Isnin, 21 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video seks didakwa Anwar Ibrahim dan perempuan cina

Posted: 21 Mar 2011 12:10 AM PDT


Nampaknya ini merupakan signal bahawa kes liwat terhadap Anwar Ibrahim untuk menjatuhkannya sudah menemui jalan buntu, maka pagi ini pihak media dijemput pula menyaksikan video rakaman cctv kononnya Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal dengan perempuan cina pulak.

Malah orang yang menganjurkan tayangan yang hanya dikenali dengan nama "Datuk T" tersebut meminta Anwar Ibrahim dan isteri agar meletak jawatan dalam masa seminggu jika tidak video tersebut akan diedarkan dan disebarkan kepada umum.




ReJaM© "Video panas tersebut akan siap diupload, semua orang boleh menilai sendiri kesahihannya... pendapat peribadi ReJaM, BN yang akan terperangkap dengan video ini hehehe..."

Gempar! ADUN Machap, Johor rompak Hutan Simpan

Posted: 20 Mar 2011 10:03 AM PDT

Kes ini sesuai disebut sebagai kes rompakan kerana, pencerobohan dan salah laku ADUN Machap ini dilakukan secara terang-terangan seolah-olah beliau melakukan perkara yang sah. Pencuri buat kerja jahat sembunyi-sembunyi, tapi ADUN Machap buat kerja jahat terang-terangan.

Beberapa hari lalu, Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:

Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.


Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.



Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Pelan lokasi hutan



Saudara mazlan Aliman di lokasi hutan Simpan Sembrong



Papan tanda Hutan Simpan Semberong.



Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.



ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..."

[Selatan Online]

Tiada ulasan: