Era Pasca |
- KENAPA BLOGGER HANIEF DITANGKAP TERBONGKAR..
- PESTA TEMBERANG UMNO DAH BERTIUP!!!!!!
- ZOL KUL0M KAMAL ATARTURK DAPAT DATUK... HEBAT!
KENAPA BLOGGER HANIEF DITANGKAP TERBONGKAR.. Posted: 24 Mar 2011 11:22 PM PDT Kalau korang ingat kes blogger hanief blogspot di tangkap misti korang tertanya2 kenapa dia di tangkap dan di minta ke MCMC... jawapan dari pihak berkuasa ialah, hanief telah menyakitkan hati orang lain ketika berblog... tapi misti korang tanya siapa yang sakit hati sampai report kat sana... korang tau saper? ni nak bongkaq la nih.. kahkahkah klik kasik besar kalau tak nampak.. hahaha LAWOK LAWOK!! |
PESTA TEMBERANG UMNO DAH BERTIUP!!!!!! Posted: 24 Mar 2011 07:15 PM PDT Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar pada hari Isnin 21 Mac 2011. Maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak. Macam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihanraya. Menjelang Pilihanraya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan Sarawak. Kegagalan mereka untuk mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara. Sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun. PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak? Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat. Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak. Mereka sudah bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengallir. Kehidupan mereka seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak mempunyai sumber hasil bumi. Sebagai satu contoh sebuah kampung yang berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban. Kawasan sudah didiami hampir 30 tahun tanpa letrik yang terpaksa menggunakan generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah. Tan Sri Muhyiddin anggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju. Kenyataan beliau seperti pencuri menjerit pencuri. Apakah Sarawak selama ini diperintah oleh Pakatan Rakyat? PAS mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan anggap rakyat Sarawak buta sejarah. Apabila hampir pilihanraya pemimpin mula jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak. PAS percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji "Buku Jingga" antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak. Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012 supaya Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan. Saban tahun peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi pelaksanaan tidak berlaku. Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka 10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau. PAS yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihanraya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN insyaAllah. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
ZOL KUL0M KAMAL ATARTURK DAPAT DATUK... HEBAT! Posted: 24 Mar 2011 07:17 AM PDT Aku dah tahu kenapa zulkifli nordin asyik muncul dalam buletin utama di tv3 beberapa hari ini. Jawapan nya ada di bawah ; klik kasik besar.. Siapalah yang suggest ke sultan pahang untuk berikan gelaran "datuk" kepada dia? Menteri besar pahang ke? Perdana menteri kita yang dari pahang tue ke? Entah. Lue fikir sendiri. Apa pun artikel ini bukan menghina sultan ya. So jangan nak salah faham sesuka hati. Dia kalau ikut rekod, mana ada jasa pun. Lainlah m.nasir dan ramli ms. Mereka dah lama berkecimpung dalam bidang masing2, dah bertahun2. Memang nampak ada juga kelayakkan nya.. yang si zul neh? Entah.. lue fikir sendiri larh!! Heh Ameno : Katak pun dapat datuk. Hebat! petikan Amenoworld tau camne dapat datuk? tengok gambar bawah nih.... lawatan mengalung bunga di kuburan kamal atarturk? hahaha patut dapat Daturk... Daturk 110 persen.. hahaha Hantar Suara Anda untuk mendesak NAJIB menarik balik tuduhan kepada YUSUF AL-QARADAWI (klik button like) & share pada rakan |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan