Khamis, 17 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Khalwat Beramai-ramai, 8 Dicekup

Posted: 17 Mar 2011 12:45 AM PDT

Besut - Lapan individu termasuk tiga remaja perempuan dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan polis kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.06 pagi itu, lima lelaki berusia antara 17 dan 22 tahun dan tiga pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Bachok, Kelantan, masing-masing berusia 19 tahun ditahan.

Pegawai Agama Daerah, Nik Zulhaiza Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota penguatkuasa agama dibantu pegawai dan anggota polis menyerbu sebuah rumah milik saudara seorang lelaki yang ditahan itu.

Menurutnya, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada tiga lelaki lain berada di ruang tamu rumah itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua remaja wanita berada dalam satu bilik manakala seorang lelaki dan remaja perempuan berdua-duanya dalam bilik lain," katanya.

Nik Zulhaiza berkata, sudah empat kali rumah itu diserbu sebelum ini.

Kata Nik Zulhaiza lagi, pihaknya sudah kerap menerima aduan orang ramai mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu termasuk menemui botol minuman keras.

Dua daripada lelaki itu bekerja pemandu bot dan masing-masing seorang nelayan, penternak ikan serta seorang pengganggur.

Semua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan dan dibebas dengan jaminan.

Dalam kes berasingan sepasang kekasih warga Indonesia berusia 20-an merayu kepada anggota penguatkuasa agar menikahkan mereka serta merta di sebuah bilik hotel di Jertih tempat mereka ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan Majlis Daerah Besut (MDB).

Lelaki bekerja buruh binaan sebuah sekolah di daerah ini memberitahu mereka merancang berkahwin tetapi belum berkemampuan. -SH

Ulasan GB

Lansung tak takut budak-budak ni dengan bala Allah seperti tusnami yang melanda Jepun sebagai peringatan kepada manusia.

Teori "Teoh Dicampak Keluar" Diuji. Pegawai SPRM Nafi Campak Teoh.

Posted: 16 Mar 2011 11:58 PM PDT

Pegawai SPRM nafi campak keluar Teoh

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan beliau telah mencampak keluar Teoh Beng Hock dari Plaza Masalam dua tahun lalu selepas dia disoal siasat semalaman.

Ketua unit siasatan SPRM Selangor Hairul Ilham Hamzah memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan bahawa dia bukan pembunuh meskipun panik selepas mendengar kematian Teoh.

"Adakah anda membuat apa-apa kesalahan seperti mencampak dia keluar dari tingkap?" soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong hari ini.

"Saya tidak melakukan itu," kata Hairul dengan mengangguk kepalanya
.

"Kami panik... ini kali pertama saksi kami mati. Saya tidak tahu apa yang perlu lakukan," tambahnya.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat satu malam di tingkat 14 premis itu.

Pejabat SPRM terletak di tingkat 14.

"Saya dihubungi (Pegawai Penyiasat SPRM Mohd) Anuar (Ismail) pada hari kejadian yang meminta saya turun ke bawah dengan segera tetapi belum sempat saya turun, Anuar datang ke bilik saya dalam keadaan cemas dan memaklumkan tentang kematian Teoh.

"Anuar memberitahu mayat Teoh berada di tepi bangunan di koridor 5, Plaza Masalam dan saya telah pergi ke arah tingkap di tingkat 14 bangunan itu dan lihat sesuatu yang ditutupi dengan plastik berwarna hitam," kata Hairul dipetik Bernama.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Hairul Ilham berkata beliau terus menghubungi bekas Timbalan Pengarah SPRM negeri Selangor Hishamuddin Hashim untuk memaklumkan perkara itu dan diminta pergi ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Saya pergi ke Putrajaya bersama Anuar dan dalam perjalanan Anuar meminta saya untuk singgah di rumahnya di Puchong," katanya.

Hairul juga disoal Foong mengenai tujuan Anuar berhenti di rumahnya.

"Saya tidak tanya kenapa beliau (Anuar) singgah di rumahnya dan saya berpendapat mungkin dia ingin memaklumkan perkara yang terjadi kepada keluarganya.

"Saya tidak masuk ke dalam rumahnya kerana Anuar hanya singgah dalam masa lima hingga 10 minit sahaja," katanya.

Hairul juga disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada beliau dan Anuar berbincang mengenai kematian Teoh sepanjang perjalanan ke Putrajaya.

"Kami panik, buntu dan tidak tahu apa tindakan yang perlu dibuat, mungkin saya ada berbincang tentang perkara itu tetapi tidak ingat kerana ini kali pertama saya berhadapan dengan situasi sedemikian", katanya.

Ketika disoal Foong kenapa mereka sempat singgah di tempat lain sedangkan Hishamuddin meminta supaya pergi ke Putrajaya dengan cepat, Hairul memberitahu pada masa itu beliau panik dan tidak tahu hendak berbuat apa.

Jawapan "panik" yang diberikan oleh Hairul mendapat reaksi daripada Foong yang mempersoalkan sama ada beliau pernah membuat perkara yang salah terhadap Teoh.

Foong: "Kamu panik kerana ada buat salah terhadap Teoh seperti membunuh dan membuang mayatnya?.

Hairul: "Saya panik kerana ini kali pertama saksi saya mati.

Foong: "Adakah kamu panik kerana kamu telah meminta orang bawahan kamu menggunakan kekerasan ketika soal siasat Teoh?.

Hairul: "Tidak".


Hairul yang merupakan ketua bagi dua pegawai yang menyoal Teoh pada Julai 2009 turut berkata bahawa pada malam 15 Julai 2009, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah datang ke pejabat SPRM bersama seorang wanita yang merupakan peguam kepada seorang kontraktor, Lee Wai Weng.

Beliau juga disoal Awang Armadajaya mengapa Lee Wai Weng tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya sedangkan di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beliau berhak berjumpa dengan peguamnya.

Hairul berkata: "Dalam kes ini tiada tangkapan dibuat dan Perkara 5(3) Perlembagaan hanya boleh diguna pakai sekiranya ada tangkapan.

"Saksi (Lee Wai Weng) boleh berjumpa dengan peguamnya tetapi pada masa itu Lee tidak ada di pejabat," katanya.

Selain itu, Hairul turut berkata beliau dan Hishamuddin ada menerima maklumat berkaitan Adun-Adun dari parti pakatan pembangkang Selangor yang didakwa melakukan penyelewengan dan membuat tuntutan palsu.

"Mereka (Adun-adun) didakwa membuat tuntutan palsu, walhal kerja-kerja tidak dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata dalam nota maklumat yang diterima daripada sumber ada juga beberapa nama khusus yang disebut berkaitan Adun-Adun pakatan pembangkang yang didakwa menyalahguna peruntukan dan antara nama yang dinyatakan adalah Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Prosiding bersambung hari ini.

Ulasan GB

SPRM dan Menteri di JPM, Mohd Nazri Aziz menyatakan samada Teoh terjatuh atau terjun daripada tingkap.

Berdasarkan keadaan mayat Teoh yang tidak mengalami apa-apa kecederaan serius, maka ramai persoalkan teori Teoh "terjatuh" atau "terjun".

Justeru itu, Teoh tidak membunuh diri sebaliknya, lebih ramai mempercayai Teoh dibunuh.

Krisis Nuklear: Kebimbangan Meningkat, Warga Asing Mula Keluar Jepun

Posted: 16 Mar 2011 11:05 PM PDT

Tokyo — Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu "secara efektif sudah tidak terkawal lagi" selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

"Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya," katanya.

"Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia," katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

"Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal," kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

"Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor," katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan "sangat serius" dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Sindiket Ugut Sebar Aksi Seks Di Internet

Posted: 16 Mar 2011 09:41 PM PDT

Kuala Lumpur: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.

Gambar: KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.

Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.

Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besar-
nya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.

Mangsa yang ghairah menikmati 'keseronokan baru' tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika mendedahkan perkara itu, berkata dalam beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mende-dahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri masing-masing jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

"Kita menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, masing-masing membabitkan tiga mangsa lelaki dan dua wanita berkerjaya. Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 hingga RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video (seks) mereka disebarkan ke internet.

"Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau juga percaya terdapat banyak kes seumpamanya berlaku, namun mangsa tidak berani mendedahkannya atau melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah sekiranya hubungan terlarang itu terbongkar.

"Kebanyakan pengadu amat bimbang rumah tangga dan keluarga mereka musnah sekiranya kecurangan mereka terbongkar, namun kita berjaya menyelesaikan sebahagian kes dengan melakukan perbincangan dengan pasangan masingmasing," katanya.

"Kita tidak mahu mangsa memberi muka kepada anggota sindiket dengan membayar wang yang diminta sebaliknya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penjenayah terbabit," katanya.

Michael turut memohon pihak berkuasa memantau penjualan kamera mini tersembunyi yang direka dalam bentuk rantai kunci kereta, pen, cermin mata, jam tangan yang kini banyak dijual di pasaran agar ia tidak mudah disalah gunakan untuk melakukan jenayah. -Bh

[Bergambar] Pasca Tsunami: Ancaman Radiasi Meningkat

Posted: 16 Mar 2011 08:08 PM PDT

Tokyo: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat.

Gambar: PENDUDUK Fukushima diperiksa radiasi sebaik tiba di bandar Nihonmatsu.

Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.

Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.

"Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan," kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.

Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.

Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.

Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.

Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.

Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.

Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.

Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945. – Reuters








[Bergambar] Ribut Landa Ibukota, Lebih 20 Kenderaan Dihempap Pokok

Posted: 16 Mar 2011 07:10 PM PDT

SShah Alam: Lebih 20 kenderaan rosak, enam daripadanya rosak teruk apabila dihempap pokok dalam kejadian ribut lebih sejam di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

ANTARA kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

Kejadian itu juga mengakibatkan lebih 100 pokok yang ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bahu jalan beberapa kawasan taman perumahan dan zon industri, turut tumbang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memotong dan membersihkan beberapa batang pokok yang tumbang di beberapa jalan yang turut mengakibatkan kesesakan.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata petugas Bilik Gerakan Bencana MBSA turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penduduk yang terbabit sebaik menerima maklumat.

Seorang pemilik kereta yang rosak dihempap pokok, Farish Effendy, berkata sebelum kejadian, beliau meletakkan kenderaannya di depan sebuah restoran di Jalan Anggerik Mokara di sini, untuk bertemu seorang rakannya.

Katanya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan beliau terkejut apabila sebatang pokok di depan restoran berkenaan tumbang dan menghempap kenderaannya.

Penduduk, Mohd Salleh Rosman, pula berkata kejadian bermula dengan hujan air batu kira-kira jam 5.30 petang, selama kira-kira 10 minit, diikuti hujan lebat dan angin kencang.

"Selain kenderaan, khemah surau dan pasar malam turut diterbangkan angin kencang," katanya.

Seorang lagi mangsa, Manaf Ismail, 47, pula kerugian apabila van yang diletakkan bersebelahan kenderaan Farish turut dihempap pokok berkenaan.

Beberapa kenderaan turut menjadi mangsa ribut tidak jauh dari Pondok Polis Kota Kemuning dan di depan pangsapuri berdekatan.

Pemilik restoran, Zaidi Abas, 48, berkata beberapa pelanggannya kelam-kabut menyelamatkan kenderaan sebaik ribut berlaku.

"Syukur semua pelanggan saya berjaya menyelamatkan kenderaan mereka walaupun beberapa kenderaan lain yang ditinggalkan pemilik berdekatan restoran menjadi mangsa pokok tumbang," katanya. -BH










Wanita Dibunuh Anak Perempuan Ditikam

Posted: 16 Mar 2011 05:29 PM PDT

Johor Bharu - Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.

Gambar: BEBERAPA jiran melihat mayat Demah (kiri) yang mati ditikam dua lelaki di Johor Bahru semalam.

Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.

Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.

Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.

Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya. -kosmo


'Aku tikam jika kau urut lelaki'




JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Dewi, 43, maut ditikam di perut, manakala mangsa yang hanya dikenali sebagai Idah, 28, parah apabila pisau itu ditusuk sehingga hampir mengenai tulang belakangnya.

Difahamkan, pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan imbasan X-ray sebelum mengeluarkan pisau berkenaan bagi mengelak kecederaan lebih parah sekiranya senjata itu terkena tulang belakang mangsa.

Selain itu, pasukan perubatan perlu berhati-hati bagi memastikan bayi dalam kandungan mangsa selamat berikutan dia kehilangan banyak darah. -hm


Inilah Top 7 Keajaiban Dalam Islam

Posted: 16 Mar 2011 04:00 PM PDT

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramida di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, karena di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

1 Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida' Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Sollallahu 'alaihi wa sallam- bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia". [HR. Muslim dalam Sohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2 Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu- bertutur,

"Jabir bin Abdillah -radhiyallahu 'anhu- berkata: "Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu 'alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu 'alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut" .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu- berkata, "Dulu Nabi -Solallahu 'alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu 'alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)". [HR. Al-Bukhoriy dalam Sohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3 Untaian Salam Batu Aneh

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam? Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wasallam- bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang".[HR.Muslim dalam Sohih-nya (1782)].

4 Pengaduan Seekor Unta

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu- berkata, "Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu 'alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Sollallahu 'alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Sollallahu 'alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke belakangnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, "Unta itu milikku, wahai Rasulullah".
Maka Nabi -Shallallahu 'alaihi wasallam- bersabda, "Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar".
[HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5 Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleg berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu- berkata, "Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan sodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah dicampur racun. Lalu Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Sollallahu 'alaihi wa sallam- bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa ia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro' bin MA'rur Al-Ansoriy. Maka Nabi -Sollallahu 'alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu". Kemudian Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Sollallahu 'alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,"Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khaibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6 Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Sollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi -Soallallahu 'alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah -Shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda, "Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, "Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat".[Lihat Fathul Bari (6/610)]

7 Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita rekaan tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktion belaka alias omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu 'alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kokoh di hati kaum para muslimin

Pengusaha Barangan Lusuh Terbeli Bom Lama

Posted: 16 Mar 2011 09:04 AM PDT

Te;uk Intan: Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya kepada pemberita hari ini.

Goh berkata bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang.

Pengusaha kedai barangan lusuh, Borhan Alias, 50, berkata seorang pekerjanya menyedari tentang bom itu ketika sedang mengasingkan barangan lusuh di kedai.

"Saya tidak menyedari bom tersebut turut dibeli ketika melakukan urus niaga dengan penjual besi dan barangan lusuh secara lambakan," katanya.

[Video] Mangsa Fitnah Khalwat Buat Laporan Polis

Posted: 16 Mar 2011 07:55 AM PDT

Kuala Terengganu - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web "darul ehsan today" yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

"Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

"Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat," jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut. Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

"Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

"Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

"Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung," ujarnya. -buletinonline




Ulasan GB

Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya.

Bermohon keselamatan daripada Allah dan sering membaca Surah Al-Buruj. Petikan

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10


Hadith Rasulullah:

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan tiba masanya di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia tidak termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.


Logi Nuklear: Najib Dan Muhyiddin Patut Tanya Mahathir

Posted: 16 Mar 2011 07:00 AM PDT

Lebih Baik Tidak Bina Loji Kuasa Nuklear - Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. -illustrasi malaysiakini

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan "tidak termasuk nuklear".

"Kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear. Saya tidak tahu apakah orang sedar tentang hal itu," katanya.

Ditanya apakah beliau akan menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak membina loji tenaga nuklear, Dr Mahathir berkata, "Saya bukan penasihat. Sebab itu saya gunakan blog."


Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Bangunan Lestari Kumpulan EMKAY, di sini. -- BERNAMA

Naiktaraf Tandas RM199 Ribu? Siapa Sudah Songlap?

Posted: 16 Mar 2011 05:50 AM PDT

Tandas awam bertaraf 'banglo' dakwa DAP

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Malah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

'Pembaziran terlalu kerap'

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

ADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja. -mk

Ulasan GB

Betul-betul kerja gila. Hal begini jelas pun SPRM dan PAC tak siasat. Semata-mata kerana negeri Melaka ditadbirkan oleh BN.



Segamat Dilanda Banjir Semula

Posted: 16 Mar 2011 04:30 AM PDT

Kejadian lalu berulang kembali

SEGAMAT - Hujan lebat yang turun sejak kelmarin mengakibatkan beberapa kampung di daerah Segamat kembali dilanda banjir seperti di Kampung Batu Badak, Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Paya Dalam Segamat.

Berikutan kejadian tersebut, penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan seperti di pusat pemindahan Balai Raya Gemerih 4 yang menempatkan mangsa daripada Kampung Batu Badak dan Seberang Batu Badak.

Sebanyak enam keluarga melibatkan 34 mangsa berpindah ke pusat tersebut sejak 12 Mac lalu.

Sementara itu pusat pemindahan mangsa banjir Balai Islam Kampung Paya Dalam menerima tujuh keluarga dan 36 mangsa banjir.

Menurut salah seorang mangsa banjir, Abdullah Osman, 56, berkata air Sungai Segamat mula naik secara perlahan sejak beberapa hari yang lalu.

Namun hujan yang berterusan mengakibatkan air di Sungai Segamat naik secara mendadak sehingga mengakibatkan rumahnya dan beberapa rumah jiran dilanda banjir.

"Pengalaman banjir pada Januari lalu masih lagi segar diingatan isteri serta lima lagi anak saya. Kini tidak sampai dua bulan, rumah kami dilanda banjir lagi. Namun kali ini kami sekeluarga lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku," katanya.

Menurutnya, ketika banjir besar Januari lalu, rumahnya dinaiki air sedalam lima meter serta hampir menenggelamkan keseluruhan rumah dan dia juga mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit ketika itu.

Ketua Kampung Batu Badak, Anuar Abd Karim, 65, berkata, setakat ini hanya beberapa rumah sahaja dinaiki air terutamanya yang berhampiran Sungai Segamat.

Pihaknya akan membuka pusat pemindahan banjir pada bila-bila masa sahaja jika paras air terus meningkat.

"Pusat pemindahan banjir di kampung ini disediakan di Balai Raya Gemerih 4. Apa yang penting ialah penduduk kampung harus mengambil iktibar pada banjir besar lalu supaya mereka tidak mengalami kerosakan harta benda yang banyak, namun keselamatan diri adalah paling utama," katanya.

Sehingga kini, paras air di Sungai Segamat menujukan penurunan dan semua mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing. -SH

Ramai Kahwin Warga Asing Di Songkhla

Posted: 16 Mar 2011 04:02 AM PDT

Songkhla (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.

Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).

Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status 'Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.

"Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

"Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

"Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

"Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan," katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010

Songkhla - 2,559
Narathiwat - 177
Yala - 160
Satun - 173
Pattani - 191.






Ulasan GB

Apa-apa pun nikah di Siam itu lebih baik daripada melakukan perzinaan, dan jauh lebih baik dari perbuatan "seseorang" yang merogol amahnya kemudian lepas bebas dan lakukan konspirasi untuk menutup isu berkenaan dengan memaksa wanita buat pengakuan tidak pernah dirogol..

Oh, DNA (Datuk Najib Altantuya)

Posted: 16 Mar 2011 01:41 AM PDT

Oh DNA, siapa beruk dan monyet

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik,"
katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA,"
katanya. -HD

Tiada ulasan: