Khamis, 24 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kelantan : 17 diskriminasi kerajaan pusat yang perlu diketahui

Posted: 24 Mar 2011 08:14 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

"Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Video sek : Nga Kor Ming minta Mufti Umno nyatakan hukum syarak

Posted: 24 Mar 2011 07:30 PM PDT

Kenyataan media oleh Nga Kor Ming di Ipoh pada hari Khamis, 24hb Mac 2011:

Saya meminta Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri "Dato T" yang menunjukkan filem lucah dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan airmuka orang lain.

Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukkan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini.

Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan.

Ini adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah (Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah megaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela.

Sebagai seorang bukan muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar.

"Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau."

* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

Look like me, sound like me, but not me ...

Posted: 24 Mar 2011 05:10 PM PDT


hahahahaha ....

Video sex - Jam dan video diserah pada polis

Posted: 24 Mar 2011 07:40 AM PDT

PETALING JAYA: Businessman Datuk Syazril Eskay Abdullah and former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik surrendered a sex video and an Omega watch to police on Thursday.

The two men lodged a police report at about 5pm at Bukit Aman police headquarters over the sex video that ostensibly implicates Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

They then spent five hours giving police their statement.

The two are among three men, including Datuk Shuib Lazim, revealed themselves as the mysterious Datuk T, who showed the video to journalists on Monday and demanded that the opposition leader in the video and his wife step down in a week or risk having the video made public.

Anwar, who has denied he that is the man in the video, filed a police report against Datuk T, claiming he had threatened him and his wife.

The three decided to reveal themselves on Wednesday.

Police had earlier said that they would be investigating the case as possessing and distributing pornographic material - Star

Video sex : Putar Alam betul la puak 'Datuk T' ni ...

Posted: 24 Mar 2011 05:02 AM PDT

MP Sg Petani: 'Datuk T' Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar
Oleh G Manimaran
March 24, 2011


PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang "Datuk T" – Datuk Shuib Lazim adalah "pak ciknya", yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.

"(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar," kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.

"Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya," kata Johari.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.

Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa "Datuk T" bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.

"Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi," kata Johari lagi.

Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata "Datuk T" melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata:

"Apa pilihan yang mereka ada."


Johari nafi minta sogokan untuk lompat parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan dalang video seks palsu, Datuk Eskay Shazryl.

"Takkan saya nak minta RM100,000 sahaja. Kalau betul-betul nak rosakkan kredibiliti, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta terus," katanya mengulas kenyataan Eskay semalam, kononnya beliau meminta 'wang pelincir' untuk melompat parti.

Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan.

Johari berkata demikian pada sidang media khas melibatkan wartawan dan wakil media terpilih, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Dalam sidang media sama, beliau mengulangi pendiriannya bahawa pelaku hubungan seks itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menegaskan beberapa keraguan berkaitan rakaman video berkenaan.

Pertama, terdapat empat kamera digunakan untuk rakaman itu tetapi keempat-empat video itu merakam aksi tersebut dari sudut sama.

Kedua, Johari mempersoal mengapa kamera hitam putih digunakan dan bukannya kamera berwarna sedangkan teknologi sedia ada boleh digunakan untuk tujuan itu.

Ketiga, jarak antara kamera dan aksi itu begitu jauh.

Keempat, kata Johari, badan pelaku seks dalam rakaman berkenaan jauh lebih tegap berbanding Anwar.

Beliau turut menafi laporan yang menyatakan beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat perkara itu dan berpendapat polis harus menyiasat dan menangkap Eskay dan Rahim Thamby Chik kerana memiliki rakaman lucah.

"Siasat dulu, tak perlu ada suruhan jaya diraja," kata Johari.

Selepas pertemuan pertama, Johari berkata, beliau membawa bersama dua Ahli Parlimen yang juga bekas pelajar Malay College of Kuala Kangsar dan mengenali Anwar sejak kecil untuk menonton dan turut mengesahkan lelaki dalam video itu bukan Anwar.

"Mereka adalah Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan Ahli Parlimen Merbok, Abdul Rashid Din.

"Turut dibawa bersama ialah Ahli Parlimen KEADILAN yang aktif di Parlimen. Mereka adalah Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), dan Amran (Tanah Merah)," kata Johari.

Johari tanpa sebarang keraguan menegaskan, keseluruhan rakaman adalah konspirasi dan turut mengulangi pendirian betapa Rahim Thamby Chik berdendam terhadap Anwar.

"Tan Sri Rahim adalah musuh ketat Anwar. (Dahulu) Kabinet membuat keputusan supaya beliau berundur dari jawatan ketua Menteri dan Ketua Pemuda Umno," kata Johari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9769

Video sex : 'Trio' jumpa Najib di Parlimen?

Posted: 24 Mar 2011 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan terhadap laporan ketiga-tiga dalang video seks, bertemu Perdana Mentero itu di Parlimen semalam.

Ini berikutan, kata Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN dimaklumkan Najib mempengerusi mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen.

"Maka, Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang itu dilihat berada di Parlimen.

"Ia menimbulkan tanda tanya serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks itu, yang melanggar beberapa peruntukan perundangan.

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua dalang itu, menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius dalam konspirasi itu – tak ubah seperti konspirasi pada 1998.

"Demi membersihkan namanya dan Umno, Najib perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini," katanya pada kenyataan media, hari ini, mengulas penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Nazmi berkata, tindakan tiga orang yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' itu jelas satu pembohongan besar kerana pelbagai kekeliruan timbul mengenai kenyataannya.

"Pengakuan Datuk Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya. Kononnya, dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

"Jelas itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.

"Dakwaannya konon terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9759

Video sex : Yusry KRU terlibat

Posted: 24 Mar 2011 01:35 AM PDT

by Kusha Basir

Petaling Jaya: Salah seorang anggota kumpulan 'Datuk T' yang bertanggungjawab membuat pendedahan tentang video seks yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa kebenaran akan terbukti.

Datuk Shuib Lazim berkata kepada sebuah media tempatan bahawa pihaknya telah meminta pendapat penyanyi, pelakon dan penerbit filem terkenal, Yusri Kru berhubung kebenaran rakaman video seks berkenaan.

"Kami telah bertanyakan perkara ini kepada penerbit filem iaitu Yusri daripada KRU Studio dan beliau menjelaskan bahawa adalah tidak mungkin untuk melakukan teknik superimpose wajah seseorang dalam sebuah video dalam keadaan bergerak.

"Tambahan pula, video itu dirakam daripada empat sudut yang berbeza, justeru mustahil bagi seseorang untuk menjalankan teknik superimpose ke atas wajah orang lain.

Beliau turut menyatakan bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam pembikinan filem berteknologi tinggi.

Shuib yang juga bendahari Perkasa memberitahu bahawa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan mengetuai sebuah panel untuk menyiasat kesahihan rakaman berkenaan.

"Kami tidak akan memberikan rakaman berkenaan kepada Kerajaan atau polis kerana kami tidak mahu konspirasi Anwar menangis," tambahnya.

Sementara itu, Ibrahim mengulas bahawa Shuib terlibat berhubung pendedahan tersebut adalah dengan dalam kapasiti peribadinya sendiri.

"Perkasa tidak terlibat dalam hal ini. Namun saya memuji kumpulan 'Datuk T' kerana berani untuk mendedahkan video ini.

"Ini juga merupakan satu-satunya cara bagi mereka untukmendedahkan salah laku individu yang terlibat.

Sementara itu, Ibrahim turut mengesahkan bahawa Shuib tidak menghadiri mesyuarat Perkasa sejak enam bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak mempunyai sebarang masalah jika polis mahu mengambil tindakan terhadap Shuib sekiranya pendedahan video itu didapati melanggar undang-undang. - malaysiandigest

STONE : Datuk yang bangang, Shuaib Lazim. Ada sapa kata video tu dah disuperimpose kan ker? Setakat ni aku tak dengar lagi la, tak tau la pula kalau aku terlepas pandang.

Orang tak kata pun video tu dah di superimpos kan, apa yang orang kata hanyalah satu. Pelakon lelaki dalam video tersebut BUKAN DSAI ... itu saja. hang faham dah la kot Shuaib ya.

Video sex : "Ketika mereka membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond" - cikgu Bard

Posted: 24 Mar 2011 12:20 AM PDT

(24 Mac 2010)

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9709

Tiada ulasan: