Sabtu, 26 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Persoalan mengapa Rosmah tidak bertudung terjawab

Posted: 25 Mar 2011 02:43 PM PDT


Ramai yang mempertikaikan mengapa Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Al-Fadhil Ustaz Haji Najib Tun Razak terlalu liat untuk bertudung. Malah tanpa segan silu menayangkan rambut gerbangnya sambil bergambar bersama First Lady of Malaysia yang tulen, Tuanku Permaisuri Agong baru-baru ini. Mungkin video di bawah ini boleh menjawab segala persoalan tersebut.



ReJaM© "Mungkin dia nak tunggu rambut dia gugur semua baru nak bertudung"

Gempar! Pendedahan video seks dapat sokongan orang no satu

Posted: 25 Mar 2011 04:57 AM PDT



RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

"Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya," katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

"Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1," katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

"Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan," kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama ada Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.

Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

"Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya," kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.



Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

"Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata "jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin."

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini. [Msian Insider]


ReJaM© "Rakyat terus jadi bodoh dengan cerita seks"

Pelajar Biology biasa pun mampu palsukan bukti DNA

Posted: 25 Mar 2011 03:24 AM PDT

Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di mahkamah negara kita melibatkan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penuduhnya Saiful Bukhari Azlan. Sejak dari awal lagi tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur [Laporan HKL] ditambah dengan seorang doktor Osman dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) telah mengesahkan bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful Bukhari. [Laporan Pusrawi]





Namun perbicaraan masih terus dijalankan. Ibarat membicarakan kes rogol seorang perempuan yang masih dara. Bukti yang terus digembar-gemburkan hanyalah kononnya terdapat kesan air mani lelaki Y di dubur Saiful.

Namun untuk pengetahuan pembaca semua, menurut laporan Dailymail pada tahun 2009 yang lalu berdasarkan journal Forensic Science International: Genetics reports., para penyelidik telah memberikan amaran bahawa bukti DNA sangat mudah untuk dipalsukan, malah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan biologi pun mampu melakukannya. Ini menimbulkan kebimbangan orang yang tak bersalah mungkin dihukum, manakala yang bersalah akan terlepas [DailyMail].



Nampaknya jawapan kepada soalan, "Mengapa perbicaraan liwat lelaki yang masih dara ini diteruskan?" sudah terjawab. Perkara tak masuk akal berlaku di Mahkamah Malaysia. Minta perhatian pengamal undang-undang termasuk peguam Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan maklumat ini.

Baca juga terjemahan penuh Artikel Dailymail, di sini [Free Malays]


ReJaM© "Dunia hari ini dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah, semoga Allah melindungi kita..."

Wajah bomoh berambut perang Ketua Menteri Sarawak

Posted: 25 Mar 2011 02:16 AM PDT


Wow terperanjat gua tengok gambar seorang perempuan berambut perang yang dikatakan sebagai bomoh kepada Ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib mahmud. Gambar ini didedahkan oleh laman web Sarawak Report yang sememangnya ditubuhkan khas untuk membongkar segala salah laku dan penyelewengan Taib selama 30 tahun memegang tampuk pemerintahan Sarawak. Ikuti pendedahan ini, klik sini [SarawakReport]


RentaP© "Macam bomoh Mat saleh je... pandai Taib Pilih kah kah kah..."

Video seks meletup menjelang pilihanraya Sarawak

Posted: 25 Mar 2011 12:58 AM PDT



Makcik-makcik dan pakcik-pakcik, abang-abang dan kakak-kakak, kita lupakan kisah duit hilang, lupakan kisah balak tumbang, lupakan kisah ugut orang tipu orang, semua cerita tak penting. Mari ramai-ramai kita tonton video seks oleh manusia paling jahat di dunia.

Jangan peduli duit kita hilang, anak dara kita hilang, bini kita hilang, kambing hilang, lembu hilang, tanah hilang, semua hilang. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik kena percaya cerita yang paling penting dalam negara ini, adalah cerita Anwar Ibrahim dan video seksnya.


RemBat© "Mari perbodohkan diri beramai-ramai"

Tiada ulasan: