MiLo SuaM |
- Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak
- Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan!
- Video seks, Jakarta Post perlekeh kredibiliti media Malaysia
- Penipuan berterusan tentang rekod masa Twitter
| Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak Posted: 28 Mar 2011 12:08 PM PDT Sebelum ini, MiLo SuaM sudah mendedahkan keratan gambar pertama blogger terkenal gerombolan songkok tinggi yang berlagak sebagai pejuang Islam, sebaliknya menogak arak di saat umat Islam menunaikan solat maghrib rujuk link ini [Blogger UMNO]. Seperti yang dijanjikan, kali ini MiLo SuaM membawakan keratan ketiga gambar tersebut. Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, kepada penyokong gerombolan songkok tinggi, inilah blogger harapan anda, yang selama ini berlagak memperjuangkan Islam, memaki hamun Ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina untuk meraih sokongan anda kepada UMNO dan Barisan Nasional. Inilah blogger yang selama ini memberikan maklumat kepada anda, inilah blogger yang selama ini menaburkan fitnah dengan sewenang-wenangnya dan memperbodohkan anda atas nama Islam. Blogger upahan gerombolan songkok tinggi ini menjadi rujukan anda setiap hari dengan pelbagai fitnah dahsyat. Oh ya, hampir ReJaM© terlupa, tiba-tiba dah sampai ke keratan gambar ketiga, keratan keduanya mana? Jangan risau, keratan gambar yang kedua ada di sini, didedahkan oleh blogger edyesdotcom, sila klik [edyesdotcom] ![]() ReJaM© "Berlagak pejuang Islam konon..." |
| Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan! Posted: 28 Mar 2011 04:56 AM PDT Seperti yang dijanjikan sejak awal pagi tadi [Blogger UMNO], tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk ReJaM© mendedahkan gambar blogger UMNO yang mengaku memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran, namun rupa-rupanya kaki togok arak. Kepada blogger yang dimaksudkan, ReJaM© nak tanya dengan ikhlas, di mana kamu berada pada saat artikel di bawah ini dituliskan? Di mana kamu menunaikan solat maghrib dan isyak? Di masjid? Surau? Atau di kedai arak? Semasa kamu menulis kalimah Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar seperti di bawah ini, kamu masih sedar atau sudah mabuk kerana banyak sangat minum air kencing setan? ![]() Lain kali kalau dah tau mabuk pekena air kencing Setan, jangan sibuk nak tulis nama Allah, jangan sebok nak berlagak jadi pejuang Islam. Minumlah banyak-banyak mabuklah sampai mampos, jerit kuat-kuat Beer End! Beer End! Take Beer! Tak Beer!. Kalau kamu tak mabuk masa tulis Allahuakbar, takkan tak sedar orang ambil gambar betul tak? Di bawah ini gambar yang dimaksudkan, kita dedahkan pelan-pelan, jangan gopoh-gopoh. Biar semua buka mata, inilah pejuang islam yang diupah oleh UMNO BN untuk memaki hamun Ulama, melemparkan fitnah jahat setiap hari di alam cyber. Inilah gaya pejuang Islam gerombolan songkok tinggi. ![]() Nantikan pendedahan jig-saw puzzle yang seterusnya. Baca juga dari blog salah seorang pemegang Puzzle seterusnya [edyesdotcom] ReJaM© "Pejuang Islam ke pejuang botol arak?" |
| Video seks, Jakarta Post perlekeh kredibiliti media Malaysia Posted: 28 Mar 2011 03:29 AM PDT ![]() Media Malaysia sudah mula menjadi bahan ejekan media-media antarabangsa selepas meletupnya video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim. Hari ini Jakarta Post mempertikai dan memperlekeh media Malaysia yang dikawal oleh Kerajaan berhubung isu video seks tersebut. Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya [Jakarta Post]dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini. "Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel. "Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah," kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan. "Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat. "Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda," kata tulisan, sinis. Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media. "Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu 'lempar batu sembunyi tangan' kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu. "Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka," kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satu bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang. "Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang. "Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut," kata tulisan itu lagi. ReJaM© "Media arus perdana Malaysia jadi bahan jenaka antarabangsa kah kah kah..." |
| Penipuan berterusan tentang rekod masa Twitter Posted: 28 Mar 2011 02:15 AM PDT Saya merujuk kepada laporan berterusan oleh Utusan Malaysia, media perdana dan blogger-blogger UMNO yang mempertikaikan kononnya masa pesanan-pesanan yang dibuat di laman Twitter pada 21 Februari 2011 adalah masa yang tepat. Mereka mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya mula menghantar pesanan pada jam 11:40 malam, seperti yang dipetik di laman Twitter. Oleh itu, mereka mempersendakan kenyataan saya pada 26 Mac lalu yang menerangkan bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat 9 pesanan melalui akaun Twitter yang turut dipamerkan di laman Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari 2011. Pesanan-pesanan ini secara jelas menunjukkan adalah mustahil Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku di dalam video seperti yang difitnah oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Shazryl Eskay Abdullah. Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di lama Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran. Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu. Tekaan saya tepat. Utusan Malaysia dan blogger-blogger UMNO tanpa usul periksa terus memutar belitkan perbezaan satu jam itu. Mereka tidak sedar bahawa tindakan itu mengiyakan pandangan umum bahawa mereka tidak pernah meletakkan kebenaran sebagai asas untuk membawa berita. Penulisan mereka adalah bermatlamatkan agenda politik busuk dan semua berita diselewengkan untuk menjalankan agenda politik busuk. Perbezaan satu jam pada 21 Februari 2011 itu boleh diterangkan dengan mudah sekiranya mereka benar-benar memahami konsep daylight time saving dan bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi. Masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan, kerana Facebook merujuk kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi atau laptop semasa akaun dibuka [Facebook Time]. ![]() Oleh sebab itu, berbeza dengan akaun Twitter, Facebook tidak membenarkan pengguna menetapkan zon masa kerana rujukan masa dibuat secara terus kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi pengguna. Oleh itu, mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada. Sebaliknya, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan dibuat oleh pengguna dari seluruh dunia akan merujuk kepada masa di pelayannya kemudian ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia. Oleh sebab itulah, laman Twitter menetapkan bahawa pengguna perlu memilih zon masa semasa mula-mula membuka akaun. Ini akan melibatkan isu perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia dengan San Francisco, Amerika Syarikat dan juga perubahan jam pada bulan Mac dan November setiap tahun. Oleh kerana Amerika Syarikat mengamalkan perubahan jam mengikut daylight saving, setiap tahun jam akan diubah pada hari Ahad kedua bulan Mac, dan diubah kembali pada hari Ahad pertama bulan November. Ini akan memberi kesan kepada perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia, apabila jam diubah di Amerika Syarikat; yang bermakna masa di pelayan laman Twitter juga akan berubah. Semasa waktu yang digunapakai bagi musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa di antara zon masa di San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan yang dibuat ke laman Twitter dalam tempoh masa itu akan berbeza selama 16 jam dan pelayan laman Twitter akan secara automatik mengira waktu ditempat asal berdasarkan perbezaan 16 jam itu. Ini boleh ditunjukkan seperti berikut, mengambil kira pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari 2011 adalah bersamaan dengan jam 7:40 pagi di San Franciso (kerana jam Malaysia tidak diubah mengikut daylight saving). Tetapi pelayan Twitter akan menambah 16 jam, maka masa yang dipamerkan di laman Twitter adalah satu jam lebih cepat iaitu 11:40 malam (lihat bagaimana waktu di Malaysia menjadi 1 jam lebih cepat berbanding waktu sebenar, kerana Malaysia tidak mengubah jam seperti di Amerika Syarikat): ![]() ![]() Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac mengikut daylight saving, perbezaan di antara zon masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang dibuat ke laman Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan, seperti berikut (mengambil contoh 21 Mac 2011): ![]() ![]() Perkara yang semudah ini tidak dapat difikirkan secara rasional oleh Utusan Malaysia dan blogger UMNO kerana mereka taksub dan tenggelam dengan fitnah mereka sendiri. Mereka lupa prinsip mudah iaitu yang bertukar jam adalah pelayan Twitter di San Francisco kerana Amerika Syarikat menggunapakai sistem daylight saving sedangkan Malaysia tidak. Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh laman Facebook yang menggunakan masa tempatan mengikut masa komputer peribadi dan laptop masing-masinglah adalah masa yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan satu jam akibat daylight saving itu. Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada pesanan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pada 5 Disember 2010 [FB Khairy Jamaluddin]: ![]() Beliau menghantar pesanan melalui laman Twitternya bahawa "PM @NajibRazak sedang memberi ucaptama di Konvenseyen BN". Laman Twitter mempamerkan masa pesana itu dibuat pada jam 9:55 pagi iaitu satu jam lebih cepat dari yang ditunjukkan oleh laman Facebook beliau. Saya jemput Utusan Malaysia dan semua blogger UMNO untuk menyemak kembali aturcara Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 dan mereka perlu menerima hakikat bahawa ucapatama Perdana Menteri bermula sekitar jam 8:30 pagi, sekaligus membuktikan bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah tepat. Saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat bahawa tindakan Perdana Menteri dan UMNO yang mengalih perhatian kepada video seks lucah tanpa mengambil hukuman berat ke atas dalangnya, membuktikan bahawa ia satu lagi konspirasi jahat UMNO. Isunya bukanlah perbezaan satu jam atau aktiviti Twitter Dato' Seri Anwar Ibrahim. Isunya adalah nama dan maruah negara yang dimalukan kerana cubaan fitnah ini. Isunya adalah perlakuan jenayah oleh beberapa orang kuat UMNO yang sehingga kini masih bebas dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Isunya adalah tindakan pihak berkuasa membenarkan kegiatan jenayah itu berlaku di tempat awam yang rapat dengan kerajaan. Isunya adalah perlakuan rasuah yang cuba membeli Ahli Parlimen KEADILAN yang sehingga kini belum diambil tindakan oleh SPR mahupun SPRM. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI 28 MAC 2011 |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan