Sabtu, 26 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tayangan Video Seks - Apa Kata TG Nik Aziz?

Posted: 26 Mar 2011 12:50 AM PDT

Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

"Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

"Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

"Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

"Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,"
katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.



Mustahil Anwar terlibat

KUALA TERENGGANU – "Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian," demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk 'T' itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk 'T' mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini 'difasikkan' berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

"Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik," katanya. -SH


Gadis Bawah Umur Dah 25 Kali Adakan Hubungan Seks

Posted: 25 Mar 2011 11:51 PM PDT

Chukai – Disangkakan demam panas, rupa-rupanya sakit mahu bersalin.

Itulah hakikat pahit yang terpaksa ditelan seorang bapa yang hanya mengetahui anak gadisnya sarat mengandung dan cuma menunggu saat untuk melahirkan bayi ketika menghantar anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana suhu badannya panas.

Hati bapa mana yang tidak hancur apabila mengetahui berita berkenaan daripada doktor, apatah lagi si anak gadis masih di bawah umur.

Bagaimanapun, demi maruah, bapa berkenaan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, di sini, Selasa lalu.

Meskipun sudah sarat mengandung, namun 'perut membusung' gadis itu yang dikatakan tidak kelihatan menyebabkan bapa terbabit dan ahli keluarga lain tidak menyedari anaknya itu mengandung luar nikah.

Sinar Harian difahamkan, pada hari sama bapa berkenaan membuat laporan polis, anak gadisnya yang ditahan di wad juga telah selamat bersalin di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes itu berkata, suspek bagi kes berkenaan adalah teman lelaki mangsa sendiri.

"Suspek berumur 19 tahun dan berasal dari Bukit Kelulut, Marang. Sekarang kita sedang mengesan suspek.


"Berdasarkan soal siasat awal juga, mangsa yang sudah tidak bersekolah turut mengakui telah melakukan hubungan seks lebih daripada 25 kali bersama teman lelakinya itu," katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawal pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlalu bebas seterusnya mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. -SH

Ulasan GB

Nampaknya gejala seks di kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan kes buang anak juga turut meningkat.

Episod di atas hanya sekelumit daripada beberapa banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

Apabila sistem kehidupan tidak dipandu oleh roh Islam dan suasana persekitaran penuh dengan bahan hedonisma, akibatnya ialah kehancuran.


[Video & Bergambar] Bencana Akibatkan 74 Maut Di Myanmar, Seorang Di Thailand

Posted: 25 Mar 2011 10:20 PM PDT

Yangon: Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat melanda Myanmar lewat kelmarin, kata para pegawai semalam, di tengah-tengah kebimbangan angka itu akan meningkat dengan berita yang mula datang dari kawasan terpencil.

Gegaran itu boleh dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa itu, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa tempat di China.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berukuran 6.8 pada skala Richter.

Seorang pegawai Myanmar berkata 74 orang mati dan 110 cedera di lima kawasan dekat pusat gempa itu. Sebanyak 225 rumah dan sembilan bangunan pemerintah runtuh dalam kejadian itu.

'Kami masih cuba hubungi kawasan-kawasan terpencil. Tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang cuba mencari orang-orang cedera di kawasan- kawasan terjejas itu, tetapi jalan- jalan masih ditutup,' kata pegawai itu.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata seorang wanita berusia 52 tahun mati apabila sebuah tembok rumahnya roboh.

Di Yangon, pengarah Myanmar bagi badan kebajikan World Vision, Encik Chris Herink, berkata beberapa tempat terjejas di Kengtung dan Tachileik tetapi tidak nampak kerosakan besar prasarana, walaupun beberapa bangunan retak dan bekalan air terputus di beberapa tempat.

'Yang menjadi kebimbangan nyata ialah kawasan desa. Kawasan di sempadan Thailand dan Laos, atau Segitiga Emas, ialah kawasan berbukit-bukit. Ada banyak kegiatan niaga di situ,' kata Encik Herink.

World Vision membantu sara hidup sekitar 7,000 kanak-ka nak, yang ditaja oleh penderma dari luar negara, di tempat-tempat terjejas.

'Kami ingin memastikan mereka dan keluarga mereka selamat. Kami juga menawarkan bantuan kepada mereka dahulu, selain membantu orang lain di situ yang perlukan bantuan kemanusiaan,' tambahnya.

Gempa itu melanda 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke utara timur laut Chiang Mai.

Jabatan meteorologi Thailand berkata semalam ia telah merakam enam gegaran susulan kuat.

Penduduk di Chiang Rai lari dari rumah mereka lagi semalam apabila berlaku lagi gegaran susulan.

Gempa itu dirasakan di seluruh wilayah Yunnan di barat daya China namun tiada kematian atau kerosakan besar dilaporkan semalam, menurut China National Radio.

Ada penduduk di Hanoi juga lari dari rumah mereka apabila terasa gegaran. Namun penolong pengarah badan Institut Geofizik Global di ibu kota Vietnam itu tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan.

Laos tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan, kata jurucakapnya, Encik Khenthong Nuanthasing.

Tiada amaran tsunami berikutan gempa di Myanmar itu kerana menurut pakar seismologi Amerika, gempa itu jauh di pedalaman. -- AFP.
















Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi

Posted: 25 Mar 2011 08:51 PM PDT

Susulan mengenai pendedahan serbuk kopi bercampur gelatin babi oleh sebuah akhbar tabloid (Harian Metro) semalam, ramai yang tersentak kerana selama ini mereka tidak mengetahui lansung bahawa kopi yang mereka minum mempunyai unsur yang tidak halal.

Ada yang trauma, kerana telah beberapa kali mengunjungi kedai tersebut yang menghidangkan kopi bercampur gelatin babi kerana tidak menaruh apa-apa syak untuk sebuah kedai yang hanya menyediakan minuman ringan sekalipun tidak mempunyai logo HALAL dipamerkan di kedai berkenaan.

Semalam, akhbar tersebut menyiarkan berita sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi oleh akhbar berkenaan turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

"Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal," katanya.

Di dalam sebuah lamanweb, hazrey.com yange memetik beberapa perbincangan di Facebook mencatatkan:

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya
.


Sebuah portal yang dikendalikan oleh WakTafa bernama Selatan Online turut menyalin semula artikel yang tersiar di blog ini semalam dan seorang pengunjung yang menggunakan nama buluhkasap7-1 menulis di ruangan komentar:

Ya ALLAH, hamba MU yang kurang membuat pemeriksaan sudah dua kali ke cafe tersebut. Semasa bertugas di Kluang dulu, hamba Mu boleh di kata kan setiap petang melantak kopi dan roti bun di perkarangan Railway Station Kluang. Di kala itu cafe tersebut belum ujud lagi.

Hamba Mu ke cafe tersebut gara gara kerana mengikut sahabat yang tinggal di Kluang menyatakan bahawa di cafe tersebut kesemua yang di sajikan itu halal. Hamba MU juga di maklumkan bahawa mee rebus yang di jual di sediakan oleh orang melayu penduduk sebuah taman di Kluang.

Ya ALLAH, kepada MU hamba berserah dan kepada Mu jua hamba Mu memohon keampunan.


Hari ini sebuah akhbar tabloid lain, Kosmo pula menyiarkan berita bahawa pihak pengusaha kedai minum tersebut membuat laporan polis kerana katanya pretasi pernigaannya terjejas teruk akibat penyiaran berita berkenaan.

"Kami tidak tahu apa-apa. Kami tidak dapat sebarang surat atau maklumat daripada Jabatan Kesihatan atau Jabatan Agama Johor (JAJ)."

Demikian tegas seorang pengusaha kopitiam terkenal di sebuah daerah di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong apabila diajukan soalan mengenai laporan bahawa premisnya dikatakan menghidangkan kopi bercampur gelatin babi, Kosmo dipetik.

Menurutnya, dia telah menerima banyak khabar angin termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet mengenai isu tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Ah Chong memberitahu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang pada Rabu lalu mengenai penyebaran perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan nama baik perniagaannya.

"Hari ini (semalam) kakitangan Jabatan Kesihatan dari Johor Bahru telah datang ke premis kami dan beberapa kedai lain untuk mengambil sampel baru," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ah Chong, keputusan ujian sampel tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya sebelum keputusan dikeluarkan.

Persoalan kini, telah ramai umat Islam terpedaya dengan hidangan minuman berkenaan kerana tidak ada sebarang tanda di kedai berkenaan yang menyatakan ia menyajikan bahan yang tidak halal.

Ada juga umat Islam yang tidak memperduli sangat hal berkenaan dan mengambil sikap bersahaja mengenainya. Masih terus mengunjungi untuk menghirup kopi yang dikatanya "sangat sedap" kerana sudah ketagih dengannya.

Yang perihatin terhadap agamanya pula, sudah enggan untuk meminumnya lagi dan tidak dapat membayangkan betapa bahan tidak halal itu sudah mendarah daging di dalam tubuhnya.

Moralnya pendedahan ini: Bahawa kita perlu peka dan perihatin terhadpa apa juga bahan pemakanan yang kita ambil sehari-hari, daripada mana hidangannya, siapa menyediakan dan yang lebih penting apa pula kandungannya.

Kita tidak dapat menyalahkan 100% kepada pengusaha tersebut lantaran kemungkinan beliau tidak menyedari bahawa umat Islam adalah amat sensitif terhadap hal-hal yang menyangkut permakanan.

Namun adalah terlebih baik bagi beliau memohon status HALAL dan kemudian mengizinkan kedainya disperiksa oleh Jabatan Agama Islam negeri secara berkala bagi mempastikan dia tidak terjebak di dalam memperdayakan rakyat beragama Islam mengambil sesuatu yang diharamkan oleh agama mereka.

Ada yang menghantar email kepada GB apa yang perlu dilakukan kerana selama ini mereka tidka tahu menahu lansung mengenai kehadiran gelatin babi berkenaan.

Gb tidak mempunyai authoriti untuk menjawab tetapi sebagai umat Islam, selepas tersedar melakukan kesilapan kita sewajarnya bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Yang lepas itu lepas, dan semuga Allah mengampuni dan memaafkan kesalahan kita lantaran kejahilan dan kealpaan kita untuk meneliti sebelum melakukannya.

Hadith Nabi s.a.w. yang maksudnya berbunyi :

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan atau kelupaan atau apa yang dipaksakan mereka atasnya." (Ibnu Majah dan al-Baihaqi)








Mengerikan: Perempuan Parah Disimbah Asid Oleh Lelaki Misteri

Posted: 25 Mar 2011 05:58 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.

Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.

"Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.

"Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.

"Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka," katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.

Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian. -hm

Ulasan GB

Apakah ini bahawa gambaran negara tidak selamat apabila pejalan kaki dengan tiba-tiba disimbah asid sehingga tidak diketahui siapa melakukannya dan apa motifnya?

Persekitaran kita seperti sudah tidak kondusif dari aspek keselamatan.

Kita tidak menyalahkan sesiapa tetapi seolah-olah penjenayah kini berleluasa dan boleh melakukan apa saja, di mana-mana dan ke atas sesiapa juga.

Nampaknya kompetensi polis kini tercabar. Ia berlaku tatkala negara menyambut Hari Polis yang ke 204 semalam.

Kejadian malang ini sepatutnya membuka semua pihak, bahawa perilaku jenayah berada di mana-mana dan rakyat biasa tanpa mengira siapa menjadi mangsa.


Amaran Ahli Sains: Bukti DNA Boleh Dipalsukan & Diletakkan Di Lokasi Jenayah

Posted: 25 Mar 2011 03:13 PM PDT

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Ulasan GB

Maka tidah hairan jika ada dikatakan DNA lain di dubur Saiful.

Keterangan-keterangan ahli forensik di dalam kes liwat Saiful yang berjalan kini hanya berdasarkan kepada ujian samada wujudnya DNA di bahan-bahan bukti yang dikemukakan.

Pengujian DNA tersebut lansung tidak menyentuh bila, bagaimana dan siapa yang telah meletakkan DNA itu di situ.

Justeru itu, penelitian yang hanya bersandarkan teori DNA untuk membuktikan wujudnya atau berlakunya sesuatu kesalahan jenayah tidak sebenarnya tepat dan tidak boleh diterima bulat-bulat.

Bermaruah Lagikah MCA, MIC & Gerakan Setelah Dikutuk Nazri?

Posted: 25 Mar 2011 08:00 AM PDT

PRU 13: Beranikah BN Perak tolak Nazri

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak pelik melihat temubual khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang menuntut agar MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di negeri ini yang gagal dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu walaupun Barisan Nasional negeri baru berkonvensyen.

Setiausahanya, Dr Raja ahmad Al-Hiss melihat kenyataan Nazri bukanlah asing kerana beliau bukan bercakap tanpa direstui oleh orang-orang tertentu.

DPPN Pk, katanya dapat melihat jelas apa yang dibincangkan oleh BN Perak di dalam konvensyen mereka tidak selari dan seolah-olah ada agenda tertentu Umno Perak dengan apa yang dinyatakan oleh Nazri.

Tambahnya, DPPN Pk yakin bahawa Pengerusi BN Perak akan menafikan perkara ini atau sebaliknya.

"Kenyataan tersebut juga sebagai bukti bahawa BN Perak masih bergolak di bawah kepimpinan Dr Zambry yang masih muda dan kurang pengalaman dalam memahami selok-belok politik negeri serta bekerjasama dengan parti-parti komponennya," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, BN Perak pada hakikatnya tidak bersatu dan penuh dengan masalah berdasarkan kenyataan Nazri sebagai pemimpin kanan negara dan negeri.

DPPN Pk juga, katanya meminta respons daripada kompenan BN Perak bagi menafikan kemelut yang ada atau beranikah BN Perak menolak Nazri bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU 13 nanti.

"Sama-samalah kita tunggu cerita baru BN Perak yang semakin hari semakin kalut akibat lemahnya kepimpinan sedia ada," katanya lagi. -HD



Temubual Nazri Dengan Nanyang Siang Pau

MIC – tidak patut diberikan peluang bertanding lagi di Perak. Akibat kekalahan parti India itu di 6 kerusi DUN Perak, BN hilang kuasa di negeri berkenaan. Oleh itu katanya jika PM Najib mahukan Cuma calon yang berupaya menang, maka semua kerusi MIC Perak itu perlu diserah kembali pada Umno

MCA – menurut terjemahan akhbar berbahasa Inggeris: ".........aggrieved women and a wife who complains all day long that she was being abused but yet does not want to divorce her husband" (Seorang wanita yang bermasalah dans eorang isteri yang saban hari mengadu yang ia didera suaminya namun tidak mahu menuntut cerai).Dalam erti kata lain MCA terlalu celupar mulutnya mengkritik Umno dan BN, sepatutnya ia keluar sahaja dari BN!

Gerakan – hanya ada kekuatan di peringkat Pusat tetapi tiada kekuatan akar umbi. Maksudnya setelah tewas dalam PRU ke 12 khasnya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, Gerakan sudah pupus meninggalkan cuma pemimpinnya diperingkat Pusat.

Sebagai seorang menteri kanan dan ahli Majlis Tertinggi Umno sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh Nazri itu mencerminkan isi perut dan sentimen jika tidak semua barangkali sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri.

Ternyata Umno memandang rakan-rakannya terutama MCA, MIC dan Gerakan sebagai liabiliti besar buat BN pasac PRU ke 12. Sebelum ini pun sudah kedengaran yang kalangan Umno mahu mencadangkan satu strategi meletakkan Umno lebih dominan dalam menghadapi PRU ke 13 nanti lantaran tegarnya sokongan masyarakat bukan Melayu khasnya orang-orang Cina terhadap PR.

Maka berantakkanlah sesame BN, dengan MCA kononnya mahu mengadu keceluparan Nazri itu dalam mesyuarat tertinggi BN dalam waktu terdekat.

Sesungguhnya MCA perlu sedar bahawa luahan hati Nazri itu bukan pandangan peribadinya tetapi juga pandangan sebahagian besar orang-orang Umno. Umno melihat dirinya besar setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil yang lalu. Keupayaannya bertahan dalam PRU ke 12 walaupun kalah sebahagian besar kerusi di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (kalah pun kerana kelemahan MCA, MIC dan Gerakan, bukan Umno) menunjukkan konon-kononnya ialah "big brother" yang boleh menyelamatkan BN.

MCA, MIC dan Gerakan cukup sekadar dilantik menjadi ahli dewan Negara apabila BN menang melalui kekuatan yang didominasi Umno nanti. -n32



MCA raps Nazri over remarks

KUALA LUMPUR: The MCA is upset with Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz's distasteful remarks of likening the party to an "aggrieved woman."

"The party will bring the matter up in the next Barisan Nasional supreme council meeting," said MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"His comments were uncalled for. The MCA knows its position. We are part of Barisan.

"His remarks do not reflect the Barisan spirit.

"He should be more responsible with what he says," Liow told a press conference in Parliament lobby yesterday.

Also present were party vice-presidents Datuk Seri Dr Ng Yen Yen and Datuk Chor Chee Heung, secretary-general Datuk Seri Kong Cho Ha and MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong.

The MCA leaders were responding to a Nanyang Siang Pau report yesterday, quoting Nazri as comparing MCA's current situation to "a wife who complains all day long that she was being abused, raped and not given enough food, but yet does not want to divorce her husband."

Asked whether MCA would recommend Nazri for disciplinary action, Liow said the party would leave it to the Barisan supreme council to decide.

Dr Ng slammed Nazri's comments as "totally unacceptable," saying the party would back its president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek at all times.

Asked if MCA had spoken to the Prime Minister or his deputy on the matter, she said: "I have spoken to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. He said it was Nazri's personal comments and not Barisan's or Umno's."

Chor said the party believed that Nazri's statement was not reflective of Umno's view.

"But if indeed it is, I think it is about time that MCA has an emergency meeting to discuss this issue thoroughly before the general election," he said, adding that the matter had left a "bad taste in the mouth."

When contacted, Nazri said: "What wrong have I done? This is a free country.

"If they are not happy, then whack-lah (blast me then). Just reply in the newspapers."

He reiterated that what he said was his personal opinion.

He said the question posed to him in the interview with the Chinese daily was about the claims by some MCA members that they lost in the last general election due to Umno's arrogance.

"So my reply was if their allegations were true, they should have left us.

"But the fact that they are still with us shows that it is not true," Nazri said, adding that he cited an example of a husband and wife to explain the situation.

"I never asked MCA to leave," he added.

In a statement, MCA vice-president Senator Gan Ping Sieu said Nazri's comments would alienate the Chinese voters.

"I am worried that the timing of such arrogant remarks will affect BN's chances in the Sarawak polls." -thestar


Siapa Lagi Yang Seiras Dengan Wajah Anda?

Posted: 25 Mar 2011 06:50 AM PDT

Bagi umat Islam, mereka percaya, setiap individu di muka bumi ini turut memiliki enam lagi individu lain yang memiliki wajah seiras sekaligus menjadikan tujuh orang yang memiliki wajah seiras.

Bagi yang dilahirkan kembar seiras pula, masih terdapat lima individu lain yang seiras dengannya dan begitulah seterusnya bagi yang dilahirkan sebagai kembar tiga, empat atau seterusnya.

Logiknya, berbanding individu yang tidak popular, wajah mirip individu popolar lebih mudah untuk ditemui dan dicamkan.

Alasan logiknya ialah gambar individu-individu terkenal ini kita boleh lihat secara kerap dan di merata-rata tempat.

Ianya bukan suatu yang mustahil malahan boleh dianggap bukan terlalu rumit untuk menemui insan lain yang memiliki wajah seiras anda lebih-lebih lagi jika usaha yang dijalankan itu dibuat secara intensif dengan melibatkan sebuah pasukan mencari yang cekap dan diselaraskan dengan baik di seluruh negara.

Malahan ketika regim Saddam Hussein hampir tumbang di tangan tentera bersekutu beberapa tahun lalu, diberitakan pihak perisikan rahsia Saddam memiliki beberapa klon bekas presiden itu yang bertujuan untuk mengelirukan pihak musuh di saat-saat kecemasan.

Juga diberitakan 'klon-klon' tersebut telah dilatih dalam masa yang amat panjang dari semua aspek termasuk gaya percakapan, berjalan, duduk dan sebagainya untuk menjadi 'Saddam Hussein' dalam waktu memerlukan.

Menerusi perbualan dengan seorang rakan tidak berapa lama dahulu pula, katanya setiap presiden Amerika Syarikat turut mempunyai klon yang dilatih oleh Perkhidmatan

Rahsia mereka yang dijaga dengan baik untuk digunakan saat-saat kecemasan besar.

Bagaimanapun tidaklah dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran kedua-dua cerita ini samada hanya rekaan semata-mata ataupun memang benar-benar berlaku.

Terutama sekali cerita yang disampaikan oleh rakan saya tadi yang saya amat pasti bukan sahaja tidak pernah berkhidmat di White House, malahan sepanjang pengetahuan saya, beliau belum pernah menjejakkan kakinya ke AS sekalipun.

Terjumpa 'selebriti terkenal'

Anda sendiri tentu pernah mengalami pengalaman terjumpa seseorang yang pada awalnya bermati-matian disangkakan seorang selebriti terkenal samada artis mahupun 'public figure' dalam lapangan lain.

Isteri saya sendiri pernah mengalami peristiwa yang melucukan sekitar hujung 90an ketika beliau masih di zaman bujangnya.

Peristiwa lucu tersebut berlaku ketika beliau dan beberapa rakan-rakan sekerjanya sedang asyik menjamu selera di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur.

Tanpa disedari beliau, ketika itu beliau sedang menjadi tumpuan beberapa gadis yang juga sedang menjamu selera di tempat yang sama.

Apabila isteri saya menyedari beberapa mata sedang memerhatikannya, keadaan tersebut menyebabkan rasa kurang selesa dihatinya dek bimbangkan kalau ada sesuatu yang tidak kena yang mungkin boleh menyebabkan keadaan memalukan dirinya.

Bagaimanapun untuk menteteramkan dirinya, isteri saya sempat juga melemparkan senyuman kepada gadis-gadis yang tidak dikenalinya itu yang jaraknya hanya selang satu meja sahaja dari meja beliau dan rakan-rakannya.

Selesai sahaja gadis-gadis tersebut menghabiskan hidangan tengahari mereka, dengan tidak semena-mena mereka menghampiri meja isteri saya dan perasaan isteri saya sedikit cemas ketika itu.

Tiba-tiba salah seorang gadis tersebut menyapa isteriku dengan berkata, "Akak ni Kak Maya kan?," sambil tersenyum simpul.

Rupa-rupanya gadis-gadis selang semeja itu menyangkakan isteri saya adalah penyanyi dan pelakon terkenal yang bernama Maya.

Apabila isteri saya menjelaskan bahawa dia bukanlah Maya si artis tersebut, muka mereka bertukar menjadi merah padam akibat perasaan malu dan dengan rasa bersalah mereka meminta maaf kepada isteri saya.

Kini sekarang isteri saya yang telah melahirkan empat cahaya mata kami dan umur yang juga telah meningkat persamaan tersebut tidaklah ketara lagi, namun tetap menawan, baik di mata mahupun di hati saya dan itu sudah memadai buat saya.

"Emak, Hamid Gurkha datang, mak!"

Pengalaman bapa mertua saya yang bertugas sebagai pembaca jangka elektrik seperti yang diceritakan kepada isteri saya yang ketika itu masih di alam remaja juga menarik untuk saya kongsi bersama.

Ketika sesampai sahaja beliau di sebuah rumah untuk mengambil bacaan jangka elektrik di kediaman terbabit, secara tiba-tiba anak tuan rumah yang mungkin sedang bersekolah rendah dengan tiba-tiba melauang kepada ibunya yang berada di dalam rumah.

"Emak…! Hamid Gurkha datang, mak…!!!," laung kanak-kanak tersebut dengan perasaan sedikit teruja apabila melihatkan 'pelawak terkenal Hamid Gurkha' berada di halaman rumahnya dan bapa mertua saya pula tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya mampu tersenyum.

Jumpa 'Anwar' pekena teh tarik di warung

Tidak kurang menarik, pengalaman saya sendiri yang kalau tidak silap saya ketika itu kes liwat 1 sedang meletup di dada-dada akhbar bahkan kejadian tersebut turut melibatkan wajah yang seiras dengan individu yang terlibat dalam kes liwat 1, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedang saya leka menghirup teh tarik di sebuah warung sekitar Jalan Ipoh pada suatu petang, mata saya lekas tertumpu pada susuk seorang lelaki yang wajahnya memang saling tidak tumpah dengan Anwar Ibrahim.

Malah saya berani katakan, wajah lelaki tersebut mempunyai 80-90 peratus iras wajah Anwar ketika itu tetapi saya tidaklah bertindak menyapa lelaki itu kerana agak pasti bahawa lelaki itu bukanlah Anwar.

Antara sebab utama yang menyebabkan saya yakin lelaki itu bukanlah Anwar, isu liwat pada masa itu cukup panas dan Anwar sendiri juga pada bila-bila masa akan ditahan polis sekaligus tidak memungkinkan untuk beliau 'berkeliaran' dan minum seorang diri di warung tersebut.

Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu mahu beredar, saya melihat lelaki itu menyarungkan topi keledarnya dan memandu motorsikal kapcai sekaligus mengesahkan lelaki itu bukanlah Anwar.

Pada masa yang sama juga ketika itu diberitakan Anwar sedang menjelajah ke beberapa tempat dalam negara untuk membersihkan namanya yang dakwanya telah dicemari fitnah liwat.

Selain lelaki yang aku temui di warung tersebut, indentiti terkenal lain yang dilihat mempunyai iras Anwar ialah ahli perniagaan, Datuk Eskay dan juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Persamaan Suhaimi dengan wajah Anwar lebih ketara ketika Anwar dalam lingkungan umur 40-50an dan Eskay pula mempunyai perbezaan di rambutnya apabila memiliki 'jambul ala Superman' dan potongan rambut yang lebih panjang berbanding Anwar.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mereka tidak mampu menandingi persamaan yang dimiliki lelaki yang saya temui di gerai yang saya ceritakan tadi.

Selain itu, walaupun tidak mempunyai wajah tidak berapa seiras Anwar, beberapa individu terkenal lain turut mempunyai gaya pidato yang hampir menyerupai Anwar.

Individu seperti ini bolehlah diangap sebagai pengkagum Anwar hingga terbawa-bawa gaya pembawaan Anwar secara tidak disedari atau sebaliknya.

Antara beberapa individu terkenal yang memiliki gaya pidato mirip seperti Anwar ialah bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan orang kuat PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Lumrah bagi insan seperti Anwar yang sering dijadikan ikon oleh pengkagum-pengkagum beliau dan cuba mempraktikkan beberapa gaya yang boleh dianggap sinonim dengan individu yang dikaguminya itu.

Anda bagaimana? Tentunya anda juga pernah mengalami sekurang-kurangnya salah satu dari situasi di atas tadi atau mungkin anda pernah menerima komen dari rakan-rakan yang mengatakan wajah anda seiras dengan seseorang selebriti terkenal.

Atau, bagi kategori 'mainan perasaan sendiri', mungkin secara diam-diam anda sendiri yang mengaku wajah anda seiras Hans Issac, Anuar Zain ataupun Tom Cruise?

Jika anda seorang wanita pula, mungkin ada pernah terlintas di fikiran bahawa wajah anda mirip kepada Nasha Aziz, Lisa Surihani mahupun Ziana Zain tetapi awas jangan kongsikan apa yang anda fikirkan ini dengan rakan-rakan sepejabat anda! -FMT

Bekas Polis Dedahkan Datuk Eskay Pendusta Besar

Posted: 25 Mar 2011 05:30 AM PDT

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim (gambar), yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,
" katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.


Shazryl adalah salah seorang daripada tiga "Datu T".

Kelmarin, Shazryl, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara Isnin lalu. -TMI

Ulasan GB

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kebenaran akan terus terbongkar. Kerja-kerja jahat tiga malaon tersebut bakal terdedah sehingga ke akar umbi.

Rupa-rupanya Si Kitol yang bernama Eskay itu adalah bekas konsul besar Thailand di Malaysia dan ada lima kilang baja di Thailand dan tidak hairan jika sebelum ini pernah dilaporkan bahawa perempuan yang muncul di dalam video tape itu adalah seorang warga Thailand!

Kini, yang mendedahkan kisah ini ialah seorang bekas anggota polis Mohamad Mahti Abdul Rahim dan beliau dengan TEGAS menyatakan:

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,"

Orang yang benar sentiasa diberikan Allah keberanian untuk menegakkan kebenaran!

Gempa Kuat Gegar Myanmar, 50 Maut

Posted: 25 Mar 2011 03:30 AM PDT

Gempa kuat menggegar kawasan Mynmar semalam berhampiran dengan Thailand. Akibat bencana itu sekurang-kurangnya 50 orang dinyatakan terkorban, demikian menurut pejabat Myanmar hari ini.

Gegaran gempa juga dirasakan sehingga ke Bangkok, hampir 800 kilometer dari titik pusat gempa, juga di Hanoi dan sebahagian Cina. Badan Pemetaan Geologi AS (USGS) mengukur kekuatan gempa pada 6.8 SR.

"Jumlah mangsa korban akibat gempa bakal melebihi 50 orang bila kota Tarlay dan Mine Lin turut dihitung," ujar pejabat Myanmar.

"Jalan-jalan juga ditutup. Menurut maklumat yang diperolehi, lebih dari 130 bangunan runtuh kerana gempa berkenaan."

Sementara itu, sebuah rumah sakit di Mae Sai, kota terbesar di Thailand yang dekat dengan pusat gempa, menyatakan belum menerima mangsa lagi sejak semalam. Bekalan elektrik terputus untuk beberapa ketika.

Polis Mae Sai menyatakan, seorang wanita terkorban tertimpa dinding rumahnya yang runtuh.



Di Cina, penduduk desa sekitar 40 kilometer bersempadan Myanmar di wilayah barat daya Yunnan menyatakan bangunan bergoyang selama lebih dari satu minit ketika gempa, pejabat berita rasmi Xinhua melaporkan.

Lebih dari 350 siswa dan guru dipindahkan dari sebuah sekolah di Menghai County, Yunnan, setelah bangunan mengalami retak-retak, kata Xinhua.

Penduduk di kota Nanning Cina Selatan, hampir 900 km dari pusat gempa, bertempiaran keluar dari rumahnya ketika mereka merasa gegaran, kata Xinhua. Tidak ada korban dilaporkan di Cina.

Di Hanoi tengah - di Vietnam, jauh dari pusat gempa - gempa dirasakan sebagai gerakan goyang halus yang berlangsung selama beberapa detik. Beberapa warga Hanoi meninggalkan rumah mereka dalam keadaan panik, namun tidak ada laporan kerosakan.

Gempa terjadi dua minggu setelah Jepun digoncang gempa rakasa, yang melepaskan bencana tsunami yang mengorbankan sekitar 27 ribu orang dan menyebabkan krisis nuklear di Fukushima.

Kambing Lahirkan Anak Anjing

Posted: 25 Mar 2011 02:45 AM PDT

Beijing - Aneh, itulah kata yang keluar ketika melihat kambing milik Liu Naiying, seorang petani di China yang mendakwa bahwa kambingnya melahirkan seekor anak anjing.

Anak anjing yang dilahirkan oleh kambing tersebut memiliki rupa yang mirip kambing, kerana seluruh tubuhnya ditumbuhi rambut-rambut yang biasa ada di tubuh kambing.

Namun, mulut, hidung, mata, cakar dan ekornya lebih mirip anak anjing.

"Pertama kali melihatnya saya amat terperanjat dan juga takut. Kerana 20 tahun saya beternak kambing, baru kali ini kambing saya melahirkan anak yang mirip anjing begini," ungkap Liu.

Liu juga menyatakan bahawa anak anjing kambing ini bertingkah laku layaknya seekor anak anjing.

Doktor haiwan tempatan pun masih tidak percaya dan tidak dapat berfikir bagaimana hal ini dapat terjadi.

Namun, seluruh penduduk berbondong-bondong mengunjungi kebun Liu untuk dapat melihat sendiri anak anjing kambing tersebut.

Seorang peneliti haiwan, Yue Guozhang menjelaskan, bahwa kambing dan anjing berasal dari spesies yang berbeza, sehingga kejadian ini memang suatu hal yang tidak dapat terima logik akal.

"Tidak mungkin seekor kambing dapat melahirkan seekor anjing. Mungkin kambing ini memiliki kelainan," ujar Yue, demikian disiarkan Orange, hari ini.

Ulasan GB

Berita terdahulu yang hampir menyamai berita di atas pernah berlaku di negara kita:



Tiada ulasan: