Sabtu, 26 Mac 2011

.

.


Dari Kucing

Posted: 26 Mar 2011 12:13 AM PDT

Pemimpin Tertinggi PKR Dan Pas Sudah Berada Di Sarawak

BEBERAPA pemimpin tertinggi parti komponan Pakatan Rakyat telah pun berada di Sarawak dalam rangka membuat persiapan dan penyusunan menghadapi pilihan raya umum Sarawak 16 April nanti. Antara mereka yang berada di Sarawak ketika ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta beberapa wakil rakyat.

Sallehuddin kini berada di Bintu, sedang membuat penyusunan bersama barisan kepimpinan Pas kawasan berkenaan. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pula akan turun ke Sarawak esok atau lusa bagi mengemaskan beberapa sudut yang masih belum mantap.

Setakat ini menurut Nasraudin, Pas telah memastikan akan bertanding di dua kerusi ialah di Beting Maro dan Subuyau. Kemungkinan Pas akan mendapat satu lagi kerusi iaitu di Senadin yang terletak dalam Parlimen Miri. Senadin merupakan kawasan campuran yang didominasikan Cina dan Melayu. "Kita sedang berunding dengan DAP dan PKR agar memberi laluan kepada Pas bertanding di kerusi ini," ujarnya.

Adalah dipercayai kedatangan Salluddin ke Bintulu untuk berunding mengenai kerusi berkenaan.

Secara umumnya pembahagian kerusi di antara parti komponen Pakatan Rakyat - PKR, Pas dan DAP masih belum selesai. Kerusi Pakatan Rakyat juga menjadi rumit bilamana Snap yang sebelum ini berhasrat untuk bersama Pakatan tetapi telah memilih jalan sendiri di saat-saat akhir. Langkah Snap itu menyebabkan akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru di mana ini tidak memberi suasa baik kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Snap telah membuat pengumuman secara bersendirian akan bertanding di 24 kerusi. Pengumuman Snap itu dilihat parti berkenaan kemungkinan tidak akan bersama Pakatan Rakyat. Apa lagi ada usaha untuk membawa Snap kembali semula ke dalam BN. Usaha ini diusahakan oleh bekas Menteri Tenaga, Leo Mogge.

Dalam tilikan saya sekiranya benar Snap bertanding di lebih 40 buah kerusi jelas parti itu telah menjadi alat kepada BN. Bahawa kersama dengan BN itu sangat jelas. Apa yang berlaku Snap hanya akan meletakkan calonnya untuk mengacau pengundian untuk memberi alternatif kepada BN.

Dari cakap-cakap kedengaran di Kucing ini juga parti Kita turut sama akan bertanding. Parti itu akan menggunakan lambang Snap kerana ia tidakdidaftar di Sarawak.

Sementara itu PKR sendiri juga masih belum memuktamadkan calon-calon mereka. Ia dipercayai dalam proses diperingkat terakhir dan semua calon akan diumumkan oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 29 Mac ini. Bagaimana pun beberapa pemimpin utama PKR Sarawak sudah pun dikenali pasti kerusi masing-masing.

Sehingga ini seperti mana dilaporkan Utusan Borneo PKR baru mengenal pasti 19 calon. Parti itu akan bertanding di 35 kerusi.

Manakala kedatangan Nurul Izzah petang ini pula adalah untuk meninjau persiapan awal jentera pilihan raya. Beliau juga dikatakan akan turun ke beberapa kawasan untuk melihat persiapan dan mood pilihan raya dari dekat.

Saya terserempak dengan Nurul Izzah ketika beliau chekc in di sebuah hotel yang diteman oleh Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun. Turut sama kelihatan ialah bakal calon PKR di kerusi Pantai Damai, ali Hussein Abang. [kucing. 3:20 pm 26/03/11]

Caption: Nurul Izzah di lobby hotel di Kucing sedang mendengar penjelasan dari Ali Hossein sambil diperhati Hafsah Haru.

Catatan Dari Kucing

Posted: 25 Mar 2011 04:02 AM PDT

Meow Kecil si Kucing Kucing

PETANG semalam sampai di Kucing. Cuba hendak menulis sesuatu dan menghantar laporan awal mengenai pilihan raya Sarawak, tetapi tidak sempat. Malam semalam sibuk, jam 4:00 pagi baru balik ke bilik perihatan. Pagi-pagi tadi pula meninjau ke beberapa kawasan di sekitar Kucing dan juga luar bandaraya Kucing.

Tengah hari bersolat Jumaat di masjid negeri. Dengar khutbah dari polis sempena dengan hari jadi Polis ke 204 hari. Bukan main lagi polis meminta kerja sama daripada rakyat agar membantu keselamatan negara.

Katanya keselamatan negara bukan saja terletak ditangan polis tetapi ditangan semua orang. Benar begitu, tetapi ada kalanya polis bersikap berat sebelah dan tidak profesional. Mungkin kalau polis dapat menunjukkan sikap profesional dan adil dalam tindakannya ia bukan saja dibantu sepanjang masa tetapi dihomarti semua pihak.

Sembahyang Jumaat di masjid negeri menyeronokkan. Keindahan seni bina merujakan minda. Rasanya masjid negeri Kucing adalah yang terindah di negara ini. Ruang solat juga luas dan di serambi masjid diadakan kelas muqaddam. Tetapi sayang masih banyak ruang kosong di bahagian belakang.

Beberapa jemaah yang ditemui selepas solat dan ditanya mengenai pilihan raya mereka nampak tidak bersungguh, biasa sahaja. Sikap orang Sarawak terhadap pilihan raya tidak seghairah orang Semenanjung, khasnya Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Sementara malam tadi berjumpa dengan beberapa teman untuk mendapat maklumat awal mengenai perkembangan politik terutamanya mengenai kedudukan pembangkang. Mereka yang dijumpai termasuk penganalisis politik Sarawak tidak asing lagi sdr Dr Jenari Amir.

Tak sangka dapat berjumpa Janari. Lama tidak bersuara dengannya kecuali menemuinya menerusi tulisan dan melihat wajahanya dalam tv bila mana beliau diminta pandangan mengenai politik Sarawak. Dalam ulasa terbarunya kata Janari, pembangkang menghadapi masalah sedikit kerana masih belum mantap. Parti SNAP yang mulanya bersama Pakatan Rakyat kini mahu membawa dirinya sendiri.

Bagaimana pun akui Janari pilihan raya kali ini bakal sengit kalau Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan dibangkit oleh Snap itu. Hal itu bukan saja dilihat oleh Jenari tetapi pemerhati pilitik veteran Sarawak juga.

Ulasan akan bersambung dalam catatan seterusnya. [kucing 7:21 pm 25/03/11]

Senyum Kucing

Posted: 24 Mar 2011 11:41 AM PDT

Kucing Diminati Ramai

Sarawak khasnya di Kucing sudah mulai sibuk. Pelancong ke bandaraya ini bertambah secara mendadah. Boleh dikatakan semua penerbangan ke Kucing dari Kuala Lumpur penuh. Keadaan ini akan terus bertambah dari hari ke hari dan kemuncak menjelang hari penamaan calon pada 6 April depan.

Boleh dikatakan semua hotel di Kucing sudah ditempah. Hotel di hadapan sungai Sarawak (Waterfront) tidak payah berangan, semuanya sudah penuh. Dari badget hotel sampai ke hotel lima bintang semuanya habis ditempah.

Katanya sejak seminggu lepas lagi hotel sudah dibooking dan semuanya habis selepas beberapa hari DUN Sarawak dibubarkan.

Hotel tempat saya menginap ini walaupun agak tersisih dari pusat bandar juga habis di tempah. Nasib baik kawan di sini membuat tempahan awal.

Para pemimpin parti politik dari Kuala Lumpur juga sudah mulai tiba. Petugas-petuas pilihan raya, pasukan perisik, polis, askar, SPR, petugas media massa sudah memenuhi bandaraya Kucing. Tidak terlupa juga para broker yang mencari makan di musim pilihan raya, sudah banyak yang melilau di waterfront.

Bertuah bumi kucing kerana diminati ramai. Pilihan raya Sarawa ke-10 ini akan menjadi perhatian umum. Bukan saja pemerhati politik Sarawak tetapi Semenanjung juga. Kalau sebelum ini orang Sarawak akan memberi perhatian kepada Kuala Lumpur kini orang Kuala Lumpur memberi perhatian kepada Kucing.

Seperti kebanyakan orang bercakap pilihan raya Dun Sarawak akan jadi indikasi kepada pilihan UBN untuk menentukan tarikh pilihan raya ke-13 nanti. Kalau pilihan raya kali ini berpihak kepada BN ini memungkinkan pilihan raya umum akan dipercepatkan, kemungkinan akan diadakan tahun ini juga.

Sebaliknya kalau keputusan pilihan raya malam 17 April memberi pukulan hebat kepada BN apa algi sehingga ternafinya majoriti dua pertiga di Dun Sarawak menyebabkan UBN seperti dikejar Bujang Senang, mereka akan melarikan pilihan raya umum ke-13 sejauh mungkin yang mampu.

InsyaAllah ulasan mendalam mengenai pilihan raya dan perkembangan Sarawak ini akan saya ulas setelah pulang ke Semenanjung nanti. Salam MSO. [kucing 1.20 am 26/03/11]

Tiada ulasan: