tayar kereka dipancitkan ketika ceramah.
"Kita nak kempen secara sihat, tiada keganasan berlaku... ini jaminan kita.
"Tapi kenapa ceramah yang kita adakan sentiasa ada gangguan? Ini provokasi yang sengaja dirancang, jadi saya minta ia dihentikan," kata Salahuddin.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

WAU..DUIT BEGITU BANYAK UNTUK ISRAEL...UNTUK RAKYAT CUMA BARANG NAIK CILAKA UMNO

Posted: 01 Mar 2011 08:45 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.
Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.
"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.
"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.
"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.
Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.
Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.
Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.
Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.
Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.
Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

TIRU MACAM SAYA MUA HA HA..

Posted: 01 Mar 2011 07:30 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor.

NONESebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.

Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

ali rustam and umnoDalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Musuh peribadi

"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Usaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.

Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.

rosmah mansor singingLagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"
Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

azlan"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
RM88 bilion dibawa keluar negara
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
NONEAnwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.
Bangkit buat perubahaan

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

dr siti mariah interview 300408 01"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.

Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya

JANJI SPRM SIASAT ALI RUSTAM..SETAHUN LAGI KOT..HU HU..?

Posted: 01 Mar 2011 04:38 PM PST

PAS Melaka mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengotakan janjinya untuk tidak "pilih bulu" dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna wang zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (Maim) oleh kerajaan negeri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari memberitahu, beliau telah dipanggil SPRM semalam untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat Rabu lalu mengenai perkara itu.
Beliau memberi keterangan beserta bukti-bukti kepada SPRM dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari semalam.
Adly berkata, selepas mengambil semua keterangannya, pihak SPRM berjanji untuk menyiasat secara menyeluruh tanpa mengira jawatan mengenai dakwaan salah guna wang zakat berjumlah RM13.85 juta itu, termasuk menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"Janji daripada SPRM, mereka  akan telus untuk siasat dakwaan ini, tak pilih bulu dan akan siasat dari atas sampai ke bawah.
"Jadi harap SPRM dapat kotakan janji. Saya sendiri akan pergi ke SPRM dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Merlimau, dekat sini, hari ini.
Laporan yang dibuat itu membabitkan empat perkara iaitu penggunaan wang zakat RM13.85 juta oleh kerajaan negeri, penyerahan hak milik tanah Maimn kepada Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) walaupun kontrak telah tamat, penjualan tanah oleh RMSB kepada pihak ketiga dan keengganan Maim mengambil tindakan terhadap RMSB.
Kegagalan Ali Rustam sebagai pengerusi Maim menguruskan tanah berkenaan telah mengakibatkan kerugian kepada Maim.
Projek pembangunan secara usahasama dengan RMSB telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.
Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usahama ini telah mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kpmpleksnya.

Tiada ulasan: