Sabtu, 26 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jom Demo anti-politik lucah - Dr Asri

Posted: 26 Mar 2011 09:19 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. "Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya. Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.


"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.


Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. "Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.


Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. "Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.


"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.


Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi - mkini

Tentang politik selak kain ...

Posted: 26 Mar 2011 08:10 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan "kebencian rakyat" terhadap "politik lucah dan kotor."

Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.


Rakaman itu didedahkan oleh tiga "Datuk T" kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik. Masing-masing pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PR kini terlibat dalam perang kenyataan - berkaitan soal moral dan konspirasi politik.

Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin parti itu dan BN, tetapi presiden Umno itu kelmarin menafikan pihaknya terlibat dalam konspirasi yang dimaksudkan ketua pembangkang tersebut.


"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," kata Asri (gambar) dalam satu kenyataan hari ini, yang menggariskan lima perkara yang perlu diamalkan bagi mengelakkan politik lucah dan kotor daripada berlarutan. Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan politik seks dan politik lucah.


Akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum. Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur.


Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya. Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Asri meminta rakyat mengusir pemimpin-pemimpin politik yang suka "menyelak kain" pemimpin politik lain.


Justeru menerusi kenyataan hari ini, Asri menambah, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," kata beliau lagi.

Selain itu kata Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. "Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan petuturan.

"Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya lagi. Asri turut berpandangan bahawa media hendaklah menjadi wacana bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.


"Media yang menggalakkan fitnah atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah," katanya. Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik yang rakyat mahukan ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," katanya lagi.


Oleh itu tegas beliau, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," katanya lagi. - TMI

DSAI : Najib diingatkan jangan takabbur

Posted: 26 Mar 2011 10:16 AM PDT


Malaysia kini dilanda 'rombowarsoto jaman edan' (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin - Anwar Ibrahim.


GOMBAK: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri agar tidak takabbur (sombong) walaupun wujud konspirasi melanda beliau kini kerana angin perubahan bakal hadir pada pilihan raya umum akan datang.

"Dari jantan sekarang mereka cari nyonya…..jaja, upah, beli orang. Orang yang pernah dikaitkan dengan rogol, rasuah, serta ahli parlimen yang melompat dijaja menjadi tokoh baru.

"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia, Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita.

"Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak tunggu pilihan raya umum akan datang. Jangan takabbur…..anda boleh tipu sebanyak mungkin, beli orang dengan RM1.4 juta," dakwa beliau ketika menyampaikan ceramah di Taman Melawati di sini malam tadi.

Anwar sebelum ini dilaporkan mendakwa pengakuan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks itu adalah bukti pembabitan Umno.

Zaman gila

Menurut Anwar, politik Malaysia kini dilanda 'rombowarsoto jaman edan' (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin.

Maka beliau menyeru terutamanya anak muda agar menjaga maruah diri daripada terus diperalatkan Umno.

"Mereka bercakap mengenai video seks, video apa? Umno tiada orang lain…apa polis tidak tahu siapa Thamby Chik, kesnya di Melaka? "Orang ini jadi dewa bak kata orang Jawa rombowarsoto jama edan (zaman gila) kerana perogol, perasuah dijadikan pemimpin. Kita ini dijadikan penjenayah.

"Anak muda, you ada semangat, kalau firaun kecil, yang lain cicak mengkarung you boleh cincang-cincang……ada orang-orang dalam

Pemuda Umno sanggup jadi perkakas semata-mata RM50. Mana maruah kamu? Lokap paling teruk sudah saya lalui, dianggap anjing.

Nak pukul, tangkap, aib semua dah buat. Manusia jenis apa mereka ini?

Pencacai Umno

"Mereka alih pandangan kita, kita bukan bodoh. Mana ada dalam sejarah bila orang sebar video lucah haa sila datang…..Star kata kena tangkap, bohong mana ada kena tangkap. Bawa sekejap lepas…..sebab dia alat pencacai Umno," katanya.

Semalam melalui laporan The Star Online difahamkan Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka - FMT

TERKINI TERPANAS - DSAI akan ditangkap malam ini

Posted: 26 Mar 2011 07:06 AM PDT


Ya besar kemungkinan DSAI akan ditangkap malam ini ...

Maklumat dari blog sharpshooter

Setelah selesai solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak, Ustaz Mutalib Maa'rof sedang memberi tazkirah di Masjid Perda Bukit Mertajam.

Anwar juga berada di sini dari solat Maghrib hingga sekarang mendengar tazkirah.

Namun begitu berita yang sharpshooter terima bahawa polis apco dan fru telah mengepong tempat ceramah.

Memang benar apa yang sharpshooter duga Anwar akan ditangkap malam ini.

Namun begitu kita telah bersedia dengan segala kemungkinan.
- SUMBER : Greenboc
STONE : 12.09 TGH MLM : Alhamdulillah, sehingga ke saat ini tiada ada apa-apa berita dari sahabat-sahabat di Permatang Pauh, tempat dimana DSAI mengadakan ceramah malam ini, . Harap-harap ianya hanya khabar-khabar angin dan tidak akan menjadi kenyataan.
Insyaallah MS akan menyiarkan sebarang berita lanjut dari Pulau Pinang, sekiranya ada. Salam
1.09 TGH MALAM - Tiada sebarang berita buruk tentang DSAI dari Permatang Pauh, Pulau Pinang sehingga kini. Syukur

Video sex : Bekas pengawal peribadi Megat Junid ditawar RM500 ribu

Posted: 26 Mar 2011 05:25 AM PDT


Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.

Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.


Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000. - tvs

Video Sex : Eskay diupah bekalkan baja seumur hidup

Posted: 26 Mar 2011 12:19 AM PDT



Petikan kenyataan chegubard pada tanggal 24 Mac lalu :

Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi. Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusof Noor ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan cukup besar. Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab ! klik sini untuk baca lanjut

Ini kenyataan bekas pengawal peribadi Datuk T :

Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay. klik sini untuk baca lanjut

Gila! Konspirasi skandal video seks Anwar adalah sebenarnya sebuah projek 'you help me, I help you'. Setelah konspirasi yang hanya bertahan selama dua hari ini gagal dengan pengakuan pasukan T stooges di Impiana pada 23 Mac lalu, ia lantas memberikan lebih banyak klue kepada skandal-skandal lain yang melibatkan agensi kerajaan iaitu RISDA, melibatkan UMNO dan PERKASA dan juga terbongkar identiti sebenar Datuk SK.

Mereka (T Stooges) mahukan suruhanjaya di raja untuk menyiasat video tersebut. Bagaimana perlunya suruhanjaya diraja sedangkan mereka sendiri telah muncul di khalayak umum bahawa merekalah dalang kepada penyiaran video seks yang pertama kalinya dihalalkan di Malaysia.

Saya fikir, Suruhanjaya Diraja itu memang perlu, tetapi bukan untuk siasat video seks yang telah diketahui pucuk pangkalnya. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat tender-tender baja RISDA, apakah ianya dimonopoli oleh Datuk SK kerana difahamkan Dato SK mempunyai 5 kilang baja di Selatan Thai. Apakah ada skandal penyeludupan baja atau sebagainya? Di sinilah perlunya Suruhanjaya Diraja kerana ia melibatkan agensi kerajaan Malaysia iaitu RISDA.

Keterlibatan RISDA yang kononnya menempah hotel di Carcosa Sri Negara juga harus disiasat segera. Begitu juga dengan tayangan kedua video seks tersebut di Hotel Flamingo yang melibatkan YB Johari Abdul dan termasuklah juga tayangan ketiga sebelah malamnya di Hotel Shangrilla yang melibatkan pula cheGuBard dan Anuar Mohd Nor. Adakah semua perbelanjaan ini telah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia melalui RISDA?

Siasatan perlu dijalankan bukan hanya menjurus kepada pelakon di dalam video seks, tetapi ia sepatutnya merangkumi siapa di belakang dalang T stooges ini.

Amat bingung apabila secara tiba-tiba, ramai menteri UMNO yang membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal jahat cubaan membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan BN dan UMNO. Apakah RISDA itu bukan kerajaan? Apakah Perkasa itu bukan UMNO? Mengapa polis tidak menyerbu hotel Carcosa? dan akhir sekali, siapakah yang akan peroleh keuntungan paling besar sekiranya DSAI dimalukan dengan fitnah amat jahat ini??

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Sudah tiba masa untuk kita gulingkan sebuah kerajaan yang zalim!!

EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Tiada ulasan: