MiLo SuaM |
- Bila JAKIM nak siasat Najib dan Utusan?
- Datuk T sendiri tak yakin Anwar dalam video seks
- Inilah manusia paling jahat di Malaysia
Bila JAKIM nak siasat Najib dan Utusan? Posted: 25 Mar 2011 12:39 AM PDT Terlompat-lompat JAKIM ingin menyiasat bila dapat berita ada unsur-unsur plurisme dalam ucapan Anwar Ibrahim di London. Semua teks ucapan Anwar Ibrahim disemak dan dikaji untuk membuktikan adanya unsur plurisme. Hasil kajian JAKIM membawa kepada kesimpulan berikut:
Korang paham ke apa kesimpulan yang dinyatakan oleh Jamil Khir setelah bersusah payah mengkaji ucapan Anwar Ibrahim di London? Kalau tak paham tak mengapa, memang susah nak paham pun, kalau tak paham pun tak mengapa. Apa yang penting di sini, sifirnya mudah, Jamil Khir mahu rakyat percaya Anwar Ibrahim ini perosak Agama Islam, Anwar Ibrahim mahu menjual agama dan Anwar ini membawa ajaran sesat. Apa JAKIM nak buat, nak kaji tentang Anwar Ibrahim dengan bersusah payah, itu kerja dia, lantak dialah. Sekarang ini kita tengok dengan jelas, tak perlu kaji-kaji, tak perlu bersusah payah mencari maklumat, jelas sekali Najib Tun Razak dan isteri bertafakur serta meletakkan kalungan bunga di Makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk di Turki [Makam Kemal Ataturk]. Perkara ini sudah difatwakan sesat oleh Persatuan Ulama [Fatwa Ulama] Tapi seperti biasa, Al-Fadhil Ustaz Haji Najib Tun Razak adalah ulama yang lebih agung dan lebih berkuasa daripada semua ulama yang ada di Malaysia, maka segala tindakan beliau walaupun jelas sekali sesat, tidak akan diambil tindakan oleh JAKIM kerana ia merupakan dosa besar untuk menentang Ulama besar ini dan boleh dihukum buang kerja. Baca juga di sini, bagaimana Utusan Malaysia menjulang nama Mustafa Kemal Ataturk sebagai HERO [Utusan] ReJaM© "Ini baru dinamakan menggunakan Agama untuk kepentingan politik dan perut" |
Datuk T sendiri tak yakin Anwar dalam video seks Posted: 24 Mar 2011 08:37 AM PDT Kalau kita lihat, pendedahan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim diletupkan dengan cara yang pelik, berbeza dengan cara video seks Chua Soi Lek diletupkan beberapa tahun dahulu. Sewaktu video Chua Soi lek diletupkan, ia terus diedarkan oleh individu yang tidak dikenali untuk menjatuhkan CSL di mana ia berakhir dengan pengakuan Chua sebagai "I am the man in the tape" seterusnya membawa kepada perletakkan jawatan Chua sebagai menteri dan Presiden MCA. Namun kali ini, individu yang mendedahkan video kononnya sebagai video sahih ini tidak berani mendedahkan terus video tersebut sebaliknya memilih untuk "pusing-pusing" nak tubuh suruhanjaya bebaslah, jemput editor-editor bebaslah, bagai. Rupa-rupanya jelas sekali, salah seorang daripada individu yang menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T sendiri merangkap bendahari PERKASA tidak yakin bahawa pelakon video tersebut adalah Anwar Ibrahim [Msian Insider]. Sifirnya semudah menghafal sifir dua untuk budak-budak tingkatan 5 sekolah menengah. Jika video tersebut didedahkan kepada umum, maka terbongkarlah kepalsuan video tersebut kerana ramai rakyat yang boleh melihat dengan jelas serta mengkaji kesahihan video tersebut. Apa yang jelas, kerana meletupnya video ini menjelang pilihanraya umum Sarawak, semua mata rakyat tertumpu kepada video seks Anwar Ibrahim. Kerakusan Taib Mahmud merompak harta rakyat Sarawak sudah tidak penting lagi, walaupun khinzir pun marah dengan perangai si Mubarak Sarawak ini. Kalau tanya anak khinzir, anak khinzir pun tahu Mubarak Sarawak memang perompak, namun semuanya jadi tak penting, kerana isu video seks Anwar lebih meletup. Dalam masa yang sama dalam diam-diam, secara senyap-senyap Barisan Nasional membuat perjanjian setan dengan SNAP demi untuk meneruskan cengkamannya kepada Sarawak [SarawakReport]. Berita ini pun jadi berita tak penting, kerana video seks Anwar lebih meletup! ReJaM© "Pandai betul ahli politik alihkan isu untuk memperbodohkan rakyat..." |
Inilah manusia paling jahat di Malaysia Posted: 24 Mar 2011 01:41 AM PDT AMARAN KERAS OLEH KERAJAAN MALAYSIA! Inilah manusia yang paling jahat di Malaysia! Semua orang mesti berhati-hati dengan manusia ini. Dia kaki liwat driver, pembantu, abang angkat, maknyah dan bapok siam semua dia balun. Dia juga kaki balun bini kawan, malah dia juga pengkhianat bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Malanau, Orang Asli termasuk haiwan dan tumbuhan. Dia juga ada anak luar nikah hasil membalun bini kawannya. Dia juga perosak semua Agama, Islam, Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan Yahudi. Dia juga agent Yahudi, Amerika, dan Arab Saudi. Dia juga mahu jual negara, jahanamkan negara dan membangkrapkan ekonomi negara Malaysia. Selain itu manusia paling jahat sekali di Malaysia ini juga merupakan pelakon video lucah yang memiliki 18 video rakaman lucah setakat ini [Ummi Hafilda]. Terbaru dia memiliki rakaman video lucah bersama dengan pelacur cina. Terlalu banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia paling jahat di Malaysia ini. Sehinggakan tayar basikal hilang juga ada kaitannya dengan beliau. Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati! RemBat© "Manusia ini lebih jahat daripada Syaitan!" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan