Isnin, 21 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu?

Posted: 20 Mar 2011 11:22 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.


Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.
KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Aksi Seks - Siapa Pemimpin Utama Itu??

Posted: 20 Mar 2011 10:09 PM PDT


Datuk T said he wanted the media to watch the footage showing the politician before sending the copy to him and his wife "to identify the person on the video" a week from now.

He said if the individual in the video was the politician he named, then he and his wife "must step down from politics," saying he was not "the pious person with high moral values and integrity as portrayed, and therefore is not fit to be leader."
- thestar

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.


Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Gempar - Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang Didedah

Posted: 20 Mar 2011 09:40 PM PDT

Gambar Hiasan

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.


Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat.

Wartawan yang telah menyaksi video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti itu mendakwa ianya klip video palsu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Karpal timbang heret Najib kerana hina mahkamah

Posted: 20 Mar 2011 09:22 PM PDT

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.


Karpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

"Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya," katanya.

"Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib)," katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Ummi Sanggup Hilang Abang Demi Rakyat Malaysia

Posted: 20 Mar 2011 07:56 PM PDT

Ummi Hafilda lancar 'peluru berpandu' bongkar salah laku Anwar, Azmin

JERTIH – 'Peluru berpandu' yang bakal dilancarkan oleh Ummi Hafilda pada tahun ini dijangka menghancurkan karier politik Anwar dan abang kandungnya, Azmin Ali dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ummi Hafilda berkata, serangan 'peluru berpandu' yang bakal dilancarkan itu bertujuan membuktikan bahawa Anwar dan Azmin memang bersalah serta tidak mahu rakyat Malaysia terus ditipu dengan agenda politik Anwar.

"Saya tidak risau dengan ancaman selepas ini kerana yakin apa yang dilakukan nanti bukan bersifat mementingkan diri sendiri tetapi untuk membongkar siapa sebenarnya Anwar dan Azmin demi agama, bangsa dan negara ini.


"Saya juga rela hilang abang kandung daripada menghancurkan lebih 20 juta rakyat Malaysia yang selama ini begitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran tetapi disebabkan taktik kotor yang dilakukan Anwar ia seolah-olah berjaya mengaburi mata rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramah 'Pas Kluk Klek' anjuran Biro Penerangan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, malam kelmarin.

Ummi Hafilda berkata, dalam serangan tersebut pembongkaran satu demi satu salah laku Anwar akan dilakukan terutama penyelewengan semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta salah laku seksnya.

"Biarpun ramai menyatakan saya sengaja menimbulkan aib keluarga sendiri kerana turut mengheret Azmin dalam serangan peluru berpandu tetapi demi kebenaran saya redha dan yakin Allah SWT akan bersama hambanya yang bersedia untuk menyatakan segala kebenaran.

"Cukuplah rakyat 'dikencingkan' oleh Anwar selama 29 tahun dengan pelbagai cara tetapi tahun 2011 saya akan pastikan rakyat dapat menilai kewibawaan Anwar yang pandai menggayakan pelbagai watak untuk menyelamatkan dirinya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda berkata, rakyat harus sedar sejahat-jahat UMNO, parti itu tidak akan memperdayakan orang Melayu di negara sendiri tetapi Anwar adalah pengkhianat nombor satu negara dan perosak ummah.

"Saya mahu rakyat Malaysia bangkit dan memastikan momentum yang akan dilancarkan nanti berjaya membuktikan bahawa Anwar memang ular berbisa yang boleh mematuk mangsanya pada bila-bila masa sahaja sekiranya berasakan dirinya terancam," katanya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket


Jumlah kematian, hilang cecah 16,600 orang

Posted: 20 Mar 2011 07:51 PM PDT

TOKYO - Data rasmi jumlah kematian dan hilang penduduk Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami telah mencecah 16,600 orang, dengan 6,405 disahkan terkorban, menurut polis, semalam.

Jumlah kematian dilaporkan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari lalu dan laporan menunjukkan angka terkini akan menjadi lebih tinggi.

Terdahulu, datuk bandar pesisir bandar Ishinomaki, Wilayah Miyagi melaporkan jumlah mangsa yang hilang sehingga Rabu lalu, mungkin telah mencecah 10,000 orang.

Sementara itu, sekitar 10,000 mangsa turut dilaporkan hilang di bandar pelabuhan Minamisanriku, dalam wilayah yang sama.

Selain itu, seluruh pulau Hoshu dipercayai musnah apabila ombak tsunami memusnahkan atau merosakkan lebih 55,380 rumah dan bangunan lain.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Umno Kedah Gila Talak

Posted: 20 Mar 2011 07:34 PM PDT

Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah 'terlepas' daripada kempen Umno-BN itu.

Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.


Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.

"Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).

"BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.

"BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.

"Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.

"BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.

"Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.

"BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah," katanya.

Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.

"Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat," katanya.

Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.

"Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bonda Yang di-Pertuan Agong mangkat

Posted: 20 Mar 2011 07:31 PM PDT

Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada jam 1.22 pagi tadi.

Jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

- Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Libya Lumpuh

Posted: 20 Mar 2011 04:57 PM PDT

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam.
Kami tak pernah gentar: Gaddafi


TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai 'medan perang.'

Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi 'Odyssey Dawn' itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu. Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.


Beberapa jam selepas tindakan permulaan oleh Perancis, kapal perang dan kapal selam AS dan Britain melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya dalam kegelapan sebelum fajar bagi membolehkan jet pejuang tentera bersekutu memasuki ruang udara Libya tanpa tentangan.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara AS yang tidak mahu namanya didedahkan berkata sistem pertahanan udara Libya lumpuh akibat serangan bertalu-talu misil Tomahawk berkenaan.

Selain melancarkan misil, Tentera Udara Diraja Britain turut menghantar beberapa jet pejuang Tornado GR4, manakala AS menghantar 19 pesawat termasuk pengebom halimunan B2, untuk membuat pengeboman ke atas Libya.

Dalam reaksi pertamanya terhadap serangan berkenaan, Gaddafi berkata tindakan AS, Britain dan Perancis itu adalah satu keganasan terhadap Libya.

"Kami akan mempertahankan negara ini daripada musuh asing yang mahu mengeksploitasi pergolakan di sini.

"Penduduk Libya bersama saya dalam melancarkan perang besar-besaran terhadap musuh asing ini. Kami sudah membuka depoh senjata bagi mengagih senjata kepada rakyat untuk menentang pengganas ini," katanya dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan semalam.

Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.

Keganasan meletus di Libya sejak sebulan lalu apabila Gaddafi cuba menghapuskan bantahan rakyat yang mahu menamatkan pemerintahan kuku besi beliau sejak 42 tahun lalu.

Pemberontak yang menguasai bandar kedua terbesar Libya, Benghazi menyambut baik serangan tentera bersekutu itu yang dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada pemberontak selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar.

Bangkai kenderaan tentera Gaddafi yang musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam, membolehkan pasukan pemberontak mara ke bandar Ajdabiyah untuk menawannya semula selepas disingkir tentera kerajaan minggu lalu. – Reuters/Agensi/AFP

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Ini Yang Membuatkan Bloggers Umno Nampak Bertambah Bodoh

Posted: 20 Mar 2011 04:38 PM PDT



SKMM / MCMC Diperangkap Blogger Hanief Yang Biadap !!!

Berikut rakaman suara siasatan SKMM @ MCMC menyoal Blogger Fuckatan Hanief yang baru dimuat naik beberapa minit yang lalu. Perang siber untuk PRU 13 seakan bermula apabila blogger mereka ditangkap dan sudah pasti kes ini akan jadi panduan kepada bloggers fuckatan untuk masa hadapan.
dan


GEMPAAR..!! Rakaman Suara Secara Curi Seorang Blogger Pro Pakatan Sewaktu Di Soal Siasat..!! Semoga Lebih Berhati Hati.....

Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.

Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan.


KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Hapuskan Kezaliman Saman Ekor Pada PRU13 Nanti

Posted: 20 Mar 2011 07:45 AM PDT

PAKATAN JANJI HAPUSKAN SAMAN EKOR JIKA MEMERINTAH..


BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.


Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bayar RM150,000 Untuk Gelaran Datuk Kelantan palsu

Posted: 20 Mar 2011 05:58 AM PDT

Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.

Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang "mengurniakan" darjah kebesaran dan anugerah "datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.

Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan "darjah kebesaran Kelantan" kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.


"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lepas," katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis — satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.

Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

"Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. — Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Gani Dalangi Pemalsuan Bukti Terhadap Anwar, Kata Bekas Pegawai Polis

Posted: 20 Mar 2011 05:19 AM PDT

SHAH ALAM 20 MAC :Pejabat Peguam Cara Malaysia masih belum memberikan jawapan kepada seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Surat memohon penjelasan itu dihantar oleh Senior Assistant Komisioner 11 Mat Zain Ibrahim, pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada awal tahun ini selepas usahanya untuk mendapatkan penjelasan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Berikut disiarkan beberapa sedutan daripada surat Mat Zain kepada Datuk Idrus Harun pada 5 Januari lalu, berikutan desakan-desakan pengikut Umno mahukan Anwar memberi sampel DNAnya untuk perbicaraan kes liwat fitnah dua.


Surat yang dimaksudkan bertajuk : "Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998".

Persoalan utama adalah seperti berikut di bawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain yang disediakan oleh Dr Abdul Rahman Yusof. Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail. Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Eksibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa tarikh disediakan oleh Dr Rahman di antara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh (Allahyarham) Tan Sri Mohtar Abdullah Peguam Negara ketika itu?

6.2. Benar atau tidak dua (2) daripada tiga (3) Laporan di atas, iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Eksibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di- Raja tersebut, dan dirakamkan dalam Laporan Suruhanjaya berkenaan?

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail, tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginga Yang di-Pertuan Agong?

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan), dan/atau Dr Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam), sama ada secara bersendiri atau berpakat, tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut di atas, bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut, kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh wujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya?

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja, saya yakin YBhg Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam, tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat, saya inginkan YBhg Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan seseorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

Sumber - TVS

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

WiFi Percuma Untuk Semua Kaeawasan Termasuk Kawasan BN

Posted: 20 Mar 2011 03:55 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas agensi berita nasional Bernama dan akhbar harian bahasa Inggeris, New Straits
Times kerana melaporkan kerajaan negeri tidak memasukkan kawasan pilihan raya BN untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar Wifi secara percuma.

Lim (kiri), yang juga setiausaha agung DAP, turut mengecam
pemimpin BN atas 'taktik tidak jujur' mereka menggunakan kawalan mereka atas media untuk melakukan penipuan.

Lim berkata, kerajaan negeri tidak terperanjat bila akhbar seperti New Straits Times berterusan menyerang kerajaan negeri bagi sesuatu yang ia tidak dilakukannya, tetapi sebenarnya cuba membetulkannya.

"Tetapi bagi agensi berita nasional seperti Bernama untuk tidak menyiarkan penjelasan kerajaan negeri bahawa inisiatif WiFi bebas itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN, menunjukkan bahawa pilihan raya umum semakin hampir dan Bernama patut dikenali BNnama," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," jelas Lim.

Beliau mengulas laporan yang memetik pengerusi Pasukan Petugas Komunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi sebagai didakwa berkata tiada gunanya melabur wang di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal buat masa ini.

Laporan tersebut dibidas oleh beberapa pemimpin BN yang mengkritiknya sebagai "tidak adil", malah "merbahaya dan kebudak-budakan".

Ooi, yang juga ahli parlimen Jelutong dilaporkan berkata jika kerajaan negeri mempunyai sumber, ia akan menyediakan perkhidmatan percuma, tetapi inisiatif itu kini ditumpukan ke kawasan pilihan raya yang diwakili Pakatan.

Beliau dilaporkan berkata, jika penduduknya mahu perkhidmatan WiFi, maka mereka hendaklah mengundi Pakatan.

KLIK SPONSOR DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: