Jumaat, 25 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dicekup Hanya Berseluar Dalam

Posted: 25 Mar 2011 01:10 AM PDT

Kulim - Seorang isteri beranak dua ditangkap dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelakinya di sebuah rumah teres dekat sini kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat, perempuan berkenaan hanya memakai seluar dalam dan berbaju singlet manakala pasangan lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju.

Menurut jurucakap Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 11.30 malam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 12 pagi bersama empat anggota.

Katanya, sebelum membuat serbuan, PADK mengepung rumah itu untuk memastikan pasangan berkenaan tidak melarikan diri.

"Pasangan kekasih terlibat berusia 20-an dan bekerja di Kulim Hi Tech. Ketika serbuan dibuat, pintu pagar dan pintu rumah tidak berkunci. Apabila membuka pintu, PADK mendapati pasangan itu sedang berbaring di ruang tamu dan badan mereka ditutup dengan selimut.

"Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini," katanya.

Menurutnya, PADK kemudiannya mengarahkan perempuan dan lelaki itu untuk memakai pakaian sebelum dibawa ke Balai Polis Polis Sungai Kob untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Pasangan perempuan kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya di tahan di lokap Balai Polis Kulim.

Mereka akan di siasat dibawah seksyen 9(1)(2) Enekman Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Moralnya apa?

"Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini," katanya.

Bagaimana perlu diselesaikan hal ini, apakah suami yang dihukum penjara perlu menceraikan isterinya demi mengelakkan isterinya berlaku curang atau bagaimana?

Bahan Radioaktif Tersebar, Sayur Import Tercemar Ditemui Di Singapura

Posted: 24 Mar 2011 11:54 PM PDT

Tokyo: Ancaman bahan radioaktif berpunca daripada pelepasan radiasi di loji nuklear Fukushima semakin naik selepas tahapnya meningkat di Saitama, bandar bersebelahan Tokyo selain dikesan di beberapa negeri Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Di Saitama, tahap radiasi dikesan lebih tinggi dalam sistem pembersihan air di daerah Kawaguchi, dan tidak selamat untuk kanak-kanak.

Pihak berkuasa Kawaguchi mendapati tahap radiasi iodin radioaktif mencapai 120 becquerel, sedikit tinggi daripada paras selamat.

Kelmarin, iodin radioaktif di Tokyo mencapai 210 becquerel di sebuah loji pembersihan air menyebabkan pihak berkuasa menyarankan penduduk tidak memberi air paip untuk diminum kanak-kanak.

Selain itu, pencemaran radiasi juga dikesan di tiga lagi negeri Amerika iaitu Colorado, Oregon dan Hawaii tetapi pihak berkuasa menegaskan ia dalam kadar yang kecil dan membahayakan keselamatan awam.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mendedahkan kehadiran radiasi itu tetapi menekankan kadarnya kecil dan terlalu rendah untuk memberi masalah.

Di Oregon, radiasi iodin-131 juga dikesan agensi berkenaan manakala di Hawaii ia dikesan sehari sebelumnya. Radiasi itu dipercayai dari Fukushima. Sebelum ini, Washington dan California melaporkan pencemaran berkenaan.

Di Vienna, radiasi juga dilaporkan sudah tiba di Iceland dan dijangka sampai ke Perancis dan negara Eropah lain tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Keselamatan Iceland mengesahkan bahan radioaktif iodin-131 dikesan tetapi masih pada paras terlalu rendah.

Loji nuklear Fukushima rosak dan melepaskan radiasi sejak dilanda gempa 9 skala Richter dan tsunami yang melanda selepas itu pada 11 Mac lalu.

Usaha menyejukkan loji nukklear itu belum berjaya selepas diganggu letupan, kebakaran dan kebimbangan mengenai radiasi.

Terbaru, tiga pekerja di loji itu terdedah kepada radiasi 180 millisievert dan dibawa ke hospital, kata Fumio Matsuda, jurucakap Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear (NISA).

Lebih 20 orang cedera dalam operasi untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima.
Laporan menyatakan, radiasi sudah menyerap masuk produk tenusu termasuk susu mentah, air laut dan 11 jenis sayur termasuk brokoli yang ditanam dekat lokasi berkenaan.

Lebih 70,000 penduduk sudah dipindahkan dari kawasan 20 kilometer ke loji itu dan 130,000 berada di kawasan 10 kilometer lagi serta dinasihatkan tidak keluar rumah. – Agensi


Singapura Temukan Radiasi Di Sayuran Import Dari Jepun

PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) telah menghentikan import susu dan produk susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan laut dan daging yang dihasilkan dari enam wilayah berhampiran loji tenaga nuklear Fukushima di Jepun.

Tambahan dua lagi wilayah, daripada empat sebelum ini, diumumkan AVA lewat malam tadi.

Langkah yang berkuat kuasa mulai kelmarin itu melibatkan produk-produk dari wilayah Fukushima, Ibaraki, Tochigi, Gunma, Chiba dan Ehime.

AVA dalam kenyataannya menyatakan pihaknya mendapati adanya kesan radioaktif dalam empat contoh sayuran yang diimport dari negara tersebut.

Sebelum ini, AVA menyatakan ia telah menerima maklumat daripada Jabatan Kesihatan Jepun, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan (MHLW) Jepun yang telah mengesan tahap radioaktif yang tinggi dalam susu mentah dan sayur-sayuran daripada empat wilayah berkenaan.

Rabu lalu, Kementerian Kesihatan Jepun menyatakan ia mengesan tahap radioaktif, yang melebihi had yang ditetapkan dalam peraturan kesihatan, dalam 11 jenis sayur yang ditanam dekat loji nuklear Fukushima.

Kementerian itu menerangkan bahawa seseorang yang memakan 100 gram sayuran yang terjejas selama 10 hari sama seperti menelan separuh jumlah radiasi yang yang biasa terdapat daripada sekitaran selama setahun.

Kerajaan Jepun juga telah menghentikan penjualan susu mentah dan beberapa jenis sayuran dari wilayah Fukushima dan Ibaraki.

Loji tenaga nuklear Fukushima mengalami kerosakan menyusuli gempa bumi dan tsunami, menyebabkan pencemaran radioaktif.

Namun Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi jaminan bahawa kemungkinan pencemaran radioaktif menular ke Singapura adalah amat rendah.

Dalam pada itu, AVA berkata langkah menghentikan import makanan dari Jepun itu selaras dengan langkah berjaga-jaga yang diambil negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Ia juga akan terus memantau dan menguji makanan import dari Jepun.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan di Jepun atau pengumuman pihak berkuasa boleh melungsuri www.gov.sg/japanquake dan www.ava.gov.sg.

Sementara itu, usaha mengurangkan penderitaan mangsa bencana di Jepun terus dijalankan di sini.

Lebih $8.8 juta telah dikumpulkan bagi mangsa bencana di Jepun sejauh ini. --BHS


Lori Penari Separuh Bogel 1Malaysia Sudah Tiba Di Sarawak

Posted: 24 Mar 2011 09:23 PM PDT

NGO 1M'sia kini di Kuching, ditaja jutawan

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, NGO 1Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan siri jamuan makanan percuma dan pertandingan untuk penduduk Kuching - semuanya ditaja oleh seorang jutawan.

Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.

Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.

Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.

NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.

Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.

Ulasan GB

NGO 1 Malaysia inilah yang telah membawa penari-penari separuh bogel yang mengadakan persembahan-persemabahan di majlis-majlis makan malam yang mereka anjurkan di dalam beberapa siri pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Inilah "hantu jembalang" yang sebenarnya, jika TPM, Muhyiddin Mohd Yassin ingin tahu. Kerana mereka tidak mendedahkan siapa penaja mereka yang sebenarnya.

Namun UMNO BN amat mengharapkan kedatang "hantu jembalang" ini untuk menarik para pengundi kaum bukan-Islam khususnya untuk mengundi mereka.

Dan jawapannya: di PRK Tenang, Allah menurunkan balaNya dengan banjir seluruh daerah Segamat sewaktu pilihanraya berlansung.

Tidakkah kita sendiri telah melihatnya?






Kes Video Seks: Rakyat Kesal Sikap "Double Standard" Polis

Posted: 24 Mar 2011 08:20 PM PDT

Rakaman asal video seks, jam tangan diserah pada polis

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

"Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.
Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.

"Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.

"Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi.
Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.

"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Anwar paksa letak jawatan

Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya.

"Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan).

"Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Ulasan GB

Rakyat kini mempertikaikan sikap DOUBLE STANDARD Polis di dalam menangani kes ini. Kenapa di dalam ke Anwar Ibrahim, beliau awal-awal sudah dilokapkan, sedangkan di dalam kes di atas "Datuk T" mendapat layanan VIP dan istimewa daripada PDRM?

Rahim siap boleh bagi komen dan jawab soalan wartawan lagi selepas dari menemui polis.

Berikut ialah komen-komen daripada Datuk Halik Zaman dan lain-lain yang mengekori artikel di Malaysiakini tersebut.


Halik Zaman

Polis tidak ada kemahiran pengalaman sangat pasal forensik untuk mencam keaslian video sex itu. Polis mestilah mendakwa 3 orang yang menggelar Datuk T. Maka keputusan hakim lah untuk mendapat khidmat pakar Luar Negara. Sekurang kurangnya pendapat 10 Negara Barat yang dipilih oleh Bang Bangsa Bersatu. Bukan pilihan NGO Ibrahim Ali atau Radin Muktar.

Selain kisah kebenaran video sex itu satu perkara yang berlainan section mesti disiasat. Ia itu perkara "Ugut" kepada DSAI dan Datuk Seri Wan Azizah.

Rahim Tambey dan dua orang ambil kesempatan mengaibkan Anwar dan keluarganya dan meminta DSAI dan isterinya letak jawatan dalam politik, ini merupakan satu ugutan yang salah. Ada section jenayah ini.

Soalannya kenapa Rahim T. tidak serahkan kepada polis video sex itu dan buat laporan polis dan pihak polis yang buat siasatan kepada DSAI serta membuat kenyataan akhbar bahawa polis telah menerima serahan videa sex itu dan laporan polis dari Rahim T sudah dibuat. Kenapa Rahim Tambey tunggu panggilan polis baru datang? Ini kes ugut kes jenayah. Mesti Rahim dilokap dulu hingga selesai siasatan.


Taufek Suut

Setuju komen Halik Zaman. Siapa yg sabenarnya master mind?
Maknanya hotel tersebut tidak ada security control? Cari nama individu dalam buku daftar hotel siap yg menginap bilik tsbt? Kalau Annuar boleh remant dlm lokap kes liwat, mengapa pula 3 terio T ini tidak di reman? Adakah mereka ini mempunyai kekbalan? Mengapa 3 terio T tak buat laporan di jab. agama Islam. Jelas niat jahat mereka utk memalukan DSAI.


Puteri Mursyidah · Kota Kinabalu

btul tu taufek.

Rayner Biam Anjumal

Kalau ko kawan dgn BN/UMNO sapa nak tangkap ko


Kita ingin menyatakan dengan tegas berkali-kali bahawa rakyat tidak benci polis dan tiada siapa menghasut rakyat untuk membenci polis. Apa yang berlaku ialah tindakan polis sendiri yang menyebabkan rakyat membenci mereka.

Malah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat membantu polis mengembalikan imej polis di samping meletakkan identiti polis di tempatnya yang lebih abadi.

PDRM perlu kembali bertindak sebagai sebuah badan yang adil, telus, bebas berkecuali dan berintegriti.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat biasa seperti GB?

Hanya mampu mengangkat tangan merayu kepada Allah s.w.t. supaya mengembalikan keadilan di dalam negara ini dan menghukum Datuk T berkenaan termasuk kepada mana-mana polis yang JELAS DAN NYATA bertindak secara tidak adil itu.

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor

Posted: 24 Mar 2011 07:00 PM PDT

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

"Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

"Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

"Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,"
katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

"Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

"Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka," katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


"Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

"Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam," katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

"Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial," katanya. -hm



UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni.
Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.

One blogger Salmiah wrote about this on her blog.

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemak pada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. -hazrey



[Bergambar & Video] Gadis Terjun Dari KB Mall. Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Posted: 24 Mar 2011 05:22 PM PDT

Kota Bharu – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta 'menjunam dari langit' pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. -kosmo




Jatuh atas tilam

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

"Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

"Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba," katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

"Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

"Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba," katanya. -hm


PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.

MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.

TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.

DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.







[Video] GEMPAR - Gadis Frust Nekad Terjun Dari KB Mall

Posted: 24 Mar 2011 03:18 PM PDT


Kali ini KB Mall bergegar lagi.

Jika sebelum ini heboh video pasangan remaja yang kantoi khalwat. Kali ni lagi hebat, bila seorang gadis terjun dari bumbung KB Mall.

Kejadian pada hari ini pukul 4 ptg tadi.Pelbagai spekulasi mengatakan punca tindakan nekad gadis itu. Ada yang mengatakan kerana dia telah mengandung anak luar nikah, ada yang mengatakan boifriend curang, lucu bila ada mengatakan gadis ini frust sbb kat Kb Mall takde panggung wayang.

Tengok la video gila nekad gadis ini. Keberanian aksi bomba ini memang patut dipuji. Bomba terpaksa meminjam tilam dari Courts Mammoth, orang ramai bertepuk tangan bila gadis ini jatuh atas tilam. -syokdownload







Minyak Pelincir: Baik Minta RM3 - 4 Juta. Ahli Parlimen Bukan Lekeh Sangat - Johari

Posted: 24 Mar 2011 08:09 AM PDT

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan beliau tidak pernah meminta "wang pelincir" RM100,000 daripada "Datuk T" sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Malah wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif untuk mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain untuk menonton rakaman video seks.

"Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, salah seorang "Datuk T", Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Johari ada meminta wang "pelincir" berjumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan selepas menonton rakaman video seks itu.

Selain itu, jelas Abdul Rahim, Johari juga meminta wang berjumlah RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk menonton video seks itu, namun permintaan tersebut ditolak.

"Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah Anwar dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

"Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang," katanya.

Abdul Rahim merupakan salah seorang "Datuk T" yang turut melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menayangkan video seks itu kepada media Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Pada sidang media hari ini, Johari berkata, beliau tidak banyak bercakap kerana takut akan diperangkap dengan merakamkan percakapan beliau ketika dipertontonkan rakaman itu di Hotel Flamingo Isnin lalu.

"Ketika dipertontonkan, saya tidak banyak buka mulut... ada tanya beberapa soalan, tetapi tidak kata apa-apa (yang lain)," katanya.

Johari berkata beliau ada menyatakan persetujuan untuk membawa lima ahli Parlimen masing-masing dua orang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan tiga yang selalu membangkitkan isu sosial di Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas, Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Amran Bin Ab. Ghani (Tanah Merah).

Kata Johari, beliau memutuskan untuk membawa Kamarul dan Rashid kerana mereka sudah lama mengenali Anwar dan boleh membezakan daripada segi fizikal dan rupa dengan lelaki dalam rakaman video tersebut.

"Yang tiga lain merupakan mereka yang sentiasa membangkitkan isu-isu sosial di Parlimen dan boleh membuat penilaian wajar tentang dakwaan yang dibuat," kata beliau lagi.

Bagaimanapun Johari berkata Abdul Rahim ada menjanjikan bahawa akan membawa beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas segala berjaya dilaksanakan.

"Tan Sri Rahim ada berkata akan membawa saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan kesemua soal kewangan akan diambil kira," katanya lagi.

"Tan Sri Rahim berkata kepada Datuk Shuib, Datuk semua akan diambil kira," katanya yang turut mempertahankan bahawa apa yang berlaku sekarang sebagai "satu konspirasi."

Ketika ditanya mengapa beliau dijemput untuk menonton rakaman video itu, Johari berkata, beliau juga masih belum mendapat jawapan.

"Ini soalan yang bagus... isteri saya pun tanya saya mengapa saya dipanggil (tonton video seks)," katanya lagi.

Bagaimanapun jelas Johari, ia kemungkinan kerana beliau rapat dengan kepimpinan Umno.

"Saya sangat rapat dengan kebanyakan menteri khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... mungkin mereka menganggap bahawa mereka boleh memujuk saya," kata wakili rakyat ini.

"Dan, kemungkinan mereka berpendapat bahawa saya seorang yang kelihatan ada gaya, yang juga seorang beriman. Kemungkinan mereka mengharapkan bahawa saya akan melompat (keluar PKR) sebaik sahaja nampak wajah Anwar (dalam video seks itu)," jelas beliau.

"Kemudian, kemungkinan mereka mengandaikan bahawa dengan menghormati pak cik saya (Datuk Shuib Lazim), saya akan percaya video itu," tambah Johari.

Menjawab soalan berkaitan dengan dakwaan Ummi Hafilda Ali bahawa ada 18 lagi pita rakaman, Johari dengan nada sindir berkata, "saya tidak terkejut... mungkin lebih daripada itu, mungkin 300."

Ditanya sama ada akan menyaman Abdul Rahim berhubung dakwaan tersebut, Johari berkata, beliau tidak ada sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

Beliau juga menolak cadangan agar isu semasa ini disiasat oleh sebuah suruhanjaya diraja.

"Tidak perlu, kita ada undang-undang secukupnya... ini kes jenayah. Negara ini dibina dengan undang-undang.

"Ini satu kes terpencil, esok akan ada orang lain buat video macam ini... negara ini akan kucar-kacir, akan jadi anarki," kata beliau sambil menegaskan, pihak yang mengedar dan mempertontonkan sudah pun mengaku dan tiada sebab tidak boleh diambil tindakan. -TMI

Ulasan GB

Daripada beberapa pendedahan setakat ini, golongan yang menamakan mereka sebagai Datuk T ini ternyata pembohong besar.

GB dah ulas sebelum ini. GB kata: camkanlah, setiap sesuatu yang tidak benar, akan terlihat banyak percanggahan di dalamnya.

Kalau kita tengok wajah ketiga-tiganya pula, maaf cakap, macam musibat sekor ke sekor.



Itulah wajah tipikal konspirator dari UMNO.

PAS Mahu Trio Datuk T Direman

Posted: 24 Mar 2011 07:04 AM PDT


Reman trio 'Datuk T' bantu siasatan

PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin, harakadahdaily dipetik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka semalam mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka (trio Datuk T) sendiri merancang membuat video fitnah itu.

"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.

Anwar juga kelmarin membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR Sungai petani berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.


Video seks: Polis ambil keterangan Rahim, Eskay

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.

Wartawan Malaysiakini menghubungi Eskay pada kira-kira jam 5.55 petang dan beliau mengesahkan sedang berada di Bukit Aman bersama dengan Rahim.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. -mk



Dendam Kesumat Rahim Terhadap Anwar

Posted: 24 Mar 2011 06:13 AM PDT

Bila dendam tidak dapat sembunyikan...

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah
.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay - sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik
.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim. -mk

[Bergambar] Pelajar Sekolah Menengah Di Terengganu Semakin Liar

Posted: 24 Mar 2011 04:20 AM PDT

Sarang Pelajar Ponteng Di Terengganu Diserbu

Gambar: -- Seorang pelajar perempuan yang ditahan kerana ponteng sekolah dalam Operasi Ponteng Sekolah Peringkat Negeri menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU: Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu dan beberapa agensi lain pada Khamis menggempur beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Marang yang menjadi tumpuan pelajar ponteng dan menahan 31 pelajar menengah, tiga daripada pelajar perempuan.

Kebanyakan pelajar itu yang menjadikan rumah-rumah kosong dan surau berhampiran sebagai tempat ponteng, bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai-pegawai itu, malah ada yang sanggup bersembunyi dalam paya daripada ditahan.

Mereka yang lengkap berpakaian sekolah dan berpakaian sukan memberikan pelbagai alasan apabila ditanya kenapa mereka ponteng sekolah dan ada yang bersikap kurang ajar dengan memaki guru dan anggota Rela yang menahan mereka dalam operasi itu.

Kesemua pelajar berkenaan kemudian dikumpulkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir, sebelum ibubapa mereka dipanggil ke sekolah untuk menjemput mereka pulang setelah diberikan motivasi.

Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata operasi berkenaan bertujuan memberi peringatan kepada pelajar terlibat tentang keburukan ponteng sekolah.

"Gejala ini tidak serius di Terengganu tetapi jabatan mengambil pendekatan mengadakan operasi ini sebagai langkah untuk mencegahnya daripada merebak," katanya kepada Bernama.

Razali berkata Jabatan Pelajaran Terengganu merancang untuk mengadakan program khas untuk meningkatkan sahsiah dan peribadi pelajar. Operasi yang dijalankan dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari, turut disertai wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, guru-guru, Rela, polis dan pemimpin-pemimpin tempatan. -BERNAMA













Video Seks: Rahim Tamby Chik Berpura-pura Istighfar?

Posted: 24 Mar 2011 03:30 AM PDT

Kenyataan Media Chegubard

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya.

Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2011 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Ulasan GB

Yang paling menarik di dalam pendedahan chegubard ialah:

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2011 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Demikian watak seorang yang munafik. Dia sanggup mempermainkan kalimah istighfar untuk meyakinkan orang lain kononnya baru pertama kali menonton video berkenaan dan kononnya dia seorang yang bersih.

Jika benar demikian halnya, maka kita tahu orang sebegini tidak akan berupaya lagi mendapat keampunan Tuhan kerana kalimat permohonan keampunan itu sendiri juga sudah dipermainkan.


Tiada ulasan: