Kelab Greenboc |
- Dirogol Kenalan Facebook
- Sarawak, Bangunlah. Ubah Nasib Rakyat Bumi Kenyalang!
- Ular Sawa 3 Meter Kekenyangan Ditangkap (updated)
- Pasangan Pelajar Mengaku Lakukan Seks Dalam Tandas
- Dirempuh Kereta Dalam Rumah
- [Bergambar] 10 Ribu Solat Hajat Tolak Fitnah
- Video Seks: Jakarta Post Selar Akhbar Malaysia Langgar Etika Kewartawanan
- Video Seks: Majlis Perunding Bukan Islam Mahu Datuk T Dikenakan Tindakan Tegas
- Video Seks: Pemimpin PAS Pula Jadi Menjadi Mangsa Fitnah Blogger UMNO
- JPJ Tak Dapat Kesan Kereta WQU 1925 Yang Bawa Chegubard Ke Hotel Shangri-La
- NTBL Untuk Nalla
- Buruh Maut Terjatuh Dari Bangunan
| Posted: 29 Mar 2011 01:00 AM PDT Ayer Keroh - Perkenalan menerusi laman sosial Facebook membawa kepada titik hitam bagi seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah apabila dia menjadi mangsa rogol.Pelajar terbabit dikatakan dirogol rakan lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial berkenaan. Bagaimanapun, perkenalan mereka membawa padah apabila lelaki yang bekerja sebagai pembantu periklanan di sebuah pasar raya di negeri ini akhirnya dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam kerana merogol gadis berkenaan. Tertuduh, Wong Hee Seong, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol seorang gadis bawah umur yang berusia 14 tahun 6 bulan di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam kira-kira 11.30 malam, 18 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada penjara antara lima dan 20 tahun serta sebatan. Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazwani Ishak, ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah wang jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh. Hakim Abu Bakar Qatar kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh kes disebut semula, 26 Mei depan. -SH Ulasan GB Meskipun beliau bukan Islam, namun pengajarannya untuk semua. Berhati-hati dengan FACEBOOK itu. Ada banyak hantu, perogol, penyamun dsbnya di situ. pssssttt... menteri tu pun ada facebook. |
| Sarawak, Bangunlah. Ubah Nasib Rakyat Bumi Kenyalang! Posted: 29 Mar 2011 12:00 AM PDT Rakyat hidup lebih selesa tanpa BNPara pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa. Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN. "Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat. Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak. Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu. Selama ini, katanya rakyat mudah ditipu dengan pelbagai janji manis menjelang pilihanraya umum di mana janji pembangunan adalah janji wajib yang ditaburkan setiap kali pilihanraya berlangsung. Tambahnya, pelbagai sogokan seperti kain pelikat, jalan raya diturap, pecah tanah, subsidi baja, hamper, wang saguhati, basikal dan macam-macam lagi adalah lumrah bagi BN. "Selepas pilihanraya berlangsung pemimpin yang dipilih rakyat ini hilang entah ke mana bersama janji mereka. "Rakyat pula sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus berharap pemimpin BN boleh menghadirkan pembangunan," katanya. Katanya lagi, kemiskinan rakyat adalah kebanggaan BN kerana dalam kemiskinan itulah, rakyat akan meminta simpati mengharapkan sebekas bantuan terutama menjelang pilihan raya. Pemimpin BN juga, ujarnya menanam dalam minda rakyat bahawa hanya BN mampu memerintah. Selain BN, katanya pembangkang dianggap sesat dan pengkhianat di mana pemimpin Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai fitnah yang direkayasa. "Rakyat ditipu bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat akan hidup melarat dan susah. Inilah mentaliti kelas tiga yang cuba diputarbelitkan," katanya lagi. Jlasnya, demokrasi sebenar hanyalah mimpi di negara ini kerana demokrasi yang dicipta hanyalah untuk menguntungkan diri pemimpin BN semata-mata. Menurutnya, dengan penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media yang berleluasa, daftar pemilih yang diragui, serta peranan SPR yang dicurigai menjadikan demokrasi Malaysia jauh tertinggal dengan negara lain. "Kebebasan dan hak asasi rakyat dicerobohi. Rakyat dinafikan hak mendapatkan maklumat bebas dan telus," ujarnya. -HD
Ulasan GB Membiarkan Sarawak terus diperintah BN bererti kita membiarkan Abdul Taib Mahmud terus mengumpulkan kekayaan dan terus merompak harta rakyat marhaen Sarawak. Sarawak, bangunlah. Ubah nasib rakyat bumi kenyalang. |
| Ular Sawa 3 Meter Kekenyangan Ditangkap (updated) Posted: 28 Mar 2011 10:50 PM PDT ![]() Yong Peng – Beberapa penduduk Kampung Parit Haji Yusuf, Yong Peng terkejut apabila menjumpai ular sawa batik yang kekenyangan ketika membersihkan kebun kelapa sawit. Kejadian itu berlaku jam 11 pagi kelmarin apabila seorang penduduk yang sedang asyik membersihkan kebun terbabit dengan menggunakan jentolak, terlihat ular sawa terbabit melingkar tidur akibat kekenyangan dipercayai baru sahaja memakan anak babi hutan. Penduduk berkenaan, Asmavi Bariman berkata, dia seperti biasa membersihkan kebun di kampung berkenaan kerana pemilik tanah terbabit bercadang mahu menanam kelapa sawit yang baru. Menurutnya, dia tidak menyangka akan menjumpai ular sawa berkenaan dan agak terkejut lalu menghalaunya dengan menggunakan jentolak sehingga ular terbabit lari ke dalam parit berdekatan. "Saya meneruskan kerja dan tidak menghiraukan ular terbabit sebelum memberitahu perkara tersebut kepada seorang rakan yang datang. "Setelah mendengar pandangan kawan saya yang mengatakan ular sawa terbabit mungkin akan menjadikan keadaan berbahaya satu hari nanti, jadi kami terus sahaja menghubungi Balai Bomba Yong Peng," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Yong Peng, Mohamad Mujid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan jam 4 petang dan bergegas bersama lima anggota ke tempat kejadian. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, ular sawa berkenaan masih lagi berada di dalam parit dan keadaannya agak lemah kerana terlalu kenyang setelah membaham mangsanya yang dipercayai anak babi hutan. "Kami menunggu beberapa ketika sebelum ular terbabit mengeluarkan kepalanya untuk bernafas dan kami tanpa berlengah menangkap kepala ular dengan menggunakan alat khas. "Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan ular berkenaan dari parit dan kami juga menggunakan arus elektrik bervoltan rendah supaya ulat terbabit terus lemah dan tidak melawan. Setelah dikeluarkan dari parit tempatnya bersembunyi kami terkejut kerana ular terbabit agak besar dan dianggarkan beratnya hampir 100 kilogram dan sepanjang tiga meter," katanya. Mohamad berkata, bagi memindahkan ular berkenaan bantuan daripada jentolak penduduk kampung terpaksa digunakan memandangkan jarak untuk ke jalan besar agak jauh serta ular terbabit agak besar. -SH Ulasan GB Ada yang meminta GB ulas sedikit mengenai tangkapan ular besar ini. Emmm... sebesar-besar ular akhirnya berjaya ditangkap rakyat. Sebesar-besar pembelit dan pemfitnah itu akan tetap tewas juga akhirnya. Itu hukum alam! |
| Pasangan Pelajar Mengaku Lakukan Seks Dalam Tandas Posted: 28 Mar 2011 08:51 PM PDT Tandas 'port' pemuas nafsuMELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai 'port asmara' dengan kekasihnya. Gambar fail Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai 'persediaan' bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama. Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya. Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam. Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah. Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya. Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu. "Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu. "Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu. "Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu," katanya. Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan. Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit. "Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu. "Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung," katanya. Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. -hm Ulasan GB Menggambarkan sudah betapa parahnya gejala sosial yang berlaku kini. Kita berharap bala dan bencana Allah tidak menimpa ke atas kita apabila kemurkaan Allah tiba. |
| Posted: 28 Mar 2011 06:35 PM PDT Hulu Bernam: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang. Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama. Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan. "Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan. "Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah. Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta. Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR). Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama. Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa. "Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha. "Keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya. -hm |
| [Bergambar] 10 Ribu Solat Hajat Tolak Fitnah Posted: 28 Mar 2011 05:17 PM PDT Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wiraCukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat. Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan. Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu. Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya. Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul. Berbaju Melayu, bersongkok Beliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hendaklah digiatkan. "Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut gelak ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu. Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN. Mengulas itu video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini. "Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu. Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah". Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang. Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama. "Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi. Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam. "Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang. Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali. Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.
foto ehsan harakahdaily, edyesdotcom, batuvskayu ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Video Seks: Jakarta Post Selar Akhbar Malaysia Langgar Etika Kewartawanan Posted: 28 Mar 2011 04:02 PM PDT Jakarta: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini. "Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel. "Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah," kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan. "Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat. "Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda," kata tulisan, sinis. Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media. "Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu 'lempar batu sembunyi tangan' kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu. "Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka," kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang. "Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang. "Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut," kata tulisan itu lagi. -batuvskayu |
| Video Seks: Majlis Perunding Bukan Islam Mahu Datuk T Dikenakan Tindakan Tegas Posted: 28 Mar 2011 08:18 AM PDT Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar telah pun menafikan dakwaan itu. Presidennya Rev. Dr Thomas Philips (gambar) berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza. Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama "Datuk T". "Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang (mementingkan) kesopanan, tidak kira kaum atau agama mereka anuti," kata beliau. Philips berkata sejak beberapa dekad lalu, rakyat Malaysia "dilayan" oleh siri skandal kewangan, sosial, dan politik, yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan "kepimpinan melalui teladan." Kata beliau, imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu. "(Oleh itu) kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini (video seks) dan mewujudkan era baru, yang diisi dengan (semangat) hormat-menghormati, bermaruah, percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini," katanya. Polis telah menahan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang. "Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya. Najib yang juga Presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan. Minggu lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata, siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat. "Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka. "Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya. -TMI Ulasan GB Orang bukan Islam pun tahu "fitnah" itu menjijikkan. Ini, UMNO yang mengaku Islam menjaja fitnah untuk menjatuhkan lawan. Memalukan! |
| Video Seks: Pemimpin PAS Pula Jadi Menjadi Mangsa Fitnah Blogger UMNO Posted: 28 Mar 2011 07:12 AM PDT Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah"Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks. Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno. Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya. Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain. Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim. Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka. Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu. "Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu. Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam blog, ia juga disebarkan dalam twitter. "M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya. Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya. "Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya. Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok. -HD
Ulasan GB Marilah kita sama berdoa agar Allah menurunkan siksa yang sehebat-hebatnya kepada pemfitnah yang tidak takut dengan dosa memfitnah ini. |
| JPJ Tak Dapat Kesan Kereta WQU 1925 Yang Bawa Chegubard Ke Hotel Shangri-La Posted: 28 Mar 2011 06:00 AM PDT Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis". Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. "Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ," kata beliau apabil dihubungi hari ini. Chegubard sedang menjelaskan tentang "pembongkaran" terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan "Siapa Dalang Fitnah" di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu. Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat. Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas. Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam. Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil "Tengku". Konspirasi Darjah Tertinggi Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan. Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan. "Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya. "Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR," kata chegubard. Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan "saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini." Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti. "Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar," tambahnya. Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton "blue film", namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini. "Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya," katanya. |
| Posted: 28 Mar 2011 03:59 AM PDT Pemimpin PAS enggan layan hasrat NallaKUALA LUMPUR, 28 Mac — Pimpinan tertinggi PAS mengambil pendirian tidak mahu "melayan" hasrat Datuk S. Nallakaruppan yang mahu bertemu pemimpin parti Islam itu bagi mendedahkan sendiri siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pemimpin PAS enggan memberikan sebarang komen berhubung cadangan Nallakaruppan itu, "Beliau (Nallakaruppan) tak perlu nak dedah... kita pun tahu siapa Nallakaruppan. "Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak mahu melayan "permintaan" Nallakaruppan itu. "Kita tak mahu layan Nallakaruppan," jawabnya ringkas. Nallakaruppan dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar. "Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua. "Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. Menurutnya, banyak perihal Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka. "Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar," katanya. Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengambil pendirian tidak mahu melayan Nallakaruppan. Malah Mustafa juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu. "Tiada komen," jawabnya. -TMI Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar Ulasan GB Nalla, sorry, NTBL - No time bo layan. |
| Buruh Maut Terjatuh Dari Bangunan Posted: 28 Mar 2011 02:11 AM PDT Kuala Terengganu: Seorang buruh rakyat Indonesia maut apabila terjatuh dari bumbung bangunan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini, Ahad.GAMBAR: Anak panah menunjukkan tempat Kismantio terjatuh dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam. - kosmo Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kismantio, 28, dari Jamber, Jawa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata lelaki itu dikatakan tergelincir ketika berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan pada pukul 9.30 pagi. Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, yang dihanyut arus setelah tergelincir ke dalam sungai Telemong di Kampung Nibong, Hulu Terengganu Jumaat lepas, masih diteruskan. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata oeprasi dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan bantuan penduduk setempat.- BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
























Tiada ulasan:
Catat Ulasan