Jumaat, 25 Mac 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


ANWAR SEMAKIN DISERANG, SEMAKIN BERANI DAN GAGAH

Posted: 24 Mar 2011 10:44 AM PDT

Anwar desak dalang video lucah ditangkap

Oleh Ahmad Fazli

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Umno terlibat dalam fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan beliau.Selain Najib, Anwar turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, yang mempunyai kuasa ke atas pasukan polis, sebagai pihak bertanggungjawab.

Saya katakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bahawa mereka terlibat," kata Anwar ketika sidang media bersama wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta tengahari tadi. Anwar turut mempersoal mengapa ketiga-tiga individu yang mengaku sebagai dalang di sebalik tayangan video lucah itu tidak ditangkap mahu pun disoal siasat polis.

Tiga individu berkenaan, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskey Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim sehingga kini masih tidak didakwa. "Dari awal kita katakan Umno terlibat. Umno menafikan, tapi sekarang sudah jelas mereka terlibat. Dan sekarang mereka mengaku, polis masih belum bertindak (menangkap mereka)," kata Anwar. "Sebab itu saya katakan dalam kes ini, mana-mana orang menghebahkan adanya video lucah (perlu) terus diambil tindakan. Tapi kerana ini melibatkan pemimpin Umno, polis tertentu diarah melindungi (mereka)" kata Anwar.

Justeru Anwar menempelak Najib dan Hishammuddin kerana gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat rakaman lucah palsu dan menayangkannya kepada media di tempat awam. "Ini kes pertama penjenayah yang menayangkan video lucah diiktiraf Perdana Menteri dan isteri tercinta, Rosmah dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein," sinis Anwar disambut ketawa kecil wartawan yang mengerumuni beliau.

Dalam pada itu Anwar berkata, penglibatan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai salah seorang dalang di sebalik penyebaran video aksi seks palsu itu, didorong perasaan dendam dan tidak puas hati. Ia berikutan pengunduran Abdul Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno selepas terbabit dengan skandal gadis bawah umur pada 1990 an, ketika Anwar masih di dalam kerajaan.

"Penglibatan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik itu mengingatkan saya kepada kes dan dendam lama dia. Kes yang melibatkan tuduhan rogol, dan kes yang melibatkan kertas pertuduhan yang ditanda tangani Tan Sri Ghani Patail bahawa beliau terlibat dengan isu rasuah," kata Anwar. "Orang sebegini sekarang ini muncul berbicara soal moral tetapi soal lebih besar bagi saya ialah mengapa polis melindungi (mereka)?," tegasnya./Tranungkite

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9722

DALANG VIDEO LUCAH - SEORANG TAN SRI, SEORANG DATUK, UMNO DAN PERKASA.....HEBAT !!

Posted: 24 Mar 2011 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Polis Negara telah membuat pengakuan bahawa kes penyebaran video lucah yang hangat diperkatakan sekarang yang kununnya melibatkan aksi seks pemimpin pembangkang akan disiasat secara telus.

Semalam seorang MP dari PKR YB Johari Abdul telah mendedahkan bahawa dalang di sebalik penyebaran dan tayangan video lucah tersebut yang mengaku sebagai 'Datuk T' adalah melibatkan bekas KM Melaka Rahim Thamby Chik. Memandangkan pendedahan telah dibuat, maka tampil lah Rahim Thamby Chik pula mengaku bahawa `Datuk T' itu adalah terdiri dari 3 sahabat iaitu beliau, Eskay Abdullah dan Shuib Lazim.

Adakah pengakuan Rahim ini akan dibuat sekiranya Johari Abdul tidak mendedahkannya? Amat melucukan apabila sebelum ini `Datuk T' memberi tempuh 7 hari kepada pemimpin pembangkang dan isterinya meletakkan jawatan di dalam politik, jika tidak rakaman video tersebut akan disebarkan. Tetapi, Allah merancang dan menentukan yang terdedah adalah ketiga-tiga orang kuat filem lucah berkenaan tidak sampai berapa hari sahaja selepas mereka `mengugut' pemimpin pembangkang berkenaan.

Pengakuan ketiga-tiga mereka sebagai dalang video lucah berkenaan adalah satu tamparan hebat kepada puak-puak yang sentiasa mahu melihat Anwar mati di dalam karier politiknya. Paling termalu adalah `firaun besar' dari Kulim yang dua tiga hari lalu menyalak mengaku beliau yakin 110 % bahawa pemimpin pembangkang yang penuh kontroversi itu memang terlibat. Kemudiannya si lidah bercabang ini berkata pula bahawa mungkin isu video lucah ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian dari isu DNA. Ertinya, isu video lucah ini memang dirancang oleh Anwar. Lihat, betapa mahirnya lidah firaun besar berputar dan berbelit. Mula-mula berkata pemimpin pembangkang itu yang beraksi di dalam video berkenaan, kemudiannya pula mendakwa itu cara untuk mengalih perhatian dari isu DNA. Lojik atau tidak, untuk mengalih perhatian dari isu DNA, Anwar mesti melakukan perbuatan jijik tersebut kemudiannya dirakam dan diedarkan? Hanya si tolol jika pun tidak si gila sahaja yang mungkin percaya.

Apa pun, pengakuan telah dibuat dan laporan Polis juga telah dibuat. Orang pertama yang telah dipanggil untuk siasatan pihak Polis setakat ini katanya adalah beberapa wartawan dan editor akhbar. Tidak mengapa, kita pasti pihak Polis akan menahan dan menyiasat ketiga-tiga dalang utama penyebaran video lucah tersebut. Pihak Polis juga harus menahan dan mengambil tindakan ke atas pengurusan hotel di mana tayangan video lucah itu dilakukan. Masakan pengurusan hotel terkenal itu tidak mengetahui adanya aktiviti jijik yang telah berlaku apabila melihat kehadiran ramai `jemputan' ke hotel berkenaan? Mengapa hotel berkenaan membenarkan tayangan video lucah diadakan di situ?

Berkenaan siapakah si perut buncit yang beraksi di atas ranjang itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Langkah awal, tentukan mereka yang sudah mengaku membuat kerja tidak senonoh itu ke muka pengadilan. Tidak mengapa jika Umno menafikan parti itu tidak terlibat, tetapi apakah Umno berani mengambil tindakan disiplin ke atas Rahim Thamby Chik dan Shuib kerana mereka berdua adalah ahli Umno, bahkan suatu ketika tokoh Umno iaitu sebagai Ketua Menteri Melaka dan seorang lagi Senator.

Seorang bergelar Tan Sri, seorang lagi bergelar Datuk telah mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Apakah mereka layak memegang gelaran itu lagi? Umno mungkin dilihat serius untuk menafikan penglibatan parti berkenaan di dalam perbuatan jijik ini sekiranya berani memecat keahlian mereka yang terlibat. Shuib pula adalah Bendahari Perkasa, dan kita mahu lihat apakah Perkasa masih sudi menerima orang tidak bermaruah seperti ini? Jika Umno dan Perkasa tidak mampu berbuat apa-apa maka usahlah hairan jika ada yang beranggapan ada benarnya dakwaan DS Anwar bahawa rakaman video seks itu adalah konspirasi pihak mereka.

Apa yang bakal berlaku di dalam sandiwara ini, kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan benar-benar serius menangani perkara ini. Apakah benar bahawa di dalam negara ini halal menonton video lucah asalkan tidak dikenakan bayaran sepertimana yang disebut oleh seorang menteri yang nampaknya seperti terlampau cerdik itu?/wfauzdin.blogspot.com

TABIK SPRING BUAT JOHARI ABDUL BERJAYA PERDAYA `GENG T'

Posted: 24 Mar 2011 02:53 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

`TABIK Spring' buat YB Johari Abdul yang telah berjaya mempermainkan `Geng T' yang diketuai oleh bekas KM Melaka yang suatu ketika dikaitkan dengan hubungan bersama gadis bawah umur. Dilaporkan bahawa Johari telah meminta di antara RM 100, 000 hingga RM 1 Juta untuk menyempurnakan hajat `Geng T' menayangkan video lucah kepada seberapa banyak mungkin MP dari PR.

Bayaran yang diminta itu bukan untuk membawa MP-MP dari PR keluar parti, tetapi hanya untuk membawa mereka menonton aksi seks pelakun berperut buncit. Keluar parti atau tidak, belum tentu kerana MP-MP dari PR yang laparkan duit dan kaki khianat telah keluar dari PR. InsyaAllah, yang ada kini telah teruji kesetiaan dan moral mereka. Tindakan Johari meletakkan harga sedemikian pada saya terlalu tinggi untuk kita mempermainkan `Geng T' produser filem lucah tersebut.

Sepatutnya Johari hanya letakkan harga sekitar RM 50, 000 sahaja sudah cukup buat MP-MP dari PR bershopping sakan selepas menonton filem si perut buncit seperti `Patrick Star' dalam siri kartun `Spongebob'. Oleh kerana Johari telah meletakkan harga terlalu tinggi, maka terlepaslah peluang MP-MP kita dari bershopping.

Nampak gayanya pihak berkuasa tiada pilihan. Produser sudah mengaku dengan `team' kerja lucah mereka. Kita menunggu apakah di negara kita ini menjadi satu kesalahan atau tidak menyediakan rakaman lucah dan ditayangkan kepada umum walaupun tayangan tersebut terhad. Soal pelakunnya siapa, itu soal lain dan biarlah pihak berkuasa yang menyiasatnya. Sekurang-kurangnya Johari telah pun menontonnya dan beliau sendiri awal-awal lagi menyebut aksi seks tersebut bukan dilakukan oleh DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: