Sabtu, 26 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AKHBAR CELAKA PENYEBAR FITNAH, PEROSAK MINDA UMAT ISLAM

Posted: 26 Mar 2011 09:52 AM PDT

'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Mac 26, 11

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: "Inshaallah"
1049 malam: "That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda"
1050 malam: "Varsity students: Conscience of the majority"
1052 malam: "Modus operandi of rogue leaders"
1058 malam: "Bisa"
1103 malam: "Waras"
1103 malam: "Ada ruang bias ja"
1105 malam: "Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM"
1108 malam: "RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed"

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

"Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter," jelas beliau.

anwar facebook tweetsMalah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

"Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

"Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

NONEOleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

"Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut," katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk "Di Manakah Anwar Ibrahim" akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu./Malaysiakini

ANWAR MENGAKU MELIWAT, ADAKAH PERLU DNA BELIAU SEBAGAI BUKTI?

Posted: 26 Mar 2011 03:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMUA rakyat telah tahu bahawa `Three Strooges' atau `Geng T' telah mengaku menjadi dalang tayangan video lucah di sebuah hotel. Tayangan video lucah jika tidak silap saya adalah satu kesalahan. Persoalannya, pengakuan telah dibuat dan di`hightlight' kan pada semua media dan seluruh dunia tahu siapa dalang tayangan video lucah tersebut tetapi belum ada tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Negara menjawab, " "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama (Malaysiakini). Tidak cukup buktikah dengan pengakuan mereka itu?

Kita bukan bertanya tentang siapa yang memasang, merakam atau melakukan adegan seks tersebut. Kita cuma mahu tahu adakah dalang yang bertanggungjawab menayangkan video lucah tersebut ditahan atau ditangkap? Soal siapa merakam atau melakukan aksi lucah tersebut memang kitra faham masih di dalam siasatan, tetapi bagaimana dengan pengakuan `Three Strooges' Geng T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan? Tiada bukti lagikah?

Nampaknya susah untuk mendapatkan bukti walaupun pengakuan telah dibuat. Bayangkan jika Anwar mengaku meliwat Saiful, agak-agaknya mereka minta atau tidak DNA Anwar? Fikir-fikirlah sendiri.../wfauzdin.blogspot.com

JAMIL KHIR TIDAK MAHU ULAS KES QAZAF, MENGAPA ?

Posted: 26 Mar 2011 01:42 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA ditanya oleh wartawan kepada Jamil Khir mengapa tiada ulasan terhadap dakwaan fitnah zina video seks yang hangat diperkatakan sekarang, Menteri yang jaga agama ini menyebut bahawa kes itu kini di dalam siasatan Polis. Lojik ke?

Apakah selama ini Jamil Khir tidak pernah ulas kes liwat Anwar? Bukankah kes liwat juga dalam perbicaraan? Mungkin kerana isu video seks itu kantoi, maka Jamil Khir tidak mahu ulas apatah lagi dalangnya itu tokoh Umno iaitu bekas KM Melaka pula. Kita bukan mahu dia ulas siapa pelakun aksi lucah tersebut, kita mahu dia ulas dari segi hukum orang yang menjaja dan menayangkan aksi tersebut. Apa kena mengena dengan siasatan Polis jika sebut hukum di dalam Islam atas perbuatan tersebut?

Beliau diminta mengulas dalam bab Qazaf iaitu menuduh orang melakukan zina. Begini jawapannya, " NONEMereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini. (Malaysiakini)

Berat sungguh mulut Jamil Khir untuk memberi walau sepatah ayat berupa nasihat tentang perkara ini. Tetapi di dalam kes Liwat, berlainan pula nada Senator yang dilantik sebagai Menteri ini. Maka jelas, siapa Jamil Khir ini. Senator Mashitah, jangan disebut kerana memang terkenal dengan ampu sana ampu sini. Harussani? Macam biasa lah.

Golongan agama seperti ini lah yang sengaja membiarkan rakyat dialunkan dengan cerita-cerita jijik dan kotor siang dan malam. Jamil Khir kini buka topik baru, sasarannya Anwar juga. Kununnya Anwar bawa fahaman baru yang menyesatkan yang dipanggil `Pluralisme'. Tidak habis-habis pemimpin Umno mahu menuduh pembangkang sesat. Dulu, pemimpin Umno dakwa PAS parti ajaran sesat. Kini, Anwar pula bawa fahaman sesat. Yang tidak sesat, Umno dan Apco sahaja.

Cukup-cukuplah Jamil Khir cari makan secara begitu. Janganlah letakkan ilmu agama yang ada sebanyak tahi kuku tu di bawah punggung kamu. Cubalah bertindak cara berani walaupun akan kehilangan jawatan. Contohi lah bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato Hj Ishak Baharom bukannya seperti Zul Kulim yang baru mendapat habuan itu./wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR, NAJIB MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Posted: 26 Mar 2011 12:00 AM PDT

KENYATAAN MEDIA25 MAC 2011

Video seks palsu: Mahathir, Najib bertanggungjawab

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Datuk Mokhtar Sidin, Datuk Denis Ong and Dato' Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, (Tan Sri) Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: